Subscribe

kes Saiful - Anwar : Kenapa Farah Azlina Latif digugurkan ??


Alasan utama Gani Patail :

"Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa"

Persoalan dan soalan :

Adakah alasan ni diterima bagi menggugurkan seseorang pendakwa raya sedangkan dia terang-terang tak lakukan kesalahan. Sepatutnya alegasi tersebut tidak dilayan. Tambahan pula, dia tiada akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan. Jadi apa relevan dan rasionalnya jawapan dan persepsi negatif yg Gani Patail maksudkan itu?Persepsi negatif orang ramai atau persepsi negatif Gani Patail sendiri??

Atau

ADAKAH kerana takutnya UMNO Barisan Nasional terhadap pendedahan yang dikira sudah "memecahkan tembelang" mereka dalam satu lagi konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan penglibatan Farah Azlina Latiff (yang boleh sahaja melakukan malafide terhadap Anwar Ibrahim demi orang "tersayang") semasa perbicaraan Anwar - Saiful ini?

Atau

UMNO Barisan Nasional takut isu ini menjadi modal kepada pembangkang menjelang pilihanraya akan datang, maka UMNO Barisan Nasional menyuarakannya hasrat menggugurkan Farah Azlina Latiff melalui Gani Patail??

Jika Ya,boleh jadi keputusan ini terpaksa diambil supaya isu-isu berkaitan tidak menjadi panas dan menggugat kekuatan BN untuk menang pilihanraya umum nanti. Ini kan kes Anwar, semestinya ia akan menjadi bahan pilihanraya.

Tambahan pula,isu ini bertambah panas, apabila ada lagi cerita lain mengatakan bahawa Saiful Bukhari Azlan akan berkahwin dengan Farah Azlina Latiff sedang dia sudah bertunang dengan Janna Syariza Mohd Zaki hanya beralasankan perkara tak logik; bagi mengelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.??
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Saiful Lagi Hebat!


YB DUN Damak, Lau Lee terpaksa lalui detik sukar semasa ingin menyerahkan memorandum kepada PM.

"Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri.Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!" Demikianlah kemarahan yang diluahkan oleh ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang itu.

Wah, ternyata Saiful Bukhari Azlan lagi hebat berbanding beliau. Dulu (Masa awal-awal timbul kes liwat Anwar Ibrahim), dia senang-senang sahaja berjumpa dengan Najib memohon biasiswa.


Dari MerdekaView

ADUN Damak gesa PM pecat pengawalnya

"Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!" Demikianlah kemarahan yang diluahkan oleh ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, ketika menceritakan pengalamannya menyerah memorandum kepada PM Najib Razak.

"Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri," kata Lau Lee (gambar kiri).

"Dia pula berkata, 'kalau nak, serah kepada saya sekarang, kerana jika pun diserah kepada PM, PM akan bagi kepada saya. Kalau kamu enggan serah kepada saya sekarang, saya akan buang memorandum kamu selepas PM serah kepada saya'," Lau Lee menceritakan bagaimana beliau dilayan oleh pengawal PM, dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ngeri Pahang, semalam.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Lau Lee menggesa agar Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, juga Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai membawa mesejnya ke dalam kabinet untuk disampaikan kepada PM. "Kalau boleh, pecat pengawal ini segera!"

Lau Lee selaku Pengerusi MCA bahagian Jerantut, Pahang, mengetuai satu rombongan untuk menyerah satu memorandum berhubung masalah tanah kepada PM, semasa lawatan Najib Razak ke situ pada 3 Julai 2010. Tanpa diduga, Lau Lee menerima layanan yang buruk daripada pengawal PM, yang mendakwa dirinya bernama Sulaiman.

Malah, menurut laporan China Press, Lau Lee dipetik berkata, "Saya menyerah memorandum kepada PM sebagai seorang ADUN, tetapi perlu mengharungi pelbagai rintangan, daripada polis, setiausaha, pengawal..." Beliau juga berkata, "Walaupun PM melaung-laungkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan', tetapi setiausahanya, pembantunya, pengawalnya tidak ikut (menyahut seruan PM)..."

Disindir musuh parti

Lantaran daripada laporan tersebut, MCA disindir oleh PKR dari Pakatan Rakyat. ADUN Teja negeri Perak, Chang Lih Kang (gambar kanan) menyifatkan peranan MCA tidak setanding biarpun sebagai "penumpang". Chang Lih Kang sebaliknya menyindir bahawa kejadian layanan buruk pengawal PM terhadap ADUN MCA ini sekali lagi membuktikan bahawa hubungan MCA dengan UMNO dalam Barisan Nasional ibarat "hamba dengan Tuan".

Malah, Chang Lih Kang berkata pemimpin senior MCA ini hanya mengungkit kejadian yang menimpa individu, tetapi tidak menyentuh isu besar seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), penyelewengan dalam pembelian senjata..., kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan UMNO.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Perlukah UMNO dan PAS bersatu ??


Bagi aku, Pas dan UMNO tidak perlu bersatu :

Pertama, prinsip & dasar kedua-dua parti adalah berbeza.PAS perjuang Islam dan UMNO perjuang Melayu. Prinsip PAS, sekiranya bersatu atas paksi kebangsaan tak menjanjikan apa-apa keuntungan, malah akan menjadi kesukuan semata-mata. Berbeza dengan KERJASAMA (bukan bersatu ya!!) dengan DAP dan PKR yang lebih kepada berkongsi satu prinsip & dasar iaitu Keadilan.

Habis adakah UMNO tidak adil ?

Bagi aku, selagi kes rasuah dan politik wang, selagi kes PKFZ tak setel, Kes Teoh Beng Hock dan Aminul Rasyid tak dapat keadilan,Kes Video Lingam, Kes Altantuya, Kes Royalti Minyak, Kapal Selam dll, usah bicara.Soal keadilan lah.


Kedua, jika PAS dan UMNO bersatu, bermakna tiada pilihan lain lagi bagi orang Melayu, sama ada baik atau buruk prestasi parti itu ditunjukkan. Bila sudah tiada "check and balance" maka sudah pasti penyelewengan akan mudah berlaku kerana parti ini akan “take for granted”, kerana sudah pasti mereka akan tetap dipilih oleh orang Melayu kerana orang Melayu sudah tidak mempunyai pilihan lain lagi.

Cuba anda bayangkan, andai kedua parti gerombolan ini bersatu atas nama Melayu semata, sudah tentu orang Melayu yang lain yang sekiranya mereka nampak ada kepincangan pada "parti" tersebut, sudah pasti mereka pilih alternatif parti yang lain yang bukan Melayu. Maka situasi akan berubah.Polar politik kita akan menjurus kepada “orang Melayu lawan dengan orang bukan Melayu”.

Ketiga, pernah satu ketika dahulu berlaku dalam sejarah Islam,Rasulullah sewaktu pulang daripada Perang Al-Muraisiq, apabila Abdullah bin Ubai memainkan semangat perkauman, Aus dan Khazraj. Kesatuan yang dilaungkan adalah atas nama bangsa, dan ternyata jelas,menimbulkan kemarahan Rasullah. Rasullah berpesan, tiada kesatuan atas nama bangsa, yang ada hanya ISLAM.bila menegakkan kesatuan atas nama bangsa, itulah sebenarnya Kekuatan ZIONIST.

Realitinya hari ini dapat kita lihat, UMNO banyak memprovokasi PAS dengan ungkapan “bersatu”. Ini adalah kali ketiga isu ini dirotate dan diulang balik oleh UMNO. Dan PAS tetap dengan pendirian, bersatu boleh tapi dalam ruang lingkup hubungan “kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan” semata, khususnya berkaitan royalti minyak. Namun bila isu royalti minyak ditimbulkan oleh PAS, UMNO pula bersikap kendur dan bertegas dengan keputusan royalti tiada, yang ada hanya wang ehsan. So macam mana nak bersatu?

Jadi persoalan, bolehkah PAS - UMNO Bersatu, Sudah pasti jawapannya adalah TIDAK. Dalam hal itupun tiada kesatuan, inikan pula bersatu dalam soal politik. Tambahan pula Najib Tun Razak sendiri pernah berkata dengan nada angkuhnya, "UMNO tidak lemah hingga perlukan PAS..",tapi tup tap,tiba-tiba menukar kenyataan,mengatakan ingin bersatu pula. So gimana sih??

Bila sesuatu itu dimulakan dengan agenda yang tidak ikhlas, sudah tentu jawapannya juga akan jadi tidak ikhlas.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pemimpin Bijak Berjiwa Rakyat


Tindakan Najib menaikkan harga minyak lewat tengah malam dua tiga hari lepas adalah satu tindakan yang bijak. Jika sebelum ini PakLah mengumumkan kenaikan harga minyak sekitar jam 4 atau 5 petang. Tindakan ini dilihat tidak berapa cerdik kerana menyebabkan rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak mengisi minyak hingga menyebabkan kesesakan di stesen minyak utama tanah air, dan menyusahkan pihak stesen minyak menguruskannya dalam kesesakan tersebut.Disamping itu juga, tindakan ini dilihat merugikan kerajaan kerana pengumuman awal hanya menyebabkan rakyat bersegera ke stesen minyak untuk mengisi minyak dan dibeli dengan harga biasa sebelum kenaikan.

Dan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa rakyat ketika itu, seperti lalat menghurung tahi! Dan itulah level rakyat Malaysia yang paling tepat untuk digambarkan. (Mungkin juga dimata pemimpin-pemimpin UMNO tercinta dikala itu)

Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang begitu memahami masalah rakyat, telah mengumumkan kenaikan itu tengah lewat malam. Mungkin Najib tidak mahu menyusahkan rakyat, yang dilihat terpaksa keluar malam malam buta semata-mata untuk mengisi minyak ibarat lalat menghurung tahi itu. Mungkin juga Najib tidak mahu menyusahkan pihak stesen minyak, kerana terpaksa melayan pelanggan yang ramai seperti lalat menghurung tahi itu.

Inilah bahananya jika kenaikan harga minyak diumumkan lebih awal.Namun sikap mulia yang ada pada perdana Menteri kesayangan kita ini menunjukkan sikap yang wajar diteladani. Dan inilah sikap pemimpin berjiwa rakyat juga bertepatan dengan konsep satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Kesusahan rakyat itu lebih difahami disamping menguntungkan kerajaan jika pengumumkan dilewatkan.

Saya secara personal, begitu kagum kerana memiliki Perdana Menteri yang begitu mulia,memahami disamping isteri Perdana Menteri yang cantik jelita bak puteri Kayangan.

I`m Proud to be Malaysian.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kerajaan Kita Amat Cerdik : Rakyat Didahulukan. Terima kasih


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses untuk menyelaraskan subsidi.Beliau berkata, penyelarasan itu antara lain bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang bakal memberi pelbagai kebaikan seperti mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara dan mengurangkan defisit fisikal.

Katanya, ia juga sekali gus membuatkan pasaran dunia dan dalaman akan lebih yakin mengenai kekuatan ekonomi negara."Kita menggunakan penjimatan perbelanjaan kerajaan itu untuk memenuhi lebih banyak agenda seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang bakal dilaksanakan.Jadi ini merupakan satu proses dan kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi ini berdasarkan pada kenaikan yang sangat minimum supaya tidak membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Oleh itu, kata beliau, rakyat harus faham mengenai perancangan kerajaan untuk membuat perubahan berkenaan semata-mata demi kebaikan semua.

-----------------------------------------------------------

Kita sebagai rakyat sepatutnya faham dan menyokong keputusan kerajaan. Kenaikan ini bukan untuk kerajaan tetapi untuk rakyat jua. Kerajaan menaikkan harga barang pun bukan untuk kerajaan tapi untuk rakyat juga. Rakyat seharusnya membantu kerajaan untuk memajukan negara kita.

Saya sebagai rakyat Malaysia, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana memahami masalah kami rakyat Malaysia. Dengan naiknya harga petrol,diesel, gas , gula ini diharapkan juga harga-harga sawit,beras dan lain-lain keperluan dinaikkan demi rakyat jelata keseluruhannya.

Saranan Tuan Perdana Menteri kepada kami rakyat Malaysia agar berjimat cermat dan mengubah cara hidup, akan kami patuhi. Kami akan naik basikal ke tempat kerja dan makan ubi kayu untuk hidup. Lagipun makan banyak-banyak tidak baik untuk kesihatan. Sesungguhnya konsep satu Malaysia, "Rakyat didahulukan...Pencapaian diutamakan.." merupakan konsep yang amat menguntungkan kami rakyat Malaysia.

Terima kasih Tuan Perdana Menteri.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Minyak Naik Lagi. Selamat Maju Jaya


Gas naik, roti canai pun naik..
Gula naik, segelas teh tarik pun naik..
Minyak Naik, tambang bas/teksi pun naik..

Tarif elektrik pun naik..
Cukai tanah negeri pun naik..

Anak-anak melayu makin ramai yang rosak,
Anak-anak melayu yang tidak dapat pelajaran makin ramai,
Pendatang haram makin bertambah,
Jenayah makin menjadi-jadi,

Tahniah Malaysia.

Rakyat jangan melenting,
Cuba teliti sejarah dulu-dulu kita..
Bukankah kita
Makan ubi kayu saja masa pemerintahan Jepun?
Minum air sungai/ perigi saja?
Lagipun minyak kita, gula kita, gas kita, diesel kita, lagi murah berbanding negara-negara Asean lain?

Tahniah lagi sekali Malaysia. We proud to be Malaysian.


Selamat Maju Jaya UMNO Barisan Nasional.

Dari MalaysiaKini

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tok Guru : Pas-UMNO boleh bersatu perjuang Islam sekiranya..



KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.

Komen JilFityan

Suka ayat yang BOLD diatas.Ayat nampak biasa-biasa saja, tetapi hakikatnya luar biasa.. Ber ''SYARAT'' besar yang membuatkan parti nasionalis Melayu ini berfikir sejuta kali dan akhirnya terjerummus ke dalam perangkap sendiri.

Syabas Tok Guru... Memang ini yang dimahukan kami semua..

Jika dulu Tok Guru kata ''tidak mahu bergabung dengan UMNO yang perjuang Melayu dan tak perjuang Islam..."

Sekarang Tok Guru guna ayat mafhum mukhalafah, " Mahu bergabung dengan UMNO sekiranya UMNO mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang"

(-_;)


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Istilah "amal" Yang Di Salah Anggap.


Hiburan yang dilarang oleh agama Islam itu ialah segala bentuk hiburan yang melalaikan atau merugikan, apa lagi hiburan yang menjejaskan kewajipan seorang Islam. Nyanyian, karaoke, tari menari, lebih-lebih lagi tari menari yang yang bercampur lelaki dan perempuan, konsert-konsert nyanyian sekalipun atas nama “amal” tidak akan menghalang hakikatnya sebagai kegiatan yang bertentangan dengan syarak atau konsert nyanyian yang ada sekarang lebih banyak menjurus kepada yang tidak diredhai oleh Allah.Tambahan pula diwar-warkan "nyanyian amal", "konsert amal" atau seumpama dengannya adalah baik iaitu untuk menarik manusia berbudi dengan beramal membantu yang sukar dan sempit.

Apabila melihat banyaknya konsert-konsert "amal", banyaknya paparan video klip di kaca televisyen memaparkan artis-artis menyanyi atas tiket "amal", menyebabkan orang muslim khususnya di Malaysia terkeliru. Terkeliru dengan istilah "amal" itu sendiri. Dalam situasi masyarakat yang ramai orang jahil, perilaku seperti ini dianggap mulia dan membanggakan. Dan ia juga dianggap menjadi teladan yang baik, tambahan pula dengan adanya penyertaan daripada orang-orang yang berpengaruh, seperti isteri Perdana Menteri Malaysia. (video diatas).Hal sedemikian telah digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya:

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya?) Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya”. (Surah Faatir: 8)

Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga mengkhabarkan, apabila umat Islam tidak berpandukan syarak dalam menjalankan segala urusan tadbir dunia dan akhiratnya, kadang-kadang timbul sangkaan baik mereka terhadap sesuatu amalnya, pada hal adalah sebaliknya. Jika ada suatu amalan itu mengandungi perkara-perkara yang tidak selaras dengan syarak, maka rosak binasalah segala amal usahanya yang mereka sangka baik itu, dan tidak akan mendapat sebarang harga pada hari kiamat kelak, bahkan mereka akan menerima kehinaan dan azab seksa yang seburuk-buruknya. Hal ini telah diceritakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-rugi amal perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur, ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat nanti. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka pula kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejekan”. (Surah Al-Kahfi: 103-105)

Jadi jelaslah, sesuatu amalan itu apabila di dalamnya bercampur perkara-perkara mungkar atau maksiat maka sesuatu yang haram itu tidak akan menjadi halal hanya sekadar diselubungi dengan tujuan yang baik atau kerana cita-cita itu murni. Dalam kaedah fiqh juga menjelaskan yang maksudnya:

Di dalam umat ini akan terjadi peristiwa di telan bumi, berubah rupa bentuk dan dilempar dengan batu, Seorang lelaki daripada kalangan kaum muslimin bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah terjadi peristiwa itu?” Baginda bersabda menjawab: “Apabila telah muncul penyanyi-penyanyi perempuan dan alat-alat muzik yang ditiup dan berbagai jenis minuman arak”. (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Ibnu Hajar dalam kitabnya Al-Zawajir telah menjelaskan bahawa orang-orang yang duduk bersama-sama orang minum arak, orang fasik dan duduk dengan ahli hiburan yang haram (seperti majlis tari menari walaupun dengan isteri sendiri), sedangkan dia berkuasa untuk menegah perkara-perkara tersebut atau berkuasa meninggalkan majlis itu adalah suatu dosa besar.

Bila dinilai kembali, dipadankan tafsir Quran dan terjemahan hadis diatas dengan pemimpin kita, ternyata pemimpin kita lebih suka menggalakkan ia agar terus subur mewangi. Bersandarkan kepada istilah "amal",unsur hedonistik dalam "nyanyian amal" "konsert amal" yang jelas haram dan mungkar menjadi tiket yang mulia dan bersih. Inilah antara penyebab yang jahil terus menerus dengan kejahilan mereka. Bukan sekadar tidak memahami makna "amal" itu mengikut acuan Islam, malahan dibantu dengan penafsiran negatif oleh pemimpin yang fasik. Tahniah kepada para mufti kita yang hanya tengok dan berdiam diri. Tahniah kepada pemimpin kita yang sentiasa berusaha menyaingi Yahudi dalam menjauhkan muslim kepada agama Islamnya. Dan adakah mereka ini mengendahkan pengajaran Al-Quran?


(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Khairy Bantai Ibrahim Ali PERKASA sebagai JAGUH KAMPUNG


Pertengkaran di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu. Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ibrahim mengingatkan Pemuda Umno pimpinan KJ supaya jangan menjual bangsa dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang mempersoalkan pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum.

TPM: Kita tidak tahu kedua orang pemimpin bukan dari PR ini punya insuran diri masing-masing atau tidak. Cakap-cakap yang keluar dari mulut mereka memang laser dan 'tah apa-apa. Telatah mereka baik di dalam dewan parlimen atau di luar, berhujah macam budak-budak. Mereka ketara mahukan publisiti dan berlainan dengan orang lain. Sombong dengan idea sendiri bagaikan orang lain semuanya tidak ada idea dan tanggungjawab. Sifat melulu mereka kadang-kadang memalukan negeri dan bangsa. Padan patutlah mereka bertelagah dan berbalah dalam menilai status diri serta kedudukan masing-masing.

Dipetik dari Blog Ayahanda TamuPulauMelaka
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]