Subscribe

NIK AZIZ PERTAHAN ANGGOTA PARLIMEN TEO - minsider



Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.


KHAIRY DAP TIDAK SENSITIF , MP SERDANG NAIF
- minsider

Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

huuhhuhuhuhu

nak dengaq cakap sapa......
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Takde Tajuk Cuma Ada Gambar



BN minta pemimpin Islam Pakatan beri nasihat

Pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.

"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata penasihat agama kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin.

Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.

Justeru, katanya, tindakan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan “tazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata memang sepatutnya sebagai ketua agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.

Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

"Kalaulah nak berucap dan memberi sumbangan tidak semestinya mereka boleh sewenang-wenangnya memasuki ruang solat orang-orang Islam kerana ia boleh dilakukan di bahagian luar," jelasnya.

Sebelum ini, pada Ogos 2009, exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.


Jintanmasin : heheheheheh...gambar atas ni apa crita? kat mana tue...huahuahuahuah..kata dulang paku serpih....


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Di mana Anda meletakkan Rasullah?



Apakah perasaan anda jika Rasullah masih hidup dan berada di samping kita?

Apakah perasaan anda jika Rasullah masih hidup dan baginda bersedih mengenangkan nasib umatnya (iaitu kita) yang saban hari melakukan dosa dan maksiat??

Apakah perasaan anda jika Rasullah masih hidup dan menangis melihat kita yang saban hari semakin tenggelam dengan nikmat dunia yang fana,yang tidak menjanjikan apa apa ??

Ingatlah.Di saat terakhir ajal Rasullah, di saat dan ketikanya Rasullah ditarik roh nya daripada jasad, di saat Jibril menangis kerana tidak sanggup melihat penderitaan Rasullah menahan sakitnya mati, Roh rasullah ditarik dari kakinya dengan cermat dan lemah lembut dan dengan keadaan yang cukup berhati-hati.

Bila sampai ke lutut nabi, Nabi yang merupakan seorang Khalilullah menjerit .. "Allahh...". Lantas nabi berkata kepada Malaikat Izrael "Ya izrael, tak adakah yang lebih mudah daripada ini?. Izrael menjawab" Tak ada lagi wahai Rasullah, inilah sakitnya mati para nabi dan para salafussoleh.. " Lantas dengan itu Roh Rasullah ditarik lagi dari lutut hingga ke dada.. Dan sekali lagi Rasullah menjerit "Allahhh...." Lantas dengan itu Rasullah berkata " Wahai Izrael, aku ini Khalilullah, aku ini Habibullah, Tidak adakah lagi yang lebih mudah daripada ini?" Balas Izrael " Ya aku tahu kau Rasullah. Kau Khalilullah. Kau Habibullah. Tetapi inilah sakit para nabi dan salafussoleh. Tak ada lagi yang lebih mudah daripada ini.."

Ya Allah,betapa berat dan sakitnya mati yang dihadapi Rasullah. Rasullah yang tidak melakukan sekelumit dosa dan maksum daripada sebarang maksiat pun merasai sakitnya mati. Bagaimanalah keadaan kita yang saban hari melakukan dosa.

Lantas Rasullah berkata " Jika begitu.. Tariklah nyawaku..". Lantas dengan itu roh Rasullah ditarik lagi dari pusat hingga ke dada. Bila sampai Roh Rasullah di dada, lantas sekali lagi Rasullah menjerit.. "Allahhhh... , Wahai Izrael, aku kekasih Allah, aku habibullah, tidak ada lagi mudah daripada ini?? Maka diulang lagi oleh Izrael " Wahai Rasullah, aku tahu engkau kekasih Allah, engkau Habibullah. Tetapi tiada yang lagi mudah daripada ini. Lantas dengan itu Rasullah berkata " Aku kekasih Allah, aku menghadapi saat kematian yang cukup memeritkan, bagaimana dengan umatku?? Lalu Rasullah berkata lagi " Kalau demikianlah, engkau kumpullah sakitnya mati umatku, daripada para Sahabat, sehinggalah ke akhir alam ini, kau letakkan kepada aku sekarang, supaya aku sakit dan mereka tidak sakit.." Malaikat Izrael berkata " Umatmu, bergantung kepada amalannya. Kamu tidak boleh tolong mereka, Wahai Rasullah.. "

Kita yang saban hari sibuk dengan urusan dunia,yang saban hari melupakan ajaran Rasullah, dan saban hari terpedaya dengan nikmat duniawi. Tidak terdetik sedikitpun untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh Rasullah. Tidak terdetik sedikitpun untuk berselawat kepada baginda Rasullah.

Ingatlah,betapa disaat yang sukar dan memeritkan sekalipun, Rasullah masih mengingatkan nasib umatnya. Tidak tersentuhkah kita dengan pengorbanan dan cagaran Rasullah ini? Betapa sayangnya Rasullah kepada kita, betapa disaat akhir dan ajalnya tiba pun Rasullah memohon agar segala kesakitan kematian ditanggung olehNya. Namun, pada hari ini kita membuang Rasullah, melupakan ajaran Rasullah. Betapa jahat dan sanggupnya kita membuang Rasullah dan kasihkan dunia melebihi segalanya. Rasa sayang dan cinta kepada Rasullah semakin pudar.

Lantas Rasullah berkata " Kalaulah demikian, tariklah nyawaku.." Lalu roh Rasullah ditarik lagi dari dadanya, sampai ke halkumnya. Nabi sempat lagi sebut, disaat dia nak mati bertemu dengan Allah .. " Ummattiii... Ummatii... ummatii..(ummatKu, UmmatKu, Ummatku...), solahhh.. Solahh..solah.. (jangan tinggal sembahyang.. Jangan tinggal sembahyang... Jangan tinggal sembahyang.. " Lalu nyawa keluar dari ubun-ubunnya. Maka tersebarlah bau sepertimana haruman kasturi.

Wahai sahabat, kita adalah umat Muhammad Rasullah dan umat akhir zaman. Selepas ini tiada lagi umat selain kita. Perjalanan hidup kita akan berpisah dengan kematian. Kita semua akan merasai sakitnya mati. Akan meninggalkan alam dunia yang penuh kenikmatan dan kelazatan duniawi. Kita akan berangkat menuju ke alam akhirat.

Namun bersediakah kita dengan mati? Bersediakah kita menuju Alam Akhirat? Bersediakah kita menunjukkan buku catatan amal kita kepada Allah di akhirat kelak? Mungkin kerana inilah Rasullah menyebut "Ummatii.. Ummatii.. Ummatii... Solahh.. Solahh.. Solahhh..(UmatKu.. UmatKu.. UmatKu..Jangan tinggal solat.. Jangan tinggal solat... Jangan tinggal solat), betapa Rasullah khuatir kepada kita, takut-takut kita terjerumus ke Neraka Allah kerana dosa-dosa kita, dan noda-noda yang kita lakukan, kerana keterlalaian dan kealpaan kita dalam menuntut tuntutan Quran dan ajaran Rasulnya.


Bersempena 10 terakhir Ramadhan yang penuh dengan magfirah ini, marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Dan marilah sama-sama mengingati Rasullah dengan berselawat kepada baginda. Allahumma solli ala muhammad wa ala aali muhammad.

Moga Allah mengampunkan kita diatas kelalaian dan kealpaaan kita selama ini. Dan moga Allah menyemaikan lagi benih cinta dan sayang kita kepada Rasullah dibulan barakah ini. Dan semoga, di akhirat kelak kita antara insan yang beruntung mendapat syafaat daripada Rasullah.

Marilah cintai Rasullah. Marilah menghidupkan sunnah Rasullah.

Ya Rasullah, kami mencintaimu.

Allahumma solli ala muhammad.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Doa untuk bukan Muslim -Dr Maza


Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bantuan Untuk Kahwin Dua


Seorang Ahli Parlimen Kuwait mencadangkan supaya kerajaan membantu golongan lelaki negara itu berkahwin dua bagi mengurangkan masalah lebihan wanita yang tidak berkahwin dalam negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

"Cadangan tersebut bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin, dan menggalakkan golongan janda dan duda membina keluarga baru,” kata Faisal al-Duwaisan, Ahli Parlimen parti bebas Shiite.

Sebelum itu, negara teluk tersebut memang menyediakan ‘bantuan perkahwinan’ sebanyak 4,000 dinars (RM43,521) kepada lelaki Kuwait yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, yang mana separuh daripadanya adalah sumbangan percuma manakala yang selebihnya adalah pinjaman tanpa faedah.

Duwaisan bagaimanpun, mahu kerajaan menyediakan pakej bantuan tambahan bagi lelaki yang ingin berkahwin dua yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Pihak lelaki mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada isteri yang sedia ada untuk berkahwin lain. Disamping itu, mereka yang telah bercerai atau kematian isteri juga layak menerima bantuan tersebut.

Wanita yang akan dikahwini hendaklah dari kalangan janda atau sekurang-kurangnya berumur 40 tahun dan belum pernah berkahwin, kata Duwaisan dalam kertas cadangannya itu yang telahpun dihantar ke parlimen.

Panel parlimen akan mengkaji cadangan tersebut, sebelum dihantar ke sidang parlimen untuk pertimbangan lanjut. Jika diluluskan, ia akan menjadi satu undang-undang.

Kuwait, pengeluar kelima terbesar dalam OPEC, menyediakan sistem kebajikan menyeluruh melalui penyediaan subsidi kadar tinggi bagi kebanyakan perkhidmatan awam. Pelajaran dan kesihatan disediakan percuma kepada rakyatnya.

Jilfityan : Bukan di Malaysia ya. Taraf hidup rakyat kita masih rendah. Masih ramai lelaki yang miskin dan papa kedana. Sara sendiri pun tidak mampu inikan pula berkahwin dua. (-_;)
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Muslim Pencemar Islam -Saiful Islam

Saya ambil satu artikel mengenai luahan seorang blogger terkenal Saiful Islam, semasa mengendalikan sebuah program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP, pada tahun 2007. Artikel ini sangat berkait dengan isu semasa, "orang bukan islam diHARAM pijak Masjid" yang disentimenkan oleh UMNO.



Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisa, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca.

Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta.

Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai isu yang diperkatakan.

Hinggakan Karen Armstrong sendiri mendapat pelbagai “bahan baru” yang beliau mohon kebenaran peserta untuk menggunakannya di dalam ucapan dan penulisan. Sememangnya sesi soal jawab dan bengkel telah menonjolkan bahawa 50 warga IYEP kali ini adalah pemimpin masa depan yang hebat, semoga Allah memanjangkan umur saya untuk menyaksikannya.

Namun, keghairahan dan kegembiraan kami dengan pelbagai pengalaman baru, telah tercemar oleh suatu insiden yang amat memalukan, khususnya di pihak Islam.

LAWATAN KE RUMAH IBADAT



Peserta bersiap sedia menaiki bas untuk lawatan ke rumah ibadat

Pada hari kedua program, kami telah merangka lawatan ke Kuil Hindu dan Buddha serta Gereja Katholik di Kajang. Lawatan dijangkakan berakhir dengan kunjungan kami ke sebuah masjid terkemuka di tanah air kita.

Urusan telah dibuat sejak sekian lama dan pelbagai aturcara telah disusun.

Paling mengagumkan kami ialah kesungguhan Kuil Hindu yang mengatur pelbagai acara, menyediakan makanan vegetarian untuk peserta dan juga mengadakan sesi soal jawab untuk peserta.

Kesungguhan yang sama juga ditunjukkan oleh Kuil Buddha yang kami lawati. Sesi dialog amat menarik. Walaupun ada soalan “mengarut” dari peserta tetapi ia dijawab dalam suasana yang ceria dan gembira oleh setiap yang berada di situ kerana tujuan kunjungan kami adalah untuk belajar.

Di peringkat pengaturcaraan program, Gereja Katholik kelihatan agar gementar. Melalui diskusi sebelum berlangsungnya IYEP, nampak sedikit kerisauan dan kami memahaminya kerana perkembangan semasa di Malaysia yang agak panas (Kes Lina Joy dan lain-lain). Namun, akhirnya kami berjaya mengatur lawatan yang sungguh harmoni dan paling saya hargai ialah, paderi yang sepatutnya menyambut kami telah meminta bantuan pegawai lain memandangkan dirinya terpaksa ke hospital untuk pemeriksaan jantung.

Suasana dialog sungguh baik.

Kami telah beberapa kali mengingatkan peserta agar menjaga suasana dengan tidak bersuara tinggi semasa di gereja itu. Suasana sepi adalah sangat penting bagi sebuah gereja Katholik. Namun, orang muda tetap orang muda. IYEP kali ini menerima peserta yang ada sangat banyak bahan untuk dingomelkan. Akan tetapi pihak gereja amat berlapang dada dan tersenyum sahaja dengan kerenah sesetengah peserta.

kuilhindu.JPG

Peserta IYEP semasa sesi dialog di Kuil Hindu di Kajang

kuilbuddha.JPG

Kuil Buddha juga bersungguh–sungguh menyambut kami

Selepas lawatan selesai, kami dengan penuh girang dan ceria menuju ke masjid terkemuka tersebut.

MASJID OH MASJID

Semasa tiba, tiada siapa yang menyambut kami.

Kakitangan keselamatan pula menyulitkan peserta kerana tidak mengizinkan penggunaan beberapa tandas.

Alhamdulillah seorang juruteknik telah memberikan kami CD berisi video klip untuk ditayangkan kepada peserta. Segalanya kami lakukan sendiri dan amat mendukacitakan apabila video klip selama 10 minit itu hanya ghairah bercerita tentang aspek-aspek seni bina masjid itu sahaja, tanpa ada langsung menyentuh tentang Islam sebagai intipati sebuah masjid.

Soal jawab dikendalikan oleh Komiti IYEP.

Rasa tidak selesa tidak terhenti di situ.

50 peserta telah bersedia untuk masuk ke masjid dan yang perempuan telah pun memakai tudung dan jubah yang disediakan.

“Berhenti! Orang bukan Islam hanya boleh sampai di sini sahaja!” sergah seorang kakitangan keselamatan masjid.

“Jangan cemar kesucian masjid ini!” katanya lagi.

Kesemua peserta terkejut. Saya sendiri sudah panas telinga.

“Encik, kami sudah buat urusan sejak lebih sebulan yang lalu” salah seorang AJK memberikan penjelasan.

“Mana surat Imam? Kalau tak ada surat Imam, tak boleh masuk. Waktu lawatan sudah habis!” pekerja tersebut bercakap dengan begitu kasar kepada kami. Manakala dua tiga orang yang lain sibuk mengepung tangga masjid agar peserta yang sangat teruja ingin melihat masjid, tidak menjejakkan kaki ke atas anak tangga.

Kami cuba mendapatkan Imam, tetapi malang sekali kerana Imam sudah balik. Ada pegawai memberi alasan yang Imam balik kerana kami datang selepas waktu pejabat sedangkan Imam harus bersiap sedia sebelum datang ke masjid semula malam nanti.

Ada pegawai memberikan alasan lain, bahawa kononnya Imam ada urusan dengan anaknya!

Paling mendukacitakan kami, usaha kami untuk mendapatkan penjelasan dibalas dengan herdikan dan suara nada tinggi.

“Encik bagi surat lambat kan?” salah seorang kakitangan masjid cuba membuat tuduhan liarnya.

“Jangan cakap sebarang cakap. Rujuk balik surat menyurat dan panggilan telefon yang sudah dibuat. Kira berapa hari, berapa minggu, berapa bulan!” saya panas hati dengan kelakuan mereka.

“Apa-apa pun, memang orang bukan Islam TIDAK BOLEH masuk ke masjid. Itu peraturannya”, salah seorang ustaz yang ada meninggikan suara.

“Peraturan siapa? Peraturan agama? Apa yang saya tahu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menerima semua jenis manusia ke dalam masjid. Soal jawab di dalam masjid. Malah badwi Arab sampai kencing di dinding masjid. Tetapi Rasulullah tidak menegah mereka dari mengunjunginya. Hukum mana yang tuan pegang?” saya cuba mencari penjelasan.

“Saya pergi ke kuil Hindu, Buddha dan Gereja Kristian… saya senang hati dan gembira. Tapi bila saya datang ke tempat saya sendiri, masjid ini… saya sakit hati dengan cara masjid melayan tetamu. Kami bukan walk-in tourists. Kami sudah berurusan dengan masjid sejak sekian lama” saya masih belum berpuas hati.

Tangan pun sudah seram sejuk menahan marah.

Andaikata tidak boleh sekali pun, kakitangan masjid sepatutnya boleh menjelaskan hal ini dengan cara yang beradab. Tetapi kami diherdik, dimaki hamun, dan apabila saya menyebut begitu, saya memang maksudkan ia sebagai HERDIK dan MAKI HAMUN.

“Masalahnya kamu datang selepas waktu pejabat. Sebab itu tak ada orang nak layan” kata salah seorang mereka.

“Kami bukan datang mengejut. Memang sejak awal kita sudah bersetuju bahawa lawatan ini ialah pada waktu petang seperti ini. Paderi yang sakit boleh minta bantuan pegawai lain, tapi Imam tak boleh dapatkan pengganti?” saya semakin berang. Menggigil menahan kemarahan.

“Sekarang ini, peserta program ini datang dari berpuluh negara di seluruh dunia. Mereka juga pernah melawat pelbagai masjid di sana sini. Hari ini, semua orang seronok ke gereja, ke kuil Hindu dan Buddha, tetapi kena maki hamun di masjid. Kalau orang tak minat dengan Islam, orang Murtad, kamu nak salahkan siapa? Cuba cakap dengan saya… alangkan saya yang Muslim pun sakit hati, orang lain apatah lagi!” saya bertanya lagi. Menuntut penjelasan.

Pelbagai alasan yang mereka berikan. Akhirnya mereka berkata bahawa mereka menerima arahan orang atas untuk tidak membenarkan orang non Muslim masuk ke masjid.

“Oh, orang atas. Kalau orang atas cakaplah orang atas. Jangan cakap hukum Islam, sebab Islam tak macam tu” saya meneruskan cakap.

“Kenapa orang boleh buat benda tak elok atau cakap yang tak elok dalam masjid? Sebab tak ada orang masjid yang nak jawab soalan, melayan tetamu. Macam hari ini!” kata saya lagi.

Perasaan bertukar menjadi sedih.

Saya sudah malas untuk meneruskan perbalahan kerana jam pun sudah mencecah 6:15 petang.

Banyak lagi isu yang dipergaduhkan di sepanjang 20 minit pertengkaran saya dengan pegawai masjid tersebut.

‘SAPU SAMPAH!’

Semasa sharing moment peserta di hotel pada sebelah malamnya, isu ini timbul semula. Saya terpaksa membuat justifikasi agar maruah Islam tidak jatuh dan hina disebabkan oleh kelakuan buruk “orang-orang agama” Islam itu sendiri.

“I’m hoping that the incident occurred in the Mosque today, would be a positive lesson for each of us. Even though we have many ideal solutions to offer, we have to admit that people out there are far for ready to accept changes in attitude about religion.

In order to achieve our dream, we must first be able to think positive and learn to differentiate between the custom and widespread misunderstanding among the people, with the true Islam that is so far away from what we have seen today“ saya cuba menenangkan peserta.

Saya cuba berkongsi pengalaman dengan peserta tentang pemerhatian dan pengalaman saya sendiri semasa menjadi Imam di Belfast Islamic Centre.

Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat memulihkan kembali imej Islam yang telah diburukkan oleh pihak masjid dan orang-orangnya siang tadi.

Karen Armstrong telah lebih berjaya mengangkat imej Islam berbanding “ceramah” dan akhlaq orang Islam sendiri.

Saya menangis sendirian di bilik hotel mengenangkan insiden yang amat mendukacitakan ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bersatu Menolak UMNO, Parti Perkauman



INGATKAN ANDA DENGAN VIDEO INI


Kita terlalu banyak disemakkan pemikiran dan disesakkan nafas dengan berita-berita yang lebih kepada sensasi. Padahal tiada apa pun.Banyak sungguh berita yang diumpan kepada rakyat agar membenci pemimpin PR yang bukan Islam,biarpun perkara tersebut jika di isukan, jelas menggugat keamanan kaum kerana menyentuh sensetiviti perkauman.

Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional mahu orang Melayu disemai dengan jiwa sebagai rakyat yang bencikan Cina, Bencikan India, bencikan semua kaum dan hanya mengangkat keris menyebut Ketuanan Melayu. Agaknya pemimpin UMNO bangga jika orang Melayu menikam orang cina, orang india menikam orang melayu, atau sebaliknya antara satu sama lain.

UMNO pengamal politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, peristiwa pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara. Ini semua bukti, yang menunjukkan sememangnya UMNO parti perkauman.

Terbaru, kita dimomokkan dengan berita Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu. Agendanya baik, iaitu menyumbangkan dana kepada surau berkenaan. Itu sahaja. Tetapi UMNO dan Perkasa mempolitikkan hal ini dengan tuduhan menghina masjid.. Mengapa? Satu sahaja tujuannya. Agar orang Melayu Islam membenci Cina. Dan jika yang menyumbang itu wakil rakyat India sekalipun, maka ia juga akan dipolitikkan agar Melayu benci India. Beginilah sikap dan teladan buruk didepan mata kita, dilakukan oleh parti politik Melayu UMNO.

Jika kita masih memberi peluang kepada UMNO,tidak mustahil suatu hari nanti, peristiwa 13 Mei berulang. Jadi jangan hairan PM dan TPM masih berdiam diri hingga detik ini mengenai isu pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing. Agaknya itu yang disukai. Percayalah. Kita akan saling membenci kepada kaum lain sekiranya kita membiarkan UMNO bertahan lagi lama berkuasa memegang tampok pimpinan negara.

Marilah kita sama-sama menolak parti UMNO yang rasis perkauman, dan bergerak dalam satu jemaah menyokong gerakan Islam. Kita bangunkan Melayu, kita bangunkan Islam. Insyallah, Malaysia akan aman biarpun kita berbilang bangsa dan agama.

Membangun Bersama Islam.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Berjambul Boleh Masuk Masjid, Tidak Hina Masjid Pun


Klik gambar utk besarkan

Apa komen sahabat?

Naib Presiden PAS: Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau

August 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”

“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.

“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.

“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.

“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO?



Hari ini saya membelek-belek tajuk thread yang ada di Forum MyKMU (portal popular Kelab Penyokong uMNO). Tiba-tiba saya terpandang tajuk "Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO?". Saya terpaku sebentar. Ishhh..~ Bukankah Khairy Jamaluddin itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia??

Saya ingatkan hanya bising di kalangan penyokong UMNO disitu sahaja, tetapi ternyata hakikat ini dipegang ramai pihak. Seolah-olah Khairy Jamaluddin ini adalah liabiliti UMNO keseluruhannya.Tidak kira penyokong atau pemimpinnya.~


Masakan tidak, satu tajuk artikel berjaya lulus di Utusan Meloya, menyokong PERKASA secara terbuka dan menghentam Khairy Jamaluddin walaupun Ibrahim Ali bukan sesiapapun di dalam UMNO berbanding Khairy Jamaluddin.

Tindakan UMNO mengenepikan Khairy dan mengjengkelkan Khairy di khalayak telah membuktikan bahawa UMNO itu sendiri memang sebuah parti yang mengamal politik "Tikam daripada belakang". Jika seseorang itu tidak suka dan tidak sehaluan, maka mereka akan dipijak dan dimalukan.


Jadi tidaklah menjadi hairan sangat Ketua Pemuda UMNO itu tiada jawatan dalam senarai Menteri Kabinet Malaysia. Dan juga tidaklah hairan sangat sekiranya PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali yang bukan sesiapa itu di sokong.

Inilah bukti yang tersangat relevan berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bahawa penolakan kepada Kerajaan Perpaduan UMNO adalah kerana terkenangkan nasib PAS yang pernah bergabung dengan UMNO dalam Perikatan, dan UMNO "tikam belakang" PAS suatu masa dulu.Pas diajak bergabung bila UMNO terdesak, dan PAS ditendang keluar apabila UMNO sudah kuat. Dan kini sudah terbukti segalanya. Kita dapat lihat bagaimana Khairy Jamaluddin diperlukan sedemikian hingga memberi kata dua kepada UMNO sama ada dia atau Perkasa. Dan kini, UMNO lebih suka pilih PERKASA dan malukan Khairy Jamaluddin.

Hai Khairy, Nasib badann...
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hukum mengumpat dan mengaibkan orang



Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.
JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–

Satu Lahi Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.

Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.

Berkenaan Video Gadis Bertudung Persenda Zikir, Sila Rujuk JAKIM di SINI :

Gadis Bertudung Persenda Zikir

Dan Berkenaan Hukum Aib Demi Teladan, Sila Rujuk Jakim di Sini :

Aib Demi Teladan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Relevankah Nikah Gantung ??


Untuk mengurangkan gejala sosial yang melibatkan jenayah seperti Zina, Rogol dan buang bayi sememangnya tidak selesai hanya dengan adanya nikah gantung atau nikah khitbah. Namun pun begitu, ia dapat mengurangkan masalah sosial yang berlaku.

Penyelesaian yang berkesan dalam masalah ini ada satu sahaja. Iaitu melaksanakan undang-undang Allah (hudud) di bumi Malaysia. Inilah satu-satunya penyelesaian bukan sahaja menyelesaikan masalah tersebut, malah boleh menyelesaikan masalah dalam kes-kes yang lain.

Oleh kerana undang-undang kita berformatkan hukuman manusia (sekular) tidak mengikut skema hukuman pencipta, yakni Allah Rabbul Jalil, maka timbullah cadangan nikah gantung ini. Biarpun tidak mampu membendung 100%, namun ia dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi dan jenayah zina bawah umur. Saya menyokong penuh Pemuda PAS mempromosi nikah gantung bagi mengurangkan gejala tidak bermoral tersebut.

'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi' - Malaysiakini

perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Khutbah Jumaat Daripada Ustaz Abdullah Khairi

Saya mengalir air mata bila mendengar khutbah ini. Saya mengajak kepada semua sahabat yang berkunjung ke blog ini, agar sama-sama menyaksikan khutbah Jumaat daripada Ustaz Abdullah Khairi, menceritakan satu peristiwa besar dalam Ramadhan tahun lepas, dan pengorbanan Rasullah, dan teladan daripada kisah para sahabat. Moga sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.









[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Felda Tidak Bangkrap : Mahkamah arah Felda bayar RM11 juta


Sudah hampir 15 tahun Felda menekan dan juga menipu peneroka dengan mengambil titik peluh peneroka dalam Kadar Perahan Gred (KPG) yang kita tahu terdapat perbezaan antara 6% bagi setiap tan. Sememangnya wujud satu pentadbiran yang pincang di dalam Felda walau ia dinafikan. Terbukti,kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya telah menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal, iaitu membantu peneroka dalam menghasilkan pendapatan.Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang pasti, setiap kekusutan yang berlaku di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsanya. Maka hak dan keadilan perlu ditegakkan. Prinsip yang dibawa iaitu keadilan untuk semua rakyat maka pembelaan ini adalah satu usaha kita agar peneroka di negara ini mendapat hak mereka yang sebenarnya.

Dan semalam, satu khabar gembira buat semua 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan,apabila mereka diberi pampasan sejumlah RM11 juta. Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Dan dengan keputusan ini juga, bermakna dakwaan daripada persatuan ANAK adalah benar bukan satu omongan kosong.

Kepada peneroka felda, berjuanglah. Hanya dengan cara ini sahajalah Felda dan Umno BN akan sedar bahawa mereka tidak lagi boleh menekan dan mempergunakan keringat peneroka untuk kepentingan tertentu dan politik mereka.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Karpal dan Kit Siang Bersama UMNO Menentang Hukum Hudud !!



"Pertama sekali ingin dijelaskan di sini bahawa saya bukan orang yang ahli untuk membicarakan soal hukum hakam agama. Tetapi terpanggil untuk bertanya, apakah hukum hudud akan dilaksanakan sejurus selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara di sebalik undang-undang sekular yang dituntut oleh segelintir pemimpin pakatan?

Itu adalah ceritanya yang sedikit sebanyak menimbulkan ombak komplikasi di arena meja bulat di antara PAS dan DAP. Perlu di ingat, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam Pakatan Rakyat. Hudud adalah perkaranya.

Namun apa yang pasti ialah sejak kita merdeka, tidak sedikit pun usaha untuk melaksanakan hukum hudud diketengahkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti melayu UMNO. Mereka hanya berani mencabar parti Islam PAS melaksanakan hudud di Kelantan sedang mereka tahu hanya dengan menguasai kerajaan pusat sahaja membolehkan hukum hudud dilaksanakan secara efektif.

Mereka(UMNO) mengumpan supaya hudud itu disebut oleh kepimpinan PAS, kemudian mereka mencari Karpal Singh supaya kenyataan bercanggah dapat dihasilkan. Itu kerja mereka. Bukankah lebih baik mereka sendiri yang mencadangkan hukum hudud, daripada menentangnya dengan meneruskan legasi undang-undang penjajah?

Saya percaya sekiranya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah pada PRU akan datang, perkara pertama yang akan dibangkitkan oleh UMNO ialah perlaksanaan hukum hudud. Ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memporak-perandakan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan dari reformasi rakyat. Ingin saya tegaskan, peluang yang diperolehi UMNO selama 50 tahun sebagai majoriti pemerintahan beragama islam, tidak langsung digunakan bagi mendekati hukum ciptaan Allah, tetapi hanya menggunakan undang-undang ciptaan orang kafir malah, menyalahgunakan undang-undang tersebut demi kepentingan mereka!

Saudara dan saudari sekalian, samada kepimpinan UMNO itu sedar atau tidak, bahawa mereka juga mengaku menganut ugama Islam yang menuntut hukum hudud dilaksanakan ke atas umat Islam. Seraya mereka memberi alasan yang sinonim dengan kebodohan mereka dengan statment lapuk - Malaysia adalah negara berbilang kaum. Padahal seperti yang dikatakan sebentar tadi, hukum hudud bukan terbahagi kepada kaum, tetapi ia hanya diperuntukkan kepada setiap individu yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak kira apa kaum sekalipun asalkan berugama Islam, hukum hudud itu terpakai seadanya.

Masyarakat negara ini mempunyai pelbagai anutan dan kepercayaan agama. Di sebalik perlaksanaan hukum hudud, peruntukkan perundangan untuk penganut agama lain tetap terpelihara. Jadi di manakah masalahnya dalam konteks persetujuan penganut ugama lain sekiranya hudud dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat?

Adalah sebab itu, UMNO tetap dianggap memperjuangkan hanya bangsa melayu, yang menjadikan masalah sosial yang kian teruk melanda negara sebagai masalah sekunder. Apa yang menjadi keutamaan pemerintah hari ini ialah, kemajuan demi kemajuan tanpa diselaraskan dengan keperluan rohani bagi mengatasi masalah sosial. Akhirnya, orang-orang melayu yang berugama Islam menjuarai pesta pembuangan bayi, menjadi penduduk majoriti di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik, dan juga menjadi pemenang dalam setiap perlumbaan haram yang dijadualkan setiap malam minggu. Inilah hasil ungkapan keramat 'hidup melayu' yang akhirnya 'hidup segan mati tak mahu' apabila terjebak dengan najis dadah.

Jadi siapakah di antara kita yang ingin menafikan bahawa hukum hudud adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah yang melanda umat Islam di negara ini?

Mursyidul Am telah memberikan jawapan yang paling tepat dalam menangani masalah sosial yang dijuarai melayu Islam. Karpal Singh pula langsung tidak berkaitan untuk menolak hukum hudud, begitu juga dengan Lim Kit Siang. Melainkan Karpal dan Kit Siang berugama Islam, mereka berdua boleh bersepakat dengan kepimpinan UMNO untuk menjadi orang-orang Islam yang menentang hukum hudud.

Jika 50 tahun lamanya masa yang diberikan untuk memartabatkan agama Islam dengan perlaksanaan hukum hudud, tidak berjaya dilakukan oleh UMNO. Maka setiap umat Islam yang inginkan masa depan anak-anak mereka bercambah melalui didikan Islam dan membesar cara Islam sebenar, berikanlah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuka ruang transformasi ke jalan serta cara hidup yang diredhai Allah. Kita sayangkan anak-anak, kita sayangkan Islam, kita cintakan Rasulullah dan kita cintakan Allah, justeru kita wajar menyokong perjuangan menegakkan hukum Allah. Pastinya umat dan keturunan kita selamat.

Untuk bertindak adil dan saksama, hukum hudud hanya akan berkuat-kuasa setelah semua penganut agama lain memahami konteks-konteks dalam perlaksanaan hukum hudud. Perbincangan demi perlaksanaan bukanlah bermakna meminta persetujuan, ini kerana hudud itu satu arahan, bukan satu tawaran.

Mungkin setelah kefahaman terhadap hukum hudud ini diperkenalkan dengan sistem penerangan yang terbaik seperti melalui media perdana yang ketika itu dikuasai Pakatan Rakyat, melalui pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti, tidak mustahil ianya boleh dilaksanakan malah disokong oleh penganut agama lain kerana hebatnya Islam itu dan adilnya Islam itu, agama pencipta sekalian alam. Setiap dari kita harus percaya jalan Allah, nescaya itulah satu-satunya sumber kebangkitan Islam akhir zaman. Semoga nasib anak-anak kita selepas era kehidupan kita, lebih selamat dari segala kepincangan dunia yang telah kita lalui.

Persetankan Karpal Singh, persetankan Kit Siang. Mereka adalah berkecuali dalam peruntukkan hukum hudud dan mereka mempunyai peruntukkan undang-undang khas sebagai orang bukan Islam yang menyokong kerajaan Islam. Tidaklah saya pasti kiranya ada ahli UMNO yang inginkan peruntukkan berkecuali dari hukum hudud.

Akhir kata, saya sekali lagi memohon ampun sekiranya terdapat kesilapan maklumat di atas kejahilan saya dalam bidang agama. Harap diperbetulkan jika tersalah tafsiran kerana ini bicara agama, adalah amat penting untuk memastikan penyampaian di atas adalah benar.

Takbir !!

Oleh: edyesdotcom
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Masyallah, Gadis Bertudung Persenda Zikir



Ya Allah betapa tergurisnya hati saya bila melihat video diatas. Wanita Bertudung tetapi memersendakan zikir. Layakkan mereka memegang status muslimah jika begini lagaknya? Sekali imbas tiada bezanya mereka dengan golongan kafir yang mempersendakan solat dan azan seperti video klip di bawah :



Tiada bezanya mereka dengan orang bukan Islam ini.

Apa perasaan anda bila melihat klip video di atas?

Apapun saya mendoakan agar mereka segera menyesali dan bertaubat nasuha.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dosa Wanita Yang Mendedahkan Aurat


Seorang lelaki terpandang aurat wanita, maka tidak berdosalah atas keterpandangan tanpa sengaja itu ,(beristigfarlah) dan berdosalah wanita yang tidak menutup aurat itu terima..(jika seorang)

Dan sekiranya lelaki bukan terpandang,( tetapi memandang), maka... berdosalah dia atas kadar pandangan (yg tidak dijaga) itu terhadap wanita tersebut. Dan dosa wanita yang memperagakan perhiasan kecantikannya kepada lelaki yang memandang (aurat didepan bukan mahram) maka, berkadaran dua kali ganda jugalah yang dia akan terima..(jika seorang)

Dan jika anda mendedahkan aurat semasa anda beraktiviti di luar rumah, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan dilihat oleh 400 pasang mata sehari,, Berapa banyak dosa yang anda dapat dalam setahun??

Hayatilah peristiwa yang diceritakan Rasullah kepada puterinya Fatimah dan menantunya Ali Karramallahu wajhah mengenai wanita yang diseret ke neraka apabila baginda ditanya mengenai pengalaman Isra' Mikraj.

=================

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

Hadis Penuh di SINI

===================

Malaikat Jibril berkata "Celaka seseorang yg masuki Ramadan tetapi keluar darinya sedang DOSANYA TIDAK DIAMPUN oleh Allah’. Lalu Nabi diminta utk berkata ‘amin’ & Nabi mnyebutnya

Moga ramadhan tahun ini memberi satu sinar baru kepada hidup kita agar berubah. Dan janganlah sesekali kita berlengah. Ayuhhh.. Marilah kita sama-sama berubah dan pohon keampunan daripada Allah Rabbul Jalil, pada bulan penuh magfirah (keampunan) ini.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Rasulullah Mendoakan Orang Bukan Islam

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).



Saya Akan Saman - Zakaria

PULAU PINANG, 25 Ogos: Ustaz Zakaria Ahmad (gambar) akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjadikan isu bacaan doa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat untuk memfitnah beliau.

“Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjadikan isu ini untuk memfitnah saya. Tindakan menyaman mereka yang terbabit sedang dalam proses oleh pihak peguam yang telah saya lantik bagi memfailkan kes ini.

“Ini melibatkan maruah saya. Mana boleh mereka sesuka hati melemparkan fitnah sedemikian,” tegasnya kepada Harakahdaily selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), semalam.

Katanya, apa yang amat dikesalkan ialah isu itu dipolitikkan oleh sesetengah ahli politik untuk jadikan modal politik.

“Diperbesarkan isu sekecil ini semata-mata untuk menyalahkan pihak lain. Ia kini sudah jadi satu isu yang serius. Saya tak boleh biarkan perkara ini disalah tafsirkan,” tegasnya lagi.

(IKUTI TEMUBUAL PENUH DALAM SIASAH JUMAAT INI)

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Maipp, Mohd Saleh Man menjelaskan tidak menjadi satu kesalahan kepada sesiapa sahaja yang mendoakan kepada orang bukan Islam untuk diberikan hidayah kepada mereka sama ada dalam khutbah atau pun di luar khutbah.

Menurut nya, dalam isu yang melibatkan Zakaria selaku pendakwah bebas yang didakwa membacakan doa khutbah Jumaat menyebut nama ketua menteri tidak harus dijadikan isu politik oleh mereka yang faham akan sejarah penyebaran agama Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

"Pada zaman penyebaran Islam oleh Rasulullah s.a.w. baginda pernah mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah untuk memeluk Islam. Oleh kerana itu isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia mencemarkan imej baik Islam pada kaca mata masyarakat lain.

"Doa untuk orang bukan Islam itu dibolehkan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah,bukannya mendoakan kesejahteraan mereka. Manakala Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri kita hormati selaku ketua agama Islam di dalam negara dan juga negeri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Beliau berkata, isu itu tidak harus diperbesarkan lagi setelah Zakaria membuat pengakuan dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri, semalam.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

FanPage Facebook : Membakar Api Perkauman dengan Sengaja

Klik gambar untuk besarkan

Saya terkejut bila terbelek satu FanPage Pro UMNO di FaceBook, iaitu Kelab Gerakan Anti-PKR dengan terang membakar Api perkauman dengan membawa gambar tragedi 13 Mei dan mengaitkan dengan DAP dengan panggilan Dapigs.

Sila buka di link ini : http://www.facebook.com/photo.php?pid=321054&fbid=147502458607573&id=106077966083356

Dan ini gambar kedua, yang menunjukkan komen Fan dan apa jawapan GAP (admin Gerakan Anti PKR).


Klik gambar untuk besarkan

Mengaku Rasis??

MasyaAllah.Moga ada tindakan kepada mereka ini yang sengaja membakar api perkauman ini.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]


MINAH NI LETUP DIRI SENDIRI KA.....???????
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Salah UMNO :Kenyataan Gerakan mengenai Hudud 'impian peribadi' Nik Aziz



Hari ini kita sebagai orang Islam bersedih kerana kenyataan Pemuda Gerakan mempermainkan hukum Allah dengan mengatakan;

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina.Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

===============================

Bukankah Hudud itu rasional?

Saya abaikan dulu mengenai isu ini. Saya ingin membawa anda menyaksikan satu video ceramah Masyitah (Ratu Hadhari, orang ugama UMNO) suatu ketika dahulu. Dimana beliau dengan terang mempersendakan pelaksanaan hudud, sedangkan dia seorang Muslim.



Satu penyelewengan,kesesatan dan kekufuran yang membawa seseorang muslim terkeluar dari Islam adalah apabila seseorang individu mendakwa tidak yakin dengan kesesuaian hukum-hukum syarak untuk direalisasikan, malah menyifatkannya sebagai hukum yang sudah tak sesuai dengan maslahah dan tidak relevan dengan perkembangan zaman dan sebagainya, walhal dia mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hukum syarak tersebut.

Perkara ini boleh berlaku pada masalah berhubung soal akidah atau perundangan. Individu tersebut juga tahu bahawa hukum itu telah sabit berdasarkan mana-mana ayat al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w yang mutawatir. Itulah orang yang dimaksudkan oleh al-Quran sebagai beriman dengan sebahagian kitab Allah dan kufur dengan sebahagian yang lain. Firman Allah yang bermaksud,

Adakah patut kamu beriman dengan sebahagian daripada Kitab dan menolak sebahagian yang lain, maka tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian itu di antara kamu melainkan mereka akan ditimpa malapetaka dan kehinaan di dunia, dan pada hari akhirat pula mereka akan ditolak ke alam azab yang amat pedih. Kerana itu, ingatlah Allah tidak akan sekali-kali lalai daripada apa yang telah kamu lakukan”.

Penafian daripada Masyitah yang kita dapat saksikan dalam video diatas merupakan satu contoh sikap durjana manusia, yang beriman dengan sebahagian kitab, dan kufur dengan sebahagian yang lain. Masyitah yang boleh kita katakan mewakili UMNO,sewenang-wenangnya mempermainkan hudud Allah. Menggambarkan hukum potong tangan kepada pencuri (hudud) sebagai tidak relevan. Masya Allah ~!!

Sebagai seorang Muslim, saya berasa sangat sedih. Sepatutnya apabila orang agama bercakap, ia akan menambahkan rasa keyakinan para pendengar kepada hukum Allah. Namun amat mendukacitakan bilamana apabila ada orang agama bercakap, dan menyusun ayat, menyebabkan orang makin tak yakin dengan hukum Allah malah mempersenda-sendakan.Dan akhirnya,mereka yang ada sikit-sikit keyakinan kepada hudud jadi tawar hati.Inilah balanya bila orang alim tergelincir dari landasan Syariat Allah.

Saya kira inilah antara punca mengapa penyokong UMNO yang beragama Islam dan orang bukan Islam seperti Pemuda Gerakan sanggup berkata demikian,menafikan dan anti Hudud kerana Orang AGAMA UMNO sendiri memberi gambaran negatif mengenai Hudud.

"Bila seorang alim agama mendatangkan syak wasangka kedalam dada manusia, maka dia telah menjalankan tugas syaitan. Maka jikalau alim itu menjalankan tugas syaitan, maka dia adalah ulamak syaitan"

Kini yang pasti, UMNO dengan Gerakan berkongsi satu rasa, iaitu sama-sama tidak mahu hudud, dan menolak Hudud Allah secara terang. Bezanya Gerakan itu parti Kafir dan UMNO parti Melayu Islam.

Jika kafir kita kata jahil tetapi jika Islam pula bagaimana? Tepuk dada,tanya iman.

Gerakan anggap hudud 'impian peribadi' Nik Aziz


Pemuda Gerakan menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang

Beliau merujuk kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Menurut kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dua hari lepas, undang-undang hudud bukan jawapan kepada gejala jenayah dan sosial.

"Malah beliau juga berkata 'partinya DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini'.

"Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan undang-undang hudud oleh mursyidul Am PAS tersebut adalah hanya impian peribadinya.

"PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama," tegasnya.

Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan lagi mengambil kesempatan untuk mencadangkan undang-undang hudud atas alasan kenaikan gejala jenayah dan sosial.

"Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," tambahnya.

PAS, tegas Tan, PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Khutbah : UMNO cuma mahu selamatkan Soi Lek



Beberapa orang penganalisa politik berpendapat media tunggangan UMNO iaitu Utusan Malaysia yang mendakwa nama Lim Guan Eng telah menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah jumaat hanyalah taktik UMNO untuk memenangi semula negeri Pulau Pinang.

Mereka merasakan tindakan Utusan yang menyiarkan tajuk besar “Nama Guan Eng ganti Agong - Disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang bantah” khusus untuk membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu di Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu…

Mungkin ada benarnya pendapat penganalisa-penganalisa politik itu.. Malangnya hanya Melayu yang menyokong UMNO yang berasa marah bila isu itu dibangkitkan.. manakala yang menyokong Pakatan Rakyat semakin membenci UMNO dan Utusan.

Menurut Zahid Hamidi perkara ini talah berlaku beberapa minggu yang lalu, jika ianya benar mengapa baru sekarang ianya dinyatakan? Kenapa penyokong UMNO yang kebetulan mendengar khutbah berkenaan tidak menyatakan bantahan selepas solat jumaat itu berakhir?

Tidak bolehkah mereka memberitahu kepada Zahid Hamidi dengan segera mengenai tuduhan itu agar Zahid boleh dengan segera memberitahu kepada Muhyiddin supaya Muhyiddin boleh dengan segera memberikan amaran kepada Lim Guan Eng?

Kenapa setelah beberapa minggu berlalu baru insiden ini dilaporkan kepada polis? itupun setelah Chua Soil Lek mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa kurang senang masyarakat Melayu..

Yang jelas disini UMNO terpaksa memainkan isu ini bagi mengalih perhatian rakyat terutamanya yang masih menyokong mereka dari terus fokus terhadap Chua Soi Lek yang mahukan 30% pegangan bumiputera didalam ekonomi dikurangkan.. atau dalam lain ayat isu ini terpaksa ditimbulkan oleh Zahid bagi menyelamatkan Soi Lek.

Tindakan Chua Soi Lek yang menyarankan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan secara berperingkat-peringkat juga adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Negara menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Presiden MCA itu juga dalam ucapannya di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Setar telah berkata negara-negara Islam di seluruh dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak.

Kerana kejahilannya juga beliau berkata tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita kerana tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan.

Kedua-dua isu yang telah dinyatakan oleh Chua Soi Lek itu sendiri telah menimbulkan rasa kurang senang para penyokong UMNO terhadap Presiden MCA itu dan kemarahan oleh masyarakat melayu itu disuarakan oleh PERKASA kononnya..

Bagi mengalihkan kemarahan penyokong UMNO terhadap sekutu UMNO didalam Barisan Nasional satu isu baru perlu ditimbulkan agar kemarahan itu dapat disalurkan kepada pihak lain.

Untuk disalurkan kepada Gerakan adalah tidak mungkin kerana Gerakan juga adalah sekutu UMNO didalam Barisan Nasional.

Jadi sasaran mudah UMNO dengan dibantu oleh media yang ditunggangi oleh mereka ialah Lim Guan Eng dan DAP yang menerajui Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Biarpun telah dinafikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang di SINI,SINI dan di SINI, UMNO dan Utusan dibantu pula oleh TV3 terus memainkan isu ini..

Memang benar ada nama Guan Eng disebut didalam doa itu menurut beberapa orang sahabat, tetapi ianya disebut bukan sebagai menggantikan nama Tuan Yang Di Pertua negeri Pulau Pinang mahupun Agong sepertimana yang dihebohkan oleh UMNO dan medianya itu..

Imam yang menyebut nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu telah berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.. salahkah doa itu?

Kalau 20 tahu dulu UMNO menggunakan kaedah ini rakyat mungkin percaya, tetapi sekarang dimana ramai rakyat yang telah faham taktik-taktik lapuk UMNO, ianya hanya menjadi bahan ketawa..

Dari : AnakSungaiDerhaka
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Apa Yang Tak Kena Dengan Gambar



Apa yang tak kena pada gambar-gambar ini ??



Dan gambar ini ?? Sekadar bertanya........





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kenapa Chua Soi Lek Sahaja Dibalun TIDAK Najib Tun Razak?



Kini MCA telah mula diKafir Harbi oleh Penyokong UMNO. MCA dituduh menjadi agen kepada DAP di dalam BN. Jika sebelum ini DAP dimaki hamun sebagai parti Kafir Harbi penentang Islam dan Melayu, kini MCA pula. Cuma berbezanya kali ini, yang "diPerdajalkan" adalah DAP bukan MCA. Tak percaya tengok TAJUK Utusan Meloya pada gambar atas.

Kenyataan Chua Soi Lek mengenai isu kuota bumiputera sebanyak 30% yang hendak dibahagi-bahagikan mengikut merit membuatkan penyokong dan segelintir pemimpin UMNO panas punggung. Ya,tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kongres Ekonomi Cina Malaysia. Antara lain juga,Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Mengenai tuntutan pengurangan 30% ekuiti bumpitera,semua pihak (penyokong UMNO khususnya) melenting dan menyalahkan MCA kerana kononnya mengikut rentak DAP. Bukan setakat PERKASA panas punggung, Muhyiddin pun belum berhenti berperang mulut dengan Chua Soi Lek berhubung isu ini(Adakah mungkin semua ini hanyalah perang olok-olok dan sandiwara??). Namunpun begitu,dalam banyak-banyak serangan kepada MCA, tiada seorang pun membidas Najib Tun Razak yang ada pada majlis tersebut pada hari itu.

Bukankah mereka sepatutnya marahkan Najib?? Bukankan dia yang merasmikan Kongres tersebut pada hari itu? Bukankah dia yang meluluskan 12 deklarasi termasuk pengurangan 30% ekuiti bumpitera?

Jadi ceritanya di sini yang patut diserang bukan MCA. Yang dikambinghitamkan sepatutnya bukan DAP. Mereka (Penyokong UMNO) perlu sedar. Dalam hal ini, mereka perlu persoalkan Najib.

Mengapa Najib buat begitu?

Mengapa tidak mempertahankan perkara ini semasa berada di dewan tersebut pada hari itu?

Apa respon Najib pada hari itu bila mana kongres membuat deklarasi 30% ekuiti Melayu nak dikurangkan?

Adakah Najib merelakan semua ini atau sememangnya ini adalah salah satu agenda Najib sendiri menggunakan lidah MCA untuk merealisasikan hasratnya mengurangkan ekuiti bumiputera Melayu?

Sebelum inipun, Najib telahpun meliberasikan beberapa sektor ekonomi yang turut memperlihatkan penghapusan pegangan Bumiputera dalam bentuk saham dan sebagainya.

ATAU Adakah ini agenda tersembunyi bahawa UMNO mula tunduk kepada MCA demi memastikan kelangsungan politik parti itu?

Jadi persoalan-persoalan dan andaian-andaian ini kena ada dan penyokong-penyokong UMNO kena fikirkan. Secara logiknya sekalipun,Perasmi kongres tersebut pada hari tetap Najib sendiri,jadi wajar dia yang dipersoal.

Jadi dalam kes ini,bukan salah MCA atau DAP.So sedarlah. Sudah berapa kali saya bilang, yang menjahanamkan Melayu bukan DAP,MCA,MIC,PKR,PAS tetapi UMNO!

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]