Subscribe

UMNO Kehilangan Akal

Kepala hotak UMNO memang bercelaru. Kecelaruan itu diakibatkan oleh idealisme yang mereka sendiri buat. Antaranya ialah slogan "Hidup Melayu" dan konsep 1Malaysia. Slogan pertama itu mengesahkan bahawa UMNO berjuang hanya untuk orang Melayu. Oleh sebab itu, sahlah UMNO itu parti perkauman. Hal ini disahkan lagi oleh tindak-tanduk mereka yang suka menghina kaum Cina dan kaum India.

Orang Cina dicop sebagai pendatang oleh Ahmad Ismail. Orang Cina dicop sebagai kaum suka jual tubuh oleh Nasir Safar. Orang India dicop sebagai pengemis oleh Nasir Safar. Kini, Biro Tata Negara (BTN) mengecop orang Cina dan India sebagai Si Sepet dan Si Botol. Tidak ada sesiapa pun di Malaysia akan mengatakan UMNO tidak rasis apabila cop-cop ini ditujukan khas kepada kedua-dua kaum itu.

Jika demikian keadaannya, sahlah bahawa konsep 1Malaysia tidak membawa makna apa-apa. Konsep itu hanya retorik politik untuk mengabui mata rakyat. Kononnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Apabila mereka kata lain tetapi buat lain, kena hentamlah. Apabila dihentam mereka melenting. Lentingan itu menyebabkan mereka hilang akal.

Dalam keadaan hilang akal itu, mereka dicabar supaya menyatakan pendirian tentang "Malaysian First, Malay Second". Bertempiklah juak-juak UMNO mengatakan mereka tidak rela tukar slogan. Kalau tukar masuk perangkap pembangkang. Memang mereka hilang akal. Dengan berbuat demikian, sudah terang lagi bersuluhlah sikap perkauman mereka. Anehnya, mereka mengambil keputusan menjauhkan diri daripada PERKASA kerana takut kehilangan sokongan kaum Cina dan India apabila NGO itu terlalu lantang memperjuangkan hak Melayu kononnya. Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang berani menghapuskan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Mengapa UMNO bersikap terlalu aneh sekarang ini? Mereka telah kehilangan sokongan orang Melayu. Mahathir kata orang Melayu berpecah tiga. Satu pertiga dalam UMNO. Satu pertiga dalam PAS. Satu pertiga dalam PKR. Oleh sebab itu, dua pertiga orang Melayu ada dalam Pakatan Rakyat.

Inilah yang mendorong UMNO disimbahi histeria. Dengan hanya satu pertiga orang Melayu yang menyokong, mereka akan pupus tidak lama lagi. Maka dikumandanglah kenyataan gila bahawa Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Otak letak dekat lututkah? Mereka sepatutnya berkata kuasa dan suara orang Melayu akan memuncak apabila Pakatan Rakyat menguasai Malaysia. Memang sahlah UMNO sedang cemas dan lemas dengan situasi yang membelenggu mereka sekarang ini. Apatah lagi apabila melihat PKR diberi sokongan hebat oleh rakyat. Macam-macamlah kenyataan berunsur iri hati dilontarkan terhadap parti pelbagai kaum itu.

Bagi Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia adalah fokus utama. Hak Melayu, Cina, India, dan lain-lain mengikut yang ditentukan oleh perlembagaan. Dengan demikian, Pakatan Rakyat bersikap anti-perkauman. Rakyat Malaysia akan berasa lebih aman dan sentosa jika memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah.

Ruhan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Adakah sertai UMNO untuk membaiki UMNO atau menjadi Balaci dalam UMNO?

JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran.

"Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut.

Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan pusat pimpinan BN.

Dalam kenyataan pengerusi bersama jawatankuasa itu Wan Mohd Johari Wan Omar dan Md Zulaimi Kazin hari ini, mereka mempertahankan tindakan menghantar 40 ulama dan tok guru pondok di Kelantan untuk bermunajat di Mekah sebagai tidak bercanggah dengan syariah.

"Kami melihat, tindakan kami ini tidak bercanggah dengan syariah, terutamanya tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan kami ini," kata mereka sambil menambah bahawa ia tidak seperti larangan nyata pengharaman judi bola sepak yang "didiamkan" oleh golongan itu.

Wan Mohd Johari (kiri) dan Md Zulaimi berkata, selari dengan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram, pihaknya menghantar golongan itu "agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh sendiri, untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan."

"Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Ia tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan.

"Keadaan ini tidak sama seperti tindakan kerajaan pusat pimpinan Umno, mengambil dana kerajaan untuk membayar kepada syarikat Yahudi, APCO sebanyak RM 77 juta setahun," sindir mereka.

Jawatankuasa itu juga memaklumkan pada 28 November depan, sebelum bertolak ke Mekah, satu majlis munajat yang sama akan diadakan di suatu tempat di Selangor.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BTN : Brainwash The Nation Program


Saya pernah menulis mengenai BTN di sini dulu. Dan saya dapat pelbagai respon daripada pembaca di sini. Kelmarin, seorang pegawai BTN dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

Begini. Jika disoroti sejarah BTN yang ditubuhkan pada tahun 1975, BTN sebenarnya mempunyai peranan yang cukup penting dalam membina negara dari sudut moral dan jatidiri rakyatnya.Pada tahun 1970-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan pertubuhan mahasiswa dan belia bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.




Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keIslaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.


Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.


Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.


Namun pada hari ini,semuanya sudah berubah. Banyak aduan daripada peserta yang menyertai kursus BTN (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia. Dan modul-modul BTN pula dilihat sebagai alat untuk menutup agenda sebenar BTN iaitu menarik pegawai awam bersama dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional. Maka tidak hairan jika hari ini pegawai BTN sendiri berani menggelarkan orang Cina sebagai si mata sepet' dan orang India sebagai 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.


Walaupun ditegaskan antara objektif utamanya adalah untuk melahirkan penjawat awam yang patriotik, namun perjalanan program yang diisi dengan slot-slot ceramah banyak digunakan sebagai pentas untuk memperburukkan parti yang melawan kerajaan seperti Pakatan Rakyat. Suatu ketika dahulu Salahuddin Ayub pernah mendedahkan bahawa beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.


“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau.


Dengan sebab-sebab inilah BTN tidak lagi relevan untuk hari ini. Biro Tata Negara (BTN) hanyalah tinggal pada nama kerana modul dan ceramah didalamnya lebih kepada "Brainwash The Nation Program". Tiada lagi objektif "memupuk patritisme di kalangan rakyat" kerana yang ada adalah "memperburukkan kaum selain Melayu dan Pakatan Pembangkang".






KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.

Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.


"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka.


Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.


"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.


Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.


"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia.


"Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kian sedar dengan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dr Asri: Hasil Judi Halal diterima sebagai bantuan

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Arak,judi,bukan Islam masuk masjid dan kantoi


"Assalamualaikum,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,

Kita mulakan dengan arak.Ketika PRK Hulu Selangor, 1Malaysia digegarkan dengan pendedahan Dato Zaid Ibrahim sebagai seorang pemabuk tegar dan gambar gambar Dato Zaid Ibrahim sedang memegang gelas arak diedarkan macam goreng pisang panas.Kerja UMNO sehingga saban hari dan malam akhbar penjilat serta TV pengampu dipenuhi dengan berita berita pemabuk Dato Zaid Ibrahim. Tetapi apabila dicabar oleh LKS, tidak pula ada seorang pemimpin UMNO yang gentleman yang tampil menyahut cabaran tersebut.Akhbar dan TV pula macam bisu, langsung tidak menyiar dan mengulas cabaran ini.

LKS mendakwa di parlimen bahawa arak menjadi budaya kepada UMNO dan mencabar pemimpin mereka termasuk PM dan Nazri Aziz menafikan dan menyatakan kedudukan sebenarnya hubungan arak dan UMNO.Sehingga kini tidak seorangpun pemimpin UMNO termasuk Ali Rustam yang petah berceramah menuduh Dato Zaid Ibrahim ketika di Hulu Selangor tampil membuat sidang akhbar untuk menafikan dakwaan LKS tersebut dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka adalah pengamal Islam yang patuh sekalipun Ali Rustam baru sahaja memulakan sekolah hamil bagi menangani permasalahan anak zina di kalangan remaja Islam serta mencadangkan agar remaja dibenarkan kahwin sewaktu masih bersekolah untuk tujuan yang sama.

Akhirnya isu arak hilang dan UMNO gagal membuktikan mereka anti arak dan anti pemabuk seperti di PRK Hulu Selangor dan aktiviti UMNO kembali macam biasa, tiada perubahan.Tetapi UMNO tetap berhutang kepada LKS dan kepada rakyat kerana masih gagal menjelaskan hubungan antara arak dan UMNO serta mengambil sikap pengecut yang baling batu sembunyi tangan.UMNO kantoi dalam usaha menjadi penentang kemungkaran berkaitan arak.

Lepas itu, UMNO menjadikan MP Teo Nie Ching sebagai objek serangan apabila mendakwa kehadiran beliau di ruang solat sebuah surau sebagai haram kerana tidak mandi wajib dan tidak menutup aurat.Sekali lagi akhbar dan TV UMNO bergema dengan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin PR.Pendapat mufti diambil dan berita disebarkan dengan menggantikan perkataan surau dengan masjid.Satu gambaran bagaimana prihatinnya UMNO menjaga kesucian masjid dan agama.

Tetapi kemudianyan terlondeh semua perbuatan pemimpin UMNO termasuk isteri PM yang mencemarkan masjid dan surau dengan perbuatan yang jauh lebih mungkar dari MP Teo dan UMNO kantoi.

Tetapi malangnya, UMNO tidak menyedari bahawa tindak tanduk mereka selama ini di dalam masjid sudah dirakamkan.Apabila UMNO cuba menunjukkan kebiadapan orang bukan Islam dengan izin orang Islam sendiri terhadap masjid, maka terkeluarlah semua perbuatan mereka terhadap masjid dan agama dan akhirnya UMNO kantoi lagi.

Kini, judi pula dijadikan senjata menyerang PR.Kerajaan Penang dua kali diserang kerana berita yang disiarkan oleh blog pisau.net.Berita pertama ialah mengenai surat vincent tan yang ditolak oleh kerajaan Penang ketika isu judi bola dulu dan surat kedua mengenai sumbangan kelab lumba kuda kepada dana bantuan orang orang miskin.Rezal Marican ketika mendakwa kerajaan PR menggunakan dan judi untuk tujuan bantuan orang miskin seolah tidak sedar bagaimana hubungan UMNO dengan judi dan tokey judi utama dalam negara serta tidak mengendakan berapa banyak dana perolehan judi yang digunakan oleh kerajaan UMNO untuk membayar gaji kakitangan serta bayaran tuntutan kontraktor selain untuk tujuan bantuan seperi wang ehsan, wang raya adan sebagainya.

Untuk itu, wajar disorok kembali bagaimana Lim Goh Thong memperolehi Genting Highland secara percuma dari kerajaan UMNO dengan keluasan yang begitu besar serta hubungan UMNO dengan vincent tan dan ananda krisnan.Uncle Lim sudah menulis buku yang dijual kepada umum menceritakan bagaimana dia membangunkan Genting Hingland sebagai pusat perjudian dengan kerjasama erat kerajaan UMNO.Tanah dianugerahkan oleh kerajaan UMNO, lesen perjudian oleh kerajaan UMNO dan cukai dikutip oleh kerajaan UMNO.Itu belum dikira sumbangan sumbangan lain uncle Lim kepada UMNO yang jauh lebih besar dari sumbangan kelab lumba kuda kepada kerajaan Penang .Uncle Lim turut menyatakan dengan bangganya tentang hubungan dia dengan kesemua PM ketika hayatnya.Dari Tengku hingga PakLah, kata uncle Lim semuanya rapat dengan dia.Kenapa Rezal Marican tak beri tahu rakyat tentang PM yang rapat dengan tokey judi no 1 negara sebelum mendakwa kerajaan Penang yang diketuai oleh seorang bukan Islam sebegitu rupa?

Vincent tan pula didedahkan oleh VK Linggam sementara ananda krisnan didedahkan oleh sebuah akhbar Turki ketika menghadiahkan bot mewah bernilai jutaan ringgit kepada PakLah. Kesemua perkara ini menunjukkan Rezal Marican sebagai seorang yang tak ada sifat malu dalam dirinya ketika menuduh Lim Guan Eng dan kerajaan Penang menggunakan dana judi untuk membantu rakyat sedangkan Lim Guan Eng jauh lebih tahu dana mana yang nak digunakan kepada orang Islam dan orang bukan Islam berbanding UMNO yang memberi bantuan(ala UMNO )secara pukal.Bayangkan berapa billion hasi judi yang telah digunakan oleh UMNO untuk diagihkan kepada rakyat dalam bentuk gaji, tuntutan bayaran kontrak, subsidi dan sebagainya tanpa sedikitpun mengambil kira agama anutan rakyat.Cadangan mengasingkan hasil judi, arak dan babi langsung tidak diendahkan UMNO tetapi dilaksanakan oleh kerajaan PR Penang, Kedah, Selangor dan sudah lama dilaksanakan di kelantan.

Akhirnya Rezal Marican dan UMNO kantoi lagi.begitu jugalah isu isu lain yang digunakan untuk menyerang kerajaan PR seperti isu babi, khutbah jumaat dan seumpamanya semuanya kantoi.Ini kerana UMNO sudah kehabisan isu dek kerana perbuatan mereka sendiri.Kini segala apa yang cuba dibangkitkan mereka akan terbalik semula kepada mereka.

Padam muka mung,UMNO
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Niat Raja Katak Yang Sebenarnya

Logikkah orang yang tidak bertanding DUN menjadi Menteri Besar? Layakkah orang yang iras-iras katak boleh mengaku diri sendiri sebagai kreatif dan inovatif??

Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya Ibrahim Ali menjadi menteri besar.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra



PASIR MAS, 25 Sept — Walaupun memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali tetap mengkritik pemimpin parti Islam itu dengan menyifatkan mereka sebagai “tin kosong” dan tidak melakukan apa-apa perubahan untuk rakyat di Kelantan.

“Saya tin kosong? Yang tin kosong pemimpin PAS bukan saya kerana saya telah lakukan banyak perkara untuk penduduk di Pasir Mas.

“Tetapi Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tidak buat apa-apa selama memerintah selama 21 tahun.

“Sebagai contoh masalah air di negeri ini sehingga sekarang masih belum selesai,” katanya pada sidang media selepas program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas di sini.

Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa berkata, Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya beliau menjadi menteri besar.

“Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini.

“PAS selama ini tidak buat apa-apa. Perubahan terbesar yang pemimpin mereka lakukan adalah ceramah perdana, itu sahaja.

“Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir di program itu.

Program tersebut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Macam-macam perkara boleh dilakukan di sini (Kelantan), kita ada banyak produk pelancongan yang boleh dimajukan.

Cuma apa yang menjadi masalah adalah ketiadaan pemimpin yang kreatif dan berinovasi,” kata Ibrahim.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.

Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas.

Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi.

Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46.

Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS.

Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis.

Ketika ditanya mengenai sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ibrahim berkata, ia masih belum difikirkan lagi.

“Lambat lagi pilihan raya pun, jadi saya belum fikir sama ada akan bertanding atau tidak.

“Bagi saya soal bertanding ini adalah perkara kedua kerana apa yang penting sekarang adalah soal perpaduan orang Melayu.

“Sekiranya perjuangan masih belum selesai saya akan bertanding lagi,” katanya

============

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya

Juga Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah agar tidak meminta-minta jawatan kerana seorang peminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan orang lain, tetapi orang yang tidak meminta jawatan pasti akan ditolong orang lain.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

4 Billion: DPPNK Cabar Safuan Kemuka Bukti

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di beberapa media massa pada 22 September 2010. Beliau dilaporkan mengulas isu derma RM4 billion kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan dengan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat PAS Kelantan atas dakwaan kemungkinan melakukan penyelewengan.

2. DPPNK menyifatkan kenyataan Anuar Safian sebagai kenyataan melatah yang dikeluarkan atas sentimen politik yang keterlaluan. Sewajarnya Anuar Safian menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mempercayai dakwaan adanya derma sebanyak itu. Atau adakah sebenarnya UMNO Kelantan khususnya Pergerakan Pemudanya sendiri kecut perut sekiranya derma tersebut benar-benar wujud lantas menyukarkan usaha UMNO menawan Kelantan?

3. Barangkali sudah lama UMNO khususnya di Kelantan menunggu-nunggu isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti kerajaan Kelantan lantas bertindak pantas mengeluarkan kenyataan walaupun dakwaan yang wujud hanyalah samar-samar sahaja. DPPNK menasihatkan, jangan terlampau gelojoh memperlihatkan keghairahan menangani isu.

4. Selain itu, DPPNK juga kesal dengan dakwaan Anuar Safian yang mendakwa bahawa terdapat banyak isu penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan akhir-akhir ini. Anuar Safian yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi (OMBAK) sepatutnya bercakap berdasarkan fakta dan bukannya rekaan semata-mata. DPPNK dengan ini mencabar beliau supaya mendatangkan bukti sekiranya benar terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan. Amatlah sekali Pemuda UMNO Kelantan jika dipimpin oleh individu yang hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa asas sama sekali.

5. DPPNK mencadangkan agar Pemuda UMNO Kelantan khususnya Saudara Anuar Safian supaya dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu penyelewengan yang benar-benar berlaku. Atau sekurang-kurangnya mengawal pembahagian duit wang ehsan yang dirompak daripada royalti minyak Kelantan agar tidak dijadikan senjata politik oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 13 Syawwal 1431H beersamaan 22 September 2010M.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Cek RM4b: Dalang, motif pemberian makin terdedah


KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.

Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Di pihak kerajaan negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya motif di sebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.

Lebih menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.

Badan Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek tersebut sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Nik Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksekutif I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Beberapa keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan dalang di sebalik pemberian replika cek tersebut.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

TPM : Tiada Kuasa Kepada Pengetua Rasis

Lembaga Tatatertib peringkat Kementerian.Pengerusinya ialah 'Menteri' Kementerian itu sendiri.Jabatan Perkhidmatan Awam, Pengerusi Lembaga Tatatertibnya ialah 'MENTERI' kepada Kementerian yang kontrol JPA itu sendiri. Tetapi akhirnya kata TPM, "tiada kuasa"

Mungkin UMNO memang tiada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Pengetua yang yang sehaluan dengan mereka. Mereka cuma ada kuasa kepada kakitangan awam yang menyokong Pembangkang sahaja.

Pengetua rasis: Menteri tiada kuasa, kata TPM

Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran.

"Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52.

"Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya.

Muhyiddin berkata kementerian pelajaran telah menjalankan siasatannya sendiri dan menyerahkan hasil siasatan kepada suruhanjaya perkhidmatan awam bagi membuat keputusan.

"Ia bidang kuasa mereka. Saya telah mengumumkannya, jadi kita tunggu apa keputusan yang mereka akan ambil,” katanya.

Pada 4 September lalu, Star melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu berhubung keputusannya.

Dua hari lau, MCA melahirkan rasa tidak berpuas hatinya dengan pengetua yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap peljar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu - Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Chong berkata ibu bapa murid-murid terbabit juga telah memohon kepada jabatan pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, itu dipindahkan secepat mungkin.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong

First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.

"Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Utusan Malaysia Milik UMNO - Said Zahari




Kesimpulan ...



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PERKASA Cina : Nazri Aziz kata Muhyiddin MENGARUT?


Sebelum itu, Muhyidin Yassin berkata sesiapapun adalah bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan atau pertubuhan ini termasuk Perkasa versi Cina atau Perkasa versi India.

“ Kita boleh ada Perkasa Versi Cina mahupun Perkasa versi India “ katanya hari ini.

“Kerajaan tidak pernah menghalang sesiapapun dari menubuhkan sebarang Pertubuhan” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asean School Games yang kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini. Berita penuh sila baca di SINI

Itu kata Muhyiddin, manakala dibawah ini pula pendapat Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya. Berita penuh sila baca di bawah.

Secara tidak langsung berita ini telah menunjukkan kepada kita betapa tidak selarinya pendirian pemimpin-pemimpin UMNO ini dalam menangani isu Perkasa Cina.

Muhyiddin kata boleh ditubuhkan kerana kerajaan tidak menghalang penubuhannya dan Nazri Aziz pula berkata cadangan itu adalah mengarut..

Adakah Nazri Aziz juga mengatakan Muhyiddin mengarut kerana membenarkan penubuhan Perkasa Cina?

*********************************************

Nazri: Cadangan PERKASA Cina mengarut

Jul 13, 10

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau,” kata Nazri kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

"Bagaimana pula dengan kumpulan pelampau India? Kita tubuhkan juga kumpulan pelamapau Kadazan, Iban dan lain-lain. Biar semua kita bergaduhlah, adakah ini yang Lim kehendaki.”

Menurut Nazri sebagai pemimpin kanan BN, Lim tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu.

“Dua kesilapan tidak akan membetulkan keadaan,” kata Nazri.

Jumaat lalu, Lim memberitahu akhbar Cina yang Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor seharusnya menerajui pertubuhan baru bagi menangani serangan agresif daripada PERKASA.

NGO yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali itu dilihat sebagai batu penghalang kepada usaha pembaharuan ekonomi yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nazri, bagaimanapun gagal menjelaskan sama ada BN seharusnya menjauhkan diripada daripada PERKASA atau menghadapi risiko persepsi negatif jika dikaitkan dengannya.

“Saya tidak tahu... Terdapat kebebasan menubuhkan persatuan di neagra ini,” katanya.

Mengulas saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sewajarnya membabitkan pemimpin PERKASA dalam perbincangan, Nazri berkata BN tidak mewakili orang Melayu sahaja.

“Siapa rakyat negara ini? Adalah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).

“Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun.

Nazri juga memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak jika PERKASA membuat kenyataan berunsur hasutan.

Dalam hal ini, katanya, rakyat yang tersinggung atau berpendapat yang PERKASA adalah ancaman kepada negara perlu membuat laporan polis.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Peminjam PTPTN Wajib Bayar Semula Pinjaman Melalui Potongan Gaji Bermula Jun 2011


Peminjam PTPTN Wajib Bayar Semula Pinjaman Melalui Potongan Gaji Bermula Jun 2011

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.

Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan," katanya kepada pemberita di majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, Ahad.

Hadir sama Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.

Beliau berkata pihaknya juga akan menunggu keputusan kerajaan berhubung gaji minimum yang akan ditetapkan kepada peminjam sebelum potongan gaji dilakukan.

Ismail berkata usaha itu juga diambil bagi kepentingan semua pihak terutamanya supaya ia tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian ekoran sikap peminjam terdahulu yang liat membayar balik pinjaman.

Beliau berkata cara pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, di kaunter bank dan secara online dilihat tidak berkesan di mana 46,000 daripada 1.6 juta peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman.

Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Krau berkata sejak 1997 sehingga Julai lepas, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan untuknya iaitu RM35 bilion.

"Sepatutnya bulan Julai lepas kita sepatutnya berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada jumlah RM23 bilion itu namun kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam," katanya.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman setakat ini.

Menurutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam seterusnya mengenal pasti mereka yang masih gagal membayar semula pinjaman untuk memudahkan urusan bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji yang akan dilaksanakan tahun depan.- BERNAMA


Sumber : MStar Online

Ingatlah wahai rakyat sekiranya anda mengundi PR pada PRU akan datang antara manifesto terbaik adalah pendidikan percuma kepada semua rakyat. Jangankan percuma separa percuma pun ambo sanggup banding dengan sistem riba yang diamalkan oleh BN.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

HOT Video: Pemimpin Umno sambut Syawal dengan joget separuh bogel!!



Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Program: Rumah Terbuka anjuran Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK, merangkap juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tujuan: Meraikan kesyukuran sempena Syawal yang mulia ini..sambil menyanyi, berjoget dan menari sepuas hati bersama rakyat jelata..

p/s: Pada rakan2 kita di sana, jangan lupa tolong sebarkan poster di bawah..bersama mempromosi Sekolah Anak Luar Nikah anjuran kerajaan Umno Melaka...

Bersyukur di Hari Raya Kelima

Lagi gambar dan cerita di : Al-Mankaraqi

Dan ingatkan kita kepada video di bawah ini ???


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

16 September : Koleksi Pimpinan UMNO yang menjilat ludah sendiri



Dulu bukan main, semua bantah. Semuanya tak betul. Cadangan agar 16 September dijadikan hari cuti bersempena Hari Malaysia ditentang pemimpin UMNO habis-habisan. Konon tidak sesuailah, muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak lah, hipokritlah dan macam-macam lagi. Bila Najib isytiharkan 16 September sebagai cuti, semua senyap. Mungkin mulut penuh dengan ludah-ludah lama yang kini ditelan kembali. Kui Kui Kui ~!!


1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.


2- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.


3-ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)

Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun


4 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit


KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gambaran Animasi Bagaimana Sosilawati Dibunuh





Begini gamaknya Sosilawati dibunuh~
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Penyebar Kesesatan Kepada Rakyat


Banyaknya program-program hiburan dan lambakan kisah seram di kaca televisyen hatta pada Hari Raya AidilFitri, membuktikan bahawa sememangnya Kerajaan UMNO sedang giat menyesatkan rakyat Malaysia yang beragama Islam, dengan santapan yang merosakkan minda dan rohani umat Islam di negara ini. Hiburan yang melampau, disamping cerita-cerita seram yang berunsur khurafat dan tahyul, serta pelbagai penyelewengan agama Islam yang salah, palsu dan sesat, ditayangkan, dan menjadi juadah para penonton yang berhari raya. Jika dulu ditayangkan dengan persembahan sarkas (perempuan dan lelaki berseluar dalam)pada hari raya, kini ditayangkan pula dengan elemen-elemen sesat yang lebih membahayakan.

Filem dan drama seram ini pernah dikecam berkali-kali. Ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin,Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din. Perkara ini menjadi satu isu besar hinggakan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bereaksi dan menyifatkan filem seram tidak memberi kesan yang boleh menimbulkan perasaan takut dan menyuburkan kepercayaan pada perkara tahyul.Presidennya Freddie Fernandez menyifatkan karya seni tersebut "sebagai hiburan ringan" dan menyerahkan kepada penonton televisyen untuk menilai sendiri.

Nah,nampak gayanya pandangan ulama ini ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Kerana ternyata sekali Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia yang diteraju Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim lebih menyokong pandangan bukan Islam yang sememangnya tidak beriman berbanding pandangan para mufti dan alim ulama. Hasilnya, masyarakat kita berjaya ditanam dan disemai dengan fahaman Islam yang menyeleweng, masyarakat Islam yang percaya bahawa orang mati boleh menjadi hantu yang mana mereka bangkit dari kubur. Masyarakat Islam yang percaya orang yang mati dalam keadaan rohnya tidak diterima lalu terawang-awangan menghantui manusia kerana dosanya. Semua kepercayaan karut dan tanpa nas soheh daripada Quran dan Sunnah menjebakkan penonton yang melihat menjadi percaya hingga menyesat baratkan mereka dan lebih teruk, boleh membatalkan keimanan kepada Allah swt.

Ini bukan perkara main-main. Ini persoalan akidah. Ia diakui oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang turut menganggap filem hantu tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Malah Islam sendiri tidak menerima apa-apa perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk juga sesuatu pekara yang divisualkan dalam filem.Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka.Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan penyelewengan akidah.Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya;kata Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Agenda penyesatan yang dibawa UMNO ini akan terus subur mekar sampai bila-bila selagimana Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia tidak mendengar kata para ulama dan para mufti. Inilah fanomena yang sangat membimbangkan kerana menjadi penyebab anak-anak kita tersesat dan tersasar daripada Islam yang sebenar. Adakah kita mahu tengok anak-anak kita, menjadi sesat dan terbatal iman mereka?

Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

JERAI, 18 Sept: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.

Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.

"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.

"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.

"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.

"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.

"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Video dan Gambar-gambar mahligai wakil rakyat Umno Pulau Pinang



Ekslusif untuk anda, dari team blogger Pakatan Rakyat...saksikan gambar-gambar Mahligai wakil rakyat (ADUN) Umno Pulau Pinang 'VS' rumah rakyat Pulau Pinang!..

p/s: Gambar-gambar di bawah membuktikan betapa kaum Melayu di Pulau Pinang masih mampu hidup mewah, berumah besar, berkereta mahal dan sebagainya..ini segaligus menolak dakyah penyokong gerombolan bahawa Melayu semakin terpinggir dan miskin di bawah Pakatan rakyat...;)


Ini rumah ketua pembangkang P.Pinang. Bila tidur asyik termimpi 13 Mei...


Ini rumah Melayu paling terpinggir di Kepala Batas..sian dia..tiada siapa nak bantu baiki atau nak naik taraf rumah dia...

Memang benarlah Melayu P.Pinang memang terpinggir...


Ini pula rumah mantan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang di Balik Pulau..Yusmadi menang di Parlimen Balik Pulau sebab Dr Helmi berkempen untuk Yusmadi sebab Yusmadi orang Balik Pulau tulen..

Kebetulan pula Yusmadi lawan dengan calon Pak Lah orang Bayan Lepas bukan orang Balik Pulau tulen...sebab itu di Balik Pulau agak unik sikit..3 Dun dalam Parlimen Balik Pulau UMNO menang tetapi Parlimen Balik Pulau UMNO kalah..macam Hulu Selangor...inilah sebab sebenar Yusmadi menang...


Ini rumah mantan Exco Belia dan Sukan P.Pinang dekat Pantai Robina...


Rumah orang kuat Pak Lah di Kepala Batas......satu lagi rumah di Sg Petani...


Rumah Ustaz Shabudin ada lagi satu...laaaaagi besar....


Ini rumah lama Arif Shah yang memang arif tentang judi bola di Seberang Jaya...rumah baru tak sempat nak ambil daaa...


Rumah Jasmin di Sg Dua..orang harapan Syariff Omar...


Yang ini rumah Tok Mud..hujan lebat sangat bila sharpshooter sampai di depan rumah dia di Taman Ilmu. Sebelum ini suruh kawan tolong ambil gambar rumah tok Mud tetapi malangnya macam-macam alasan...tu pun jangan...nak jadi pejuang juga...jangan buat alasan tetapi carilah jalan..


Ini pula rumah mantan Exco Perumahan P.Pinang di Kg Seronok. Tahun 2004 sharpshooter bertanding menentangnya...tetapi tahun 2004 semua calon Keadilan kalah kecuali Kak Wan seorang saja...:-)

Anda nak tahu apa 'jasa besar' YB Exco Perumahan pada orang Melayu P.Pinang...anda boleh baca di sini.


Ini pula rumah saudagar herba di Balik Pulau...


Ini pula rumah Tok Non dekat kelab Golf Jawi...boleh ajak Zahrain main golf di sini bila Zahrain, Fairus dan Zulkifli Noordin pejuang dan Wira Agama, Bangsa dan Negara balik dari Gaza lawan tentera Israel...Israel dah angkat bendera putih...hebat sungguh pejuang kita...anda patut berbangga dan bersyukur...


Yang ini pula rumah Ali gemok yang terlibat dengan skandal 6000 permit teksi bersama Nazri Aziz tetapi macam biasalah kes profile tinggi selalunya entahlah tak tau apa jadi...


Sumber: Credit buat RuangBicaraPriaMalaya dan blooger Sharpshooter

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Tidak Pernah Ikhlas : Awang Adek terus main politik zaman Pak Mat Trafik


Awang Adek terus main politik zaman Pak Mat Trafik

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.

Pak Mat ini gila. Dia selalu duduk dekat bultan Tuan Padang di Kota Bharu bertindak sebagai polis trafik. Bila lapar dia akan minta duit dengan orang seringgit. Kalau bagi dua ringgit atau lima ringgit dia tidak akan ambil. Dia hendak seringgit saja. Pak Mat Trafik tidak pernah mengubah nilai mata wangnya, seringgit dari awal hingga ke akhir. Nah begitu jugalah politik Umno di Kelantan.

Budak bodoh pun akan dapat menduga dan menilai politik rendah mutu oleh Awang Adek itu.

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah.

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.

Berhantilah melakukan politik hukum, denda yang telah diamalkan sejak berzaman dulu. Politik sedemikian dilakukan Umno sejak Awang Adek belum menganggotai Umno lagi. Tidakkah Awnag Adek menyedari hukuman atau politik denda begitu tidak pun merubahkan keadaan. Orang Kelantan tetap juga memberi sokongan kepada Pas.

Awang Adek asalnya orang kampung. Kampungnya di Perupuk Bachok Kelantan. Dia anak petani dan pemajat pokok kepala. Dia seharusnya bersimpati dengan nasib orang kampung. Orang kampung gembira bila orang cerdik seperti Awnag Adek jadi pemimpin. Mereka ingat boleh tumpang. Yalah orang kampung yang susah dan miskin akan mengetahui penderitaan dan denyut nadi orang kampung.

Tetapi bila Awang Adek juga berperangai macam golongan bangsawan, mendenda orang kampung, memperolok-olok orang kampung apa bezanya Awang Adek dengan golongan bangsawan. Biarlah golongan bangsawan saja yang memperolok-olokkan orang kampung. Yang menjadikan orang kampung sebagai badut, kemudian mentertawakan rami-ramai. Kita orang kampung bantulah nasib orang kampung.

Saya tidak yakin ugutan Awang Adek itu akan diendahkan oleh rakyat Kelantan. Mereka akan tetap minum air perang atau berkeladak daripada memangkah Umno cara Awang Adek hendak lakukan itu. Belajarlah keperibadian dan perangai orang Kelantan. Kalau kamu melakukan ugutan, desakan ataupun nak tunjukkan babil henelan, mereka sedikitpun tidak hairan.

Kalau kamu seribu kali henelan, mereka berjuta-juta kali henelaan. Sebab itulah walaupun susah, payah, daif mereka tetap memilih Pas parti yang berlemah lembut.

Cuba Awang Adek kata Umno akan salurkan air bersih walaupun tak menang pilihan raya, saya percaya ada orang Kelantan yang istyharkan menyokong Umno sampai mati. Kalau Awang Adek tetap juga bermain politik Mat Trafik itu saya kira tak guna beliau masuk politik, baik duduk di Bank Negara saja. Orang berfikir macam Awang Adek dan Setopa anak lelaki Setwa tidak memberi guna satu setengah dinar Kelantan pun. Tidak. Tak percaya tanya Mat Maslan?

Tulisan : MsoMelayu

Dari UTUSAN :


BACHOK 16 Sept. - Masalah bekalan air bersih di Kelantan yang semakin buruk ketika musim perayaan hanya dapat diselesaikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, selama ini kerajaan Pas Kelantan terbukti gagal menyelesaikan masalah tersebut biarpun diberi peluang selama 20 tahun mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, masalah berkenaan dapat diselesaikan sekiranya kepimpinan negeri memberi tumpuan kepada masalah rakyat kerana air adalah keperluan utama penduduk.

"Penduduk di kawasan pedalaman kini menghadapi masalah mendapatkan punca air sehingga terpaksa menggali perigi yang terlalu dalam dan bagi penduduk pesisir pantai pula mereka menghadapi masalah air perigi yang berbau busuk serta payau disebabkan berdekatan dengan laut.

"Sepatutnya peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM600 juta secara pinjaman mudah untuk membekalkan air bersih kepada rakyat negeri ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sudah dapat menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Perupuk dekat sini petang semalam.

Lebih 5,000 penduduk berkunjung ke majlis itu yang bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, keupayaan BN untuk menyelesaikan masalah rakyat terutama isu bekalan air jelas terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Ia bukan cakap kosong, kita akan menyelesaikannya dengan segera kerana air adalah keperluan utama rakyat. Kita tidak akan menyusahkan rakyat sehingga terpaksa menggali perigi atau membeli bekalan air bersih.

"Saya meninjau sendiri masalah ini dengan melihat kadar kelajuan tekanan air serta kualitinya di rumah penduduk. Masalah ini lebih menyulitkan rakyat yang menghadapi penyakit kronik dalam urusan harian mereka," katanya.

Menurutnya, para pelajar juga menghadapi masalah kerana ada antara sekolah yang terjejas teruk disebabkan tidak mendapat bekalan air yang mencukupi.

Justeru jelas beliau, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah terbabit untuk membina telaga tiub bagi menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air bersih.

"Sekiranya rakyat tidak mahu masalah ini berterusan, mereka perlu bangkit semula dengan memberi kemenangan kepada UMNO dan BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Khir Toyo Mahu Sorok Malu - SU MB Selangor


Walaupun berminat, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak akan dapat merampas kembali kerusi tersebut daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, kata setiausaha kanan menteri besar.

"Kalau dia (Dr Mohamad Khir) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah, dia tidak minat," kata setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin (kanan) kepada TV Selangor.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Ketua Pembangkang Dr Mohamad Khir tidak lagi berminat kembali menjadi menteri besar Selangor sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu daripada Pakatan,

Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.

Dr Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan menubuhkan kerajaan di Selangor kerana ia 'sangat teruk' dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat.

Bercakap kepada saluran televisyen dalam talian kerajaan negeri semalam, Faekah juga berkata label "sangat teruk" yang dinyatakan itu Dr Mohamad Khir itu sepatutnya dituding kepada dirinya sendiri kerana Pakatan baru dua tahun mentadbir negeri itu.

Faekah berkata, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan di Selangor, terpaksa menempuh jalan sukar berikutan masalah-warisan kerajaan BN, khususnya ketika pimpinan Dr Mohd Khir (kiri) sendiri.

Bercakap kepada TV Selangor, Faekah percaya kenyataan Dr Khir itu hanya bertujuan melindungi keinginan sebenar.

"Saya tidak perlu risau pun dia tidak berminat. Dia minat pun, dia tidak akan dapat dengan cara mereka menguruskan Selangor selama 50 tahun ini" katanya yang percaya rakyat Selangor sudah bosan dengan corak kepimpinan Umno-BN.

Sementara itu, PAS Selangor pula berpendapat isu sama ada Dr Mohamad Khir berminat atau tidak untuk kembali menjadi menteri besar tidak berbangkit kerana telah membuat keputusan menukar kerajaan.

"Beliau (Dr Mohd Khir) mungkin tidak menyedarinya dan masih mengagung-agungkan era kepimpinan beliau, namun hakikatnya semasa beliau (menjadi) MB, api kemarahan rakyat meluap-luap dan diterjemahkan langsung melalui peti undi pada pilihan raya umum ke-12, yang mengakibatkan Umno dan BN hilang kuasa di Selangor," kata Ketua penerangannya Roslan Shahir Mohd Shahir./Malaysiakini

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Akhirnya, Sekolah Ibu Mengandung Anak Haram DiBuka


BANGUNAN Sekolah Harapan di Jasin, Melaka.

MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).


"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.


Kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria : Kenapa mesti nak utamakan untuk buat rumah perlindungan bagi remaja perempuan yang hamil sama ada secara sah ataupun luar nikah? Apa unsur yang menyebabkan ia berlaku? Masalah ini berlaku adalah kerana terlalu banyak unsur-unsur hiburan yang merosakkan remaja kita di negara ini. Ini yang perlu dilakukan, bukannya menubuhkan sekolah khas tersebut.Remaja Melayu terlalu seronok, buat sahaja konsert seratus peratus Melayu. Pukul 6 sudah pergi ke konsert, pukul 11 habis pukul 2 pun belum balik lagi, apa jadi?

Akbar pun sama juga, yang diutamakan artis, artis bertunang ‘headline’, artis kahwin ‘headline’, artis beranak ‘headline’ bahkan artis bercerai pun ‘headline’. Berita Perdana Menteri dan dasar kerajaan di tengah-tengah.Ini yang jadi masalahnya, sampai anak empat tahun pun sudah kenal artis, tanya menteri tidak tahu, nama menteri tidak tahu, nama raja tidak tahu tapi bila dengan suara artis sudah tahu.

Tambahnya, kerajaan perlu menyekat tayangan drama televisyen yang berbentuk hiburan dan juga khurafat.“Dulu saya cadangkan supaya haramkan filem hindustan kerana ia merosakkan akhlak, akidah.Ini kerana tiap-tiap filem Hindustan ini adalah bercinta, putus cinta dan pergi tokong, tokong berkilat mata baik semula.Selain itu, drama-drama kita yang berbentuk khurafat terutamnya cerita hantu perlu dikurangkan kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tidak tutup aurat, kompaun RM500


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).


Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.


Saya telah ulas berkenaan etika pakaian itu di SINI. Moga peraturan ini dapat membendung budaya membuat dosa kalangan Muslimah di Kelantan. Aurat ditutup, Akhlak Terjaga.~
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Orang Lain Buat , Salah...Kau Buat Tak Apa



Inilah jenis puak yang menganggap diri kumpulannya saja yang betul Mereka sajalah yang berintegriti. Mereka adalah pihak yang berpegang kepada etika kewartawanan. Pendek kata apa yang mereka tulis dan siarkan adalah sahih macam Sahih Bukhari. Keutamaan mereka ialah kesejahteraan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum ini.

Mana-mana penerbitan atau portal yang tidak sehalauan dan tidak memihak kepada mereka , maka berita atau apa saja dari sumber ini menjurus kepada perpecahan kaum. Konsikuensi dari sumber ini akan memecah belahkan masyarakat yang berbilang kaum ini.

Lihat komen pemimpin umno dalam mStar. "PUAD PERTAHANKAN PENDIRIAN KRITIK SKMM ". Kandungan berita dalam tajuk ini memuatkan rasa tidak puas hati mamat Batu Pahat ini kerana lembab menjalankan siasatan keatas portal malaysia Today yang menurutnya suka memutar belitkan fakta.

Siapa sebenarnya yang kernya tak henti-henti menyiarkan berita yang sarat dengan fitnah , yang tdak pernah puas dan jemu memutar belitkan fakta tanpa mengenal siapa. Semuanya dilakukan asalkan menguntungkan umno. Sebut saja utusan malaysia , Berita Harian ,NST , RTM dan TV3. Mual rasanya nak baca dan dengar berita dari sumber-sumber ini.

Dimanakah maruah mereka (para pemimpin umno ) bilamana mereka mempersoalkan kredibiliti pemberitaan pihak yang tidak dapat mereka peralatkan sedangkan dipihak mereka putar belit dan pembohongan jauh lebih buruk lagi.

Inilah jenis manusia yang hanya nampak keslahan keburukan yang dilakukan oleh anak jirannya. Hakikatnya keburukan perangai anaknya jauh lebih teruk lagi. Tapi dah jenis jenis aku saja yang betul maka muhasabah diri itu tidak berlaku dalam dirinya. Senang cakap jenis yang tidak pernah mahu cermin diri sendiri.

Mentang-mentanglah ada kuasa mengerah dan mengarah , maka dimarahi pihak yang kunun nya tidak menjalankan tugas. Kita nak tanya , sekian lama rakyat dijamu dan disuapkan dengan berita2 fitnah oleh media mereka apakah pernah tindakan diambil ?

Hingga kehari ini rakyat yang dahagakan keadilan , ketelusan , keinteritian dan kebebasan agensi2 penguatkuasa masih lagi ternanti-nanti apakah akan menjadi kenyataan semua harapan itu.

ATAU , APAKAH KITA BERMIMPI DI SIANG HARI .

Iqbal

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Iktibar Atas Kematian Kejam Sosilawati?


APA lagi yang boleh dikatakan, Sosilawati bersama tiga rakannya telah mati. Menyedih dan memilukan kerana kematian mereka tragis. Seperti mana menurut polis, sebelum nyawa mereka terpisah dari jasad, mereka terlebih ditahan, dipukul sehingga mnati kemudian dibakar. Abunya pula dihanyutkan ke dalam sebuah sungai.

Apa lagi bentuk kematian paling tragis dari itu. Sebelum ini kita pernah mendengar kekejaman yang menimpa seroang ahli politik bernama Mazlan Idris. Beliau mati apabila disembelih kemudian anggotanya dikerat 16 atau 18 oleh penjenayah perempuan bernama Monapandi bersama dua pembantunya termasuk si suaminya Apandi dan Jurimi.

Selepas itu kita dengar pula kematian pragawati dari Mongolia bernama Altantuya. Altautya dibunuh mungkin ditembak kemudian mayatnya diletup menggunakan C4. Bommmm... berkecai. Kedua kejadian itu Mazlan dan Altantuya dikira masih belum kejam. Sebab, sebanya mereka tidak dibakar dan abunya tidak dihanyutkan ke sungai.

Sosilawati adalah orang Islam. Jenazah orang Islam tidak dibakar dan abunya tidakdihanyutkan ke sungai macam Hindu dan atau Buddha. Maat orang Islam dimandikan kemudian disembahyang dan dibawah ke kubur. Apabila kematian Sosilawati dan rakannnya itu (tidak berdosa), dengan cara itu ia sungguh kejam dan trajiskan. Babak dalam filem pun tidak ada sekejam itu. (Mungkin selepas ini ada kerana mengambil idea dari kejadian itu).

Iya penjenayah tidak ada hati perut. Mereka juga tidak ada perikemanusiaan. Kalau mereka ada akal, ada hati perut dan ada perikemanusiaan mungkin pembunuhan tidak akan berlaku. Pembunuh sebenarnya lebih gila daripada orang yang tidak waras. Betapa gilanya tindakan orang gila tetapi ia masih ada ruang senggangnya. Bila ia tidak diserang gila dia kembali norma. Tetapi pembunuh Sosilawati dan rakan itu asalnya orang waras.

Yang terjadi sudah terjadi. Yang tinggal hanya nama dan kenangan. Apa yang berlaku perlu dijadikan sempadan dan diambil iktibar darinya oleh semua orang. Melihat apa yang menimpa jutawan kosmetik itu saya dapat simpulkan beberapa simpulan berikut:

1. Kalau hendak menjalankan urusniaga kenal pastikan orangnya dulu. Seeloknya minta pandangan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman. Jangan jalankan urusan niaga bersendirian, kalau kita seorang jutawan harus gunakan perantaran.

2. Dalam kes-kes membabitkan wang tunai jutaan ringgit, hendaklah minta polis memberi bantuan kawalan keselamatan tambahan. Sahkan dulu apa-apa yang hendak dibeli itu menerusi agensi yang sah. Kalau tanah sahkan dengan pejabat tanah terlbih dahulu.

3. Hidup jangan bergalagak besar. Usah cerita mengenai kekayaan kita kepada orang ramai. Jangan takabur dan suka membesarkan diri. Bermegah dengan kecantikan, kehebatan dan kekayaan satu dosa. Ikut rasmi padi makin berisi makin merunduk.

4. Jangan mudah percaya kepada profesyen seseorang. Hari ini manusia sudah tergamak melakukan apa saja untuk hidup mewah. Penjenayah bukan lagi bermisai, rambut panjang atau berwajah huduh seperti dalam filem. Tetapi pembunuh juga smart dan kacak berkereta besar dan kelihatan pemurah.

5. Sebaik hendak melakukan sesuatu yang besar atau luar biasa, buatlah sembahyang istikharah terlebih dulu kalau kita seorang Islam.

Kepada keluarga Sosilawati dan tiga yang lain diucapkan takziah, redhalah atas apa yang berlaku dan anggaplah ianya ada hikmah tersendiri di sebalik takdir itu. Setiap yang bernyanwa itu pasti akan mati.

Sehubungan itu tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dibawah pimpinan ketuanya baru Ismail Omar berjaya merungkaikan pembunuh itu dalam kadar segera - Mso


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]