Subscribe

Video: Puteri UMNO Malaysia Gedik dan Getik


Puteri UMNO Malaysia Gedik dan Getik



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kenapa sokong Najib yang hina hukum Islam?

Kain rentang kata, "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Kain rentang juga menyiarkan keratan laporan akhbar tentang kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Amat menarik apabila kain rentang itu bercakap dengan bahasa yang sama yang dicakapkan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan pilihan raya umum 2008 hakikatnya adalah hasil pengkhianatan Umno ke atas orang-orang Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

"Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Fine.

Saya juga ingin bertanya, kenapa berkawan dan sokong MCA yang membantah hukum hudud? MCA tidak harbi?

Lebih dari itu, kenapa junjung dan ampu sakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin? Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Najib kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan"?

Bukankah dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 Najib juga kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu"?

Kenapa sokong Umno sedangkan Perdana Menteri dari Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud"? Amaran itu masih belum ditarik balik oleh kerajaan Umno hingga sekarang.

Saya tak marah MCA membantah hudud. Mereka bukan orang Islam. Tetapi, mengapa yang mengaku Islam menolak hudud? Kalau tak nak hudud PAS, mana hudud Umno?

PAS cakap saja nak buat hudud, tapi tak buat pun? Kurang-kurang pun PAS tak hina hukum Islam seperti Najib, si Presiden Umno.

PenarikBeca

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

DUN Galas : Puteri UMNO Menari Dangdut di DUN Galas



Kalau sebelum ini blogger UMNO sendiri telah mendedahkan bahawa semasa pehimpunan Agong UMNO di PWTC, disko-disko dan dangdut di Kuala Lumpur semuanya dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO yang ingin berhibur.

Peningkatan mendadak pengunjung ke pusat-pusat hiburan di Kuala Lumpur kerana kehadiran ahli-ahli UMNO dari luar Kuala Lumpur. Kali ini ...nampaknya Puteri UMNO dah buka dangdut pula di DUN Galas Kelantan sewaktu penamaan Calon Siang tempoh hari. Dangdut puteri UMNO yang ala-ala dikir barat ini membolehkan mereka berdangdut di siang hari sewaktu matahari terpacak di atas kepala . -

JilFitYan :

"Gedik,Gebu, Gatal,Gelenya = Getik." kata-kata ucapan perwakilan UMNO terhadap Puteri UMNO ni Persidangan Agung UMNO
Creadit to KBSB
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?


Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. "Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. "Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM)itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan. Miskin terus merempat Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki. Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? "Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Ambil kesempatan asnaf amilin "Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain. "Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri. Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama". "Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut. "Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hub Hiburan: NGO Islam ucapan 'tahniah'


Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, DrMa'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

ETP : Idea PM Paling Bodoh Dalam Sejarah Peradaban Manusia


Di saat negara mengalami kefasikan umat Islam yang teramat rentetan pelbagai masalah sosial yang melanda seperti kes pembuangan anak, kes dadah, kes pelacuran, sumbang mahram dan lain-lain;

STATISTIK Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan kelahiran anak luar nikah dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan.

Bagi tahun 2007, sebanyak 16,100 kelahiran anak luar nikah; tahun 2008 (16,541) dan 2009 (17,303).

Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa remaja Melayu dan Islam berada dalam kemelut masalah sosial yang semakin menakutkan.


Kerajaan kita pula membuka ruang seluas-luasnya kepada aktiviti fasik ini bermaharajalela KONONNYA demi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjana ekonomi negara dengan menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.


baca di sini : Lebih Banyak Kelab Malam, Spa akan Di Bina

Jika benar apa yang dikatakan Najib ini, Malaysia diambang kehancuran. Perancangan penubuhan lebih banyak kelab malam eksklusif yang boleh menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menambahkan lagi gejala sosial yang parah daripada apa yang sedia parah.

kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi;

"Langkah ini, langkah mundur kebelakang kerana negara sepatutnya dipacu untuk menjadi negara maju kehadapan dengan mendidik rakyat kerja keras dan menjadikan rakyat berdikari, rajin dan bermoral, tetapi amalan mahu menjadikan rakyat malas, bodoh dan tenggelam dalam dunia hiburan."

Tidak mustahil suatu hari nanti rakyat Malaysia menjadi seperti orang arab Jahiliyyah. Hidup dalam keadaan bobrok, rosak sana sini.

Malaysia juga akan menuju kearah sebuah negara maju material TETAPI mempunyai masyarakat yang sangat jahil, rendah akal dan budi, rendah moral, rendah akhlak dan sekaligus melumpuhkan modal insani yang menjadi asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju ROHANI DAN JASMANI.

Inilah nasib kita ber"Perdana Menteri"kan seorang yang jahil.


زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللهُ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di Hari Kiamat. Dan Allah memberi rizki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas.” (Al-Baqarah: 212)
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ulama Su' (Jahat) Akhir Zaman


Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah agar memohon maaf kepada umum.Dr Asri juga meminta agar satu pengisytiharan bahawa program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.

Sehubungan itu Dr Asri menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu. Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi, sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.

Berbeza dengan Fathul Bari, yang merupakan salah seorang ulama' muda UMNO memilih jalan mempertahankan Rosmah yang merupakan penaung penganjuran IFF. Ulama' muda ini sanggup menyebarkan dakyah dengan mengatakan menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya.

Ketika mempertahankan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dalam Festival Busana Islam (IFF), itu Fathul Bari Mat Jahya kata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu isteri Perdana Menteri itu tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya (lihat Malaysiakini hari ini "IFF: Ulama muda pertahan Rosmah, selar pembangkang").

Sedangkan;

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Jadi ulama apakah ini?

Bagi saya,inilah contoh ulama' su' (jahat) yang ada pada akhir zaman. Yang bukan sahaja tersesat malah menyesatkan orang lain. Demi menjaga periuk nasi dan mendapat habuan dunia, mereka sanggup menjual agama seolah agama ini tiada nilainya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Calon PAS PRK N-45 Galas: Dr. Zulkefli Mohamad






Creadit utk Topeng Perak Unmasked.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

abimAntaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

azlan“Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas,” kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.
NONEGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) juga menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim yang didakwanya jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. 

"GAMIS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
NONE"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark.
"Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya" katanya.

Turut membidas penganjuran Festival Busana Muslim itu adalah Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak yang menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan kerana unsur dan konsep fesyen Islam yang dianjurkan oleh Rosmah tidak diperhalusi setiap tindakan yang dibuat.
Nasihat mufti?

“Adakah pesta ini telah dirujuk atau mendapat nasihat daripada mufti-mufti atau penasihat agama?
NONE“Persoalan yang timbul seterusnya pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini turut serta atau tidak dalam memastikan pesta yang dianjurkan ini benar-benar mengikut landasan yang digariskan oleh syarak,” kata presidennya Mohd Syahid Mohd Zaini.

Menurut beliau, pesta fesyen yang secara zahirnya yang dianggap nampak Islamik tetapi fesyen pakaian yang dikenakan oleh isteri perdana menteri tidak mengikut cara Islam semasa merasmikan IFF tersebut.

“Kami di peringkat mahasiswa menuntut penjelasan daripada isteri perdana menteri berkenaan perkara ini dan sehubungan itu pihak NGO Islam juga mesti selidik secara terperinci akan hal ini,” kata mmahasiswa Universiti Malaya itu

Semalam, dewan pemuda PAS pusat mengumumkan akan berhimpun secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara, hari ini selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan Rosmah didakwa menghina syariat Islamitu.
pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mendaulatkan Islam cara UMNO





Oleh: Pria Malaya

BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kpd junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini..

Kita menuntut pihak yg berkaitan supaya memberi penjelasan seterusnya membuat permohonan maaf!..

p/s: Terbaru: Video "Legends Islamic Fashion Show HD" yang membuktikan festival ini telah menghina Islam dikepalai oleh Rosmah Mansor telah diremove oleh user video terbabit atas desakan pihak tertentu..

Sesiapa yang sempat mendownload video fahion festival berkenaaN, atau mempunyai rakaman video berkaitan, sila laporkan pada penulis..terima kasih..






Artikel terdahulu (mesti tengok dan sebarkan):
ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)

p/s: Baca juga pendedahan yang dibuat oleh FB 'Kami Benci Saiful Bukhari' di bawah...

Ado orang cakap Rosmah Mansur bukan penganjur Islamic Fashion Show (IFF) tapi dijemput hadir. Tapi den tengok kt gambar ni, Rosmah Mansur adalah 'Founding Patron' bagi IFF. Korang tengok ayat yg telah den garismerahkan tu. Apakah maksud 'founding patron'?



1] Kalau ikut pemahaman den yg tak seberapa, founding patron bermaksud penaung serta org yg bagi support dari segi financial dan material. Kalau Rosmah Mansur bagi sokongan kewangan, den pasti bukan duit kepalo abah dio yg dio pakai. Tapi pakai duit cukai rakyat. Rosmah Mansur kalau korang tgk muko pun tahu adalah seorg pompuan yg kedekut. Apakah maksud pemahaman korang pulak?

2] Islamic Fashion Show berasal dari Malaysia, diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah dan dinaungi secara glamer oleh Rosmah Mansur.

3] Walaupun namanya Islamic Fashion Show, tapi ia tidak Islamik langsung. Ia secara halus MENGHINA agama Islam oleh orang Islam sendiri. Untuk lebih khusus, orang Islam Malaysia yg menghina agamanya sendiri. Ia serupa seperti Dr. Aminah Wadud menghina agamanya sendiri dengan menjadi Imam Solat utk lelaki dan perempuan.

Untuk bukti, lihat bidio-bidio 'Islamic Fashion Show' yg jahanam ni :

a) http://www.facebook.com/#!/posted.php?id=345034017188&share_id=160215360665359&comments=1#s160215360665359

b) http://www.youtube.com/watch?v=NsYmdK8Nd-Q&feature=player_embedded

4] Gambar di atas diambil dari link ni : http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=74

5] Founder IFF, baca terus paragraph terakhir : http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=74<%3B%2Ffont

6] Kalau korang berminat nak berbogel secara 'Islamik' yg ado cop HALAL Jakim serta 'diendorse' oleh Ulama' Muda UMNO, boleh hubungi : http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_alfcontact&Itemid=81
7] Ucapan Rosmah Mansur semasa Islamic Fasion Show di Monaco :http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223


Diambil dari Blog : PriaMalaya
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sudah Expired : Guna Papan Iklan Dalam Tulisan Jawi


kalau orang kelantan yang baca berita ni tak ketawa aku tak tau la. MPKB dah buat ni sejak 1990-an lagi. Baru nak kata terpuji ke? Malu la sikit. Ini kes sama macam nak bg cuti bersalin 90 hari. Bulan Mei lepas lagi dah lulus usul ni utk kakitangan kerajaan kelantan. Semua pun nak tiru kaaa??

Langkah kerajaan kelantan yang ditiru oleh kerajaan Pusat (yang awalnya mereka perlekehkan)

Antaranya ialah:

1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.dan sekarang cuti 90 hari yg awalnya sudah diluluskan di kelantan diperkenal puila dalam bajet 2011.

3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.Masa kerajaan negeri buat dulu, PM masa tu cakap org kelantan semakin TIDAK produktif.

4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.

5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.

6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.

7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.

Apa yang disenaraikan ini hanyalah yang besar-besar saja. Namun yang pastinya, idea pemerintahan kerajaan negeri kelantan tidak koman, malah jauh mendahului kerajaan pusat. So, org negeri2 lain yang dok kata kenapa org kelantan bodoh dok sokong sampai 20 tahun parti yang tak bawak kemajuan....lu pikir la sendiri. Siapa yang tak maju? Kami mungkin tak maju dari segi bangunan tiada yang nak cakar2 langi tapi yang dalam kepala dan dalam hati hanya, kami tahu apa yang kami mahu!

Oleh : UmiAbrar
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?


Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.

==========================

Di bawah akta AUKU, mahasiswa tidak dibenarkan sama sekali :

1) penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
2) penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Sekiranya mereka terlibat, maka tindakan dikenakan dibawah akta ini kepada mereka.

Hal ini adalah disedari oleh mahasiswa. Dan kerana itu tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan parti politik sebagaimana yang pernah berlaku terhadap pelajar UTM, Nazman Ibrahim yang didenda di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Dia diberikan amaran keras dan kedua denda sebanyak RM200.

Namun mutakhir ini perkara sebegini dilihat sebagai double standard. Dua perkara yang dikira berbeza. Jika penglibatan mahasiswa yang menyokong UMNO (wujudnya sayap PEMUDA/PUTERI UMNO kalangan Mahasiswa) tidak diambil tindakan, sementara yang menyokong pembangkang dikenakan tindakan. Jadi dimana keadilan AUKU ini bagi pihak mahasiswa?

Harusnya, jika mahu martabatkan AUKU sebagai undang-undang yang bermaruah dan disegani, tiada pilih kasih dan pilih bulu. Yang didakwa, patut dibicarakan dengan adil,BUKAN dengan mengambil justifikasi mudah dan HEP yang memegang kuasa mengadili kes ini dengan berkata "saya berkuasa di sini, saya berkuasa di sini".

Walaupun Mahkamah universiti juga boleh dikatakan dikawal oleh HEP sendiri, di mana semua pendakwaraya, termasuklah panel hakim-hakim dan Ketua Hakim juga adalah TNC HEP sendiri, saya mengharapkan kes ini, dibicarakan dengan sebaiknya oleh pihak-pihak HEP UKM.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun


Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini.

Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu.

Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008.

Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam “terpaksa” menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara.

Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau.

Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan,” kata Sankara kepada TV Selangor.

“Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan,” tambah Sankara.

Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu.

Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat.

Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan.

Sidang akhbar yang “diatur” untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis.

Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan.

Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini.

Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita.

Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sketsa di Galas



Sketsa di Galas

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BELANJAWAN SELUAR DALAM ATAU BELANJAWAN RM (ROSMAH MANSOR) ?



Kita mahu gula kopi minyak masak yang turun harga bukan beg tangan seluar dalam dan pewangi ..

Belanjawan Rosmah 2011

Semalam Belanjawan Negara telah dibentangkan oleh Najib Tun Razak. Kita sebagai rakyat menantikan apakah yang lebih baik untuk kita. Kita rakyat Malaysia yang semakin tertekan dengan harga barang yang semakin naik. Dengan kenaikan harga minyak maka semuanya pasti naik. Golongan yang paling terkesan adalah rakyat yang berpendapatan rendah.

Majoriti rakyat Malaysia yang tidak berniaga mengharapkan ada sesuatu yang dapat meringankan beban mereka. Mereka masih mengharapkan agar kerajaan yang memerintah dapat menurunkan harga barangan runcit dengan memperuntukkan sebahagian berbillion ringgit itu kepada sudut itu. Kita tidak mahu mendengar projek berbillion ringgit bangunan pencakar langit. Kita hanya mahukan ekonomi yang bersifat kemanusiaan.

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi apa yang penting bagi saya sebagai rakyat Malaysia mahukan kualiti kehidupan yang lebih bermakna. Dari sudut kesihatan, pendidikan, dan poket kami yang semakin kering ini. Pergilah tanya pada mereka yang benar - benar bebas dari pengaruh politik. Semuanya kecewa dengan bentangan belanjawan kali ini. Saya bukan berbual kosong tapi inilah hakikatnya. Rata - ratanya mempersoalkan apa yang diperuntukkan kepada rakyat. Mereka mempersoalkan rasional kerajaan memperuntukkan ratusan juta yang entah kemana hasilnya.

Sebagai contoh apabila kerajaan menghapuskan cukai pembelian telefon bimbit sebanyak 10%, janganlah kita seronok dengan penghapusan cukai tersebut. Apakah kita akan membeli telefon setiap hari? Jangan ada yang kata bagus sebab orang kampung boleh pakai blackberry Torch dan IPhone. Semua itu tidak pernah menjadi keutamaan kepada mereka. Jangan samakan kampung di Kuala Lumpur dengan kampung di Kuala Nerang. Jangan samakan kampung tersusun dengan kampung yang berselerakan. Mereka ini tidak sama. Mereka perlukan keperluan asas yang lebih banyak contohnya harga beras yang lebih rendah, gula, tepung, ayam atau daging dan sayur - sayuran. Ini yang mereka perlukan. Ada kerajaan BN memberi peruntukan sedemikian rupa?

Tapi antara perkara yang paling menyakitkan hati kita sebagai rakyat apabila berjuta - juta duit kita rakyat yang sepatutnya diberikan kepada saluran yang betul mengenai pendidikan disalurkan kepada satu badan yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Sebanyak RM111 Juta telah diberikan kepada PERMATA. PERMATA merupakan kepunyaan Rosmah. Apa pentingnya Rosmah kepada kita? Apa pentingnya Rosmah kepada negara? Siapa Rosmah? Kenapa dia dapat keistimewaan yang melampau? Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Kenapa tidak disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawap?

Sakit hati rakyat tidak pernah diambil kira. Kita mahu harga barang turun. Kita mahu harga makanan ruji turun. Tapi yang turun? Beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu. Apakah ini yang kita mahu? Apakah ini yang orang kampung mahukan? Apakah ini yang mampu menaikkan taraf ekonomi negara. Apakah keperluan ini hari - hari kita beli?

Belanjawan kali ini hanya untuk golongan tertentu. Soalan kepada Najib? Apa peruntukan kepada golongan petani dan nelayan? Apakah sumbangan kepada golongan pekerja swasta? Tiada satu pun peruntukan diberikan kepada mereka. Mungkin ada yang kata ekonomi apa yang kita mahukan. Idealistik atau realistik. Ya kita mahu yang realistik. Realistik agar rakyat dapat tersenyum lebar dengan penurunan harga barang. Realistik rakyat senyum apabila harga ubat atau yang berkaitan dengan kesihatan diturunkan.

Itulah yang realistiknya selain daripada menyuntik wang untuk memacu ekonomi negara. Sudah berapa lama kita merdeka. Sudah berapa banyak bangunan tinggi yang kita ada. Sudah berapa banyak gedung - gedung membeli - belah kita ada. Sudah berapa banyak sekolah bestari yang kita ada. Tapi jujur dengan diri kita, apakah pencapaian kita? Malu kita jika dibandingkan dengan Cuba. Cuba sebuah negara yang tidak punya bangunan pencakar langit. Namun dari sudut pendidikan cuba meninggalkan kita jauh. Kita yang hebat dalam bangunan hanya dapat 88.9% peningkatan dalam pendidikan jauh tertinggal di belakang Cuba yang mendapat 99.8%. Ini yang kita mahu. Ini yang rakyat idamkan. Itu belum bicara soal kesihatan dimana dari semua sudut Cuba jauh meninggalkan kita. Ya, sebuah negara yang mundur bangunan tapi rakyat senyum dan sihat.

Ramai ahli politik kata ini Belanjawan PRU. Saya katakan ini Belanjawan Rosmah atau Belanjawan Hari Kiamat BN. Kenapa? Belanjawan yang tidak menguntungkan rakyat. Belanjawan yang hanya bermanfaat buat golongan tertentu. Tak semua orang menjadi Ketua Kampung, tak semua menjadi Tok Batin, tak semua orang jadi Guru KAFA. Majoritinya orang kampung. Kasihan orang biasa macam kita. Tepuk dada tanya selera. Apakah ini yang kita mahukan?

By Mimpi-Senja

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BAJET 2011=BINI DAN KRONI

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.

Ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar pula kecewa dengan Bajet 2011 yang langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

"Saya amat kecewa sebagai ahli parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

"Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya dipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.

"Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.



Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat
Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bajet itu tidak mencapai objektif isu utama iaitu menangani defisit yang sedang dihadapi.

Katanya, ia menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN.

“Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya.

"Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya.

"Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit," sindirnya.

Anwar berkata belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi

Selain itu, sindiran juga disuarakan berikutan pengumuman peruntukan sebanyak RM111 juta untuk Program Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak (PERMATA), satu program bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diusahakan Rosmah.

Tambahan pula, JPM sendiri kali ini menerima peruntukan sebesar RM15 bilion. “Malangnya peruntukan untuk parlimen hanya RM78 juta,” kata ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Permata dapat RM111 juta dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) RM90 juta. Hebat lagi peruntukan First Lady,” katanya di laman Twitter, merujuk kepada nama jolokan kepada Rosmah.

Menulis lanjut, Dr Dzulkefly berkata peruntukan yang disediakan kerajaan dalam belanjawan kali ini juga menunjukkan trend yang sama dengan tahun lalu.

Peruntukan untuk pengurusan kekal besar – sebanyak RM162 bilion (RM131 bilion dalam bajet 2010), berbanding peruntukan untuk pembangunan sebanyak RM51 bilion (RM51 bilion bajet 2010).

Namun, pembentangan kali ini, yang disasarkan Najib sebagai "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu masih belum dapat meyakini wakil rakyat seperti ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.

“Nampaknya seperti bajet yang disasarkan untuk mendapatkan undi, bukannya ekonomi berpendapatan tinggi,” kata Khalid di Twitter, merujuk kepada pemberian kerajaan kepada golongan pemimpin masyarakat luar bandar yang diumumkan Najib.



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Apa Sebabnya : Berahim Ali kena Tarik Gelaran Dato

Berhubung berita ini,

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali.

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik balik. 

Turut ditarik balik pingat mereka hari ini adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Menurut kenyataan itu, "adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua".

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) yang membawa gelaran 'Datuk Paduka' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.


Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.


“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Terus pertahan institusi raja


Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.


Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.


“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.
Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui wartawan di lobi parlimen, berkata beliau menerima keputusan penarikan darjah kebesarannya itu dengan hati terbuka terhadap.


Katanya, tindakan itu tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu.


"Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya.

Penarikan balik anugerah ini membuatkan saya berkira-kira, apakah sebab utama Pak Berahim Ali ditarik balik anugerah Dato? Apakah ada dosa besar Berahim Ali kepada Istana Kelantan hinggakan Istana sanggup memburuk sikukan pemberian yang telah diberi kepadanya?

Atau, adakah sikap Berahim Ali yang kurang ajar kepada Kerajaan Kelantan, yang mendorong Sultan Muhamad V menarik balik penganugerahan yang telah diberikan bapanya kepada Berahim Ali sebelum ini?

Apa yang saya ingat, Berahim Ali tidak ada pula menghina Istana Kelantan. TETAPI yang ada hanyalah menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendesak Tuan Guru meletak jawatan berdasarkan beberapa tanggapan salah yang dikeluarkan oleh beliau seperti mengatakan Kelantan tidak maju dibawah PAS. Disamping keceluparan yang pernah dilafaz Berahim Ali dengan mengatakan Tok Guru sudah nyanyuk.

Dan baru-baru ini, Pak Berahim sekali lagi bercakap kerusi Menteri Besar dengan mengatakan jika ingin tengok Kelantan maju maka lantik dirinya sebagai Menteri Besar.

Ok. Dari segi bidang kuasa,bukankah Menteri Besar penasihat kepada Sultan?

Jadi,adakah keceluparan dan kurang ajar Berahim Ali ini yang membuatkan Sultan Muhamad V merasa loya dan geli tekak kepada Berahim Ali? Mari kita tengok kenyataannya setelah dilucut anugerah Dato'.

Selain pernah menerima anugerah daripada Kelantan, Ibrahim juga turut dianugerahkan gelaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota daripada Melaka.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan.

"Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," katanya.

Mengakui mengetahui mengenai penarikan gelaran berkenaan melalui media, Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.

Ditanya sama ada penarikan anugerah itu ada kaitan dengan kelantangannya membela nasib orang Melayu melalui Perkasa, beliau berkata: "Saya tak tahu sebab anugerah itu ditarik balik.

"Tapi kalau (berkaitan) Perkasa, 
saya patut diberi anugerah yang lebih tinggi sebab dalam Perkasa kami pertahankan Perlembagaan negara dan institusi Diraja."

Ibrahim Ali sekali lagi celupar dengan mengatakan dia patut diberi anugerah yang lebih tinggi jika berkaitan PERKASA.

Apapun,gelaran Datuk dan apa juga kurniaan lain daripada Istana adalah kurnia DYMM Sultan dan adalah menjadi hak mutlak baginda. Dari segi perundangan baginda tidak perlu menjelaskan apakah sebab-musabab mengapa gelaran tersebut diberi mahupun jika ianya ditarik balik.
 
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Di Sini Bermulanya Zina




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.


"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Wajarkah Mengatakan Ibrahim Ali Bangang?


PAS dijangka akan menyambut ulangtahun ke-20 pemerintahan mereka pada bulan oktober akan datang ini. Selain daripada mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berjaya mengemudi Kelantan selama 20 tahun, saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan rakyat Kelantan yang berjaya menabalkan seorang Sultan baru mengikut perlembagaan tidak seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN yang juga menabalkan Sultan baru yang dengan dengan kontroversi dalam tahun 1990’an dulu.

Ketika pemimpin-pemimpin PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk terus menerajui Kelantan selepas ini, dilaporkan Ibrahim Ali, Presiden sebuah NGO dikenali sebagai PERKASA mula memberitahu rakyat bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar Kelantan.

Dilaporkan beliau berkata, “PAS selama ini tidak buat apa-apa. Sebagai contoh masalah air di negeri ini sehingga sekarang masih belum selesai. Jadi kalau nak Kelantan maju, ikut saya. Kalau nak Kelantan maju, saya adalah orangnya kerana saya boleh membawa perubahan kepada negeri ini. Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya saya menjadi Menteri Besar”

Calon bebas dan tidak berparti ini,juga tidak bertanding kerusi ADUN, bercita-cita pula menjadi Menteri Besar. Berdasarkan pernyataan ini, wajarkah kita mengatakan si Berahim Ali ini bangang?

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Umno dan judi ibarat najis dan kentut


Asalnya memang malas hendak melayan isu ini. Memang kata orang, kerja orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan. Mutakhir tampak macam Umno mencetus isu, mengambil sebanyaknya ‘mileage' dan kemudiannya meninggalkan isu begitu sahaja. Pakatan hanya ‘mengekor' sahaja dan bertindak reaktif. Contohnya mana isu YB Neo Ching masuk masjid, isu Kalimah Allah dsbnya.

Tak putus-putus serangan dibuat. Tapi kali ini Umno silap congak. PAS dan Pakatan tidak akan izinkan Umno mencetuskan isu dan melenyapkan isu ini begitu sahaja. Kali ini, PAS akan lanjutkan sehingga terlondeh Umno! Isu ini akan akhirnya ke Parlimen lagi!

Apabila Reezal Merican Naina Merican pertama-tama mendedahkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan wang sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk pemberian wang ehsan RM100 kepada warga emas, Umno menyangka Ketua Penerangan Pemuda Umno itu bijak mencari isu membunuh lawan politiknya.

Serangan ini dianggap berjaya dan berkesan mencetuskan rasa marah orang Islam, khususnya warga emas yang memulangkan wang RM100 itu. Mereka bertujuan menjatuhkan wibawa Ketua Menteri Lim Guan Eng. Lantas ada yang ‘berlakon’ memulangkan pemberian itu kembali.

Umno menggeletek keseronokan melihat taktiknya menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri itu berjaya. Ketika mendapat tentangan, serangan beraleh sasaran. Kali ini ditujukan kea rah program pembayaran RM1000 kepada waris ketika warga emas meninggal. Kedua-dua ini dikatakan dari sumber haram hasil derma RM2juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang telah secara jelas mengatakan bahawa sumber kedua-dua program tersebut adalah dari peruntukan belanjawaan 2010 sebanyak RM20 juta hasil penjimatan penjimatan dari urustadbir CAT (kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan). Tuduhan Umno jelas meleset. Tetapi peduli mereka tentang fakta dan kebenaran. Yang penting mereka ‘spin’ –‘putar-belit’ dan mampu yakinkan rakyat yang tidak membaca media alternatif dan internet – golongan yang bengantung seluruh maklumat dari media BN/Umno – Utusan, BH dan RTM.

Begitu juga program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK). RAK adalah program kerajaan Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan tegar dengan mengeluarkan keluarga daripada garis pendapatan RM400 sebulan kepada sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Umno kecewa. Program murni ini terus diserang Umno, kononnya sumber haram dan dari judi.

Pegawai Kewangan Negeri sendiri Dato’ Farizan Darus telah mengaskan bahawa sumber RM2juta daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhusus pemberiannya hanya kepada orang bukan Islam. Memang miskin tegar bukan hanya terdiri dari orang Islam. Tentunya tidak salah menyalurkan wang derma kepada orang bukan Islam sementara orang Islam tidak diberikan dari sumber ini. Bukankah ini satu usaha murni dari kerajaan negeri Pulau Pinang mempastikan orang Islam mendapat sumber yang halal?

Persoalan yang hendak ditanya rakyat, khususnya umat Islam ialah : Sejak bila pulak Umno pandai membezakan sumber rezeki halal dan haram? Sebabnya? Judi dan Umno ini sinonim sejak azali lagi!

Sejarah merakamkan betapa Umno mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim (Ayahanda mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram.

Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, tumbesaran UMNO tidak sangat memperhitungkan halal-haram sejak Merdeka lagi.

Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010 tetapi terpaksa digantung buat sehingga kini.

Peliknya kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama mengharamkan judi bola sekaligus memusnahkan rancangan Umno untuk membenarkan lessen judi bola di Malaysia. Kerajaan PAS lebih awal lagi tidak mengizinkan lesen judi di premis-premis di Kelantan setelah berbincang dengan semua tokoh agama-agama lain.

Isu pokok yang hendak diketengahkan ialah sumber pendapatan. Timbalan Perdana Menteri turut tumpang semangkok mengambil kesempatan untuk memukul kerajaan Pakatan Rakyat kononnya orang Islam cukup peka dengan sumber pendapatan mereka bukan dari sumber haram seperti judi.

Kalau benar TPM peka dan Umno peka dengan sumber pendapatan perlu bersih dan halal, mengapa kerajaan Umno/BN sejak berdekad lamanya masih mengumpulkan semua pendapatan dari cukai dan bukan cukai dari sumber yang haram seperti Cukai Dosa atau “Sin Tax”, rokok, judi, arak dsbnya masih tidak lagi dipisahkan bahkan disatukan dalam ‘Wang yang Disatukan’ atau “Consolidated Fund” di peringkat kerajaan Pusat?

Ahli Parlimem Kuala Selangor pernah membangkitkan perkara ini, seperti juga beberapa ahli Yang Berhormat yang lain, tetapi pimpinan Melayu Umno membisu seribu bahasa. Tiba-tiba nak tunjuk warak dan alim kononnya peka dengan sumber pendapatan – halal dan haram. Kemuncak hipokrasi Umno!

Seluruh rakyat perlu diberitahu bahawa pimpinan Umno menipu rakyat lagi khusus kakitangan kerajaan bahawa penerimaan gaji mereka adalah tidak jelas dari sumber yang halal kerana telah ‘disatukan’. Dalam amalan Kewangan Islam, sumber yang jelas boleh dipisahkan dari sumber yang haram bagi pembersihan pendapatan. Tentunya gaji kakitangan mampu dibayar dari sumber yang jelas halalnya.

Sudah sampai waktunya pimpinan negara bertindak menyelamatkan pembayaran imbuhan kakitangan kerajaan untuk umat Islam di segi gaji dan bayaran yang mereka terima. Hanya ‘political will’ atau iltizam politik yang tinggi serta kepekaan terhadap agama yang mendalam yang akan mampu membuat perubahan seperti ini. Umno/BN tidak diharapkan untuk membuat perubahan ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kepekaan pimpinan bukan Islam dari Pakatan tampaknya lebih bersungguh dari pemimpin elit Umno yang tegar dengan rasuah dalam kerasukan haloba tempolok masing-masing, meninggalkan kepentingan umat Islam dan mengorbankan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Oleh : Dzulkefly Ahmad

** Dr Dzulkefly Ahmad adalah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Cukai Rokok dan Calon Bukan Perokok


Dengan alasan-alasan seperti ramai perokok yang tegar, masalah kesihatan perokok yang semakin meruncing dan gejala rokok di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa maka kerajaan seperti biasa mencari jalan mudah dan pintas menyelesaikan masalah tersebut dengan menaikkan harga rokok. Sungguhpun ada kebenaran dan dibuktikan dengan kajian oleh pakar kesihatan namun yang menimbulkan persoalan dan kesangsian ialah apakah dengan kenaikan harga rokok berulang kali ini akan dapat 'menghapuskan' ketagihan perokok tegar dan mengurangkan gejala merokok dewasa ini?

Dari MalaysiaKini :

"kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen ini, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutamanya di kalangan remaja."


Sebenarnya kenaikan harga rokok , bukan boleh mengurangkan orang yang merokok, cuma yang mampu hanyalah mengurangkan pembelian rokok tersebut. Mereka (perokok) tetap akan membeli rokok. Jika tidak melalui saluran yang halal (halal?)sudah pasti secara yang haram (rokok seludup yang lebih murah). Jadi kenaikan ini tetap tidak dapat menyelesaikan masalah.

Dari MalaysiaKini:

"Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran.

"Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.


Semalam, kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober."

Jika kerajaan bersungguh dan ikhlas, sudah pastinya kerajaan memerangi rokok secara habis habisan. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan lebih suka membiarkan gejala ini berleluasa dan seolah berterima kasih dengan ketagihan perokok ini supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak setiap kali kenaikan berlaku. Jika beralasan fenomena rokok sukar dibendung secara total sekalipun, namun, tindakan kerajaan membiarkan perokok mendapatkan bekalan rokok dengan mudah adalah satu tindakan yang perlu dipersoalkan.

Maka jelaskan, alasan-alasan ini hanyalah retorik semata-mata. Kenaikan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat agar mendapat persetujuan mereka secara kolektif dengan kenaikan ini. Kenaikan cukai rokok ini juga membuktikan bahawa kesan kenaikan rokok tahun lalu tidak pernah berjaya mengurangkan ketagihan perokok dengan menggunakan alasan yang serupa. Dijangkakan kerajaan akan secara berterusan menaikkan cukai rokok yang pasti akan merosakkan dan menyukarkan perokok baik dari sudut kewangan dan kesihatan.

Dan jika cukai rokok ini menjadi modal untuk digalaskan ke DUN Galas nanti, harapnya rakyat disedarkan bahawa kerajaan mahu memeras duit mereka lagi. (Cuma berlainan cara) Sekurang-kurangnya rakyat terbuka mata mentafsir hakikat sebenar perihal isu ini. Dan akhirnya mereka sedar bahawa kenaikan ini bermuslihat.

Dan andai kata PAS dituduh "membela perokok", jangan lupa, kita ada buah khilaf. "Calon PAS adalah bukan perokok."

Wassalam.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Apalah Dosa Seorang Lim Guan Eng ?

Banyak jugak masa dihabiskan di depan laptop ini. Belum tulis apa-apa lagi cuma ralit sana dan ralit sini memikirkan apakah ayat yang membolehkan semua faham dengan solid bahawasanya, Lim Guang Eng dah cuba sedaya upaya untuk mengagihkan sedikit keuntungan dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan telus dan penuh tanggungjawab.

Termenung jauh bila memikirkan, apalah dosa Lim Guan Eng apabila memilih untuk meraikan warga emas Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak 10.7juta daripada jumlah RM20juta yang diperuntukkan.


Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memilih untuk melambakkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri ke arah memperkukuh dan memperkuatkan cengkaman kuasa DAP di Pulau Pinang. Tetapi pemimpin yang menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ini memilih untuk berkongsi keuntungan dengan semua warga emas di Pulau Pinang yang mendaftar sebagai penerima.

YAB Guan Eng juga boleh memilih untuk menggelapkan segala keuntungan yang diperoleh kerana jumlah wang yang terlebih-lebih ini tidak wujud di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Jika tidak, mungkin Guan Eng juga akan mempunyai sebuah istana yang berharga puluhan juta sepertimana yang dipunyai oleh bekas Menteri Besar Selangor.

Merujuk kepada apa yang dipaparkan dalam berita utama di buletin utama edisi 3 Oktober 2010, difahamkan sebanyak RM5500 telah dikumpulkan dalam satu majlis penyerahan kembali wang ehsan warga emas Pulau Pinang. Tiada apa yang saya harapkan dari berita seumpama ini melainkan untuk benar-benar pasti wang yang dipulangkan kepada UMNO itu harus terus diserahkan kepada pejabat perbendeharaan negeri P.Pinang bersama senarai warga emas yang memulangkan wang tersebut.

Adalah bukan satu masalah sekiranya warga-warga emas yang terpedaya dengan permainan UMNO ini memulangkan wang yang telah mereka daftar dan terima itu. Tetapi pastikan pemulangan wang tersebut perlu dikepilkan dengan senarai nama beserta tanda tangannya sekali. Tujuan untuk mendapat detail dan pengesahan mereka yang memulangkan wang ini adalah untuk diusul periksa kesahihan pemulang wang tersebut dan menyenarai hitam dari menerima sebarang manfaat dari kerajaan negeri pada masa akan datang. Ia memandangkan terdapat segelintir melayu Pulau Pinang yang meragui hasil perolehan cukai kerajaan negeri tetapi tidak mempertikan hasil kerajaan pusat melalui Perdana Menterinya - cucu kepada pengasas Genting.

Saudara dan saudari, tahukah bagaimana wang RM100 ini dilayakkan ke atas seseorang?

Setiap seorang yang telah mencecah umur 60 tahun adalah layak sebagai penerima wang ehsan kerajaan P.Pinang dengan syarat, perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai tanda ingin mengambil bahagian sebagai penerima. Ini bermakna, mereka yang memulangkan wang tersebut adalah mereka yang telah meminta kemudian memulangkannya.

Justeru, permulangan wang ehsan tersebut walaupun tidak sepatutnya berlaku (kerana ia dimohon oleh warga emas tersebut), dan kerajaan Pulau Pinang perlu lebih tegas menyenarai hitam pemulang wang ehsan supaya pada masa akan datang, tidak ada lagi wang ehsan yang dipulangkan semula (kerana ia dimohon, bukan terus diberi oleh kerajaan negeri)

Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.

“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”


Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ?

Di sini kita bukan mahu bicara akan halal dan haram duit cukai yang diperolehi, kerana sudah tentunya haram kalau tidak mengikut hukum fekah. Apa yang mahu kita bicara, dan wajib setiap di antara kita menyampaikan kepada warga emas yang kurang faham (atau buat-buat tak paham) betapa wang yang dihulur oleh kerajaan di atas nama saluran bantuan adalah harus diterima dan halal dibuat belanja.

Sekali lagi saya nasihatkan kepada kerajaan pimpinan Lim Guan Eng agar janganlah patah semangat untuk terus memberi bantuan kepada warga emas walaupun segelintir dari mereka memaling muka di sebalik tangan yang menadah. Seratus orang yang memulangkan berbanding 100ribu yang menerima adalah menunjukkan ia adalah satu usaha jahat UMNO memperkudakan warga emas yang menurut arahan.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, serangan bertali arus puak-puak gerobolan ini harus ditentang bersama-sama. Mobilisasikan satu pasukan untuk menyampaikan maksud sebenar pemberian wang ehsan ini dan pastikan setiap penerimanya faham, mengapa mereka tidak wajar memulangkan wang ehsan ini. Di manakah Hasan Ali bagi menjawab tohmahan tidak bertanggungjawab ini? Di manakah suara pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang? Di manakah Dr Mansor yang sepatutnya selalu berada di sisi Guan Eng dan mempertahankan bos nya ?

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng digesa untuk menjadi lebih imune setelah beberapa tahun di asak oleh melayu yang tidak berapa melayu di Pulau Pinang, selagi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berada dalam landasan yang tepat bagi memartabatkan nasib rakyat.

Semakin Lim Guan Eng membantu rakyat, semakin kerajaan Pakatan Rakyat berbakti kepada rakyat, semakin itulah puak gerombolan tidak lekang membuat onar bagi menjatuhkan semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutamanya kerajaan DAP Pulau Pinang kerana modal perkauman paling besar berada di Pulau Pinang.

-edyesdotcom-
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Taraf Ku Li hanya di DUN?


Cadangan melantik Ku Li sebagai calon Galas adalah satu perkara yang boleh dianggap gila. Seorang yang pernah menawarkan diri untuk bertanding Presiden UMNO, yang dikira bertaraf "Perdana Menteri" secara tiba-tiba dicadangkan agar diletakkan sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Galas. Ini sudah pasti menjadi tanda tanya banyak pihak yang sudah masak dan kenal siapa itu Ku Li. Sudah pastinya mereka beranggapan ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO hingga ada suara mencadang pencalonan Ku Li (Muhyidin) dan ada suara yang menyokongnya sebagai calon di situ.(Pemuda Gua Musang).

Bagi penyokong UMNO yang masih budak-budak dan tidak reti, mereka menganggap PAS takut dengan pencalonan Ku Li ini. Walhal bukan ini persoalannya. PAS di Kelantan tetap akan utuh sama ada menang atau kalah di DUN Galas. Satu kerusi DUN tidak memberi apa-apa kesan kepada pentadbiran PAS Kelantan. Malah, jika katakan calon UMNO Galas itu adalah Ku Li sekalipun, dan akhirnya Ku Li menang, maka boleh jadi juga Ku Li akan membantu PAS Kelantan mendapatkan hak dalam tuntutan royalti minyak. Sudah pasti ia akan menguntungkan PAS Kelantan jua akhirnya. Jadi persoalan takut itu tidak timbul langsung. Jadi telahan mengatakan PAS takut, adalah satu telahan yang tidak masuk akal dan bodoh semata-mata.

Persoalan sebenar di sini adalah maruah Ku Li itu sendiri. Maruahnya diperkotak-katikkan sebagai veteran berpengalaman di dalam UMNO. Veteran yang boleh kita anggap "UMNO dan Ku Li itu sendiri sudah sebati". Menteri Besar Kelantan juga berpandangan cadangan pelantikan Ku Li sebagai calon di DUN Galas adalah merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

Mana mungkin Ku Li yang berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Mana mungkin seorang yang sudah masak dan biasa turun naik Parlimen secara tiba-tiba dicalonkan dan diturunkan ke DUN.

Ini sudah pastinya benar-benar sudah melampau.

Saya yakin, Ku Li tidak akan membiarkan dirinya dipermainkan oleh UMNO sedemikian. Ku Li mempunyai pendirian yang tegas, dan sudah pastinya Ku Li kena buat bacaan yang tepat. Adakah pelantikannya sebagai calon DUN Galas ikhlas atau penuh muslihat? Mungkin dalam soal ini Ku li menghormati tawaran Muhydidin itu. Tetapi dia kena fikir. Dalam hal ini Tengku Razaleigh tidak boleh memikirkan maruah Umno Kelantan, tetapi beliau kena fikir kedudukan dan maruah sendiri dulu. Itu lebih penting.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]