Subscribe

Lagi Polis Tembak Sesuka Hati?


Saya menghormati tugas polis menjaga keamanan negara. Saya juga menghormati polis yang bekerja dengan penuh etika dan profesional. Mereka ini menggalas tanggungjawab besar, menjaga watan daripada jenayah dari dalam dan luar.

Namun sejak kebelakangan ini, acapkali kita dengar berlakunya kes-kes penyalahgunaan kuasa polis, yang sekaligus memberi impak besar melibatkan kepercayaan rakyat keatas wibawa polis. Sangat mengecewakan dan mendukacitakan, berita-berita seperti kes tembakan "sesuka hati" polis kepada seseorang yang tidak dibuktikan bersalah menyebabkan Persepsi rakyat kepada polis sudah berubah.

Saya masih ingat kata-kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang menegaskan bahawa mereka tidak melakukan amalan ‘tembak untuk bunuh’

dalam semua kes, katanya, penjenayah ditembak setelah polis ditembak terlebih dulu.“Bila pegawai polis tembak, mereka bukan menembak untuk membunuh, tetapi mereka menembak untuk menghalang ancaman membunuh,”.

Ya benar, dari sudut ini, memang begitulah etika polis. Saya hormatinya. Memang jika diancam dengan tembakan, maka polis berhak menembak terlebih dahulu/kemudian. Tapi dalam kes "tembak sesuka hati" ini bagaimana pula?

Adakah boleh dipakai kata-kata "kami tidak mengamalkan amalan 'tembak untuk bunuh'"?? Dan adakah ia bermaksud "tembak itu adalah untuk pengajaran"? Atau "tembak untuk buat lawak"?

Dalam soal melibatkan nyawa ini, tidak ada perkara yang boleh dimain-mainkan. Tersalah tembak, maut jawabnya. Melayang satu nyawa yang diambil tanpa hak jika tiada jenayah disabitkan.

Harapnya KPN mengambil tindakan yang wajar kepada pegawainya yang "terlibat". Janganlah bila berlaku kes melibatkan pegawainya, pihak tertinggi polis menjadikan media untuk membela "penjenayah sebenar" ini, dan menuduh pihak yang ingin membela mangsa sebagai "membela penjenayah". Jangan pilih kasih. Selesaikan kes dengan cara yang adil. Jika pegawai Polis yang bersalah, biar sahaja hukuman berat diberikan kepada mereka.

Lagi mangsa dakwa polis tembak sesuka hati

Keluarga Ho Chei Hang, 32 mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

“Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata peguam Keppy Wong, yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di pejabatnya di Pandan Indah hari ini.

NONEWong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Tiada senjata di kereta, mereka hanya jumpa 42-45 pil tidur di kereta. Pil tidur bukan barangan dalam Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Peguam itu juga mendakwa Ho tidak diberikan sebarang amaran ketika anggota polis yang tidak berseragam dan mengenalkan diri mereka melepaskan tembakan. Mereka juga dikatakan tidak melepaskan tembakan amaran mahupun cuba menghalang kereta yang dipandu oleh mangsa.

Ho kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau sedang di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur selepas ditembak dengan empat butir peluru.

"Doktor telah berjaya keluarkan tiga peluru, masih ada satu lagi dalam badannya," kata Wong yang melawat mangsa itu.

NONEHadir sama pada sidang media hari ini adalah isteri dan ibu bapa Ho.

Isteri Ho, Tan Chiew Yong, 29 pula berkata doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir lagi peluru kerana komplikasi.

“Dia terlalu lemah, peluru tembusi sehingga tulang,” kata isterinya melalui peguam mereka. 

Mendengar penjelasan itu, ayah mangsa, Ho Ah Beng, menitiskan air matanya. 

Ibu Ho, Teoh Yak Kiow, berkata anaknya itu dalam perjalanan pulang dari farmasi selepas mendapatkan bekalan ubat-ubatan untuknya.

Menurut Wong, Ho disiasat bagi 'percubaan membunuh' anggota polis yang menembaknya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kenapa mesti pijak Anwar untuk Kekal diatas?


"UMNO yang sudah hampir 60 tahun berada dipuncak kuasa sepatutnya semakin matang meniti hari dalam menyelesaikan permasalahan baik masalah negara mahupun pada masalah parti itu sendiri. Sepatutnya UMNO harus berdiri tegak bergaya dengan cara kematangan yang sepatutnya dilalui sejak 60 tahun yang lalu.

Pengalaman yang sepanjang ini harus digunakan sebaiknya mengemudikan negara tanpa perlu memijak 'kepala' orang lain untuk kekal berkuasa. Tapi sekarang keadaan menjadi terlalu pelik,sebuah parti yang berpengalaman dan pernah menjadikan negara ini masyhur dimata dunia,terpaksa menggunakan nama ANwar untuk kekal berkuasa.

Keadaan ini cukup mengecewakan bagi rakyat yang terbuka fikiran dan sentiasa kritis dalam menilaikan sesuatu.Sebuah kerajaan yang kuat serta berpengalaman ini semakin hari semakin menjadi kebudak-budakkan dalam membuat sesuatu.Bagaimana penasihat-penasihat kepada perdana menteri dan kepada UMNO itu sendiri melakukan dua kesalahan pada masa yang sama dan akan menerima akibatnya pada dua masa yang berbeza.Pertama,penasihat-penasihat ini menasihati ketua mereka dengan jalan burukkan Anwar serta 'telanjangkan' beliau dimata dunia.

Gunakan segala perkakasan yang ada untuk burukkan beliau dan dengan itu kita akan kekal berkuasa.Kita lihat kempen begini ada kesan pada dua perkara,pertama Fitnah dan membuka aib.Jadi didunia mungkin yang lemah akan terpaksa menerima kesan yang amat dasyat serta memalukan ini.Tetapi kita terpaksa menghadapi akhirat yang sesiapapun tidak mahu mengadapinya.Tidakkah penasihat-penasihat ini melihat kesan perbuatan mereka didunia dan juga diakhirat.

Kita juga lihat bagaimana menteri-menteri yang kelihatan hebat pada perwatakkan rupanya bersikap seperti kanak-kanak kampong yang tidak mahu belajar kelas agama diwaktu petang.Mereka ini tidak kreatif dalam menjalankan tugas-tugas mempertahankan jawatan mereka.Yang hanya ada dalam fikiran mereka ialah ugut pihak lawan agar tidak mengacau dikawasan mereka.Ini bukan caranya pemimpin yang partinya sudah memimpin hampir 60 tahun dinegara ini.Budaya mengugut-ugut ini budaya budak-budak nakal yang tidak boleh beralah dalam setiap segi.Bila ini berlaku,apa yang terfikir difikiran ialah adakah pemimpin itu memang kehendak dia berebut-berebut sehinggakan tidak mahu orang lain ingin membantu rakyat dikawasan dia atau takut dia akan kehilangan kuasa dan kehilangan sumber harta yang lumayan hasil daripada kerusi menteri yang dia sedang duduki ini?

Kita lihat semakin jauh UMNO ini berjalan semakin kebudak-budakkan tindakkan mereka.Mereka terpaksa menongkat pada kes Anwar untuk kekal berdiri sehingga kehari ini.Cukup memalukan bagi golongan cerdik pandai yang ada didalam kerajaan mahupun didalam UMNO hanya mampu menasihati pemimpin setakat tahap sebegini sahaja.Tahap dimana hanya menggerakkan perasaan benci dan tidak langsung mengerakkan minda rakyat.Inilah hasilnya selama 60 tahun kita dididik bagaimana untuk berjaya dalam mengejar impian.Tiada jalan yang murni melainkan bunuh orang atau bunuh watak seseorang yang kita benci seteruk-teruknya untuk maju kehadapan

Tdakkah mereka ini ketahui bahawa semakin dihinjak dan dipijak Anwar ini semakin kukuh dan utuh nama itu berdiri.SEtiap hari didada akhbar terbentang celaan terhadap Anwar dan fitnah ditaburkan kepada beliau memberi kredit dan pahala percuma kepada hamba Allah tersebut.Tidakkah kita berasa bagaimana jikalau kita sendiri yang berada pada kedudukkan Anwar itu yang terpaksa menghadapi situasi getir ini seorang diri.Tidakkah kita berasa berdosa melihat sahabat seiman kita dimalukan sebegitu rupa tanpa ada rasa belas ikhsan dari kita yang ada kuasa ini.

Untuk itu marilah kita tukar cara berfikir dan cara kita bertindak dalam kita mengejar impian dan cita-cita.Untuk mengambil hati rakyat marhain ini,kita kena laburkan masa untuk mencari jalan yang lebih kreatif bagaimana kita dapat bertahan pada kedudukkan kita selama ini dan maju kehadapan tanpa perlu mengorbankan orang lain dengan cara yang menjijikkn ini.Ingatlah bahawa kita ada lagi 3 alam yang perlu kita tempohi walaupun kita tidak suka menempohnya iaitu alam kubur, dipadang masyar dan juga alam syurga/neraka nanti.Biarlah rakyat memilih dengan akal (dimana rakyat dapat melihat kehebatan kita sebagai pemimpin mereka) dan bukan dengan hati (iaitu menyemai perasaan benci membenci dan menabur fitnah).

Saya faham bahawa saya bukanlah insan yang baik seperti yang difikirkan,saya juga 'tenggelam' dalam dunia yang alpa ini.Walaupun begitu saya juga mempunyai akal untuk digunakan dalam memahami kenapa perkara ini Allah larang dan kenapa perkara ini Allah suruh kita lakukan.

Yang indah itu Allah dan yang kerdil itu saya/md daud yusri
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Doa NAJIB DiMakbulkan ALLAH?


Najib pernah berkata pada perhimpunan agung UMNO tahun lepas berubah atau rebah.Pada saya ayat itu ialah doa,ya itu doa pertama Najib dalam perhimpunan agung UMNO dan mungkin di AMINkan oleh semua yang hadir termasuklah cucu tok guru dan banyak tok haru.Hari ni dalam melihat mood rakyat ternyata barangkali doa Najib telah dimakbulkan.Ada banyak sebab untuk BN rebah.

1)BN masih tidak berubah style main isu masih sama yaknilah menggunakan media untuk menabur fitnah.Hari ni BN silap mereka lupa betapa rakyat boleh mengakses maklumat untuk mengetahui yang haq dan bathil.Ini bukan cerita awal 90an yang mana rakyat payah memiliki komputer,hari ni semua rumah kebanyakkannya di bandar dah ada computer,ada internet jadi itu membentuk suatu budaya pemikiran baru sebenarnya yang bakal mempengaruhi gaya bertindak rakyat.

2)BN masih lagi terikat dengan gaya kepimpinan mengampu sana sini,buktinya berapa kerat pemimpin BN yang berani menegur Rosmah walaupun mereka menyedari jika Pak Lah jatuh kerana Khairy Najib pula kerana bini.Saya yakin jika suatu survey umum dibuat wanita yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia ialah Rosmah , mungkin kebencian rakyat lebih teruk terhadapnya dibandingkan daripada Khairy!!!

3)BN masih lagi mengekalkan style ala Firaun dengan memperkudakan polis,mahkamah dan sebagainya.Rakyat cukup meluat bila melihat polis sekadar memenuhi tempat-tempat ceramah daripada mengatasi masalah jenayah.

4)BN masih suka menyalahkan orang lain dalam soal tanggungjawab membangunkan Negara,bahkan isu Melayu Pulau Pinang terpinggir pun kerajaan PR yang kena sedangkan yang hilang tu zaman sapa?Terbaru soal ekonomi kita yang teruk ini pun Anwar yang menjadi mangsa,kononnya Anwar suka memburukkan Negara di luar.Bukankah Richad Branson dah sebut selagi kes liwat Anwar ni berjalan pelabur akan takut untuk datang ke Malaysia,apa maksudnya?maksudnya orang luar sudah hilang kepercayaan kepada sistem yang ada dalam Negara itu sebab pelabur lari!!!Tapi kata seorang menteri cabuk BN, Branson tu usahawan minyak urut,tengok dulu beb hilang Putrajaya sapa yang nak urut sapa,jawatan menteri tapi mentaliti budak PASTI lagi baguih tau!!!

5)BN masih lagi berpecah sebenarnya walaupun setiap kali BN bermesyuarat Presiden parti-parti komponen akan kerenyeh macam kerang busuk.Lagi gigi boleh tokak mi kerenyeh la puas-puas.Bahkan ada sumber yang tak rasmi yang sebut ada arahan yang dikeluarkan untuk menyiasat beberapa syarikat jerung cina yang disyaki berpaling tadah dan menyokong kerajaan pakatan rakyat.Kalau jerung dah tak support maka apa akan jadi pada bilis yang pegang kuasa.Mampus cakap lu….habis la!

Ada banyak lagi sebenarnya,tapi nanti dulu….5 ni kalau Najib betul-betul faham maka boleh masuk wad balik,tapi sapa pula nak pangku?Dont worry Rosmah mari,..

kiyaiharaki

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Amaran : Bongkar la hoiii...


Pak Sedaro hendak beri amaran Merah kepada UMNO kerana masih lena tidur sampai keluar air liur basi, berdengkur bagai seladang, dan berseronok dikhayalkan maklumat daripada pelapor-pelapor talibarut yang dipilih kerana wang ringgit dan pangkat gelaran.

UMNO kena bongkar:

i. 1/3 ahli UMNO ialah 'ahli lelap' yang tidak tahu perlembagaan UMNO.

ii. 1/3 ahli UMNO ialah ahli 'ikut-ikutan' kerana duit dan projek yang hanya bertaraf kelas F.

iii. 25% daripada 1/3 ahli UMNO ialah 'para pelakon bangsawan' berkiblat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

iv. 25% daripada 1/3 ahli UMNO ialah 'pejuang-pejuang' yang benar-benar mulia berkiblatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

v. 25% daripada 1/3 ahli UMNO ialah Ketua-Ketua Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian yang pekak, buta, tuli, bisu. Ramai juga yang sanggup menjadi munafik kecil dalam kumpulan. Membiarkan ramai pengikut yang bodoh daripada cerdik supaya senang pengikut bebal itu ditarik hidung, seperti lembu makan pellet.

vi. 25% daripada 1/3 ahli UMNO ialah 'komando beret merah' yang mesti diperkuat dan diperkemaskan barisan. Hari ini, Keling dan Cina makin lancang dan biadab, mereka yang bersekongkol dalam harakah Keling dan Cina ini daripada kalangan yang tidak pernah menikmati bahang darurat 12 hari dan 13 Mei 1969.

Semua pemimpin UMNO bahagian, khasnya ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib-naib ketua bahagian, WAJIB kenalpasti kumpulan "serangan hadapan". Buat program "beret merah" dan "beret tanah" dengan kumpulan yang dikenali sebagai pasukan Lok Kow, dan Agensi paling digeruni oleh CIA di JPM.

Gerakan Belia 4B Malaysia dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia, tak payahlah melayan seronok yang sementara. Presiden 4B Malaysia pun kuat tidur, hanya gelak besar pandai. Presiden MAYC, Akramsyah atau Mustafa Mat Arof pun sudah perlu cari jalan selesai. MAYC makin jahanam dek kerana tindakan bangang Mustafa Mat Arof. Kalian berdua menjadi bahan jenaka dan membuka kemaluan yang telah disumbat ke mulut sendiri.

Ingatlah bahawa 4B Malaysia dan MAYC ialah tulang belakang penubuhan pergerakan belia Melayu sebelum Merdeka. UMNO kena baca, Setiausaha Kerja UMNO dan Setiausaha Agong UMNO kena bertindak segera, bina patriot UMNO.

Naib-Naib Presiden UMNO, jangan sibuk menganga hingga langau hinggap dan berak. Amaran Keras tak laku, lagak Gangster tak layan, sembang Bajau tak berbaloi.... BONGKAR la hooiiii.

Amaran dari PanehMiang
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Wanita UMNO : Shahrizat Mahu Seks di Sekolah

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

AKHIR-AKHIR ini bertubi-tubi Kementerian Pelajaran diasak dan disarankan agar pendidikan seks dimasukkan dalam kurikulum sekolah, kononnya untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang bahayanya mengandung anak luar nikah dan mengamalkan seks sebelum berkahwin. Lebih penting adalah untuk mengawal gejala buang bayi yang menjadi-jadi sekarang ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil turut mengulangi gesaan supaya Kementerian Pelajaran bertindak segera memulakan pendidikan seks itu manakala kementerian tersebut pula masih menimbangkan dan menunggu maklum balas daripada pihak-pihak yang lain.

Tetapi apakah benar pendidikan seks tidak diajar di sekolah-sekolah selama ini? Atau pendidikan seks yang macam mana yang dikehendaki oleh para pendesak ini? Selama ini apakah jenis pendidikan yang diterapkan dalam matapelajaran Sains dan Pendidikan Islam mengenai seks? Bukankah itu adalah satu cabang pendidikan seks?

Dalam matapelajaran Sains dan Sains Kesihatan di sekolah telah ada topik-topik tentang alat-alat kelamin lelaki dan perempuan. Para pelajar telah melihat dan melukis dan membuat lakaran serta nota tentang perkara itu.

Mereka telah diajar bagaimana alat-alat kelamin itu berfungsi dan apa hasilnya jika persenyawaan berlaku antara sperma lelaki dan telur dari benih perempuan. Para pelajar telah mempelajari mengenai kitaran haid dan keberkesanan sperma lelaki. Mereka juga telah didedahkan mengenai proses mengandung dan proses kelahiran melalui matapelajaran Sains dan Pendidikan Islam.

Malah dalam Pendidikan Islam telah diajar tentang halal dan haramnya perhubungan intim di luar nikah dan telah diajar juga tentang status anak yang lahir di luar nikah.

Jadi apa namanya pendidikan yang disebutkan itu? Atau pendidikan seks yang macam mana yang dikehendaki oleh Shahrizat itu? Adakah beliau dan pihak-pihak lain yang mendesak ini mahu para pelajar didedahkan dengan kaedah melakukan seks secara selamat ataupun bagaimana mengelak diri dari mengandung? Atau mereka mahu diajar tentang kaedah memakai kondom dan ubat mencegah kehamilan?

Dari Keratan Akhbar :

Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.


"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

Mengulas desakan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan rumah perlindungan untuk bayi terbuang, Shahrizat menjelaskan, kementeriannya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.


Menurutnya, jika rumah perlindungan itu diwujudkan, ia seakan memberi isyarat negatif kepada masyarakat selain bimbang langkah tersebut akan disalah tafsir.


"Apa pun, jika ada berlaku 'sesuatu', ibu bapa atau ahli keluarga lain boleh beritahu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan mengambil anak itu dan memastikan mereka selamat dan terbela kerana kita ada rumah kanak-kanak dan institusi tertentu.

"Sebagai kerajaan prihatin, kita juga membelanjakan jutaan ringgit untuk membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat amal dalam perkara ini. Pergilah jumpa mereka untuk minta bantuan atau jumpa saja Ketua Wanita UMNO setiap cawangan dan mereka akan bantu melalui Skuad Sayang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat memberitahu, setakat ini sebanyak 12 kes pembuangan bayi diterima kementeriannya dengan separuh daripada bayi tersebut meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pro-ISA protes forum anti-ISA


Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA. Forum itu yang dinamakan'Alat Politik untuk Penindasan' melibatkan pelancaran buku bekas jawatankuasa pusat GERAKAN Toh Kin Woon berjudul Fifty Years Under the ISA (50 tahun bawah ISA). Peserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA". Mereka berjaya sampai ke depan pentas di mana pemforum dijadual bercakap. Bagaimanapun, ketika penganjur menjemput mereka turut berhujah, pelawaan itu ditolak.| Bagaimanapun, ketika itu, sebahagian daripada mereka terus melaungkan "Kekalkan ISA"dan "Yes to ISA! (Ya kepada ISA!)."


"wei puak2 ni...kalau berani nak naik la pentas..berani bawah pentas saja..takdak teloq ka...beranai ramai ramai saja....naik la pentas ..ajak penganjur debat...dah nak bantah sangat.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO & Hang Jebat : Kedua-duanya Pengecut


Sape Hang Jebat? Penderhaka? Pembunuh? Mementingkan diri sendiri? Mempunyai kekebalan menerusi keris Tamin Sarinya? Aku tak kisah sape dia .Yang pasti kepada aku dia seorang penakut. Nampak saje berani. Nampak saje hebat dalam persilatan . Nampak saje pembela dan taat setia kepada sahabat tapi semua itu tipu dan penakut.

Sebab ape aku cakap Hang Jebat penakut. Sebab utamanya dia menggunakan Istana Raja sebagai kubu dan perisai. Dia tak berani turun ke tanah lapang untuk berlawan dengan musuhnya. Jika dari kubunya(Istana Raja) dia boleh bertindak sorang demi sorang.

Korang ingat raje tak cerdik dan dikelilingi oleh penasihat yang bijak pandai. Kenapa tidak mengepung saje Istana tu apabila tiada bekalan makanan keluarlah seisi Istana tu. Atau bakar saje Istana itu. Tapi kenapa Sultan Melaka tidak bertindak demikian. Mungking dia sayangkan Istananya tapi kenapa dia bina Istana yang baru selepas itu? Mungkin ada khazanah atau pusaka nenek moyangnya tersembunyi di dalam Istana tersebut juga mungkin termusnah. Banyak perkara tersembunyi dan misteri tiada sape2 mahu samada cendikiawan atau pelajar-pelajar membongkarnya atau merungkainya.

Jika pendekar-pendekar semasa itu takutkan keris Tamin Sarinya adalah satu tanggapan yang tidak logik. Tak munasabah dizaman kehebatan kepahlawanan melayu tidak mempunyai ilmu atau pengalaman untuk “menawarkan” kekebalan sesaorang.

Jangan korang terkejut aku nak beritahu bahawa sape yang terpengaruh dan idola dengan strategi Hang Jebat. Dengan “implement” cara Hang Jebat mereka berjaya dan bertahan sehingga ke hari ini.

Sape? Mereka itu ialah UMNO dan BN. Mana istana yang menjadi kubunya. “Istana”/kubu UMNO terdiri dari SPRM, SPR, Polis, Hakim2, media2 dan puak2 terngaga kepada kemewahan. Pencacai jangan perasan jadi istana/kubu UMNO. Demo ade ke tak de samaje jangan perasanlah.

Keris Tamin Sari UMNO adalah Polis. Buat guana pun kerisnya tetap menang. Seperti semasa Tian Chua ditangkap ketika tangannya digari dan dipegang pulak beberapa orang polis logik ke sempat mengigit tangan polis. Itulah betapa bisa keris Tamin Sari UMNO.

UMNO tak berani berlawan secara “gentlement” atau terbuka atau bebas. Jika tidak sudah pasti jadi macam Jepun. Jepun secara “gentlement” atau terbuka atau bebas sebab yang demikian kerajaannya sentiasa bertukar randah.

Jebat takut kepada Hang Tuah sebab ramalan Tuan Gurunya.Adi Putera telah membaca melalui khasafnya bahawa Hang Jebat tumbang di tangan saudaranya. Bagitu jugok ramalan dari seprang ahli bintang terkenal yang pernah meramalkan tumbangnya Musa Hitam dan Kuli maka dia juga meramalkan tumbang Hang Jebat jugok di tangan bekas sahabatnya iaitu Anwar Ibrahim yang akan merangkap Hang Tuah selepas merampas keris Tamin Sari. Bagaimana merampas keris Tamin Sari tu? Tak dapek den nak cakap doh.

Beza Anwar dengan Hang Tuah satu je. Hang Tuah apabila dijatuhkan hukuman mati ia tidak melawan sebab taksub kepada etika persilatan tidak membenarkan menderhaka kepada Sultan atau Tuan. Anwar tidak. Lawan tetap lawan. Sebab apa Anwar bagitu. Anwar mau jadi seperti Hang Tuah sejati yang tidak seperti Hang Tuah dulu kala menjadi hina di zaman moden dan anak cucu cicitnya.

=======================

Budaya politik Malaysia lebih kurang sama dengan Burma, Russia, Iraq dan beberapa lagi yang sewaktu dengannya. Kerajaan mereka adalah sebuah kerajaan penakut macam Jebat. Mana-mana yang menentangnya siaplah engkau. Walaubagaimana pun Malaysia ada sedikit baik dari mereka sebab ada juga kesedaran sorang dua dari pihak kerajaan sendiri dan ada ura-ura mahu membatalkan ISA dan cara2 pengiraan undi-undi pilihanraya di tempat mengundi. Apabila kalah diubah balik asal dengan tujuan untuk membuat sedikit silapmata.

Moral "story" aku tu adalah bertujuan supaya UMNO dan BN lebih berani tunjuklah perkara sebenar. Jangan suka buat tuduh tuduhan seperti menuduh Kerajaan Negeri Kedah di katakan berpeluk tubuh dalam usaha menjaga keselamatan rakyatnya akibat banjir. Pihak Kerajaan Pusat membuat tuduhan supaya rakyat benci kepada kerajaan negeri. Adakah logik rakyat negeri Kedah percaya sebab mereka memerhatikan dan terlibat sendiri dalam suasana tersebut. Media berkenaan hanya boleh menipu rakyat bukan Negeri Kedah.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gambar Lawatan Menteri Besar Kedah di Sekitar Penempatan Banjir


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Warak Si Lebai Zulkifli Nordin


Teringat saya sebuah hadis mengenai seorang lelaki Bani Israel yang membunuh 99 orang. Dia menemui seorang rahib supaya membimbingnya untuk bertaubat. Namun rahib itu membuat kesimpulan, pintu taubat untuknya telah tertutup. Rahib itu pula dibunuhnya, genap 100 orang.

Selepas itu lelaki itu menemui seorang alim. Orang alim itu memberi harapan kepadanya bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Dia dibimbing supaya membina hidup baru dalam suasana yang lebih baik. Dia disaran supaya menetap di tengah-tengah orang soleh.

Namun lelaki itu mati ketika dalam perjalanan ke tempat yang ditunjukkan oleh orang alim itu.Mayat lelaki itu menjadi rebutan antara malaikat azab dan malaikat rahmat.

Setelah dihakimi oleh malaikat lain, akhirnya lelaki itu diserahkan kepada malaikat rahmat. Kisah ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya, bab ‘Diterima taubat pembunuh sekali pun ramai yang menjadi mangsanya’.

Rahib yang memutuskan bahawa pintu taubat untuk lelaki itu tertutup sama seperti ‘Lebai’. Gelaran lebai diberikan oleh masyarakat Melayu kepada mereka yang sering berkupiah atau berserban, sering memimpin upacara keagamaan setempat.

Lebai biasanya warak, gemar beribadat, boleh mengajar agama, walau pun tidak boleh berbahasa Arab. Jika ada yang boleh berbahasa Arab, dalam masyarakat Melayu, mereka tidak dipanggil lebai tetapi dipanggil tok guru.

Kadang-kadang warak lebai mengatasi warak tok guru. Lebai berjalan tunduk, mengelak jauh jika ternampak anjing takut terkena najis, makan dengan tiga jari, tidak suka duduk di atas kerusi ketika makan dan sangat sensitif dengan babi.

Babi bukan sekadar tidak boleh dimakan, menyentuhnya pun tidak boleh. Bahkan terhidu baunya pun dikira suatu kesalahan. Kalau ada lori anjing lalu, dia menyingkir takut terpercik air babi yang lalu. Babi adalah najis.

Seorang MP Malaysia, dengan kupiah putih yang tidak pernah lekang, nampak warak, kalau dia duduk di kampong zaman dulu-dulu tentu dia akan dipanggil lebai. Tentu tahlil, cukur kepala, doa pulut kuning akan diserah kepadanya untuk mengetuainya.

Lebai akan dicari apabila ketiadaan atau keuzuran tok guru. Selama ada tok guru, biasanya lebai hanya menjadi pengikut sahaja. Kalau lebai ada semajlis dengan tok guru, biasanya tok guru akan meminta lebai mengendalikan tahlil. Itu memang sesuai dengan lebai.

Tetapi orang tidak bertanya masalah agama kepada lebai. Orang juga jarang berguru masalah agama dengan lebai. Masalah agama terutama yang berat-berat tetap dirujuk kepada tok guru. Lebai dicari untuk tahlil dan upacara pulut kuning sahaja.

Orang tahu, lebai baik tetapi lebai bukan tempat merujuk masalah agama. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai, dibimbangi jawapannya adalah sama macam jawapan rahib kepada lelaki Bani Israel tadi. Benda yang boleh dikata tidak boleh dan benda yang masih terbuka dikata tertutup.

Lebai ingin membuktikan kepada semua orang bahawa dia warak dan sentiasa warak, walau pun waraknya itu tidak ditunjangi ilmu. Akhirnya, jika berdasarkan warak saja, lebai membuat keputusan yang salah.

Lelaki Bani Israel tadi pada awalnya bertanya kepada lebai, dan jawapan lebai itu memakan dirinya sendiri. Namun lelaki itu beruntung sebab selepas itu dia bertemu dengan tok guru – orang alim.

Orang alim tersebut membuka jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai yang jadi MP Malaysia itu, alamatnya makin jauhlah manusia daripada Islam.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Media Penjilat Setia UMNO: Cakap lain, Tulis Lain.


Memang patut Ustaz Azizan tidak memberikan layanan kepada wartawan yang biadap dari segi "etika" kewartawanan dan biadap semasa mengulas sesuatu laporan. Berhubung masalah banjir di Kedah, Kerajaan Negeri digambarkan oleh "Media pencacai" sebagai zalim dan tidak berperikemanusian kerana tidak/lambat bertindak keatas mangsa banjir sedangkan hal sebenarnya adalah sebaliknya.

Ust Azizan yang merupakan MB Kedah dengan marahnya membidas wartawan apabila ditanya mengenai masalah banjir yang berlaku di Kedah. Pada saya, ada bagusnya Ustaz Azizan tidak menjawab persoalan yang diutarakan oleh Wartawan itu. Kerana sekiranya dijawab sekalipun, media putar belit ini akan terus membelit dan menyalahkan fakta sebenar dengan auta-auta yang direka-reka. Inilah cara survival media yang ada di Malaysia sekarang ini. Untuk meneruskan hidup, mereka akan terus mengampu kerajaan UMNO Barisan Nasional hinggalah ke lubang kubur.

Pernah satu ketika dahulu semasa isu penternakan babi di Kedah sedang hangat dimainkan oleh media pencacai ini, mereka bertanyakan Ustaz Azizan kononnya mahu mendapatkan maklumat terperinci dalam sidang media bersama MB Kedah itu. Walhal sebelum itu media pencacai ini menghentam dengan teruk Kerajaan Kedah kononnya Kedah "menggalakan perusahaan babi". Mereka juga tidak minta keterangan daripada MB Kedah terlebih dahulu sebelum melaporkan berita.

Salah seorang wartawan bertanya :"Datuk Seri, komen sikit berkaitan penternakan babi kat Kedah ni.."

Ustaz Azizan jawab dengan selamba bertanya balik : "Hang makan babi ka?"

Wartawan terkulat-kulat jawab : "Errr.. tak.."

Ustaz Azizan cakap lagi :"Kalau tak makan, buat pa hang tanya.

Jika begini perangai media massa yang ada di Malaysia, maka tidak menghairan perangkaan kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa. Daripada 173 negara, kebebasan media di Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas.

"Cakap Lain Tulis Lain"

ALOR SETAR - Menteri Be:sar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.

Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.

“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.

Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.

Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.

“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.

Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.

Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.

"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.

Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.

Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.

“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.

Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.

Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.

Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."

"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

ZAMBRY PERLU AKUI KESILAPAN BUKAN MEMPERTAHANKAN PERKARA YANG SALAH


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kerana telah mengecam tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong sebelum ini.

Menurut beliau perkara yang diamalkan , Zambry yang didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah jelas menunjukkan Zambry tidak sensitif terhadap isu umat Islam yang menyentuh berkenaan umat Islam di Perak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.

Selain itu beliau juga menyatakan, Antara perkara khurafat yang dibuat oleh Zambry ialah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi ,emas , perak , tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Beliau juga menyatakan, Acara-acara khurafat tersebut biasanya akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengharapkan agar rakyat Perak dapat menjauhkan diri dari amalan-amalan khurafat sepertimana yang diamalkan oleh Zambry, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam. Hal ini kerana perkara berkaitan akidah adalah perkara yang penting dan merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut tidak diterima Allah SWT.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Galas : UMNO Anjur Karaoke Dan Disko



Semasa kekalutan jentera PAS berkempen di Galas baru-baru ini dengan menyebarkan pendirian Islam PAS kepada pengundi Galas, UMNO pula bersibuk-sibukkan diri mendekatkan pengundi orang Asli dengan UMNO melalui penganjuran karaoke dan disko di kawasan orang Asli.

Tak cukup dengan itu,satu sumber lain pula mengatakan ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal. Ini menggambarkan sikap munafik kerajaan Barisan Nasional, bila mana dihadapan rakyat dinyatakan pendirian dan memegang sikap "membimbangi gejala sosial yang berleluasa" dan apabila bersama rakyat, dianjurkan pelbagai acara kefasikan yang menyebabkan rakyat semakin jauh dengan Islam.

Begitu jugalah perihalnya kefasikan dalam pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam. Dikala ini saya ingin bertanya, dimana Ulama UMNO seperti Mohd Nor Deris yang mendakwa gerakan UMNO ini sebagai Jihad,dan Fathul Bari yang mengambil sikap kononnya menyertai UMNO untuk membaiki UMNO?

Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asal

KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.

Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit.

Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama.

Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal.

“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.

”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning).

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas, enam daerah mengundi membabitkan penduduk Orang Asal iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau dikawal ketat agensi kerajaan pusat diketuai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Jabatan itu difahamkan turut dibantu pasukan tentera dan Rela serta beberapa agensi lain milik kerajaan pusat.

Ketika menjawab soalan asal Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri telah menggubal beberapa enakmen bagi mengekang masalah sosial di negeri ini.

Katanya, enakmen tersebut memberi kuasa bagi mencegah kegiatan maksiat berlaku di negeri ini.

”Ketika kerajaan negeri berusaha keras bagi menangani gejala maksiat, sebaliknya perdana menteri pula mencetus idea mewujudkan hub hiburan malam.

”Biar pun program itu dicadangkan dalam bajet yang dibentangkan perdana menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, namun kesan kepada keruntuhan gejala sosial akan menjadi lebih parah.

”Apa yang dcadangkan itu secara tidak langsung akan menghancurkan masa depan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa depan,” katanya.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO berharap Datuk Seri Najib Razak mengkaji balik cadangan tersebut kerana impak negatif lebih besar.

Malah katanya, ramai pelajar Malaysia yang berada di luar negara menyatakan bantahan terhadap cadangan perdana menteri mewujudkan hub hiburan malam.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Banjir : UMNO Berlakon Menjadi Hero



Dengan bantuan agen pengampu yang terdiri daripada barisan media pengampu, keadaan banjir di Kedah telah dijadikan sebagai satu modal politik murahan UMNO. Digambarkan melalui media-media ini para pemimpin Pakatan Rakyat tidak mengambil endah keadaan banjir yang menimpa rakyat di Kedah, kononnya tiada lawatan dan bantuan rasmi daripada kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan ke lokasi-lokasi banjir.

Maka berlakulah "lawatan sambil mencerca" pemimpin Pakatan Rakyat daripada pemimpin UMNO kononnya mereka sahaja yang membantu mangsa banjir. Lakonan lakonan dibuat agar nampak "real" dan hero dimata rakyat yang menjadi penonton kaca televisyen dan pembaca media pengampu tadi. Walhal perkara sebenar adalah tidak disampaikan.


KUALA LUMPUR, 7 Nov: Dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

(Gambar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak turun bertanya khabar mangsa banjir di pusat pemindahan)

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh Barisan Nasional.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.

Menurutnya juga, keadaan banjir di negeri itu sudah semakin pulih namun ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian bantuan khususnya bekalan makanan dan air bersih.

"Banjir makin pulih dan sebahagian besar mangsa sudah pulang.Tapi masak dan makan minum masih di pusat penempatan. Dijangka esok sebahagian besar mangsa akan pulang ke rumah masing-masing.

"Bantuan masih diperlukan kerana kita nak pastikan setelah pulang dari pusat pnempatan, mereka dapat bagi tumpuan untuk cuci rumah yang mengalami banyak kerosakan dan harta benda.

"Kita akan bagi apa-apa sumbangan yang ada dalam stok kita khususnya air bersih kerana di kawasan tertentu bekalan air terputus," katanya lagi.

Mahfuz juga memaklumkan, misi bantuan banjir di kawasannya akan bergerak ke Kampung Empa dan Kampung Seberang Paya di Dun Bukit Lada hari ini untuk menghantar bantuan kepada mangsa di kawasan itu yang terputus hubungan dengan kawasan lain sejak beberapa hari yang lalu.

"Penduduk di sana terputus hubungan dengan kawasan lain. Bomba pun tak berani nak pergi sebab bot mereka kecil dan arus deras," jelasnya.

Bekalan makanan juga akan dihantar ke Dun Bukit Pinang hari ini.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hujahan Balas Komentar : Mengapa Mohd Nor Deris ?




Ramai yang memberi respon pada artikel saya, 10 Sebab Mengapa Mohd Noor Deris Di Kecam Blogger PAS, yang saya huraikan satu persatu. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada para sahabat yang sudi komen dan memberikan respon pada artikel tersebut. Mengenai segala pandangan dan kritikan, saya terima seadanya. Dan di sini saya kumpulkan beberapa persoalan daripada sahabat, yang inginkan penjelasan (saya kira mereka masih tidak memahami perkara ini).

Pertama, mengenai tujuan saya membuat artikel tersebut.

Saya ingin menjelaskan sekali lagi, bahawa Mohd Noor Deris ini telah lama menyebarkan fahaman bahawa PAS bersahabat dengan DAP & PKR yang dituduh sebagai Ahzab Malaysia. Dan ini bukan kali pertama dia berkata demikian, dan ini bukan kali pertama dia biadap sedemikian, Mohd Noor Deris telah lama menghina PAS sejak didalam kuliah pengajian Universiti Malaya Nilam Puri lagi, serta didalam setiap ceramahnya dimana-mana sekalipun, hatta sehingga dia telah menulis satu buku, " Ahzab Malaysia" dan serentak dengan itu, menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak.

Dan seperti yang saya katakan, saya telah lama mengikuti perkembangan Mohd Noor Deris di FB sejak kes ini belum berlaku lagi. Bukan berniat untuk menghentam peribadi Mohd Noor Deris semata. Jangan salah faham. Dan bila perkara ini berlaku, ia menjadi batu loncatan kepada saya untuk menjelaskan dan membongkar kepada mereka yang belum mengenali Mohd Noor Deris ini. Bukti Video yang dirakam, serta hujahan balasnya berhubung berita kebiadapannya di Harakah cukup untuk pembaca dan penonton menilai sendiri siapa Mohd Noor Deris ini.

Kedua, mengenai komen sahabat yang mendakwa bahawa PAS pernah mengatakan UMNO kafir, sebenarnya adalah satu retorik semata-mata.

Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Ramai yang membawakan bukti bahawa KONONNYA Tuan Guru Haji Hadi pernah mengatakan UMNO Kafir. Tetapi bukti itu tiada sebenarnya dan adalah sesuatu yang diada-adakan.

Apa yang pasti, PAS menyatakan batas-batas antara iman dan kufur. Itu sahaja. Haji Hadi sendiri ada mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan PAS tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang umat Islam kena faham. Apa yang PAS sampaikan adalah secara ilmu, atau lebih tepat secara akademik.

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dia mengatakan antara perkara-perkara yang boleh menjebakkan seseorang itu menjadi kufur dan menjadi syirik. Maka ciri-ciri yang boleh menjurus kepada perkara sedemikian disampaikan dengan jelas. Namun pun demikian, tiada dakwaan kepada pihak tertentu ia menjadi kafir. Hanya mungkin pihak yang TERASA (UMNO khususnya) beranggapan dikafirkan memandangkan ciri-ciri perjuangan Nasionalis parti dan apa yang telah dilakukan UMNO banyak menjurus kearah itu.

PAS tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah Islam dia. Dan menjadi tanggungjawab PAS untuk menyampaikan. Dan akhirnya, PAS telah berjaya menyampaikan mesej Islam sehingga hari ini.

Ketiga; Mengapa dengan DAP?

Sebenarnya perkara ini telah lama saya ulas di posting yang sudah-sudah. Ringkasnya begini,pada saya Umno tidak akan kata dia tidak mahu laksanakan Islam. Diaa akan kata, dia pun mahu Islam dan mahu laksana apa yang PAS mahu malah apa yang Tuhan mahu. Kalau PAS minta dia laksana Islam, ia akan sanggup tetapi sekadar sanggup saja. Lantaran apakah DAP akan terima negara Islam? Benar, mustahil DAP dapat memenuhi cita-cita PAS. Maka mengapa PAS lebih suka kepada DAP dari Umno sedang Umno itu adalah orang Islam?

PAS tahu apa yang ada oada DAP dan dalam masa yang sama PAS tahu siapa Umno.DAP tidak tahu Islam dan kerana itu ia tidak bercakap tentang Islam. Umno pula tahu Islam tetapi tetapi sekadar tahu tetapi tidak laksana apa yang Islam suruh.

UMNO juga pernah tawar kerjasama dengan PAS atas dasar perpaduan Melayu yang dikatakan goyah. Persoalannya, Melayu goyah atau Melayu UMNO yang goyah? Dan adakah senario Melayu yang berada pada berlainan parti dikira berpecah? Janganlah sempit sangat.

Berbalik kepada DAP,Berkawan dengan DAP,PAS bebas sampaikan dakwah. Jika UMNO? Sorry to say. Nak dakwah apa pada Umno? Bukankah UMNO kata dia pun tahu berdakwah biarpun dalam masa yang sama menentang dakwah PAS.

Pada zaman Rasulullah SAW. Musyirikin adalah penentang utama Rasulah SAW dan tidak menganut agama tauhid. Di samping itu adalah ahlil kitab yang menganut agama tauhid. Akhirnya yang menerima dakwah Rasulullah ia musyrikin tadi.

Sementara Ahli kitab yang tahu Allah, tahu tauhid dan tahu nabi akhir zaman adalah Nabi Muhammad SAW, terus tolak baginda dan dakwahnya.PAS bertemu hal yang sama. Ia bersama DAP yang musyrikin dan Umno yang tahu agama tauhid. DAP yang musyrikin mahu berkawan dengan PAS. Umno yang Islam mahu menumbang kerajaan PAS. DAP belum terima perjuangan PAS tetapi ia berkawan dengan PAS. Umno mahu telan PAS.

Siapa kata mustahil musyrikin DAP terima Islam? Ia mungkin terima dan mungkin tidak. Kalau musyrikin Mekah terima Islam, tidak mustahil musyrikin yang berkawan dengan PAS jadi seperti musyrikin Mekah dulu. Tetapi ahlil Kitab dari dulu tidak berubah.

Keempat; Menyatakan Pendirian.

Berhubung kes tersebut, saya tetap berpendirian, yang Mohd Nor Deris tetap tidak beradab. Menerima kunjungan Tuan Guru Nik Aziz sedemikian rupa, tanpa belum sempat duduk, terus diasak bertalu-talu dengan kurang ajar, tetap tidak boleh terima. Layanan seorang rakyat kepada Menteri Besar bukan sebiadap Mohd Noor Deris. Dan tindakan Tuan Guru Nik Aziz, tetap dikira berhikmah dengan seorang yang tidak beradab sedemikian rupa.

Sudah saya jelaskan, kebiadapan Ibnu Soyyad terhadap Rasullah SAW dan Rasullah SAW melayan Ibnu Soyyad sedemikian rupa juga berhikmah. Hujahan balas Rasullah kepada Ibnu Soyyad dengan "CIS" adalah tidak keterlaluan kepada manusia seperti Ibnu Soyyad. Adakah kita ingin mengatakan bahawa Rasullah biadap bila berhadapan dengan situasi itu? Tidak cukup dengan itu, seorang lelaki jaminan Syurga (Umar Al-Khattab) juga berniat memenggal kepala budak tersebut walaupun ia akhirnya dilarang Rasullah. Apakah kita ingin mengatakan Umar Al-Khattab ini biadap di depan Rasullah kerana menawarkan diri membunuh seorang budak di hadapan Rasullah?

Kesimpulannya, Tuan Guru Nik Aziz seorang manusia biasa. Ada perasaan amarah terhadap manusia biadap seperti Mohd Noor Deris. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu bersalam sekalipun dengan orang begitu, maka memang layanan itu layak sekiranya dia Mohd Noor Deris. Siapa tidak kenal Mohd Noor Deris? Ulama UMNO yang saban hari memaki hamun Nik Aziz dan perjuangan Islam PAS dalam setiap ceramahnya, tetapi tidak mencari jalan membetulkan UMNO yang makin bobrok.

Akhlak UMNO yang semakin tenat seolah dilihat mulia, dilihat sebagai jihad di mata Mohd Nor Deris. Perkara yang patut dibetulkan dan patut diubah didiamkan dan disokong.

Anda sebagai rakyat dan penonton, mampu menilai dan mengalisa atas setiap berlaku.

Wassalam

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Galas: Jika Benarlah Begitu



Memang perit untuk menelan kekalahan. Namun demikian, itulah hakikatnya. Setiap kegagalan dan kemenangan pasti ada hikmahnya. Hikmah kegagalan biasanya lebih banyak daripada kejayaan. Di situlah kita akan tahu semua kelemahan kita.

Adakah PAS dan PKR mahu mengatakan bahawa mereka gagal kerana UMNO-BN tabur wang - pengundi terima dengan senang hati - pangkah dacing?

Jika benarlah telahan itu, maknanya PAS dan PKR kena ada banyak wang baharu boleh menang. Salah tanggapan ini. Merasuah pengundi bukan cara halal untuk menang. Rasuah hukumnya haram. Keharaman itulah yang disukai orang Melayu. Orang Melayu sokong keharaman rasuah. Pelik tetapi benar. Orang Islam terima rasuah tanpa rasa bersalah.

Fenomena ini akan berterusan. Satu tanda noktah mesti dicari. Bagaimana caranya?

Kita boleh mengatakan bahawa orang Melayu, terutamanya di luar bandar bersikap sekular-materialis. Sehubungan itu, keislaman mereka nipis. Apabila kita berpegang kepada tanggapan ini, kita menerima hakikat bahawa Melayu itu dimiskinkan. Sekali gus kita menerima UMNO-BN gagal mengubah nasib Melayu. Ini kes berat. Namun, seberat mana pun kegagalan UMNO-BN itu, mereka terus mendapat sokongan. Demikianlah aneh dan peliknya Melayu. UMNO-BN gembira dengan situasi yang menguntungkan mereka ini. Timbul satu lagi persoalan. Bagaimana hendak meletakkan UMNO dalam kerugian?

Persoalan lain yang terseret dalam permasalahan ini ialah Melayu amat sukar untuk berubah. Mereka itu hangat-hangat taik ayam. Pendirian mereka terhadap sesuatu tidak bertahan lama. Sebab itulah mereka sukar untuk maju. Hal ini ternyata menguntungkan golongan minoriti Melayu yang tidak berada dalam kelompok tersebut. Mereka bebas mengumpul kekayaan tanpa menghiraukan kemelaratan majoriti Melayu itu. Sampai bila Melayu yang papa kedana ini akan menjadi barang mainan Melayu minoriti?

Kita selalu sebut Melayu perlu kembali kepada Islam. Hakikatnya mereka tidak pun ambil endah tentang keharaman rasuah. Mereka tidak pun ambil endah tentang kehamilan sebelum berkahwin. Mereka sanggup bertegang leher mengatakan wang ehsan yang mereka terima itu haram semata-mata kerana fatwa pemimpin parti rasuah yang sekali gus sekular-materialis yang bernama UMNO. Mereka sedikit pun tidak ambil pusing bangunan 100 tingkat akan didirikan asalkan setiap kali PRK mereka dapat serdak habuan. Malang sungguh jadi Melayu di bumi bertuah ini!!!

BilahRotan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Macam mana SPR buat kerja?


Macam mana perkara ni boleh berlaku??

Saya tidak menganggap ini sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak SPR. Penyediaan kertas undi yang dicetak dengan betul semestinya telah dilakukan lebih awal dan sebarang ralat sepatutnya tidak berlaku. Dan jika ada kesilapan juga, ia sudah pasti menimbulkan fitnah dimata pengundi dan rakyat luar yang menjadi pemerhati. Bagi saya, sudah tentunya memandang perkara ini sebagai satu muslihat. Mana tahu pihak SPR yang ingin bermain silap mata dengan keputusan pilihanraya Galas kali ini?

SPR sepatutnya telus dalam melaksanakan dan bekerja sebagai jentera pilihanraya. Pelbagai kecaman yang diberikan oleh SPR seperti mengatakan pemberian wang zakat kepada orang asli yang memeluk Islam sebagai satu rasuah dengan mengkebelakangkan tanggungjawab pemerintah kepada asnaf (muallaf) menyebabkan rakyat semakin tidak percayakan SPR. Dan sudah pastinya kredibiliti terhakis.

Apapun, saya mengharapkan SPR tidak mengulangi kesilapan ini untuk PRK pada masa mendatang. Jika ini adalah ralat, maka minta maafkan secara terbuka kepada rakyat yang menjadi pengundi di Galas, dan juga rakyat yang menjadi pemerhati politik Galas dan Batu Sapi saat ini.


Kertas undi didakwa tiada lambang parti
Kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti, dakwa isteri kepada calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Zainab Jalar - juga seorang pengundi DUN itu - berkata beliau menyedarinya ketika diberikan kertas undi untuk menunaikan tanggungjawabnya, lapor laman web PAS untuk pilihan raya kecil Galas.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," kata Zainab seperti dilaporkan laman tersebut.

Ekoran insiden tersebut beliau dilaporkan segera menghubungi jentera pilihan raya PAS bagi memaklumkan perkara itu.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, tambahnya.

Zainab juga berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pengajaran Buat Mohd Noor Deris



GUA MUSANG, 3 Nov - Majlis Tindakan Dun Galas telah membuat laporan polis berkaitan penghinaan tokoh agama Umno, Mohd Nor Deris terhadap Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Ketua Penerangan Majlis Tindakan Dun Galas, Mohd Zaki Mat Zain.

Dalam laporan polisnya Zaki berkata, rombongan mereka melawat atas kapasiti kerajaan yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Mereka telah dipersilakan oleh tuan rumah untuk masuk kerumahnya.

"Apabila kami memasuki ke ruang tamu kami dapati Mohd Nor Deris telah berada di rumah bekas Adun Galas, Hj Omar Mohamad .

Beliau (Mohd Nor) bagaimanapun enggan bersalaman dengan YAB Menteri Besar walaupun Tuan Guru sendiri telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau. Beliau juga telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap rombongan tersebut.

Beliau menggambarkan YAB Menteri Besar dan rombongannya yang seramai tiga puluh orang sebagai "syaitan-syaitan" .

"Kami harapkan Encik Mohd Noor Deris menarik balik kenyataan tersebut dalam masa 24 jam berkuatkuasa laporan ini dibuat.

"Sekiranya beliau tidak menarik balik atau memohon maaf , kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang", ujar zaki lagi.

Beliau yang hadir besama dua orang rakan memberitahu bahawa rakaman video kejadian tersebut telah ada dan ini merupakan suatu bukti yang nyata penghinaan dan kata-kata kesat Mohd Noor Deris terhadap Menteri Besar Kelantan.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

10 Sebab Mengapa Mohd Nor Deris Dikecam Blogger PAS

Sila baca sampai habis artikel ini


Sebelum saya mengulas lanjut mengenai video diatas, mari kita menyelongkar, siapakah sebenarnya Mohd Nor Deris.Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan. Beliau juga bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini. Asalnya dia adalah ahli Pas dan merupakan ahli Pas yang sangat teruk hingga disabitkan dengan salah satu penyebab mengapa Pas tidak diterima dahulu. Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya, beliau memberitahu bahawa Ust Mohd Nor Deris ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno. Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.

Guru-guru/pelajar di Universiti Malaya Nilam Puri yang membuat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengatakan pernah memboikot Mohd Nor Deris suatu ketika dahulu dengan membuat memorandum kepada pentadbir UM mengenai kelakuan buruk Mohd Nor Deris ini. Tandatangan diambil dan dikatakan melebihi 100 tanda tangan pelajar yang tidak berpuas hati dengan beliau. Dan pernah di akhir kuliahnya suatu ketika dahulu, Mohd Nor Deris mengugut pelajarnya dengan berkata" Saya akan mencari siapa yang membuat memorandum ini dan menanda tangan ini.."

Dahulu juga Mohd Nor Deris membenci UMNO dan dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram. Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.

Tapi hari ini, beliau telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada dia bersalam atau tidak dengan orang Umno. Beliau bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru kini. Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.Tugas beliau bukanlah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru. Mengenai video diatas, saya telah membuat beberapa ulasan, mengapa Mohd Nor Deris Dikecam Blogger PAS.

1) Pertama:


Ust Mohd Nor Deris melakukan pembohongan.Dalam video ini :SINI dia kata dia berkata membahasakan diri dengan panggilan Ana anta semasa berdialog dengan TGNA. Padahal dia yang memulakan dengan panggilan yang kasar,membahasakan Aku, "aku toksir Sale..". Buktinya,cuba tengok betul-betul video diatas.


2) Pembohongan kedua: Dia mengatakan bahawa ramai orang berada di segenap ceruk didalam rumah tersebut berdasarkan kepada video ini : SINI .. Adakah benar?? Semuanya adalah bohong semata-mata. Sila tengok balik video diatas.


3) Pembohongan ketiga: Ust Mohd Nor Deris menggambarkan seolah dia bercakap dan berkata-kata sopan dan beradab kepada TGNA di rumah tersebut. Seperti di dalam video ini :SINI .. Tengok video diatas. Anda melihat dan anda menilai. Sopankah bersikap kurang ajar begini? Sememangnya Mohd Nor Deris berniat ingin memaki hamun (bukan berdebat atau berdialog) dan memulakan dengan kata-kata yang kasar dan tidak beradab. Dan memaki hamun begini memang selalu ada dalam setiap ceramahnya. Tidak kira di Kelantan mahupun diluar mahupun di dalam kelas semasa kuliah pengajiannya diUM dulu.
Malah dia menunjukkan jari telunjuk ke muka TGNA Beginikah ulama yang UMNO kagumi?


4) Pertelingkahan dimulakan oleh ust Mohd Nor Deris. Tengok sahaja video diatas. Sikap kurang ajar Ust Nor Deris, terus menerpa TGNA dengan tuduhan dan makian padahal TGNA baru sampai/masuk/dan belum lagi duduk. Beginikah ulama UMNO yang beradab? Begini akhlak ulama UMNO?


5) Isu yg dimainkan: Mempertikaikan kerjasama DAP dengan PAS secara tiba-tiba kepada TGNA ,tp dalam masa yg sama membenarkan MCA dan MIC bersekongkol dengan UMNO. Apa kes?


6) Susana sudah nampak ingin kembali kepada reda.TGNA mula bercakap dan bertanya khabar dengan tuan rumah. Tetapi Ust Mohd Nor Deris terus mengasak dan mencari pasal serta bertubi-tubi hingga mengatakan " Mung kena bertaubat sebelum mampus.." berdasarkan kepada video diatas. Dan dibenarkan sendiri oleh dirinya di video ini : SINI .. Ini ulama yang UMNO agungkan?


7) Di dalam video ini : SINI , Mohd Nor Deris sendiri menggambarkan TGNA dengan syaitan. Tangan TGNA adalah tangan syaitan (konon dengan kasyaf). Dan rombongan yang datang bersama TGNA adalah syaitan-syaitan. Siapa Tuan Guru Nik Aziz dan siapa Mohd Nor Deris ini sehingga tersangat kurang ajar terhadap TGNA ?


8) Mohd Nor Deris telah menokok tambah dalam kenyataannya di video ini :


SINI sedangkan tidak benar sama sekali. Mohd Nor Deris juga telah membuat satu syirik besar dengan mengatakan bahawa Kaabah yang disembah bukan Allah s.w.t. berdasarkan video ini : SINI ..


9) Adakah anda boleh menerima layanan seorang rakyat terhadap menteri besarnya dengan perlakuan begini?? Beginikah adab rakyat dengan pemerintah negeri?


10) Jika ingin menyalahkan tindakan Nik Aziz sebagai bertindak kasar, YA BENAR. Memang kasar. Kerana cara yang tidak kena ditonjolkan USt Mohd Nor Deris sendiri tidak menggambarkan sebagai seorang yang beradab bila menerima kunjungan tetamu lain sedangkan dia juga tetamu dan tuan rumah pun tidak melayan sedemikian rupa. Mari lihat sirah Rasullah;


Hadis Abdullah bin Umar r.a:


Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab telah bertolak bersama Rasulullah s.a.w dan beberapa orang sahabat (sekumpulan sahabat yang tidak lebih dari sepuluh orang) ke perkampungan Ibnu Soyyad. Setibanya baginda di sana, baginda s.a.w mendapati beliau sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki di tepi binaan yang tinggi kepunyaan Bani Maghalah.


Ketika itu Ibnu Soyyad hampir baligh. Ibnu Soyyad tidak menyedari kedatangan Rasulullah s.a.w sehinggalah Rasulullah s.a.w menepuk belakangnya dengan tangan lalu bertanya kepada Ibnu Soyyad: Adakah engkau bersaksi bahawa aku ini Rasulullah? Ibnu Soyyad melihat kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Aku bersaksi bahawa engkau Rasul (utusan) para Ummiyyin (tidak pandai membaca dan menulis). Ibnu Soyyad bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Adakah engkau bersaksi aku adalah utusan Allah? Rasulullah s.a.w menolak pertanyaan tersebut lalu bersabda: Aku hanya beriman dengan Allah dan para Rasul-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apa yang engkau nampak (tentang perkara-perkara ghaib)? Ibnu Soyyad berkata: Datang kepadaku berita benar dan berita bohong. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Engkau tidak dapat membezakan antara keduanya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu darimu supaya engkau boleh memberitahuku benda tersebut.


Ibnu Soyyad berkata: Ia adalah Dukh, iaitu sejenis asap. Lalu Rasulullah s.a.w terus memotong cakapnya dengan menyebut: Ikhsa' (Cis!). Engkau tidak dapat menyaingi kemampuan engkau kerana engkau tidak lebih dari seorang pendeta yang diberitahu oleh syaitan. Lalu Umar bin Al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Biarkan aku memenggal lehernya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya benar dia adalah Dajal maka engkau tidak mampu membunuhnya dan sekiranya dia bukan Dajal maka tiada gunanya engkau membunuhnya.


Rasullah sendiri mengatakan CIS kepada budak tersebut, dan Saidina Umar sendiri pun berniat mahu memenggal kepada budak tersebut. Kerana apa? Kerana budak tersebut melakukan pembohongan dalam keadaan tahu kebenaran (kerasulan dan keimanan kepada Allah). Dan budak yang belum baligh ini (Ibnu Soyyad) berkemungkinan salah seorang daripada 30 Dajjal kecil. Berbalik kepada perlakuan dan tingkahlaku yang ditonjolkan Rasullah. Apakah pada anda kata-kata Cis dari mulut Rasullah itu tidak layak dikeluarkan dari mulut seorang nabi?


Ini buktinya, jika pembohongan, dan jika tiada adab, sepertimana yang ditunjukkan oleh Ibn Soyyad terhadap Rasullah dan Ust Mohd Nor Deris terhadap TGNA, maka memang layak dia mendapat layanan begitu.




Kesimpulan, Ust Mohd Nor Deris tidak layak digelar ulama pun. Anda sendiri boleh menilai siapa dirinya. Saya sudah lama perhatikan Mohd Nor Deris di FB nya sebelum kes ini berlaku lagi. Komen dan perangainya di FB tidak melambangkan orang yang cerdik, dan seorang muslim yang baik dan jauh sekali melambangkan title seorang ULAMA. Ini facebook nya: Mohd Nor Deris .


Tentu anda akan bergelak ketawa tengok setiap komen dan isu yang dibawakannya. Tetapi itulah hakikatnya. Namun, Mohd Nor Deris ini lah yang disanjung oleh UMNO.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

SPR : Segera Tangkap Tuan Guru Nik Aziz


SPR tidak perlu menunggu ada laporan rasuah daripada pengundi Galas untuk menangkap Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah SPR sudah melihat video yang didakwa beliau (TGNA) merasuah orang Asli yang juga pengundi DUN Galas yang memeluk Islam (muallaf) itu?

Bukankah SPR sendiri tidak boleh menerima kenyataan yang diberikan oleh Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang menafikan laporan bahawa PAS merasuah dan penjelasannya bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa?

Walaupun Muallaf tergolong dalam golongan asnaf yang layak menerima zakat mengikut Syar'ie, namun ia tidak diendahkan oleh SPR dan menganggapnya adalah rasuah.

Walaupun Tok Guru Nik Abdul Aziz memberi zakat kepada Orang Asli yang di Islamkannya secara terbuka, tidak sorok-sorok dan wang juga diberi tanpa dibungkus atau dimasukkan dalam sampul surat tetap, SPR tetap menganggapnya rasuah.

Jadi tunggu laporan buat apa lagi? Penjelasan PAS pun tidak diterima. Jadi tangkap sahajalah Tuan Guru Nik Aziz.

SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS. Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.

Dari Malaysiakini



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PAS: Adakah pemberian RM250 rasuah?


Media arus perdana tajaan BN memainkan isu; PAS memberi RASUAH dengan memberikan RM250 kepada pengundi DUN Galas. Adakah hal ini benar?

Sebelum itu tengok dahulu apa makna rasuah.

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Dalam erti kata lain, pihak yang memberi mengharapkan ada sumbangan dan ganjaran daripada pihak penerima.

Ok, berbalik kepada isu di Galas.

Pertama: jika dipersetujui pemberian duit kepada pengundi pada setiap kali pilihanraya dianggap sebagai rasuah, maka benarlah UMNO perasuah no 1. Bukankah UMNO yang menabur duit, yang menjanjikan macam-macam kepada pengundi semasa/setiap Pilihanraya kepada pengundi dengan harapan menyokong mereka? Ada SPRM ambil tindakan kepada UMNO?

Kedua: Berdasarkan pemerhatian, memang benar PAS akan akan memberikan RM 250 kepada pengundi DUN Galas, tetapi kepada mereka yang berada diluar DUN Galas. Duit diberi sebagai satu galakan kepada pengundi DUN Galas yang berada di luar kawasan balik mengundi bagi mencapai sasaran peratus tidak kurang dari 81 peratus. Dan yang penting, Pas tidak sesekali mendesak mereka agar mengundi Pas sebagaimana yang Najib lakukan di Sibu;pemberian wang atas dasar "You help me, I help you!".

Jadi dua situasi ini berbeza. Apa yang dilakukan oleh PAS bukanlah rasuah, kerana ia hanyalah satu galakan supaya pengundi luar kawasan balik mengundi di Galas, bukanlah satu pujukan agar mengundi PAS di Galas.Tambahan pula PAS akan tetap memberi wang tersebut meskipun pengundi terbabit mengundi calon UMNO sekalipun. Dan yang dilakukan oleh UMNO, barulah dikira sebagai rasuah. Kerana ada unsur pujukan dengan wang kepada pengundi agar mengundi mereka.



Dari MalaysiaKini:

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Pengarah jentera PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

kelantan pas umno ballot box 310707 Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

"Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir di sidang media itu ialah penasihat jenteranya Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]