Subscribe

Respon PanehMiang : Kegusaran Yang Akan Berterusan



Saya tertarik untuk mengulas artikel yang dikeluarkan oleh Blogger UMNO di SINI yang bertajuk "Ramai Pemimpin UMNO Syok Sendiri".. Berikut adalah kesimpulan yang saya dapat buat :

Kesimpulannya, jika UMNO menang sekalipun, ia tidak memberi apa-apa makna kerana nama-nama yang disenarai Blogger PanehMiang sudah pastinya akan tercalon jua pada Pru13 nnt. Tidak semua, separuhnya akan tersenarai. Begitulah hakikatnya.

Dan lebih menyedihkan, demi selesa dan duduk lama ditampuk kuasa, pemimpin UMNO sanggup menjadikan nasib rakyat sebagai pertaruhan menang atau kalah dalam mana-mana PRu. Sementelaah penyokong dan 3 juta ahli UMNO pula, hanya mengikuti rentak"permainan" ini tanpa memikirkan langsung dimana rakyat ketika itu.Pemimpin yang bermain, penyokong yang menjadi "tukang alak" dan penontonnya. Nasib rakyat yang selama ini dipijak-pijak akan kekal "terpijak" untuk masa mendatang. Fantasikah ini? Tidak. Ia telah pun berlaku, dan akan terus berlaku selama mana UMNO BN memerintah Malaysia.

Jika yang dimahukan pemimpin muda yang naik sekalipun,lambat laun mereka akan mengikut jejak perangai yang tua. Jika yang tua kekal, mereka akan menjadi seperti apa Blogger PanehMiang terangkan, iaitu "syok sendiri dan berada di zon selesa". Bukan sahaja nasib rakyat tidak kemana-mana, bahkan Malaysia akan kekal tanpa perubahan ketara. Dengan statistik kemiskinan yang tinggi,masalah jenayah yang membimbangkan, kadar pengangguran yang merunsingkan, Malaysia akan kekal ditakuk lama.

Kenapa begitu? Kerana bukan soal siapa yang bakal naik. Tetapi soal "dasar, perjuangan dan prinsip UMNO". Dasar UMNO lebih mementingkan kebangsaan, perjuangan UMNO lebih mementingkan Melayu, prinsip UMNO lebih mementing dunia melebihi agama. Biarpun UMNO berdalih mengatakan mereka juga perjuangkan agama, rakyat lebih reti menilai siapa UMNO, apa perjuangan UMNO, dan untuk apa UMNO perjuangkan. Jika UMNO tidak mahu meninggalkan perjuangan kebangsaan dan nasionalis yang dibawa dan kembali kepada perjuangan Islam, maka selama itu jugalah UMNO dan pemimpinnya akan terus lena dan syok sendiri. Selama itu jugalah rakyat Malaysia akan berterusan ditimpa nasib malang.

Soalnya bukan sahaja masalah ekonomi yang dirundung malang, malah kita turut bersedih, kerana barah penyakit Umat Islam Malaysia hari ini, adalah hasil tuaian UMNO yang mengikis perlahan-lahan roh Islam daripada jiwa rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam, menyebabkan berapa ramai Melayu yang tersungkur dalam dunia bertuhankan hedonistik dan material.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu tetap berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah rasulnya."

Ketahuilah,segala kekusutan yang berlaku, segala masalah yang timbul, tidak kira menyentuh mengenai aspek kehidupan (politik, pentadbiran, kepimpinan), tidak akan selesai sekiranya tidak kembali kepada perjuangan berteraskan Islam. ~Jilfityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BUNUH, ROGOL, RASUAH DAN NILAI MELAYU



Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah belaku.
Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.

Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke CEO.

Nilai Melayu Baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik : lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes ‘rogol bawah umur’ ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.

Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Kerana ianya sering berlaku atau dilakukan oleh mereka yng memiliki kuasa dan duduk di puncak kuasa maka orang awam kini telah mula menerima ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik dimana ianya telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah terlibat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh.

Persoalan yang timbul disini bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini di bunuh. Bukan ini yang ingin di bincangkan Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapam dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian telinga dan kelalian perasaan 3 juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrek dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan juruagama United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih maka 3 juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima ini sebagai wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam 3 juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dam membawa mudarat yang amat sangat keatas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu. (TT)-dipetik dari blog tukar tiub
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gay : Pengakuan berani mati Azwan Ismail : "Saya Gay Saya Ok"



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

"Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda ;Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis." (At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Huraian :
1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesbian.

2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.


3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.

4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

"Ketuanan Melayu" umpama fahaman Yahudi


KAJANG: Konsep "Ketuanan Melayu" yang membawa maksud orang-orang Melayu lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini seumpama fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dari segi sejarah tidak ada Ketuanan Melayu. Malahan pada zaman kerajaan Melayu Melaka , Melayu di hina oleh orang Melayu sendiri.

Istilah ini perlu ditukar seperti Islam Hadhari, istilah itu ‘telah memakan tuan (kerajaan) sendiri," kata beliau pada forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di sini kelmarin.

Beliau berkata, istilah itu lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Boleh tolong kaum tetapi jangan sampai meruncingkan hubungan dengan kaum lain.

"Saya bimbang istilah Melayu menjadi lebih keliru. Tafsiran agama berdasarkan kaum menjadikan semua pihak keliru,” tambah beliau.

Tegas beliau, “Apa yang hendak dipertahankan di sebalik ketuanan orang Melayu? Jika ia bermaksud keistimewaan gunakan saja perkataan keistimewaan."

‘Ketuanan bermaksud pemilikan’

Menurut seorang lagi ahli panel, Setiausaha Majlis Perundingan Melayu Bumiputera (MPM) Dr Hasan Mad, Ketuanan Melayu bukan bermaksud "Malay Supremacy".

Hasan menjelaskan bahawa istilah itu pertama kali digunakan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman untuk menggambarkan pemilikan orang Melayu terhadap negara ini.

Justeru itu, Hasan mengesyorkan semua pihak agar tidak membuat terjemahan secara literal dan menggunakan contoh istilah ‘land lord’ yang diterjemah sebagai ‘tuan tanah’ dan bukannya ‘tun tanah’.

Walau bagaimanapun, beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan istilah kesultanan Melayu hingga istilah tersebut perlu ditukar.

“Tukar istilah tidak menyelesaikan masalah.”

Beliau menyatakan bahawa polemik sekarang tidak lebih dari gegaran politik yang dibuat oleh tiga kumpulan iaitu ‘ahli politik, cendikiawan dan kumpulan bukan Melayu yang menangguk di air keruh’.

Sementara itu, Izaruddin Abd Rahman yang turut menjadi ahli panel forum mendefinasikan konsep Ketuanan Melayu sebagai legitimasi anak watan yang memperkukuhkan fakta bahawa orang Melayu adalah orang asal di Tanah Melayu.

"Bagaimanapun isu ini digunakan oleh ahli politik untuk mendapatkan populariti," kata naib presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Sabky Yusof pula mengucapkan "tahniah" kepada Umno kerana berjaya mewujudkan polemik ini untuk mengekang sokongan dengan menonjolkan diri sebagai juara masyarakat Melayu.

“Mereka mencipta konsep ketuanan Melayu dan menimbulkan kegusaran bahawa kuasa orang Melayu akan hilang tanpa Umno.” katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Melaka Maju 2010 : Tapi Hutang Bertambah


"Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Haji Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega di negeri ini kerana hasil negeri ini tidak dapat menampung hutang negeri Melaka telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari"

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit" kata ketika dihubungi di Pejabat Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru di sini hari ini.

Menurut Ramli banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorail, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika di minta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka negeri maju 201o sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya. Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010." tegas Ramli yang juga Penyelia DUN Bukit Baru.

"Nampaknya Ali tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih. Memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya. Apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu."

Dalam kenyataan itu Ali berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Lagi mangsa keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!"


Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding.Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana.Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya.Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput.  Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis.  Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.



Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana.  Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman.  Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis.  Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli.  Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini.  Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian.  Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian.  Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis).  Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ.  Saya rasa tak ada harapan lagi.  Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda.  Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang.  Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya.  Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."
Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara.  Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu.  Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya.  Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje.  Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai."  Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya.  Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang.  Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku.  Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway.  Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai.  "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia.  Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.  Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran.  Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya.  Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan.  Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."
Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah.  Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis.  Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga.  Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati".  Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut.  Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman.  Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret.  Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin.  Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng.  Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting daripada teks asal.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Fitnah: Kerja UMNO Untuk Terus Hidup


KUALA LUMPUR, 23 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.

Tak reti dosa pahala

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menggunakan blog sebagai medan membuat fitnah sebagai 'buta' dosa dan pahala.

Ketika diminta mengulas isu yang kini sedang leka didendangkan blogger pro-Umno itu, Mursyidul Am PAS itu didakwa berkata "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala,".

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Felda Sudah Kecut Perut Rayu Jangan Di Saman


Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tabik Rosmah : First Islamic Lady


ORANG yang seronok digelar sebagai wanita pertama Malaysia, Rosmah Mansor mencadangkan supaya diadakan tilawah Quran di kalangan orang buta menggunakan braille. Katanya, tujuan diadakan tilawah itu bagi meningkatkan martabat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebagai penganut agama Islam saya bersetuju apa saja usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini. Tidak kiralah ia melibatkan orang cacat penglihatan ataupun cacat pendengaran. Tuhan jadikan manusia dengan kesempurnaan tidak boleh dipertikaikan, dan setiap manusia ada fungsi dan peranan masing-masing.

Kebetulan saya adalah ahli kehormatan kepada persatuan orang buta di negara ini. Saya tahu kekurangan orang buta dan kedaifan mereka dalam mencari rezeki untuk hidup. Secara umumnya orang buta di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Nasib mereka tidak selari dengan kemajuan dicapai negara ini.

Untuk pengetahuan Rosmah dan sesiapa juga, masih ada orang buta yang tidak memiliki tempat tinggal. Malang lagi masih ramai yang meminta sedekah dan mengemis. Pad saya Rosmah kena tumpukan kepada aspek ini daripada cuba mengambil kesempatan atas orang buta untuk menggambarkan kita peduli kepada orang buta.

Cadanagn Rosmah itu tidak melibatkan ramai orang buta hanya beberapa kerat saja. Program itu saya nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta. Bagi menggambarkan Malaysia mendahului rakyat. Tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara.

Saya fikir masih ramai orang buta khasnya di kampung yang tidak tahu menggunakan braille. Masih ada yang buta huruf. Elok kalau mereka ini diberi pendidikan, celekkan hati mereka untuk mempelajari braille daripada mengambil mereka untuk menjadi perserta tilawah Quran yang tidak lain hanya kosmetik bagi menunjukkan Rosmah mengambil berat kepada agama. Pada saya lebih penting kalau diberikan kemendirian hidup mereka.

Sepekara lagi, kalau kita ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya sebagai ibu mithali, dan Wanita Pertama yang mantap Islamnya.

Kalau Islam pada diri kita sendiri boleh dipertikaikan, macam hendak diharapkan cadangkan mengenai Islam akan dituruti oleh orang lain. Apa lagi hendak memantapkan Islam ke atas negara. Selalunya rakyat akan mengikut cara, stail dan juga akhlak pemimpin mereka. Perkara mudah saya ambil misalnya kalau Rosmah menutup kepalanya dengan kain pasti isteri menteri lain juga akan menurutinya.

Tetapi kerana Rosmah membiarkan jambulnya, maka yang lain yang sebelum ini sekali sekala menutup jambul ikut sama membukanya. Jangan salah faham saya tidak fanatik dalam soal ini, dengan menganggap keadaan kepala Rosmah hari ini dalam maksiat. Tidak.

Tetapi apa nak ditegaskan kebaikan yang hendak kita laksanakan itu selain dipancarkan oleh hati ianya perlu diaurakan oleh syaksiah kita. Barulah niat yang baik itu akan disertai dengan perbuatan yang baik juga dan disinilah baru natijahnya tercapai.

Oleh : Mohd Sayuti Omar


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PR : Anwar tetap Ketua Pembangkang

KEPALA BATAS 19 DIS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat.

Anwar, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari PKR dan Pengerusi DAP Karpal Singh Khamis lalu digantung enam bulan sebagai ahli Parlimen tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Karpal berkata partinya tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Anwar Kemuka Bukti Syarikat Zionis Apco Penasihat Perdana Menteri


PETALING JAYA 17 DIS: Sehari selepas digantung dari Parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang cuba ditutup oleh Perdana Menteri Najib Razak mengenai hubung kait Umno-Barisan Nasional, syarikat pro-Zionis Apco Worldwide dan gagasan 1Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu Apco yang mengakibatkan beliau dan tiga lagi ahli Parlimen digantung tanpa diberi peluang membela diri.
Anwar berkata hakikat Apco beroperasi di bawah nama Myteam sejurus untuk menasihati Najib tidak pernah disangkal oleh Perdana Menteri.

"Operasi mereka sebelum itu adalah (di bawah nama) Myteam. (Portal berita) Malaysian Insider memberi keterangan jelas wakil bahawa Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen (yang mengaitkan) kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian( dengan syarikat Yahudi)," kata Anwar.

"Saya ulangi, 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM)," kata Anwar.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa, dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Anwar menegaskan penggantungan ketiga-tiga rakannya itu amat tidak adil . Contohnya Azmin dihukum hanya kerana menyentuh mengenai surat dari Apco yang digunakan sebagai asas untuk menghukum Anwar.

" Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang waja "tegas Anwar
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

CheguBard: Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan


Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih "kenderaan" politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang-kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Zaid dapat menggunakan "kenderaan" politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat. Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik "menyapu" semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan-bukan. Namun sampai bila saya harus menanti...

 Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman-teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

 Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

*Kenyataan CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) yang dipetik daripada blognya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Kepulangan Chin Peng: Adakah ia krisis ketamadunan?



Artikel dalam keratan akhbar di atas menunjukkan bahawa UMNO masih diikat oleh propaganda kolonial.

Sejujurnya, benarkah Chin Peng betul-betul ingin pulang atau sekadar ingin tahu isi hati nurani pemimpin Malaysia dan reaksi masyarakat. Ingin melawat rumah lama yang telah usang dan melihat kedai basikal di sebelah rumahnya yang masih beroperasi. Ke Pekan Sitiawan, minum kopi dan roti yang dipalit kaya bersama kawan lama, sambil bercerita kisah dunia. Sebelum perang dan apa terjadi ketika dia meninggalkan rumah, bergerila menentang Fasis Jepun, kemudian zaman darurat - Melawan Penjajah Inggeris dan merdeka. Betapa perang telah mengubah segalanya.

Disebut dalam memoirnya yang agak menyentuh hati setiap pembaca, beliau begitu ingin melawat pusara ayah dan ibunya di pinggir jalan besar Sitiawan - Lumut. Memang suatu yang sangat ironi, seorang yang sanggup memberi nyawa untuk pembebasan negaranya, akhirnya disekat memijak bumi yang dia pernah berjuang untuk melepaskan cengkaman raksaksa kuasa penjajah itu. Selama 446 tahun ia dicengkam - tidak terlawan!

"It is ironic that I should be without the country for which I was more than willing to die…." (Suara hati Chin Peng dalam My Side of History m.s 519)

Chin Peng kini sudah uzur. Entah berapa lama lagi boleh memasang mimpinya untuk kembali ke rumah usang itu. Mahathir masih segar dan boleh diinterview media setiap hari tetapi kerap juga ke hospital memeriksa degup jantungnya. Kalau Chin Peng mati, dia mati dalam keadaan ditipu oleh Mahathir. Kalau Mahathir pula mati, matinya dalam keadaan "mungkir janji". Janji yang bukan saja disaksikan ratusan manusia, wartawan dan wakil media seluruh dunia malah ia juga disaksikan oleh Allah. Nampaknya agama kapitalis ini sudah membuat manusia tidak lagi takut meskipun kepada Allah yang turut menjadi saksi janji-janji mereka. Perjanjian itu dibukukan dan menjadi dokumen rujukan pengkaji sejarah. Mengandungi begitu banyak rahsia tentang perjuangan, tentang kenapa mereka terpaksa terus berjuang walaupun selepas merdeka.

Ini satu lagi perkara penting tentang kegagalan Mahathir yang sedang dan akan dihakimi oleh rakyat dan sejarah. Beliau sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada pemimpin negara hari ini agar mematuhi janji yang telah dimeterai. Patut mendidik rakyat supaya bersikap rasional dan menerima kenyataan dan bukannya hanyut dalam emosi negatif yang tiada kesudahan. Perjanjian ini berlangsung di zamannya dan dia patut bertanggungjawab. Bukankah mendidik rakyat juga itu satu tugas dan kewajipan pemimpin?

PKM telah ditubuhkan pada tahun 1930 di Kuala Pilah sebagai sayap gerakan comintern (Komunis Antarabangsa) bagi tujuan "pembebasan tanah air dari kuasa penjajah Inggeris". Semasa Jepun melanggar Malaya 1941-1945, PKM telah bergerila menentang kezaliman kuasa ini. Pada masa ini, askar Inggeris terlalu kecut dan lari berbondong-bondong seperti itik. 14 hari Malaya di bawah Kuomintang yang ganas - bukan PKM. Sebaliknya PKM-lah yang menghapuskan Kuomintang yang telah melakukan keganasan terhadap rakyat. Inggeris dan UMNO menyembunyi segala fakta ini daripada sejarah. Inggeris kembali dengan menindas KMM (PKMM), API, AWAS dan lain-lain parti kiri yang bersemboyankan Merdeka.

Darurat diisytihar dan dikuatkuasakan (1948 -1960). Darurat ini adalah helah regim kolonial British, sebenarnya ia adalah perang terhadap pejuang merdeka. Ramai dari orang-orang Melayu di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, dan Kedah juga telah turut bergerila dengan PKM kerana mereka ada senjata dan strategi untuk menghalau Inggeris. UMNO berdusta terhadap generasi muda bahawa kita merdeka hanya dengan pena. Inggeris telah membawa sebanyak 400,000 askarnya ke Malaya sedangkan rakyat Malaya hanya 5 juta ramainya pada ketika itu (1948). Ribuan serangan gerila dilancarkan dari PKM dan beribu-ribu juga askar Inggeris cedera dan terkorban. Walaupun tekanan telah ditingkatkan tetapi Inggeris semakin putus asa dan mula berbelah bagi.

Rundingan Baling pada Disember 1955 pun berlangsung tetapi Tunku Abdul Rahman, mewakili Malaya dalam rundingan itu gagal membuahkan perdamaian antara Kerajaan dan PKM. David Marshall adalah wakil dari regim kolonial Inggeris yang merancang segala syarat agar rundingan ini gagal. Benar-benar ia telah gagal. Walaupun begitu ia memberi jambatan buat Tunku untuk merundingkan isu merdeka.

Memoir Chin Peng "My Side of History" ada membangkitkan soal ini.

"The Tunku used the occasion as a propaganda boost to enhance his political image and strengthen his bargaining position with London. Anyone who doubts this only has to read what the Tunku himself said in 1974. The only good thing the Emergency produced,' he wrote was my meeting with Chin Peng. Because of those talks of mine in Baling we were able to wrest the initiative from the Malayan Communist Party, then wit at a conference table in London to negotiate our independence with the British, and win our freedom as a nation. Baling led straight to Merdeka…" M.S: 512

Rundingan Baling sebenarnya telah memberi nikmat yang besar kepada rakyat Malaysia. Di hutan, PKM juga telah menyambut 31 Ogos 1957 secara besar-besaran menandakan bahawa sebahagian perjuangan mereka telah tercapai. Mereka terus menantikan Tunku agar rundingan Baling II seperti yang dijanjikan. Bukan untuk menyerah diri tapi berdamai. Ia telah dilupakan begitu sahaja, kerana Inggeris tidak suka ia disambung. Hinggalah PKM dan Malaysia kembali ke meja rundingan di Haadyai pada tahun 1989. Kejayaan ini suatu yang dinantikan. Ramai yang memuji Mahathir kerana sikapnya yang lebih terbuka. Kini Mahathir pula yang mungkir. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengubah tamadun yang rendah warisan UMNO ini.

Bayangkan berapa lama kita dijajah. Kekejaman silih berganti. Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun yang telah membunuh dan mendera rakyat. Selepas perang kita berdamai dan selepas merdeka kita meneruskan kehidupan kita. Menjalin hubungan kita dengan negara-negara bekas penjajah. Kezaliman Fasis Jepun, menyiksa dan membunuh ribuan rakyat dengan zalim. Begitu mudah dimaafkan. Malah kita begitu baik sekali dengan mereka yang pernah menyiksa nenek moyang kita. Permusuhan ini telah tamat dengan perjanjian-perjanjian damai. Kenapa boleh?

UMNO tidak harus merantai dirinya walaupun ia telah bebas. Kenapa masih perlu dirantai oleh propaganda jahat regim kolonial semasa darurat dulu. Ia harus meluaskan visi dan mengiktiraf sumbangan golongan-golongan kiri sebagai pejuang kemerdekaan bangsa juga. Dalam zaman di mana semua orang bebas akses kepada sumber maklumat, UMNO tidak lagi wajar mengharamkan bahan bacaan dan memutarbelitkan fakta sejarah. Tidak lagi patut baginya siaran berita TVnya menjadi siaran propaganda parti. Buku sejarah di sekolah menengah perlu lebih objektif terhadap sejarah. Rakyat yang buta sejarah dan keliru tentangnya akan hilang patriotisme dan UMNO akan terhukum juga akhirnya.

Dalam keadaan media internet - jalur lebar menjadi tangan yang lebih berkuasa maka sejauh mana fakta sejarah boleh dipalsukan? Berapa lama rakyat akan percaya? Berapa lama juga AUKU boleh membelenggu jiwa pelajar seperti belenggu gereja ortodok kristian di zaman kegelapan Eropah dulu. Akhirnya apa yang terjadi. Adakah revolusi teknologi maklumat akan memberi masa sepanjang revolusi sains dan industri pada zaman kegelapan itu?

UMNO akan lebih dihormati dan perjuangannya lebih diterima sekiranya ia lebih bersikap jujur. Perlu sedar kita bukan lagi berada di zaman perang dingin. Propaganda ala zaman darurat hanyalah satu kerja dungu. Rakyat sudah celik dan tidaklah perlu mereka dibutakan kembali. Tidaklah perlu diteruskan propaganda anti-komunis yang diinginkan penjajah Inggeris. Kita sudah merdeka…! UMNO tidak patut terus hanyut dalam lamunan. Tidak patut terus diikat oleh propaganda British terhadap PKM dan Chin Peng.

*Tulisan ini dipetik daripada blog Tongkat Bahaman.com.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis


Kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sejak pagi tadi sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Mereka yang sepatutnya berarak bagi menghantar memorandum aduan kepada Suhakam dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut sejurus tengahari ini, bagaimanapun dihalang oleh polis.

Akibatnya, berlaku kejadian tolak-menolak antara mereka dengan kira-kira 50 anggota polis yang sejak pagi tadi mengawal kawasan sekitar parlimen itu.

Akibatnya dua orang penyokong Demokrasi Hitam 2.0 ditahan polis dan Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) sedang berbincang dengan polis.

Seorang daripada mereka dikenali sebagai Lee Khai Loon, anggota exco AMK.

Perhimpunan hari ini adalah bagi membantah tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan, pagi tadi.

NONESejak awal pagi tadi, kira-kira 40 anggota polis mula berkawal di sekitar perkarangan bangunan Parlimen. Jumlah itu kemudian meningkat kepada kira-kira 50 orang apabila keputusan menggantung Anwar dibuat.

Anwar selepas digantung kelihatan keluar dan bersalaman dengan penyokongnya itu. Laungan 'Reformasi' dan 'Takbir' bergema sekitar kawasan parlimen seketika.

Turut bersama Annwar adalah R Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Selepas perbincangan, polis membenarkan hanya tiga orang, termasuk Shamsul dan Yusmadi untuk meneruskan hasrat mereka menyerahkan memorandum kepada Suhakam.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Anwar Digantung: Pakatan Rakyat Akan Bawa Speaker Ke Mahkamah

UALA LUMPUR 16 DIS:Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.

Ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan sebelum pengundian menyatakan bantahan terhadap keputusan Speaker.

Speaker didakwa gagal melaksanakan tugas kerana arahan telah diberi oleh Barisan Nasional(BN).

Pakatan Rakyat juga mendakwa Speaker hilang kelayakan dari segi integriti, tiada amalan demokrasi dalam parlimen. Pakatan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk membincangkan apa tindakan selepas ini.

"Speaker cuba kelirukan parlimen. Memalukan dalam sistem parlimen. Saya sudah siapkan dokumen untuk mendedahkan penglibatan Umno dengan Apco. BN mahu rampas kuasa parlimen melalui 2/3 majoriti. Kita akan fokus konvesyen dan akan memberi penjelasan kepada rakyat. Ini cabaran kepada PR. Sudah cukup, Speaker tidak profesional dan bias," dakwa Anwar.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh akan membawa perkara ini ke mahkamah.

"Kita tidak mahu beliau terlepas dari perkara ini untuk masa depan. Counter productive to BN," katanya ini sebagai pelangaran hak asasi dan demokrasi.

Dewan Berantakkan: Speaker Enggan Undur Diri

Dewan Rakyat hari ini berantakan apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.

Kedengaran juga laungan mengesa agar speaker mengundur diri dari mempengerusikan sidang pada hari ini.

Pakatan Rakyat turut mempertikai dimana letaknya kemuliaan Dewan Rakyat, tanpa demokrasi, tanpa kedaulatan undang-undang, tanpa keadilan.

Mercu legislatif bertukar tidak bermaya tanpa kehadiran Pakatan Rakyat yang tidak mahu bersekutu dengan ketidakadilan.

Barisan Nasional melalui majoriti 137 wakil rakyat menyokong usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan memperdayakan Dewan Rakyat dengan mendakwa firma perunding Apco Worldwide yang dilantik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mendakwa konsep 1 Malaysia diambil dari 1 Israel.

Usul menggantung Anwar tidak dibahaskan kerana Pandikar mendakwa kedegilan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat menunjukkan mereka tidak mahu bekerjasama membahaskan usul itu.

"Kita akan teruskan dan membuang undi, tanpa membahaskan usul ini," kata Pandikar disambut laungan setuju dari wakil-wakil rakyat BN.

Ketika berita ini ditulis, Ahli Parlimen Barisan Nasional sedang berbahas sama-sendiri, menghamburkan kecaman terhadap Pakatan Rakyat dan melontar retorik untuk disambut satu sama-lain.

Manakala semua wakil rakyat pembangkang keluar membantah tindakan Speaker yang enggan membenarkan Anwar membela diri.

Pakatan Rakyat berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan samada tindakan Speaker itu kerana "kepentingan lain".

Speaker dikatakan berlindung disebalik aturan mesyuarat yang meminta wakil rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui cadangan usul.

Pandikar bagaimanapun dikecam kerana usul-usul yang dibawa Pakatan Rakyat berhubung isu ini ditolak mentah, meskipun telah mengikut saluran yang sah.

Dalam sidang akhbar di ruang legar Parlimen, plakard yang dibawa oleh salah-seorang wakil rakyat tertulis, "Selamatkan Malaysia, Selamatkan Dewan" manakala satu lagi tertera perkataan berikut: "ikut telunjuk Apco".

Kekecohan dalam dewan menyebabkan Speaker bercadang untuk menggunakan peraturan 44 bagi membolehkan semua Ahli Parlimen Pembangkang dikenakan hukuman gantung dewan.

Pada ketika ini semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan.

Hari ini adalah hari terakhir Parlimen bersidang, dan dijangka yang terakhir sebelum ia dibubarkan tahun hadapan.

Anwar, dan tiga wakil rakyat yang lain menghadapi hukuman gantung enam bulan.

Ahli Parlimen Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Karpal Singh dikenakan tuduhan menghina kerana mengkritik perjalanan berat-sebelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Jawatankuasa tersebut dikecam kerana enggan membenarkan Anwar mengemukakan bukti, dokumen dan saksi bagi membantu hujahnya berhubung kaitan Umno dan firma perunding berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

Manakala Ahli Parlimen Azmin Ali juga menghadapi hukuman yang sama kerana mempertikaikan keputusan Speaker menolak usul membincangkan kepincangan itu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mencabar Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin meletakkan jawatan sebagai Yang diPertua Dewan kerana gagal menjalankan tugas secara adil dan saksama.

Speaker Pandikar Amin Mulia dituduh sedemikian kerana menafikan seorang wakil rakyat membela diri dari hukuman.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi hukuman gantung enam bulan selepas beliau dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen untuk menjawab kenyataanya berhubung hubungan Umno dan firma kaitan Zionis, Apco Worldwide.

Sementara itu, tiga lagi wakil rakyat juga turut menghadapi hukuman yang sama.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Kencing Budak Sekolah : Banyak Fakta Sejarah Berat Sebelah


Beberapa penulis dan ahli akedemik berkata, kandungan fakta dalam buku teks sejarah adalah tidak tepat dan berat sebelah. Penulis buku, Dr Ranjit Singh Malhi, yang menulis buku sejak 1990 dan pernah menjadi penasihat buku teks sejarah kepada Kementerian Pelajaran, berkata, kebanyakan fakta yang terkandung dalam buku tersebut dibanjiri dengan fakta yang salah dan diputarbelitkan.

Dalam temu ramah kepada akhbar The Sun hari ini, Dr Ranjit berkata, beliau pernah cuba memaklumkan kesalahan fakta dalam kandungan buku-buku tersebut, namun telah ditolak oleh pegawai di kementerian terbabit malah mereka menuduhnya sebagai ‘anti nasional’.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bahawa sukatan pelajaran sedang dikaji semula dan bakal dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2013.

Lima daripada 10 bab dalam buku teks sejarah tingkatan empat berkisar tentang sejarah Islam berbanding kepada hanya satu bab saja dalam buku teks sebelumnya yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kita kepada sejarah dunia.

“Buku teks sejarah bagi sekolah menengah digunakan untuk mempromosikan kepentingan politik, sepatutnya ia dijuruskan kepada soal ilmuwan dan tidak bermotifkan politik”, kata Dr Ranjit Singh Malhi.

Ranjit seterusnya memberi contoh bagaimana sesetengah personaliti tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya, seperti Yap Ah Loy yang memainkan peranan besar memajukan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan lombong bijih, terutamanya selepas kebakaran pada 1881 lalu.

Menurutnya, hanya sebaris ayat sahaja yang terdapat dalam buku teks sejarah tingkata dua menyatakan bahawa Yap sebagai salah seorang yang bertanggungjawab membangunkan Kualal Lumpur.

Pengalaman dan kenyataan Dr Ranjit berkenaan turut dipersetujui oleh Ng How Kuen yang menulis buku sejarah untuk Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK).

Ng melahirkan kebimbangannya bahawa seseorang pelajar itu akan terpaksa menerima sesuatu versi sejarah yang ditetapkan atau menghadapi risiko gagal dalam keputusan keseluruhan peperiksaan tersebut.

Menurut Ng, berdasarkan fakta-fakta yang salah dan diputarbelitkan itu, sudah tiba masanya kandungan fakta buku-buku teks berkenaan dikaji semula.

“Kita selalu terpaksa menerima atau mengikut kurikulum yang disediakan oleh Kementerian pelajaran dan sekali gus membolehkan parti pemerintah memiliki kelebihan dalam mentafsir sejarah kita” – Ng How Kuen

Beliau turut memberi contoh seperti sumbangan komunis dalam menuntut kemerdekaan telah diketepikan dalam fakta sejarah buku-buku teks tersebut.

Justeru, katanya lagi, buku-buku teks sejarah wajar ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan bukan guru-guru kerana ahli sejarah tidak terikat kepada kurikulum yang ditetapkan.

Ng menambah, pelajar tahu fakta sebenar, tetapi oleh kerana buku teks tersebut ditulis mengikut kurikulum yang diluluskan, mereka akhirnya mempelajari sesuatu yang telah diputarbelitkan.

Pendapat tersebut turut dipersetujui pakar sejarah daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritus, Khoo Kay Khim.

“Saya rasa masalah sekarang ialah kebanyakan orang yang menulis buku teks bukan menggunakan pengetahuan berasaskan penyelidikan.

“Walaupun penulis yang diberi peluang itu bukan orang yang berpengalaman, sepatutnya tulisan mereka seharusnya dibaca dan dinilaikan oleh ahli sejarah yang mempunyai pengalaman, tapi ini tidak dilakukan, malah saya tahu banyak perkara yang penting tidak dibincangkan dalam buku teks.

“Itu saya rasa satu yang sangat membimbangkan, apa yang berasaskan dokumen dan berasaskan apa yang sudah dipastikan tidak sepatutnya ditolak oleh pegawai-pegawai yang kurang pengalaman dalam bidang sejarah itu,” katanya kesal.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Wikileaks: Najib dihantui skandal pembunuhan Altantuya


LAPORAN SYDNEY MORNING HERALD DAN KANDUNGAN KABEL DIPLOMATIK SINGAPURA:

KEADILAN MENOLAK PENDAPAT PERIBADI YANG DISENSASIKAN


KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat.

Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran
serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia”
yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang
berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan
sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.
Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
12 DISEMBER 2010

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KETUANAN MELAYU : SANDIWARA DI HUJUNG HAYAT UMNO?

Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT? Firman Allah SWT :

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)

Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.

Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.

Firman Allah SWT :

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)

Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?

Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.

Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian

6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Amaran Buat Penyokong UMNO : Masih Tidak Percaya Yang UMNO Penipu Besar?

Klik Gambar Untuk Besarkan

Ingat tak janji dan jaminan Pak Menteri diatas?

Lupa dah? Memang hangpa akan buat-buat lupa kerana depa adalah Menteri yang hangpa sokong dan hangpa undi. Depa cakap apapun hangpa akan percaya dan jilat. Naik berapa sen minyak sekalipun hangpa akan redha. Sebab apa? Sebab hangpa penganut UMNO. Penganut UMNO WAJIB jilat setiap apa yang diperkatakan dan dilakukan oleh pemimpin hangpa.

Sedaq-sedaqlah sikit. Jenis penyokong macam hangpa ni lah membantu Malaysia cepat lingkup. Kerana undi-undi hangpa lah menyebabkan rakyat menerima kesengsaraan sepanjang lebih 50 tahun UMNO memerintah.

Aku harap kat hangpa,TOLONGGG.. TOLONGG jangan sesekali bagi undi kat UMNO lagi. Semua cakap depa adalah LEBONG (tipu). Pemimpin UMNO memang sudah sebati dengan hidup kelentong rakyat. Jadi hangpa semua jangan bersekongkol menbantu menjayakan penipuan-penipuan ini. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Amaran dari PakCik.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Melacur Ketika Darurat: Fadhilah Kamsah dan Mashitah, Sama saja!!


Saya daripada dulu lagi tidak suka dengan Dr Fadhilah Kamsah apabila teori asas nombor yang meramalkan mengenai kehidupan seseorang diperkenalkan kepada masyarakat. Teori ini adalah berdasarkan kepada tarikh lahir atau bintang/zodiak tertentu kemudian dikaitkan dengan kehidupan seseorang. Nyata ia jelas syirik.

Dr Danial Zainal Abidin (seorang pakar dalam kajian hubungan Quran dan Sains) mengatakan bahawa orang yang beriman dengan Astrologi dan Numerologi adalah syirik secara jelas. Beliau bertegas dalam hal ini memandangkan ia menjadi topik yang sensasi di kalangan masyarakat hinggakan begitu ramai rakyat Malaysia beriman/mempercayai dengan ramalan karut ini.

Kini, Dr Fadhilah Kamsah sekali melacurkan hukum Allah dengan berfikir menggunakan otak tanpa acuan Quran dan Sunnah dalam menghukumkan sesuatu. Kini soal melacur. Dr Fadhilah Kamsah sependapat dengan Dr Masyitah, yang mengatakan tidak ada salahnya melacur sekiranya berada dalam keadaan DARURAT. Untuk melebihsedapkan penghalalan ini maka diseimbangkan balik kenyataannya dengan mengatakan:

"Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita"

Ini bukan soal siapa-siapa yang mahu menghukum. Tapi soal perkara yang sudah jelas HUKUM dalam Quran dan Sunnah, dan Allah sudah menghukumkan perbuatan ini sebagai perbuatan zina yang haram secara mutlak. Mencari pendapatan dengan melacur tetap haram sekalipun dalam darurat. Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak telah lama membicarakan dan mengharamkan. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam Bab 2.4.7 Pekerjaan dan Pendapatan yang Dibenteras oleh Islam, juga menjelaskan seperti berikut:

Pelacuran adalah salah satu mata-pencarian yang dibolehkan di negara-negara Barat dengan diberinya izin dengan syarat si pelakunya harus memberikan jaminan kepada pemilik kedai itu dan memberikan hak-hak mereka. Begitulah situasi ini pernah berlaku pada zaman dahulu sampai datanglah Islam untuk menghapus itu semua. Islam tidak memperkenankan seseorang dengan bebas untuk menyewakan kemaluannya.

Sebahagian orang-orang jahiliah ada yang menetapkan upah pekerjaan harian hamba-hamba perempuannya dan hasilnya supaya diserahkan kepada tuannya dengan jalan apapun. Seringkali menjurus kepada perbuatan zina, supaya dia dapat membayar apa yang telah ditetapkan atas dirinya itu. Bahkan sebahagian mereka ada yang sampai memaksa, semata-mata untuk mencari keuntungan duniawi yang rendah itu dan bekerja yang jijik dan murahan.

Maka setelah Islam datang, seluruh anak-anak, putera mahupun puteri diangkat dari perbuatan yang hina itu. Kemudian turunlah ayat yang mengatakan: “Jangan kamu paksa hamba-hambamu untuk melacur jika mereka memang ingin dirinya terjaga, lantaran kamu hendak mencari harta untuk hidup di dunia.” (an-Nur: 33)

Ibnu Abbas meriwayatkan, sesungguhnya Abdullah bin Ubai kepala munafiqin, datang kepada Nabi sambil membawa seorang hamba perempuan yang cantik jelita, namanya Mu'adzah, kemudian ia berkata: Ya Rasulullah! Ini adalah hamba milik anak yatim, apakah tidak tepat kalau kau suruh dia untuk melacur supaya anak-anak yatim itu dapat mengambil upahnya? Maka jawab Nabi: "tidak" (Lihat Tafsir Razi 23: 220).

Dengan demikian, maka Nabi melarang mencari mata pencarian dengan usaha yang kotor ini, betapapun tingginya bayaran yang diperoleh. Baginda pun tetap tidak memperkenankan setiap apa yang dikatakan kerana terpaksa, kerana kepentingan atau untuk mencapai sesuatu tujuan. Motifnya supaya masyarakat Islam tetap bersih dari kotoran-kotoran yang sangat membahayakan ini. Jika kita dipaksa keluar dari Islam dengan ancaman membunuh maka Islam membenarkan berbuat demikian (lihat Al-Nahl 16:106). Hal yang sama tidak boleh diaplikasi dalam hal pelacuran atau zina. Dalam hal darurat pun melacur untuk meneruskan hidup tetap haram.

Inilah padahnya bila mengkiblatkan pemikiran kearah kebaratan secara keterlaluan. Saya berharap semoga Dr Fadhilah Kamsah menarik balik kenyataan jahilnya itu dan bertaubat nasuha kepada Allah.


Beri Dia Masa, Bukan Paksaan - Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]