Subscribe

Tentera Zionis Melarang Shamsul Iskandar Md Akin Dari Solat Jumaat


Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin semalam diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya. - Malaysiakini.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hudud : Bila Orang Jahil Bertanya Kepada Orang Jahil Mengenai Hudud !


Wartawan yang sengaja memainkan isu dan mempolitikkan isu hudud kini beralih arah.

Hala tuju / ruang soalan dan pertanyaan kini bukan lagi kepada ahli ahli politik, tetapi beralih kepada para artis. Strategi ini dikira sebagai trend terkini media tunggangan UMNO, sebagai lembu-lembu yang setia, agar berjaya menarik sokongan orang muda yang memuja dan menjadi peminat para artis, agar terpengaruh. Sila lihat gambar diatas.

=========================

Apapun tahniah kepada Wardina, atas teguran kepada rakan artis.




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Karikatur Utusan Menghina Hudud


KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA 21 September 2011 :

Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?

Respon Tuan Guru Nik Abdul Aziz :

"Saya jarang membaca Utusan Malaysia, bagi saya ia lebih kepada surat pekeliling UMNO. Pagi ini saya ditunjukkan lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud. Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia..."


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Fahami Isu.Mengapa soal Hudud ini timbul semula?


Setiap tahun Kelantan menyambut hari Hudud. Bukan tahun ini sahaja, malah tahun lepas. Persoalannya, mengapa tiada liputan media dan ia tidak menjadi isu pada tahun tahun sudah?

Mengapa hari Hudud pada tahun ini, media yang merupakan lembu-lembu UMNO bersibuk-sibukkan diri mengulas dan membuat liputan itu dan ini, pemimpin UMNO mengulas itu dan ini?

Bila ia menjadi isu semula, dituduh pula PAS mahu mengalih perhatian berkenaan isu Mat Sabu. Walhal isu Mat Sabu menjadi modal tidak menjadi UMNO menyerang PAS kerana dengan isu ini, telah mewujudkan diskusi,forum, dll mengenai kewajaran"sejarah perlu ditulis semula". Malah ia dibincangkan diperingkat nasional oleh para ahli akademik di universiti.

Kini isu Hudud dihubungkait pula oleh UMNO dengan isu Mat Sabu. Hah, Ini tidak lain dan tidak bukan, UMNO ketandusan modal untuk menyerang Pakatan Rakyat setelah puas bergodek dengan isu Mat Indera yang tidak menjadi, dan kehabisan modal menggunakan modal seks menyerang Pakatan Rakyat. Kini disengajakan pula isu Hudud agar menjadi modal baru menjelang PRu13.

Dalam merasakan diri cerdik, sebenarnya UMNO bodoh. UMNO tersilap, mengenai hudud, pendirian PAS terhadap Hudud tidak pernah berubah. Bila UMNO memainkan isu ini, UMNO yang terperangkap sebenarnya.

Tembelang UMNO pecah apabila mengatakan realiti hari ini di Malaysia tidak memungkinkan pelaksanaan hudud dilaksanakan. Pengakuan berani mati Najib (Walhal seorang muslim) ini keluar setelah keluar kenyataan daripada Gerakan dan MCA mengatakan mereka sanggup keluar Barisan Nasional kalau UMNO laksanakan hudud.

Haha. Ya benar, kini siapa bijak dan siapa terperangkap? Di sini dilihat UMNO lebih takutkan MCA dan Gerakan daripada takutkan Allah. Alasan diberikan konon tidak bersesuaian dengan realiti masyarakat Malaysia hari ini yang berbilang kaum, sedangkan pada zaman Rasullah masyarakat lebih majmuk dan berbilang kaum /suku / kabilah.

Bila isu ini dimainkan, yang cerdik dan untung adalah PAS / TGNA. Yang nampak bodoh dan takut adalah UMNO / Najib. Lembu lembu UMNO pula yang terdiri daripada Tv3suku, Tv1, Utusan Meloya dan Berita Hairan yang bermatian menyerongkan persepsi rakyat terhadap Hudud dengan mewujudkan perspektif hudud sebagai undang-undang primitif, kini tidak sempat cover kenyataan para pemimpin taghut mereka yang kini telah tersasar dalam membuat kenyataan, hingga mewujudkan kebencian Muslim di negara ini.

Bagi yang celik agama, masih sayangkan Islam, akan memandang jijik perlakuan UMNO dan lembu-lembunya. Bagi yang jahil, mereka akan berterusan sesat berada di bawah pemerintahan UMNO.

Kesimpulannya,

1) PAS tetap dengan "pendirian hudud" dan tidak pernah berubah.

2) Hari hudud pada tahun ini sengaja di isukan sebagai modal politik UMNO menjelang PRu13. Sebelum ini UMNO dan lembu-lembunya langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

3) UMNO terperangkap dengan diri sendiri beberapa kali. Isu Mat Indera dan kini, isu Hudud. Najib telah membuat perkiraan yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam

4) Kenyataan Gerakan dan MCA telah menampakkan lagi kekecutan UMNO terhadap kedua-dua parti Cina itu dan pendirian UMNO yang menolak Hudud.



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hanya Umno yang kenali komunis baik atau bahaya


ULASAN Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

najib tun razakKata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.

Kena tanya Umno, MPN

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

china and malaysia relations 110405 tun razak and maoDan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

Oleh : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah ketua penerangan PAS Pusat.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Perlu Diharamkan Kerana Jadi Talibarut Dan Barua Penjajah, Komunis & Yahudi/APCO



Apabila isu kemerdekaan di bongkar oleh Mat Sabu, pihak yang paling takut, menggelabah, panas dan cemas adalah tidak lain hanyalah UMNO kerana tembelang dan penipuan mereka terhadap sejarah kemerdekaan negara sudah mula terbongkar dan diketahui oleh rakyat.

Kini mereka berhempas pulas menggunakan apa saja alat dan pihak yang boleh menutup tembelang mereka itu juga dengan cara menipu dan memutarbelitkan sejarah kemerdekaan. Tetapi makin mereka cuba menafi dan menutup tembelang mereka, makin banyak yang terbongkar.


Mereka cuba untuk mengaitkan pembangkang dengan penjajah (British), dengan komunis dan dengan Yahudi tetapi semuanya memakan diri kerana dengan pembongkaran sejarah kemerdekaan sebenarnya telah membukti dan menunjukan bahawa UMNOadalah barua, talibarut dan bekerjasama dengan penjajah, komunis dan Yahudi/APCO. Ketiga-tiga pihak inilah yang telah menghancurkan maruah negara. Merompak hasil negara, mengkucarkacir keselamatan dan keamanan negara, memporakporandakan kehidupan rakyat dengan kerjasama dan sokongan UMNO sejak sebelum merdeka sehingga sekarang ini.

UMNO mempertahankan undang-undang dan perlembagaan negara yang dibuat oleh penjajah dengan tujuan syariat Allah tidak akan dilaksanakan dan Malaysia tidak boleh menjadi negara Islam dalam erti kata sebenarnya. UMNO lebih takut kepada penjajah dari takutkan Allah. Penjajah dulu merompak hasil negara dan memastikan ajaran Islam diajar hanya mengikut ukuran dan kaedah yang dibenarkan oleh penjajah dan kini UMNO telah meneruskan visi penjajah itu tanpa menyedari semua angkara itu adalah muslihat penjajah untuk merosakan aqidah dan akhlak umat Islam secara halus dan terancang.

UMNO juga menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Induk yang berada di negara China dengan mengadakan MOU dan juga menjemput wakil parti komunis itu untuk menghadiri perhimpunan agung UMNO sedangkan komunis di negara ini sudah lama hancur dan dibubarkan tetapi tiba-tiba UMNO pula yang terliur untuk bersahabat dengan UMNO sehingga bercadang untuk menghantar Putera dan Puteri UMNO untuk belajar sesuatu dari parti Komunis itu ke China (nak belajar jadi komunis agaknya). Yang lebih menkjubkan lagi, semua anggota parti komunis yang berada di negara ini telah diberikan imbuhan RM8,000 seorang dan bantuan bulanan RM300 seorang tetapi bekas polis dan bekas tentera yang melawan komunis dulu tak dapat apa-apa pun. Begitulah mulianya bekas anggota komunis di hati UMNO.

Yahudi pula adalah musuh yang nyata dan paling merbahaya bagi umat Islam seperti yang telah Allah firmankan dalam Al Quran, tetapi UMNO tidak peduli dengan amaran Allah itu. Kini Yahudi/APCO telah diambil untuk menjadi penasihat kerajaan UMNO. Tidak pelik jika satu hari nanti UMNO akan menghantar skuad pemuda/putera serta polis terutamanya dari Cawangan Khas dan FRU untuk mendapat latihan dari tentera zionis di Israel. Tindakan ganas polis dan FRU pada himpunan Bersih 2 telah membuktikan bahawa pengaruh Zionis sudah pun meresapi anggota polis kita. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Yahudi mempunya matlamat yang tidak pernah puas dan hilang untuk menghancurkan negara umat Islam dan merosakan aqidah dan akhlak umat Islam, sekarang UMNO sudah pun membawa mereka masuk ke dalam negara kita. Sebahagian rakyat terutamanya anak-anak muda yang telah sedia rosak aqidah akhlak akan bertambah rosak dan rosak dan akhirnya negara kita akan dijajah oleh Yahudi/APCO pula kelak, tunggulah ketikanya sekiranya UMNO terus diberikan kuasa untuk memerintah.

Dari apa yang telah , sedang dan akan berlaku akibat angkara UMNO, sebenarnya agama islam, rakyat dan negara kita kini diambang kehancuran dan sangat merbahaya. UMNO tidak peduli semua itu kerana baginya ialah untuk mengekalkan kuasa. Bekas penjajah, komunis dan Yahudi/APCO akan digunakan sebagai perancang dan sokongan untuk UMNO menentang pihak pembangkang.

Segala tipu muslihat, paksaan, ugutan, rasuah, janjimanis, taburan wang akan dilakukan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat yang hatinya telah layu dan buta.

Persolanya, apakah rakyat terutamanya orang Melayu ingin terus membiarkan UMNO melakukan semua ini tanpa memikirkan bahawa dan bencana yang bakal menimpa nanti? Apakah dengan kain pelikat dan wang RM300 itu sebagai nilai maruah dan kedaulatan bangsa, agama dan negara harus di perjudikan? Apa yang wajib dilakukan sekarang ialah rakyat terutamanya orang Melayu mesti bangkit dan bersuara agar UMNO ini diharamkan untuk selama-lamanya kerana UMNO sangat merbahaya dan adalah merupakan latibarut dan barua bekas penjajah, komunis dan Yahudi yang bercita-cita hanya untuk menghancurkan aqidah dan akhlak umat Islam disamping merompak hasil; negara yang akan mengakibatkan rakyat bakal menjadi papa kedana dan merempat kelak.

Selama ini rakyat telah terpedaya apabila mendengar pemimpin UMNO begitu bersemangat mengutuk bekas penjajah, komunis dan Yahudi/Zionis, tetapi rupa-rupanya disebalik kutukan mereka itu, UMNOlah sebenar talibarut dan menjadi barua penjajah, komunis dan Yahudi selama ini. Benarlah, kita semua sudah ditipu oleh UMNO sejak berpuluh tahun yang lalu kerana memang bangsa Melayu selalu diperbodohkan oleh UMNO. Tetapi sehingga bila rela diperbodoh dan ditipu?

Yang terbaru pembohongan UMNO ialah dengan mengatakan bahawa negara kita tidak pernah dijajah. Jika benar, mengapa UMNO berlutut dengan British untuk menuntut kemerdekaan? Mengapa perlu sambut hari kemerdekaan setiap tahun? Mengapa dalam buku-buku sekolah menyatakan negara kita telah bebas dari penjajahan? Jika warisan penipu dan pembohong, mereka akan terus juga jadi penipu dan pembohong juga sebagaimana kuatnya pembohongan dan penipuan puak bekas penjajah dulu, puak komunsi dan puak Yahudi. Sama saja mereka itu. Dalam keadaan sejarah kemerdekaan telah terbongkar sedikit demi sedikit, UMNO masih lagi hendak menipu rakyat. Jika sudak dasar golongan munafiq, begitulah keadaanya.Insaflah wahai manusia yang seagama dengan ku..ubahlah segera sebelum terlambat. Keinsafan tidak pernah wujud dalam UMNO.

Oleh itu mana-mana orang Melayu yang beragama Islam yang menyokong dan mengundi UMNO sama sajalah seperti mereka menyokong dan mengundi Penjajah, Komunis dan Yahudi/Zionis. Orang yang beriman dan bertaqwa tidak akan melakukan ini semua terhadap musuh Islam, musuh Allah dan musuh Nabi ini. Kecuali golongan munafiq dan mereka yang sesat (istidroj).

Tok Janggut
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Baju Casberg Takpe. Jangan Baju Bersih 2.0 !!

kalo pakai baju ni, takpa kalo solat dalam masjid pun..


Asalkan jangan pakai baju ni..




Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Timbalan Ketua Polis Negara Membuka Pekung Di Dada


Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas. Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik. KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar. Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar.

Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?

Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai “Saman Ekor” dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status “Saman Ekor” yang dikeluarkan dahulu? Apakah status “Saman-saman Ekor” yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa “Saman-saman Ekor” yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira. Ini kerana “Saman-saman Ekor” tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.

KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011. Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?

Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui “Saman Ekor” malah penguatkuasaan “Saman Ekor” pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti. Perlu diambil perhatian bahawa “Saman Ekor” di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis. Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.

Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.

YB DATO’ MAHFUZ BIN OMAR
Pengerusi
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Manifesto Pakatan Rakyat di sarawak


Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'
  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

MUSTAHIL SARBANI BOLEH BUNUH DIRI KATA RAKAN- RAKANNYA - minsidetr



Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

NOTA:

cetak dan simpan berita ini
ingatkan nama kawan kawan
arwah ahmad sabarni ini

kenapa ini perlu dilakukan?

kalau seseorng bercakap
ucapan yang diluahkan pertama kalinya
datang dari hati sanubari yang jujur

macam akuan bersumpah bala
surat akuan pertama itu datang
dari hati sanubari bala
yang kedua adalah muncul hasil tekanan

dalam kes ini pekara yang sama
mungkin berlaku

kawan kawan si arwah semua nya
bermati matian mempertahankan bahawa
ahmad sabarni tidak mungkin membunuh diri
arwah seorang yang warak
arwah seorang yang beriman

tunggu dan lihat
kenyataan ini dibuat kelmarin
semuanya jujur tanpa tekanan

esok lusa perhatikan lagi
semuanya akan berubah

tak percaya tunggu dan lihat!!!

nota:
lebih baik bersedia dari awal
agar kita semua tidak kecewa
macam kes teoh beng hock
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KESATUAN KASTAM SANGSI SARBANI PERGI KE SPRM TANPA DIPANGGIL – minsider


KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.
Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

SURAT DARI KAKI TANGAN GOMEN


bro, aku petik dr milosuam. Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot..

point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak.

kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa.

ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios. =aku kakitangan gomen=

Oleh Tanpa Nama pada AWAS BERJAGA JAGA pada 11/04/07
April 07, 2011

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KLIP VIDEO LINGGAM


dalam laporan sisat,panel lima anggota RCI itu mendapati klip video yang menun jukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai perlantikan hakim, adalah benar..suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, ahmad fairuz, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Seri Adnan Mansor dan TUN DR MAHATHIR kerana salah laku
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mengapa Anwar?


UMNO, TV Liwat 1, TV Liwat 2, TV Liwat 3, Utusan Meloya, Berita Hairan mengaitkan pelakon seks dalam video bikinan Jembalang T (tak layak bergelar Datuk, buat malu saja) dengan pemimpin utama pembangkang. Secara rasmi mereka tidak berani mendakwa bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah DSAI.

Apabila IGP mengesahkan bahawa video itu tulen, mereka juga meneruskan agenda jahat dengan mendakwa pemimpin utama pembangkanglah itu. Mengapa tidak disebut sahaja DSAI? Adakah mereka takut disaman atau tidak yakin bahawa pelakonnya ialah DSAI?

Kalaulah pelakon itu dikaitkan dengan DSAI atas dasar wajahnya seiras DSAI, mengapa UMNO dan konco-konconya ini tidak kaitkan dengan SK? Bukankah wajah pelakon itu juga seiras dengan SK? Dengan latar hitam putih ( tidak warna) bukankah SK juga boleh berdandan bersolek sehingga kulitnya nampak lebih cerah daripada DSAI? Panggil saja pakar soleh untuk mencipta uban-uban ala-Anwar.

Apa motif pelakon seks itu dikaitkan dengan DSAI? Dendam, benci, khianat, takut terlepas kuasa? Kalau tiada elemen ini, baik UMNO dan konco-konco mendakwa pelakonnya ialah tukang urut kelengkang Mahathir atau kawan karib seorang menteri yang pernah didakwa merogol gadis sunti. Habis cerita. Tidaklah rakyat nampak sangat jahatnya UMNO dan konco-konconya.

Tidak habis-habis UMNO dan pro-nya ingin mengkhianati DSAI yang sudah setengah jumbli perak menanggung seksa ditumbuk, sakit tulang belakang, dipenjara, dipisahkan dari anak dan isteri, dipecat dari kerusi TPM, dimalukan dengan fitnah liwat 1 diikuti dengan fitnah liwat 2, dibogelkan lagi, dikaitkan tilam busuk dengan Anwar , dikaitkan air mani dengan Anwar, dikaitkan bulu dengan Anwar, dikaitkan DNA dengan Anwar. Jahat sangatkah rakyat Malaysia ini sehingga sudah lupa jasa Anwar sebagai seorang yang pernah menjadi pemimpin nombor dua Negara. Betahun-tahun juga Anwar jadi menteri sehingga menjadi TPM, tiadakah suatu yang baik ditinggalkannya untuk rakyat Malaysia? Apakah rakyat Malaysia baik generasi tua dan generasi muda tidak merasai buah tangan Anwar hingga sekarang ini? Jahat sangatkah sosok Anwar ini sehingga dihinakan begitu sekali?

Asal Anwar hendak mula masuk gelanggang di Pematang Pauh, mula selak kain Anwar. Asal Anwar hendak beri pilihan kepada rakyat Sarawak, mula lelong alat kelamin Anwar. Apa cerita ni? Ini tak masuk lagi gerbang PRU13. Nampak sangat agenda mereka ingin membunuh imej pemimpin Pakatan Rakyat ini. Nampak sangat mereka hendak mengurung Anwar sebelum PRU13.

Kesimpulannya, kalau ya pun wajah pelakon video lucah itu seiras dengan Anwar, buat apa Jembalang T kaitkan dengan Anwar, pemimpin utama pembangkang. Kalau ya pun video tu tulen , buat apa para pemimpin UMNO dan ketua-ketua jabatan kaitkan dengan Anwar? Kaitkanlah juga dengan SK yang seiras pelakon dalam video itu. Kaitkanlah juga dengan yang sesiapa sahaja yang seiras dengan SK tetapi lebih buncit daripada Anwar. Kaitkanlah juga dengan sesiapa yang seiras dengan SK tetapi lebih cerah kulitnya daripada Anwar. Apalah keparat sangat pemimpin UMNO dan ketua –ketua jabatan yang digajikan dengan duit rakyat ini? Kalian makan kedarah dengan duit rakyat tu, ingat!

Plot yang dilakarkan oleh manusia yang takut jatuh daripada kuasa ini belum berakhir. Ia baru masuk babak kedua iaitu mengesahkan video itu tulen. Tontonilah babak seterusnya. Apakah Anwar dapat diperkenakan? Atau pihak mereka yang terkena lalu mereka pun ansur-ansur mengalih isu dengan liwat 2 yang belum tamat. Atau mungkinkah makcik sundal yang sibuk berjaja air liur sekarang membawa di dalam bakulnya 10 keping video baru yang lebih eksklusif untuk mengiyakan bahawa sahlah media di Malaysia ini adalah media sundal, lebih sundal daripada si sundal harum malam. Di Barat ada majalah porno , di negara kita ada media porno berbahasa Melayu. Buat malu Melayu.

Bukan salah ibu mengandung,

Hanya Melayu tak kenal diuntung.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Siapa Idola Ketua Polis Negara ?



HARI ini media melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Maka jelas, itu ada video lucah yang tulen. Ertinya apa? Ertinya, Rahim Thamby Chik beserta orang-orangnya terbukti menjadi `master mind' penayangan video lucah di khalayak ramai di sebuah hotel samada `berniat baik atau tidak'.

Persoalannya, adakah tayangan video lucah itu halal atau haram samada di sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam? Di sisi perundangan negara, mungkin Peguam Negara atau Ketua Polis Negara mampu menjawabnya dengan lidah yang fasih. Manakala, di sisi hukum Islam pula, ada beberapa Ulamak telah memberi hukum yang jelas termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri, bekas Mufti Wilayah Hashim Yahya dan juga Mufti Perak sendiri.

Memadaikah Ketua Polis Negara hanya mengumumkan bahawa video lucah itu asli, tanpa menahan atau mendakwa Rahim Thamby Chik dan sekutunya itu? Soal pelakunnya, kita biarkan siasatan terus berjalan untuk mengenalpasti siapakah yang dikatakan pelakun porno berperut buncit itu. Yang penting, buktinya jelas iaitu video lucah itu asli dan mereka yang menayangkannya telah membuat pengakuan. Tunggu apa lagi? Adakah mahu ditunggu ujian DNA kepada pita rakaman tersebut?

Kepada Ketua Polis Negara, ini satu ujian buat kredibiliti beliau. Rakyat akan menilai samada beliau setaraf atau lebih rendah mahupun lebih tinggi darjatnya dengan bekas KPN terdahulu iaitu Haniff Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan. Bila sebut Haniff Omar, kita teringat kisah beliau berkata di dalam mahkamah sewaktu menjadi saksi kes liwat I DS Anwar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Sebut Rahim Noor pula, teringat kisah mata lebam DS Anwar juga sewaktu fitnah liwat I. Musa Hassan, popular dengan kisah usung tilam keluar masuk mahkamah juga berkaitan dengan fitnah liwat I DS Anwar.

Kesemua bekas KPN tersebut ada rekod tersendiri terhadap kredibiliti PDRM dan kita harap KPN y

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Jahil Murakkab : Desak Tok Guru Keluar Fatwa


Adakah ada bukti, bahawa orang didalam video terbabit adalah Anwar Ibrahim?

Dan apakah keperluan mendesak TG Nik Aziz ber'fatwa' sedangkan sudah jelas hukum kepada zina dan penzina disebut di dalam Quran?

Apakah penganut UMNO mengira TG Nik Aziz sebagai tokoh agamawan seorang yang jahil murakkab seperti mereka?

Jika anda nak bermain politik, biarlah cerdik. Bukan menelanjangkan diri dikhalayak ramai.

Dari Utusan Meloya :

KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dah Cuci Tapi Masih Basah


Seluar dalam diambil dari rumah teman wanita Saiful

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.

NONEMenurut Pereira, pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau.

Katanya, Saiful ada bersamanya dapabila dia menunjukkan barang-barang tersebut.

Barang-barang dikenal pasti oleh saksi di mahkamah.

Hadirin kedengaran ketawa ketika seluar dalam Saiful ditunjukkan pada mahkamah.

Pereira berkata, sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci.

Katanya, ketika itu seluar dalam itu lembab.

Sebelum itu, Pereira memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital.

Beliau mengesahkan gel tersebut di mahkamah ketika ditunjukkan kepadanya.

Sementara itu, Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, justeru menyebabkan Anwar ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

NONEKatanya, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya.

"Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," katanya.

Menurut Periera, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkannay merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Periera adalah saksi terakhir pendakwaraya.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Yusof Qardawi : Wajib Bunuh Gaddafi!!


"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.


Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

Maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Saman Ekor : Bertukar Sokonganlah Kepada PR


Semalam kita saksikan ribuan rakyat yang berpusu-pusu dan bersesak-sesak di Pejabat Pos, balai polis,JPJ dan lain-lain kaunter semata-mata untuk menjelaskan bayaran "saman ekor" mereka. Mereka sanggup menunggu, meninggalkan tempat kerja, beratur panjang, berkelahi, merungut dan lain-lain perkara dibuat sepanjang tempoh itu. Aduhai..Apalah nasib rakyat.

Dari persepsi ini,KERAjaan kita dilihat telah berjaya memiskinkan lagi rakyat marhaen dengan "mengambil balik" duit bonus yang telah diberikan dengan kompaun "saman ekor" yang dikenakan kepada pemandu/rakyat. Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, tidak cukup dengan kenaikan harga barang, kini rakyat sekali lagi terbeban memikul biawak hidup bergelar "KERAjaan UMNO" yang sudah banyak menyusahkan hidup rakyat Malaysia.

Biarpun KERAjaan memberi pelbagai alasan dalam mewajibkan saman ekor ini, yang pasti ianya tidak profesional dan bersifat keuntungan semata-mata.

Mengapa saya berkata demikian?


Sepatutnya,dalam setiap tindakan yang dilakukan pihak KERAjaan bukanlah untuk mencari salah rakyat,mendera rakyat. Pendekatan mendidik perlu diutamakan dan dilaksanakan. Sebagai contoh, Polis/Pegawai JPJ ditambah pada setiap lorong/laluan yang berbahaya di jalan raya. Dengan cara ini, diharapkan pemandu lebih berhati-hati kerana telah menyedari selekoh ini, atau lorong itu memang ada polis yang bertugas.

Namun cara ini tidak diaplikasi (walhal gaji Polis/Pegawai JPJ telah dinaikkan). Kerajaan memberi alasan, untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, untuk mengurangkan kadar kematian melibatkan nyawa, pendekatan saman ekor perlu dilaksanakan. Caranya,polis bersembunyi didalam hutan, dan apabila kereta lalu dengan laju, maka mereka menepatkan sasaran kamera kepada kenderaan tersebut. Lantas dikenakan saman. Cerdik kah cara ini?

Memanglah ia tampak cerdik bagi sebuah Kerajaan yang nak dapat ongkos semata-mata (kumpul duit cara mudah utk PRU13). Tetapi cara ini sangat zalim. Rakyat sepatutnya peka mengenai isu saman ekor ini bahawa KERAjaan telah memperbodohkan mereka dengan mengutip hasil dengan cara yang tidak halal.

Jangan kerana segelintir rakyat (penyokong UMNO) bersubahat mengundi Kerajaan zalim ini, menyebabkan sebahagian rakyat lain lain menangung azabnya. Cukup-cukuplah memikul biawak hidup bergelar "KERAjaan UMNO BN " ini.

Mahu tidak mahu, hendak tidak hendak, jika anda SEMUA telah sedar,waras, dan mahu semuanya berakhir, bertukarlah sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat telah berjanji akan membantu rakyat, meringankan beban rakyat, dan salah satu caranya ialah; menghapuskan saman ekor ini hingga ke akar umbi.

Ingat, kita tidak mahu KERAjaan yang mengupah pengintip untuk mencari kesalahan trafik rakyat. Kita mahukan kerajaan yang bijak dan reti mendidik rakyat. Bukan KERAjaan kebudak-budakan seperti budak baru akil baligh dalam setiap tindakan.

Bertukar Sokonganlah Kepada PR!!

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gambar Lucah : UMNO Dilihat Sangat Bodoh Kerana Ketandusan Modal Berkempen


UMNO berkempen dengan menjadikan gambar separuh bogel palsu sebagai modal kempen dilihat sebagai satu perbuatan yang sangat bodoh, tidak bermoral dan ketandusan isu untuk berkempen pada PRK Merlimau kali ini. Kerana kejahilan yang dihadapi oleh pemimpin, terserap kepada para penyokong UMNO, menyebabkan mereka sudah mengenepikan halal haram syara' dengan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kemenangan berpihak kepada mereka biarpun cara yang digunakan sangat menjijikkan.

Jika ia berlaku di sebuah negara yang kufur, yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi, itupun sudah dilihat sebagai dangkal, inikan pula dinegara Malaysia yang mereka mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan iktiraf Malaysia sebagai sebuah negara islam. Sungguh memalukan!!

Inilah hasil 54 tahun UMNO memerintah Malaysia. Masyarakat Melayu khususnya yang terdidik dengan akhlak kotor UMNO, menampilkan sikap yang sangat tidak baik biarpun berkempen itu, berlaku dikhalayak ramai, tanpa rasa malu dan bersalah. Ibarat Lembu yang sanggup mengekor UMNO kemana sahaja asalkan ongkos diberi, dan kocek berbunyi. Tiada beza dengan lembu yang tidak reti halal haram syara'.

Kasihan. Sangat menyedihkan. Mereka (Melayu UMNO yang terlibat) sanggup dilihat bodoh dan jahil kerana "pitis" dan sedikit ganjaran. Moga Allah membuka pintu hati mereka.


Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.


Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dun Merlimau : Lu Tak Tolong Gua Lu Boleh Blah


"Lu tolong gua, gua tolong lu.. " ATAU "Lu tak tolong gua, lu boleh blahhh~!!"

KM Melaka: 'Bantuan datang hanya jika BN menang'

Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Beliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.


Seorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kaji Minyak Supaya Tak Naik Tapi Naik


Ini berita buruk yang paling panas sehinggakan memanaskan tellinga kita mendengarnya. Apa tidaknya, KERAjaan kabarnya sedang mencari opsyen untuk elak petrol RON 95 naik lagi.

Inilah berita yang paling tak masuk akal yang dibuat oleh pihak KERAjaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob. Depa kaji la macamana pun, minyak ni tetap akan dinaikkan.

KERAjaan sudah kehabisan wang, menaikkan harga petrol negara merupakan income besar bagi BN untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal menjelang. Jangan la sesapa pun dok percaya kenyataan terbalik dari menteri ni. Ingat lagi kata katanya yang mengatakan minyak takkan naik sehingga akhir tahun 2010? Akhirnya minyak naik juga menipiskan poket poket rakyat miskin dan mengkayakan kroni dan kantung BN.

Kesimpulan, "bengong".

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bob Lokman Berjuang Di Dalam PAS Kerana Allah


Bob Lokman telah disahkan menyertai PAS pada hari Sabtu lepas melalui/menyerahkan borang ahli kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut. Sebelum ini, sebuah video berkenaan kenyataan Bob Lokman yang mahu berhenti daripada menjadi juri Raja Lawak 5 telah berlegar di internet. Mungkin penonton nampak ia adalah satu perancangan "Raja Lawak 5" yang diatur, rupanya ada makna tersirat daripada penarikan Bob Lokman ini. Boleh tengok video tersebut di bawah.



Video di bawah ialah video Bob Lokman memberikan ceramah di satu perhimpunan PAS.



jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu.

secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH.

Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat.

Bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM

Dipetik daripada : Facebook Bob Lokman:

Mohd Hakim bin Lokman

Fanpage Bob Lokman


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Soalan Rakyat untuk Kes Liwat Anwar


Ramai yang pening dan keliru dengan kes liwat ke2 DSAI ni. Rakyat masih keliru untuk mempercayai atau tidak. Ada yang logik dan ada juga yang tidak logik. Isu Saiful tidak mandi dan buang air selama 2 hari dan mungkin juga tidak makan dan minum selama 2 hari untuk menyimpan bukti DNA, banyak yang mentertawakannya.

Mengapa begitu complicated sgt kes DSAI ini. Byk yg dipersoalkan.

Bukankah kalau Saiful tidak tergesa-gesa membuat laporan dan pemeriksaan di hospital dulu tetapi berbincang untuk memerangkap DSAI, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang,bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada rakyat amnya.

PERANGKAP LA DSAI. Saya ulang. PERANGKAP LA DSAI. Saiful dah selalu kena dgn DSAI (8 kali). Saiful juga sudah jumpa Pegawai Khas PM, Ezam dan hubungi polis. Pasang la perangkap untuk kali ke 9. Time tu, bawa Nik Aziz, Hadi Awang, Kit Siang, Khalid Brahim, TV 3, RTM, CNN, BBC tangkap DSAI tengah projek kat atas katil.

Kita ada ramai Special Branch yg terror2, komando yg terror2, think tank yg geliga2. Kita boleh gunakan segala kepakaran ini.

DSAI dah selalu projek dengan Saiful (8 kali), confirm DSAI percaya dgn Saiful bulat2. Masa nak projek untuk kali ke 9, pandai2la pintu jgn bg kunci. Masa nak buka seluar and mulakan adegan, pandai2 la missed call ke untuk bg hint kat Nik Aziz, Hadi Awang, Kit Siang, Khalid Brahim, TV 3, RTM, CNN, BBC dan segala komando untuk ambil gambar dan tangkap terang2. Kita di zaman canggih dgn teknologi, macam2 alat ada untuk berkomunikasi. Butang atau punat rahsia pun boleh buat.

Tak la statement saksi2, doktor2, pakar2 dan Saiful sendiri dipersoalkan oleh rakyat selepas membacanya. PR pun 100% akan lingkup. Tak payah buat PRU ke 13 pun tak apa. Rakyat tak akan marah. UMNO akan terus menerajui Msia selama2nya.

Silap2, rakyat sendiri yang volunteer untuk merejam DSAI di Dataran Merdeka. UMNO dah tak payah kempen pun tak apa.

Mengapa perangkap ini tak berlaku.....?????

Kes liwat 1 dijadikan bahan ejekan oleh pihak PR sehingga rakyat percaya ianya adalah sandiwara. Jadi, untuk kes liwat 2 ni, perangkap secara terang2 adalah jalan terbaik. Tetapi ianya sudah terlambat.

Saya ada terbaca di Harian Metro minggu lepas, di muka hadapan, ada seorang suami menangkap isterinya bersama lelaki lain di dalam bilik di Puchong. Suami tu siap bawa anak dara dia lagi untuk melihat bagai mana kelakuan ibunya. Siap Harian Metro tunjuk gambar isteri tu dgn lelaki lain di muka hadapan tetapi muka diblurkan.

Mengapa kalau suami di Puchong boleh tangkap secara terang2, Saiful yang sudah 8 kali tidak boleh melakukannya untuk memerangkap pada kali ke 9. Inilah logik akal namanya dan inilah yang difikirkan oleh mereka yang berfikir.

Ada komen dari rakan saya, untuk memerangkap harimau, kita janganlah menggunakan umpan cacing.

Harap ada komen yg bernas.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bongkar Agenda "Tersembunyi" Pakatan Rakyat


Setelah 13 tahun Umi Hafilda mendiamkan diri, dia tiba-tiba muncul semula. Bezanya, dulu dipandang sebagai pesalah, kini sebagai seorang hero!! Syabass betty~!!

Ceramah yang menampilkan Ummi Hafilda sebagai pemidato utama ini telah menarik hampir 100,000 orang pendengar yang menantikan pendedahan atau peluru berpandu yang akan dilancarkan oleh Ummi Hafilda terhadap Anwar dan juga Abang kandungnya Azmin. Sila tengok gambar-gambar di bawah.


Ceramah yang bertajuk Jom Bongkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda tidak mendapat sambutan.. Ceramah itu hanya dihadiri oleh kira 200 orang sahaja walaupun ceramah ini telah di war- warkan di seluruh Perak



Ceramah itu sepatutnya bermula jam 8.00 malam, namun atas sebab tidak ada orang, mereka menunggu kehadiran orang dan ceramah bermula jam 9.30 malam. Kesian Hafilda menunggu. Pada mulanya, mereka telah menyiarkan video berbaur perkauman yang melaga- lagakan DAP dan PAS.

Ummi Hafilda hanya berceramah menghentam dan memfitnah Anwar Ibrahim walaupun tiada bukti. Dia tu memang tak sedar diri. Ayahnya suatu ketika dahulu telah tidak mengakunya anak. Dia sudah dibuang keluarga. Apa motif dia kembali selepas 13 tahun menghilang. Kahwin pun belum. mungkin kocek sudah kosong.





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Soalan bodoh dari MP Kulim untuk Nik Aziz, biar aku jawab



YB ZUL Kulim atau sinonim dengan `firaun besar' menasihatkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz agar merujuk suatu surah, berhubung kait dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa kerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada parti berkenaan. Sebelum itu, baca di sini.

MP Kulim Bandar Baru yang menang atas tiket PKR, tetapi masih menebalkan muka menjadi MP Bebas itu meminta agar Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada Surah Abasa, katanya, "Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum. "Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.

Zul Kulim terus menyambung, "Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tidak perlu Tuan Guru Nik Aziz yang menjawab hujah Zul Kulim yang sebelum ini tidak berani menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh MP Shah Alam Yb Khalid Samad berkaitan isu Kalimah Allah. Kisah beliau sebut di atas, jelas bahawa Orang Muslim bernama Abdullah itu menemui Rasullullah untuk bertanyakan soalan. Dan Allah perintahkan Nabi untuk menjawab soalan Muslim itu terlebih dahulu.

Di dalam hal ini jika mahu dikaitkan dengan Umno jauh bezanya. Usahkan pemimpin Umno mahu berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, malahan Tuan Guru Nik Aziz mengajak dan menghantar surat untuk berjumpa pemimpin Umno untuk bincang tentang Islam, ada pernah Umno layan? Yang ada, Umno mahu jumpa PAS untuk bincang pasal Perpaduan Melayu...Melayu...dan Melayu...Tentang Islam bagaimana? Justeru itu, wajar PAS ketepikan Umno kerana banyak membuang masa dan lebih baik berbincang dengan DAP kerana sekurang-kurangnya DAP mahu mendengar Islam walaupun PAS tidak mengharapkan DAP terima Islam. Kerja hidayah untuk DAP terima Islam itu bukan kerja PAS, itu kerja Allah SWT. Umno mahu mendengar Islam, mahu terima Islam? Mempersendakan lagi adalah.

Jadi, usahlah Zul Kulim mahu tunjuk pandai putar belit kisah tersebut untuk menunjukkan kununnya PAS tidak melayan Umno yang kununnya mahu bertanya seperti di dalam kisah tersebut. Apa yang Umno mahu tanya? Tentang Perpaduan Melayu? Tentang Kerajaan Perpaduan?

Tentang 5 soalan dari Zul Kulim itu, itu soalan paling bodoh yang pernah saya dengar dari orang yang dikatakan berkelulusan peguam. Hampir kesemua soalan itu berhubung dengan cita-cita PAS menegakkan negara Islam dan Hukum hudud ditujukan kepada DAP, sedangkan yang wajib untuk menyokong dan melaksanakan hukum tersebut adalah ke atas semua pemimpin dan umat Islam. Mengapa perlu tanya DAP? Umno mahu terimakah negara Islam? Jika mahu, sokong lah PAS yang inginkan Negara Islam. Kes Liwat DS Anwar, mengapa Zul Kulim sanggup jadi salah seorang peguam kepada DS Anwar dalam kes liwat 1 dahulu dan dalam kes qazaf sebelum ini sebelum beliau di`sepak' dari PKR? Sekarang, mengapa ingin bertanya kenapa Karpal jadi Peguam DS Anwar? Busuk sungguh hati MP Kulim ini terhadap DS Anwar.

Lebih baik Zul Kulim terima cabaran debat yang dilontarkan oleh YB Khalid Samad terlebih dahulu sebelum mahu mengajar Tuan Guru Nik Aziz. Beliau boleh aturkan siaran langsung di TY debat beliau dengan YB Khalid nanti. Jika takut untuk berdebat dengan YB Khalid Samad yang tidak berkopiah macam Zul Kulim itu, lebih baik Zul Kulim duduk diam-diam kumpul duit banyak-banyak kerana selepas PRU ke 13 nanti, beliau pasti akan dipencenkan sebagai MP di Kulim Bandar Baru. /wfauzdin_ns

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Nik Amar : Penjelasan Mengenai Bazar Tok Guru



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Terjah Video : F.L.O.M - (First Lady of Malaysia) Division di Jab Perdana Menteri - Jabatan khas untuk Rosmah Mansor?



FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?

Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mampukah Kerajaan BN : Hapus Kemiskinan Secara TOTAL


Jika mengatakan kadar dan statistik kemiskinan di Malaysia semakin berkurangan, maka ia tidaklah menjadi satu pertikaian yang besar. Tidak mustahil setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, taraf hidup rakyat "berjaya" ditingkatkan.

Menetapkan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan secara total, tidaklah menjadi satu kesalahan. Ia adalah satu matlamat yang murni dan seiring dengan syara' agar kemiskinan tegar yang masih ada dapat dihapuskan. Malah jika kita mengimbau kembali sejarah kerajaan yang dipimpin oleh Rasullah dan para sahabat, dan juga kalangan pemimpin yang soleh seperti Kerajaan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, kadar kemiskinan dapat dikurangkan malah boleh dikatakan dihapuskan.

Mengapa hal ini berlaku?

Pertama: Kerajaan Islam pada waktu itu menjalankan konsep bernegara mengikut landasan syariat Islam. Segala proses muamalat dan perundangan yang berlaku adalah mengikut ketetapan syara' tanpa dipersoal. Zakat yang dikutip saban tahun dapat mengimbangi ekonomi dan taraf hidup masyarakat/ rakyat. Jika didapati ada warga rakyat yang miskin, peranan Baitulmal yang menguruskan zakat akan membahagikan bantuan kepada golongan rakyat dalam katagori 8 asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Dalam erti kata lain, umat Islam dikala itu membayar zakat, dan mereka yang tidak berkemampuan pula menerima zakat. Malah ada disatu saat, hinggakan tidak ada rakyat yang layak terima zakat kerana kekayaan melimpah ruah.

Kedua :  Penyatuan umat Islam pada saat itu amat ketara berlandaskan ikatan aqidah Islamiyyah bukan dengan perbezaan ras dan warna kulit. Contohnya pada zaman Rasullah S.A.W, penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang. Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Rasullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. Antara lain, bantuan yang disalurkan oleh pemerintah kepada rakyat dapat mengurangkan kadar kemiskinan yang berlaku.

Bandingan Dengan Kerajaan Malaysia.

Namun jika ingin membandingkan dengan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini, penetapan matlamat sedemikian hanyalah dilihat sebagai satu retorik. Dari segi pelaksanaannya ianya dilihat sebagai sesuatu yang sangat mustahil. Biarpun diwar-warkan purata gaji rakyat Malaysia pada tahun 2010 adalah RM1900 sebulan, ia sebenarnya satu jumlah yang belum cukup. Ramai lagi yang berpendapatan bawah daripada itu. Bahkan ada juga yang dibawah paras RM1000. Puratanya itu menjadi tinggi kerana mengambilkira pendapatan orang kaya yang dapat beratus ribu sebulan. Memanglah ia menjadi jumlah itu.

Yang pasti masih ramai yang merempat, masih ramai yang menganggur. Ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan harga petrol, sedangkan pendapatan tetap berada ditakuk lama.

Lebih memburukkan suasana, duit zakat yang diuruskan oleh Institusi zakat amatlah teruk sedangkan jumlah terkumpul duit zakat adalah beratus juta. Kemana hilangnya semua itu?


Sepatutnya institusi Zakat menjadi perantara antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya adalah amat besar iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan mengagihkan zakat kepada asnaf dengan efisien dan berkesan. Sekiranya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sistem zakat tidak akan berjaya dilaksanakan. Institusi zakat perlu menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi seperti amanah dan adil dalam pengurusan zakat dan di masa yang sama perlu bersifat profesionalisme. Dan jauh sekali daripada mengikut telunjuk dan desakan pemimpin yang menjadikan duit zakat yang dikutip sebagai modal rolling dalam kegunaan politik sempit mereka.

Jadi,bagaimana mungkin kemiskinan dihapuskan secara total? Taraf kehidupan yang baik untok rakyat atau untuk politikus usang? /jilfityan.blogspot.com

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tema Maulidur Rasul bertentangan dengan Islam ?


3 Rabiul Awal 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.

Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?

Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]