Subscribe

Fitnah LGE : UMNO mengaku akhirnya



Tuduhan dilemparkan kepada Lim Guan Eng kononnya beliau telah menindas Melayu di Pulau Pinang berhubung peruntukan yang tidak diberi untuk program yang berunsurkan keIslaman dan meminggirkan kontraktor Melayu Pulau Pinang.

LGE dalam kenyataann belanjawan 2011 telah menjelaskan bahawa :

  • peruntukan Majlis Hal Ehwal Islam Penang dinaikkan hingga lebih 30 juta.
  • 94 peratus tender di JKR dimenangi Melayu.
  • 90 peratus tender di Jabatan Perairan dan Saliran dimenangi Melayu.

LGE membentangkan fakta berserta dengan nilai kontrak iaitu masing-masing lebih RM 40 juta. Sekarang ini si Fadzil Presiden kontraktor Pulau Pinang meminta maaf kerana memfitnah LGE dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah.

Inilah bukti bahawa semua tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO/BN kepada PR selama ini adalah bohong belaka termasuk tuduhan kes fitnah liwat 2 yang melibatkan DSAI. Sebab itulah mengapa UMNO/BN menghalang pihak pembelaan DSAI akses kepada maklumat dan exhibit perbicaraan kes fitnah Liwat 2 itu. Berhati-hatilah dengan UMNO pemfinah dulu kini dan selamanya. Mereka mengaku juga akhirnya.


Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

NONELim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.