Subscribe

Kempen Untuk UMNO : Pengarah Pelajaran Johor Tidak Profesional



Kalo Tv1 berkempen untuk UMNO BN memang padan sebab memang RTM "dimilikan" kepada UMNO BN sejak turun temurun. Kalo Tv3Suku berkempen untuk UMNO BN maka memang patut sebab sudah 3 suku sengetnya. Kalo Utusan Meloya berkempen untuk UMNO BN memang juga patut kerana berita-beritanya yang termuat pun amat meloyakan. Kalo Berita Hairan berkempen untuk UMNO BN maka tidaklah menghairankan kerana periuk nasi, laku tidak laku akhbar depa bergantung talian hayat kepada UMNO BN.

Tetapi jika BTN berkempen untuk UMNO, Pengarah Pelajaran berkempen untuk UMNO, ini sudah tentu-tentunya berlebihan. Memanglah tidak menghairankan cuma amat meloyakan. Hanya mereka yang berotak tiga suku sahaja sanggup menjadikan pentas dan jawatan yang disandang untuk menyebar pengaruh UMNO BN. Dari segi etikanya,sudah pastinya mereka yang menjawat jawatan dalam kerajaan dilarang sama sekali daripada membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya.

Dari segi keprofesionalisme pula, tindakan-tindakan begini sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional. Namun apakan daya, demi menjaga kelansungan hidup UMNO BN yang diambang kehancuran kuasa, apa-apa sahaja cara digunakan untuk berkempen UMNO BN.

Etika?? Profesional? Tunggulah apa jawapan balas depa. Sudah pastinya depa akan mengatakan bahawa depa masih dalam ruang lingkup menjaga "etika" dan mengekalkan ke"profesionalisma" dalam perkhidmatan. Sebab bagi depa "Beretika dan berprofesional" lah depa buat lagu tu. Bukankah menyeru supaya menyokong Kerajaan yang ada, suruh sokong 1 Malaysia,dan lain-lain juga dikira sebagai menyokong Kerajaan Malaysia yang tercinta?? Jadi apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia (walhal Kerajaan UMNO BN) maka kenalah sokong.

Haha.Lupakan. Depa ini tidak mengerti dan reti apa itu etika apa itu profesional. Bak kata Pendekar Mustar " Buta Kayu".

PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

NONELaporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

pengarah/pentadbir yg tak profesional, adalah halangan/kemelut yg dihadapi dlm profesion perguruan
generasi ini akan pupus dan digantikan dgn generasi guru baru harap budaya membodek lenyap dgn generasi lama yg macam pengarah tuu.....

Jil Fityan said...

Penjawat awam yang punya kedudukan tinggi kuat mengampu. Penjawat awam yang punya kedudukan rendah diajar mengampu.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.