Subscribe

UMNO Ketandusan Isu : Cikgu Maarof Pula Diserang.



Saya ingin mengulas mengenai kebaculan beberapa Pemimpin UMNO, dan blogger-blogger upahan UMNO yang tidak bertanggungjawab, yang dilihat semakin ketandusan idea berkempen untuk UMNO di Tenang, dengan mengeluarkan artikel menyerang peribadi Cikgu Maarof pula(Suami Cikgu Normala, Calon PAS di Tenang)berkenaan "Cuti Sakit" yang beliau terima.


Pertama) Pemimpin UMNO SEBENARNYA buat wayang.

Sekiranya dia mendapat cuti sakit yang lama sekalipun,segala dokumen itu PATUT dirahsiakan. Etikanya,hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga. Kenyataan terdesak daripada Muhyidin,Puad Zarkashi, Rosnah Abd Rashid dan pemimpin UMNO yang lain yang mengatakan Cikgu Maarof "ambik cuti sakit untuk berkempen isterinya" adalah satu dakwaan melulu,tidak beretika dan bermotif politik semata-mata.

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan (SMK Tenang Stesen) dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa adalah sangat tidak profesional. Sementara Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan dilihat telah mencampurtangan urusan kerja profesional doktor berkenaan. Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

Sepatutnya siasatan terperinci dibuat terlebih dahulu kepada institusi yang terlibat iaitu: SMK Tenang Stesen dan Klinik Kesihatan Bandar Putra. Namun disebabkan TERDESAK, wayang ini perlu dibuat juga sebagai modal kempen dihadapan pengundi DUN Tenang dan rakyat Malaysia (guna media) agar SEGALA DOSA Calon UMNO Mohd Azhar; yang terpalit dengan kes Mahkamah dapat dikambus dalam diam.

Kedua )Maarof Bersembunyi : Pembohongan Media UMNO.



Media Arus Perdana (talian hayat UMNO) pula menggunakan "reverse psyco" untuk menampakkan seolah Cikgu Maarof benar-benar bersalah (walhal tidak), dengan mengatakan suami cikgu Mala itu bersembunyi. Ok. Sebelum saya mengulas, satu perkara yang perlu diingat dan diambil kira, bahawa SEMUA liputan yang melibatkan pemimpin PR, TIDAK AKAN DISIARKAN oleh Media pengampu UMNO, KECUALI berita untuk tujuan memperburukkan pemimpin Pakatan tersebut.

Berbalik kepada kes, jika anda memahami hakikat ini, anda akan fahami sifirnya juga sama. Iaitu paparan wajah Maarof dan Cikgu Mala juga TIDAK AKAN TERSIAR di kaca TV dan Akhbar kerana mereka daripada PR.

Bezanya, tektik kali ini disensasikan dengan menambah bahawa "Cikgu Maarof bersembunyi" daripada dibuat liputan Media, walhal Maarof seringkali dilihat bersama isterinya itu.

Maka jelaslah, bukan soal bersembunyi atau tidak yang menjadi topiknya.

Kesimpulan:

1) UMNO sudah ketandusan isu untuk berkempen di Tenang.

2) UMNO mahu memperlihatkan calonnya yang kotor itu ( Mohd Azhar) sebagai bersih.

3) UMNO terpaksa mengalih perhatian menyerang peribadi suami Cikgu Mala kerana tiada isu yang boleh dikaitkan dengan Cikgu Mala yang bersih,berkaliber menjadi ADUN Tenang, selain pernah mendapat anugerah Guru Cemerlang.

4) UMNO tersangat takut. Kerana itu UMNO terlalu bergantung kepada Media Pengampu untuk membantu mereka. Jika jentera ini tidak membantu, UMNO boleh ditumbangkan dengan mudah.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.