Subscribe

Mampukah Kerajaan BN : Hapus Kemiskinan Secara TOTAL


Jika mengatakan kadar dan statistik kemiskinan di Malaysia semakin berkurangan, maka ia tidaklah menjadi satu pertikaian yang besar. Tidak mustahil setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, taraf hidup rakyat "berjaya" ditingkatkan.

Menetapkan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan secara total, tidaklah menjadi satu kesalahan. Ia adalah satu matlamat yang murni dan seiring dengan syara' agar kemiskinan tegar yang masih ada dapat dihapuskan. Malah jika kita mengimbau kembali sejarah kerajaan yang dipimpin oleh Rasullah dan para sahabat, dan juga kalangan pemimpin yang soleh seperti Kerajaan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, kadar kemiskinan dapat dikurangkan malah boleh dikatakan dihapuskan.

Mengapa hal ini berlaku?

Pertama: Kerajaan Islam pada waktu itu menjalankan konsep bernegara mengikut landasan syariat Islam. Segala proses muamalat dan perundangan yang berlaku adalah mengikut ketetapan syara' tanpa dipersoal. Zakat yang dikutip saban tahun dapat mengimbangi ekonomi dan taraf hidup masyarakat/ rakyat. Jika didapati ada warga rakyat yang miskin, peranan Baitulmal yang menguruskan zakat akan membahagikan bantuan kepada golongan rakyat dalam katagori 8 asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Dalam erti kata lain, umat Islam dikala itu membayar zakat, dan mereka yang tidak berkemampuan pula menerima zakat. Malah ada disatu saat, hinggakan tidak ada rakyat yang layak terima zakat kerana kekayaan melimpah ruah.

Kedua :  Penyatuan umat Islam pada saat itu amat ketara berlandaskan ikatan aqidah Islamiyyah bukan dengan perbezaan ras dan warna kulit. Contohnya pada zaman Rasullah S.A.W, penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang. Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Rasullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. Antara lain, bantuan yang disalurkan oleh pemerintah kepada rakyat dapat mengurangkan kadar kemiskinan yang berlaku.

Bandingan Dengan Kerajaan Malaysia.

Namun jika ingin membandingkan dengan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini, penetapan matlamat sedemikian hanyalah dilihat sebagai satu retorik. Dari segi pelaksanaannya ianya dilihat sebagai sesuatu yang sangat mustahil. Biarpun diwar-warkan purata gaji rakyat Malaysia pada tahun 2010 adalah RM1900 sebulan, ia sebenarnya satu jumlah yang belum cukup. Ramai lagi yang berpendapatan bawah daripada itu. Bahkan ada juga yang dibawah paras RM1000. Puratanya itu menjadi tinggi kerana mengambilkira pendapatan orang kaya yang dapat beratus ribu sebulan. Memanglah ia menjadi jumlah itu.

Yang pasti masih ramai yang merempat, masih ramai yang menganggur. Ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan harga petrol, sedangkan pendapatan tetap berada ditakuk lama.

Lebih memburukkan suasana, duit zakat yang diuruskan oleh Institusi zakat amatlah teruk sedangkan jumlah terkumpul duit zakat adalah beratus juta. Kemana hilangnya semua itu?


Sepatutnya institusi Zakat menjadi perantara antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya adalah amat besar iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan mengagihkan zakat kepada asnaf dengan efisien dan berkesan. Sekiranya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sistem zakat tidak akan berjaya dilaksanakan. Institusi zakat perlu menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi seperti amanah dan adil dalam pengurusan zakat dan di masa yang sama perlu bersifat profesionalisme. Dan jauh sekali daripada mengikut telunjuk dan desakan pemimpin yang menjadikan duit zakat yang dikutip sebagai modal rolling dalam kegunaan politik sempit mereka.

Jadi,bagaimana mungkin kemiskinan dihapuskan secara total? Taraf kehidupan yang baik untok rakyat atau untuk politikus usang? /jilfityan.blogspot.com

3 comments:

batubara said...

Mampukah Kerajaan BN : Hapus Kemiskinan Secara TOTAL???......

depa mampu......
tapi depa buat buat tak mampu nak hapuih.......
pasai kalu habih semua senang......
depa kat ataih tu tak boleh nak timing lagi ngan rakyat......tak boleh dah nak tunjuk ek ngan rakyat.....
kami ada rumah juta juta.......hangpa mana ada......
kami ada saham juta juta......
hangpa pocik saja......
kami boleh makan di KL...lepaih tu berak kat Hong Kong......hangpa mana boleh........
kami boleh dpt baguih punya projek....hangpa mana adaaaaaaa.............

kalu nak bagi rakyat senang...nak hapus kemiskinan...dah lama dah boleh buat......saja depa tak mau buat.......dok pulun sama puak depa saja.....
arga minyak n bahan mentah...awat tak peturun bila harga junam.......pasai apa bila arga naik...depa cepat cepat jolok lagi....dunia tak naik pun depa jolok......

tak guna cakap laa...
yg senang hanyalah depa....
adik beradik depa....
cukong yg depa bela........
tokeh judi......
tokey balak......
AP depa saja sapu........
projek depa saja boleh gagau......
banyak lagi laaaaaa....
tak larat nak karau........
cukai koi sari koi dok jerat lehiaq.......
mcm-mcm cukai dok ada.......
yg bukan-bukan.......
cukai sebijik kereta pun depa sapu dekat setengah harga kereta.....
lepas tu dok cakap nak hapus kemiskinan........

piirrraaaaaaaaahhhhhhhhhhhh.......
kah kah kah........

joecharlie said...

Kota Bharu Bandaraya Islam Yang Lindungi Pelacuran dan Lain-Lain Maksiat
10 02 2011

Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus.

Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.

Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.

Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.

Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.

Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan.

Beberapa posting akan datang mungkin akan menganggu sensitiviti anda dan tidak sesuai untuk mereka di bawah usia 21 tahun. Harap maklum

Jil Fityan said...

Joecharlie : baca balik perenggan yang anda paste di sini.

Pertama : Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Pertama : Anda membuat dakwaan ada premis yang didakwa dilindungi oleh MPKB. Dakwaan anda adalah dengan zero data, kerana anda membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.Atau lebih tepat "semberono"

Hal ini kerana anda tidak menyertakan bukti. Jika anda dipihak yang benar, bagitau premis mana yang anda maksudkan. Lokasi, dan siapa terlibat yang menjaga premis berkenaan (MPKB)utk terus hidup.

Tapi saya percaya, anda tidak mampu sertakan bukti, kerana ia adalah fitnah dan diada-adakan sahaja.

Kedua : Tidak terlalu menghairankan jika penyokong/bloggers UMNO menjadikan rumors @ fitnah @ sebagai hujah sokongan mereka dalam membuat sesuatu artikel memperburukkan PAS. Ini bukanlah satu perkara yang baru pun. Cara kotor begini adalah sama sahaja dengan mana-mana khabar angin dan fitnah UMNO terhadap PAS yang lain di dunia maya internet ini.

Kesimpulan : Ulasan anda hanya bersandarkan kepada perkara yang tidak berfakta, kemudian anda ulas panjang lebar untuk membuatkan/menampakkan fitnah anda menjadi lebih menarik. Lantas dengan itu anda menjaja di internet.

Cara ini adalah cara yang paling tidak bermaruah. Biarpun anda tahu cara ini tidak bermaruah, namun demi mencari makan dan sesuap nasi, anda menggadaikan maruah anda demi mengampu UMNO. Insaflah. Bertaubatlah.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.