Subscribe

Tema Maulidur Rasul bertentangan dengan Islam ?


3 Rabiul Awal 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.

Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?

Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

setuju ngan pendapat "Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini."

joecharlie said...

Kota Bharu Bandaraya Islam Yang Lindungi Pelacuran dan Lain-Lain Maksiat
10 02 2011

Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus.

Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.

Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.

Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.

Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.

Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan.

Beberapa posting akan datang mungkin akan menganggu sensitiviti anda dan tidak sesuai untuk mereka di bawah usia 21 tahun. Harap maklum

Jil Fityan said...

Joecharlie : baca balik perenggan yang anda paste di sini.

Pertama : Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Pertama : Anda membuat dakwaan ada premis yang didakwa dilindungi oleh MPKB. Dakwaan anda adalah dengan zero data, kerana anda membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.Atau lebih tepat "semberono"

Hal ini kerana anda tidak menyertakan bukti. Jika anda dipihak yang benar, bagitau premis mana yang anda maksudkan. Lokasi, dan siapa terlibat yang menjaga premis berkenaan (MPKB)utk terus hidup.

Tapi saya percaya, anda tidak mampu sertakan bukti, kerana ia adalah fitnah dan diada-adakan sahaja.

Kedua : Tidak terlalu menghairankan jika penyokong/bloggers UMNO menjadikan rumors @ fitnah @ sebagai hujah sokongan mereka dalam membuat sesuatu artikel memperburukkan PAS. Ini bukanlah satu perkara yang baru pun. Cara kotor begini adalah sama sahaja dengan mana-mana khabar angin dan fitnah UMNO terhadap PAS yang lain di dunia maya internet ini.

Kesimpulan : Ulasan anda hanya bersandarkan kepada perkara yang tidak berfakta, kemudian anda ulas panjang lebar untuk membuatkan/menampakkan fitnah anda menjadi lebih menarik. Lantas dengan itu anda menjaja di internet.

Cara ini adalah cara yang paling tidak bermaruah. Biarpun anda tahu cara ini tidak bermaruah, namun demi mencari makan dan sesuap nasi, anda menggadaikan maruah anda demi mengampu UMNO. Insaflah. Bertaubatlah.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.