Subscribe

Gambar Lucah : UMNO Dilihat Sangat Bodoh Kerana Ketandusan Modal Berkempen


UMNO berkempen dengan menjadikan gambar separuh bogel palsu sebagai modal kempen dilihat sebagai satu perbuatan yang sangat bodoh, tidak bermoral dan ketandusan isu untuk berkempen pada PRK Merlimau kali ini. Kerana kejahilan yang dihadapi oleh pemimpin, terserap kepada para penyokong UMNO, menyebabkan mereka sudah mengenepikan halal haram syara' dengan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kemenangan berpihak kepada mereka biarpun cara yang digunakan sangat menjijikkan.

Jika ia berlaku di sebuah negara yang kufur, yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi, itupun sudah dilihat sebagai dangkal, inikan pula dinegara Malaysia yang mereka mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan iktiraf Malaysia sebagai sebuah negara islam. Sungguh memalukan!!

Inilah hasil 54 tahun UMNO memerintah Malaysia. Masyarakat Melayu khususnya yang terdidik dengan akhlak kotor UMNO, menampilkan sikap yang sangat tidak baik biarpun berkempen itu, berlaku dikhalayak ramai, tanpa rasa malu dan bersalah. Ibarat Lembu yang sanggup mengekor UMNO kemana sahaja asalkan ongkos diberi, dan kocek berbunyi. Tiada beza dengan lembu yang tidak reti halal haram syara'.

Kasihan. Sangat menyedihkan. Mereka (Melayu UMNO yang terlibat) sanggup dilihat bodoh dan jahil kerana "pitis" dan sedikit ganjaran. Moga Allah membuka pintu hati mereka.


Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.


Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.


4 comments:

The Sniper said...

Salam, saya sukacita membuat link pada blog tuan, terima kasih

Putra IJ80 said...

"Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda".

Cuba tanya bangsat bangsat UMNO,

DSAI atau PKR calun kawasan tur Ker?

SPR kata mana mana parti yg.tak bertanding x bole kibar bendera atau mana mana yg.bukan ada kena mengena dgn calun yg.bertanding i.e PAS.

Bukan kah ini sudah menyalahi peraturan?

Kenapa SPR x ambil tindakan atau SPR memang dari dulu kini, sama sama bangsat?

Jgn maree ek!

Klu undang undang dan peraturan yg.di buat sendiri , x ikut itu bangsat lah nama nya.

Jil Fityan said...

Ok Terima Kasih sahabat kerana buat pautan link di sini.

Anonymous said...

kenapa perlu ada telagah sesama kaum sendiri..perlu ada kesatuan tidak perlu ckp sapa salah sapa x...perpecahan skrg tgh berlaku di negara kita,...jgn lupa..dap dan mca x pernah gaduh..mereka walaupun berlainan kompenen..masih bersatu..kita je yg terhegeh-hegeh ckp umno betul , pas betul, jadi sapa yg betul...?? masing2 ckp diri mereka betul..ada x wujud manusia kat dunia nie ckp diorg x betul??? fikirin-pikirin...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.