Subscribe

Saman Ekor : Bertukar Sokonganlah Kepada PR


Semalam kita saksikan ribuan rakyat yang berpusu-pusu dan bersesak-sesak di Pejabat Pos, balai polis,JPJ dan lain-lain kaunter semata-mata untuk menjelaskan bayaran "saman ekor" mereka. Mereka sanggup menunggu, meninggalkan tempat kerja, beratur panjang, berkelahi, merungut dan lain-lain perkara dibuat sepanjang tempoh itu. Aduhai..Apalah nasib rakyat.

Dari persepsi ini,KERAjaan kita dilihat telah berjaya memiskinkan lagi rakyat marhaen dengan "mengambil balik" duit bonus yang telah diberikan dengan kompaun "saman ekor" yang dikenakan kepada pemandu/rakyat. Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, tidak cukup dengan kenaikan harga barang, kini rakyat sekali lagi terbeban memikul biawak hidup bergelar "KERAjaan UMNO" yang sudah banyak menyusahkan hidup rakyat Malaysia.

Biarpun KERAjaan memberi pelbagai alasan dalam mewajibkan saman ekor ini, yang pasti ianya tidak profesional dan bersifat keuntungan semata-mata.

Mengapa saya berkata demikian?



Sepatutnya,dalam setiap tindakan yang dilakukan pihak KERAjaan bukanlah untuk mencari salah rakyat,mendera rakyat. Pendekatan mendidik perlu diutamakan dan dilaksanakan. Sebagai contoh, Polis/Pegawai JPJ ditambah pada setiap lorong/laluan yang berbahaya di jalan raya. Dengan cara ini, diharapkan pemandu lebih berhati-hati kerana telah menyedari selekoh ini, atau lorong itu memang ada polis yang bertugas.

Namun cara ini tidak diaplikasi (walhal gaji Polis/Pegawai JPJ telah dinaikkan). Kerajaan memberi alasan, untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, untuk mengurangkan kadar kematian melibatkan nyawa, pendekatan saman ekor perlu dilaksanakan. Caranya,polis bersembunyi didalam hutan, dan apabila kereta lalu dengan laju, maka mereka menepatkan sasaran kamera kepada kenderaan tersebut. Lantas dikenakan saman. Cerdik kah cara ini?

Memanglah ia tampak cerdik bagi sebuah Kerajaan yang nak dapat ongkos semata-mata (kumpul duit cara mudah utk PRU13). Tetapi cara ini sangat zalim. Rakyat sepatutnya peka mengenai isu saman ekor ini bahawa KERAjaan telah memperbodohkan mereka dengan mengutip hasil dengan cara yang tidak halal.

Jangan kerana segelintir rakyat (penyokong UMNO) bersubahat mengundi Kerajaan zalim ini, menyebabkan sebahagian rakyat lain lain menangung azabnya. Cukup-cukuplah memikul biawak hidup bergelar "KERAjaan UMNO BN " ini.

Mahu tidak mahu, hendak tidak hendak, jika anda SEMUA telah sedar,waras, dan mahu semuanya berakhir, bertukarlah sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat telah berjanji akan membantu rakyat, meringankan beban rakyat, dan salah satu caranya ialah; menghapuskan saman ekor ini hingga ke akar umbi.

Ingat, kita tidak mahu KERAjaan yang mengupah pengintip untuk mencari kesalahan trafik rakyat. Kita mahukan kerajaan yang bijak dan reti mendidik rakyat. Bukan KERAjaan kebudak-budakan seperti budak baru akil baligh dalam setiap tindakan.

Bertukar Sokonganlah Kepada PR!!

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.

1 comment:

Jungle People said...

Tak kan kerana saman ekor nak tukar prinsip Tn Guru oiiii, kalau dah buat salah kenalah hadapi tindakan.... kalau tak nak saman, bolehlah kita duduk di dalam hutan kerana kat sana tak de jalan, pasti tiada orang nak saman. Kita boleh gunakan akar akar pokok untuk bergayut dari satu pokok ke satu pokok... macam tarzan...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.