Subscribe

UMNO Jahil Murakkab : Desak Tok Guru Keluar Fatwa


Adakah ada bukti, bahawa orang didalam video terbabit adalah Anwar Ibrahim?

Dan apakah keperluan mendesak TG Nik Aziz ber'fatwa' sedangkan sudah jelas hukum kepada zina dan penzina disebut di dalam Quran?

Apakah penganut UMNO mengira TG Nik Aziz sebagai tokoh agamawan seorang yang jahil murakkab seperti mereka?

Jika anda nak bermain politik, biarlah cerdik. Bukan menelanjangkan diri dikhalayak ramai.

Dari Utusan Meloya :

KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

4 comments:

Anonymous said...

memang bangang nak mampos,bukankah hukum islam memang se jelas2nya dalam quran.islam bawah najib ni masih islam had hari atau ada yang lain lagi,

kenapa mereka2 ini tidak bertanya pada ulamak muda umno,atau harussani atau kazim elyas.

sorry brader geram sangat,tu tercelupar kat atas

Anonymous said...

tak payah nak mintak soory takpe kat lahanat ni..ni spesis jibaok,kera duku,monyet muka najib..hahahah...puak2 umno ni,meme bodo sngoti laaa...kalu u x tau pasal hukum hakam islam,mu g tukar la agama mu dlm mykad tu..tulis agama puak2 batok makan babi sene..mu ingat tok guru nik aziz supo nga peranga mu ko?jgn la duk tjuk bodo sgt,meme npk sgt mu ni jahil agama..kalu pegang quran pon stahun skali,meme mu samo nga ore kapir laaa...lebih teruk dari kapir pada kapir puak2 umno ni..

Anonymous said...

Janganlah disebabkan org mcm ni kita mencalarkan maruah diri kita sendiri. Mungkin org JMM ni tak tau kaedah yg Islam guna utk kes ni. Hukum semua dh tertulis dalam al-quran dan bukanya mesti dibuat baru. Hukum berzina cukup la, nki nk tambah lak pemimpin pembangkang. Yg peliknya sdara JMM ni bab zina ke liwat ke laju je nk mintak TGNA bagi fatwa. Kalu dh tolak hukum hudud dalam al-quran, cne bleh mintak pendekatan islam pasal kes DSAI. Pelik bin Hairan. Islam itu menyeluruh, mana bleh amik sparuh n buang sparuh. Muhasabah bnyk2, jgn cepat melatah.

Anonymous said...

"Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini."

Omar nie tengah khayal ke aper bila dia ckp pasal perpecahan n kutuk Nik Aziz. Banyak sanagt ke nikmat duniawi yg dia dapat bila buat mcm ni?

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,”.

Ni lagi pelik, nape ikut yakin sendiri dari pergi tanya sendiri pendapat Nik Aziz. Omar, nie dh dikira fitnah. Hadoi..Omar..Omar.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.