Subscribe

Yusof Qardawi : Wajib Bunuh Gaddafi!!


"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.


Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

Maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!






1 comment:

Anonymous said...

Salam,bagi saya apa pun fatwa yang dibuat oleh sarjana Islam haruslah berdasarkan prinsip agama Islam itu sendiri. Alquran dan sunnah adalah teraju yang kita umat dizaman muktahir ini tempat kita bergantung.Fatwa sarjana dalam Islam, baik apa sahaja kedudukannya,mujtahid,muktakbar,ahlul tajdid,ulamak2 dan sebagainya hanyalah insan biasa bukannya mutlak malah tidak maksum. Fikiran taksub, aasobiyah dan sealirannya, kadang2 membuat fatwa2 yang keliru. Cuma yang saya tahu, Nabi SAW tidak membalas kezaliman dengan kezaliman.Saya berlapang dada dan ada kalanya sedih dengan perlakuan ummah Islam itu sendiri. Teringat Saddam diperlakukan, kini Gadaffi pula..mengapakah ummah suka sekali mempamirkan sikap sebegini.
Saya kira Gadaffi ditangkap dan dibicarakan dengan undang2 yang ada dilibya. Dimanakah letaknya agama dan iman bila jenazah diperlakukan sebegitu rupa. Bagi saya, umat Islam bangsa Berber ini masih terkepong jiwa dan fikiran mereka dengan sifat2 jahiliah.
Iraq setelah tiada Saddam adakah semakin baik?
Mesir selepas jatuhnya mubarak semakin kalut lagi dalam semua sudut.Malah bertambah teruk.
Apakah ummmah terus dipermainkan Yahudi dan Nasara dengan meletakan boneka nanti.Inilah yang sedang berlaku diTimor tengah sekarang.
Wallahu'alam.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.