Subscribe

Mengapa Anwar?


UMNO, TV Liwat 1, TV Liwat 2, TV Liwat 3, Utusan Meloya, Berita Hairan mengaitkan pelakon seks dalam video bikinan Jembalang T (tak layak bergelar Datuk, buat malu saja) dengan pemimpin utama pembangkang. Secara rasmi mereka tidak berani mendakwa bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah DSAI.

Apabila IGP mengesahkan bahawa video itu tulen, mereka juga meneruskan agenda jahat dengan mendakwa pemimpin utama pembangkanglah itu. Mengapa tidak disebut sahaja DSAI? Adakah mereka takut disaman atau tidak yakin bahawa pelakonnya ialah DSAI?

Kalaulah pelakon itu dikaitkan dengan DSAI atas dasar wajahnya seiras DSAI, mengapa UMNO dan konco-konconya ini tidak kaitkan dengan SK? Bukankah wajah pelakon itu juga seiras dengan SK? Dengan latar hitam putih ( tidak warna) bukankah SK juga boleh berdandan bersolek sehingga kulitnya nampak lebih cerah daripada DSAI? Panggil saja pakar soleh untuk mencipta uban-uban ala-Anwar.

Apa motif pelakon seks itu dikaitkan dengan DSAI? Dendam, benci, khianat, takut terlepas kuasa? Kalau tiada elemen ini, baik UMNO dan konco-konco mendakwa pelakonnya ialah tukang urut kelengkang Mahathir atau kawan karib seorang menteri yang pernah didakwa merogol gadis sunti. Habis cerita. Tidaklah rakyat nampak sangat jahatnya UMNO dan konco-konconya.

Tidak habis-habis UMNO dan pro-nya ingin mengkhianati DSAI yang sudah setengah jumbli perak menanggung seksa ditumbuk, sakit tulang belakang, dipenjara, dipisahkan dari anak dan isteri, dipecat dari kerusi TPM, dimalukan dengan fitnah liwat 1 diikuti dengan fitnah liwat 2, dibogelkan lagi, dikaitkan tilam busuk dengan Anwar , dikaitkan air mani dengan Anwar, dikaitkan bulu dengan Anwar, dikaitkan DNA dengan Anwar. Jahat sangatkah rakyat Malaysia ini sehingga sudah lupa jasa Anwar sebagai seorang yang pernah menjadi pemimpin nombor dua Negara. Betahun-tahun juga Anwar jadi menteri sehingga menjadi TPM, tiadakah suatu yang baik ditinggalkannya untuk rakyat Malaysia? Apakah rakyat Malaysia baik generasi tua dan generasi muda tidak merasai buah tangan Anwar hingga sekarang ini? Jahat sangatkah sosok Anwar ini sehingga dihinakan begitu sekali?

Asal Anwar hendak mula masuk gelanggang di Pematang Pauh, mula selak kain Anwar. Asal Anwar hendak beri pilihan kepada rakyat Sarawak, mula lelong alat kelamin Anwar. Apa cerita ni? Ini tak masuk lagi gerbang PRU13. Nampak sangat agenda mereka ingin membunuh imej pemimpin Pakatan Rakyat ini. Nampak sangat mereka hendak mengurung Anwar sebelum PRU13.

Kesimpulannya, kalau ya pun wajah pelakon video lucah itu seiras dengan Anwar, buat apa Jembalang T kaitkan dengan Anwar, pemimpin utama pembangkang. Kalau ya pun video tu tulen , buat apa para pemimpin UMNO dan ketua-ketua jabatan kaitkan dengan Anwar? Kaitkanlah juga dengan SK yang seiras pelakon dalam video itu. Kaitkanlah juga dengan yang sesiapa sahaja yang seiras dengan SK tetapi lebih buncit daripada Anwar. Kaitkanlah juga dengan sesiapa yang seiras dengan SK tetapi lebih cerah kulitnya daripada Anwar. Apalah keparat sangat pemimpin UMNO dan ketua –ketua jabatan yang digajikan dengan duit rakyat ini? Kalian makan kedarah dengan duit rakyat tu, ingat!

Plot yang dilakarkan oleh manusia yang takut jatuh daripada kuasa ini belum berakhir. Ia baru masuk babak kedua iaitu mengesahkan video itu tulen. Tontonilah babak seterusnya. Apakah Anwar dapat diperkenakan? Atau pihak mereka yang terkena lalu mereka pun ansur-ansur mengalih isu dengan liwat 2 yang belum tamat. Atau mungkinkah makcik sundal yang sibuk berjaja air liur sekarang membawa di dalam bakulnya 10 keping video baru yang lebih eksklusif untuk mengiyakan bahawa sahlah media di Malaysia ini adalah media sundal, lebih sundal daripada si sundal harum malam. Di Barat ada majalah porno , di negara kita ada media porno berbahasa Melayu. Buat malu Melayu.

Bukan salah ibu mengandung,

Hanya Melayu tak kenal diuntung.

4 comments:

Anonymous said...

CUBA JANGAN MEMBUAT FITNAH KEPADA SESAORANG KERANA IA NYA SEPERTI MEM,BUAT SAUDr SENDIRI.

Anonymous said...

org yg bodoh dan bangang spt anda ini lah yg merosakkan bangsa melayu. nampak je baik tapi rupanya kaki bontot, pelacur dan segala maksiat yg ade. kesian lain kali jgn le berpolitik kalu tak tau kebenarannya. bodoh hehehehe. hidup perkasa, umno,

Anonymous said...

tulisan anda umpama mencari permata di dalam lumpur. dalam sibuk sk menghidangkan video porno untuk seluruh rakyat malaysia tanpa mengira usia dan kemudian bersumpah bahawa susuk tubuh dalam video itu milik DSAI. Tak sampai 7 hari bersumpah, menafikan pulak. Sebagai rakyat saya merasakan DSAI terlalu istimewa n membawa kita ke arah pembangunan rohani yang cukup jelas. BADAN SIHAT SAMPAI BOROI PUN TAK GUNA JIKA ROHANI HAMPEH.

Anonymous said...

kalau dah kaki seks ni.. apa lobang pun boleh...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.