Subscribe

Baju Casberg Takpe. Jangan Baju Bersih 2.0 !!

kalo pakai baju ni, takpa kalo solat dalam masjid pun..


Asalkan jangan pakai baju ni..




Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

6 comments:

Anonymous said...

BINAWE PUNYA AJK MASJID!INI LAH JADYNYA KALAU LANTIK AJK MASJID YG BUKAN KAKI SOLAT!BODO TAK LEH NAK AJAR!AMAT2 MEMALUKAN ISLAM JE!AJK TU INGAT MASJID TU BAPAK DIA PUNYA KOT!ATAUPUN DUIT DIA BUAT MASJID TU KOT!

Anonymous said...

Salah ke pakai baju bersih???apa tujuan hipunan baju bersih??tlg jelaskan..

Farhan Olskool Fadzarahman said...

Buat malu aku jer orang sabah buat gini, dengan orang sendiri lak tu, kalau dengan orang asing x per lah jugak. Ini mesti pakcik BN nie x pun UMNO, tau tau jer lah orang zaman2 60's - 90's nie, banyak terhutang budi dengan Biru, Merah dan Putih. Assabru Minnal Iman. Sabor jer lah

Anonymous said...

orang dah tak pakai baju tu..liv dah tukar penaja lebih setahun..awak tinggalan zaman ni...matlamat tidak menghalalkan cara...

ibnu sarafi said...

memakai baju bersih adalah lebih baik memakai baju caberg kerana terdapatnye lambang salib pada logo liverpool...yang inikah hendak di bawa sembahyang hmm...

نور شهيرة said...

Kesiannya....hanya gara-gara baju jah...sabar..tak patut dibuat camtu..saudara kita tkda salah pun sampai nak halau g masjid..apa hak org tersebut buat gitu...??..sedih betul lah,...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.