Subscribe

UMNO Ketandusan Isu : Cikgu Maarof Pula Diserang.



Saya ingin mengulas mengenai kebaculan beberapa Pemimpin UMNO, dan blogger-blogger upahan UMNO yang tidak bertanggungjawab, yang dilihat semakin ketandusan idea berkempen untuk UMNO di Tenang, dengan mengeluarkan artikel menyerang peribadi Cikgu Maarof pula(Suami Cikgu Normala, Calon PAS di Tenang)berkenaan "Cuti Sakit" yang beliau terima.


Pertama) Pemimpin UMNO SEBENARNYA buat wayang.

Sekiranya dia mendapat cuti sakit yang lama sekalipun,segala dokumen itu PATUT dirahsiakan. Etikanya,hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga. Kenyataan terdesak daripada Muhyidin,Puad Zarkashi, Rosnah Abd Rashid dan pemimpin UMNO yang lain yang mengatakan Cikgu Maarof "ambik cuti sakit untuk berkempen isterinya" adalah satu dakwaan melulu,tidak beretika dan bermotif politik semata-mata.

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan (SMK Tenang Stesen) dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa adalah sangat tidak profesional. Sementara Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan dilihat telah mencampurtangan urusan kerja profesional doktor berkenaan. Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

Sepatutnya siasatan terperinci dibuat terlebih dahulu kepada institusi yang terlibat iaitu: SMK Tenang Stesen dan Klinik Kesihatan Bandar Putra. Namun disebabkan TERDESAK, wayang ini perlu dibuat juga sebagai modal kempen dihadapan pengundi DUN Tenang dan rakyat Malaysia (guna media) agar SEGALA DOSA Calon UMNO Mohd Azhar; yang terpalit dengan kes Mahkamah dapat dikambus dalam diam.

Kedua )Maarof Bersembunyi : Pembohongan Media UMNO.



Media Arus Perdana (talian hayat UMNO) pula menggunakan "reverse psyco" untuk menampakkan seolah Cikgu Maarof benar-benar bersalah (walhal tidak), dengan mengatakan suami cikgu Mala itu bersembunyi. Ok. Sebelum saya mengulas, satu perkara yang perlu diingat dan diambil kira, bahawa SEMUA liputan yang melibatkan pemimpin PR, TIDAK AKAN DISIARKAN oleh Media pengampu UMNO, KECUALI berita untuk tujuan memperburukkan pemimpin Pakatan tersebut.

Berbalik kepada kes, jika anda memahami hakikat ini, anda akan fahami sifirnya juga sama. Iaitu paparan wajah Maarof dan Cikgu Mala juga TIDAK AKAN TERSIAR di kaca TV dan Akhbar kerana mereka daripada PR.

Bezanya, tektik kali ini disensasikan dengan menambah bahawa "Cikgu Maarof bersembunyi" daripada dibuat liputan Media, walhal Maarof seringkali dilihat bersama isterinya itu.

Maka jelaslah, bukan soal bersembunyi atau tidak yang menjadi topiknya.

Kesimpulan:

1) UMNO sudah ketandusan isu untuk berkempen di Tenang.

2) UMNO mahu memperlihatkan calonnya yang kotor itu ( Mohd Azhar) sebagai bersih.

3) UMNO terpaksa mengalih perhatian menyerang peribadi suami Cikgu Mala kerana tiada isu yang boleh dikaitkan dengan Cikgu Mala yang bersih,berkaliber menjadi ADUN Tenang, selain pernah mendapat anugerah Guru Cemerlang.

4) UMNO tersangat takut. Kerana itu UMNO terlalu bergantung kepada Media Pengampu untuk membantu mereka. Jika jentera ini tidak membantu, UMNO boleh ditumbangkan dengan mudah.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Harian Metro Hina Islam



Sumber : Kartun Salam Harian Metro Hina Muslimah Islam?


Oleh: isma daud

Kebolehan yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang adalah untuk seseorang itu membesarkan syariatnya tetapi sayang sesetengah orang nikmat kepandaian dan kebolehannya digunakan untuk mempersendakan ajaran dan suruhan Allah SWT.

Terbaru isu bersalam yang digembar-gemburkan oleh media sempena Kempen Pilihanraya Kecil Dun Tenang sehingga ada yang sanggup melukis kartun dengan niat sinis menghina muslimah dalam isu bersalam ini.

Kartun dalam Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang.

Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri!

Gambar ini jelas menunjukkan perasaan prejudis orang cina dengan digambarkan melalui peniaga wanita cina terhadap wanita muslimah Islam. Apa lagi yang mahu disampaikan oleh kartun seperti ini? Tidak lain dan tidak bukan ianya bertujuan jahat semata-mata menimbulkan perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri.

Apakah pihak ini sudah kehabisan modal untuk berkempen sehingga sanggup melukis dengan perasaan tidak suka dengan seorang muslimah yang hanya menunjukkan satu contoh bagaimana sepatutnya seorang muslimah Islam bersikap??? Rendahnya tahap pemikiran mereka.

Ya Allah berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka semua ini..... Tunjukkan jalan kepada mereka agar mereka kenal kecantikan dan keelokkan agama mereka sendiri dan selamatkan mereka daripada jahiliyyah yang bersarang dalam benak daan jiwa mereka itu dan berilah pertolongan dan kemenangan kepada hamba-hambaMu yang soleh dan solehah khususnya mereka yang berusaha menegakkan syiarMu... amiin, ya rabbal 'aalamiin.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO : Calon di Merlimau Mesti Bersih Sebab di Tenang Tidak Bersih?

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai gesaan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam agar calon BN di Merlimau nanti mestilah "bersih" dari segala sabitan kes jenayah termasuk membabitkan rasuah, muflis serta kes mahkamah dan lain-lain.

Dari Metro: Calon BN Merlimau Mesti Bersih

“Senarai nama calon belum sampai ke tangan saya. Apabila sampai nanti, BN (Barisan Nasional) negeri akan melakukan saringan dengan teliti bersama jabatan serta agensi berkaitan termasuk Polis, Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selepas itu, kami akan hantar terus kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk diteliti dan dipilih. Harap semua pihak bersabar kerana masanya akan sampai juga,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Jelas sekali, UMNO mengalami kesukaran dalam memilih calon yang bersih kerana kebanyakan calon UMNO adalah "kotor" (?).

Dan jika diteliti, kemelut ini bukanlah sesuatu yang baru dalam UMNO dan Barisan Nasional. Tidak kira dalam Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, masalah inilah yang selalu timbul. Masakan tidak, kebanyakan calon yang ada dalam senarai "reserver player" sekalipun mengalami masalah. Belum lagi menjadi calon.

Contoh terkini adalah calon UMNO di Tenang. Mohd Azahar pernah dihadapkan ke mahkamah dengan kes pelelongan tanah.

Sumber HarakahDaily:

Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 inisalah satu kesnya masih belum selesai iaitu kes membabitkan tuntutan Puan Nohana Mohd Ali akan dibicarakan pada 7 Feb di Mahkamah Tinggi Muar.

berbanding calon PAS, Cikgu Normala yang bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu juga pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Begitulah sukarnya UMNO mencari calon yang mempunyai integriti dan berkredibiliti.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

DUN Tenang : Video & Gambar Perarakan Pada Hari Penamaan Calon




Klik Pada Gambar Untuk Besarkan










Dari Lensa Kamera dan Video Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

DUN Tenang : Politik Kotor UMNO di Tenang


Umno bingung hadapi isu negara Islam

Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.


Muhyiddin membuat kenyataan tersebut sebagai menyokong tindak-tanduk MCA yang mengedarkan risalah-risalah berbahasa Cina untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap negara Islam dan PAS sehinggakan seolah-oleh merestui juga tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang kelmarin.

“Dia (calon PAS, Normala Sudirman) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.

Sehingga kini, tiada satu pemimpin Umno, Perkasa dan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom yang tampil untuk menuntut Chua untuk meminta maaf atas tindakannya yang jelas menghina adat Muslimat, terutamanya calon PAS, Normala Sudirman dalam adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk.

Sementara itu, Tuan Ibrahim membidas cara Umno menghadapi isu negara Islam, yang ternyata sangat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh DAP melalui presidennya Karpal Singh, yang baru-baru ini telah menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam dalam konvesyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, bulan lepas.


Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Ghani Othman turut serta bersama MCA dalam memainkan isu negara Islam dengan menakutkan pengundi-pengundi di Tenang bahawa ‘PAS ingin menubuhkan negara Islam dan berkeinginankan hukum-hakam yang memotong tangan kepada mereka yang mencuri’.

Dalam menjawab tohmahan Ghani, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, model negara yang ingin PAS perjuangan sudah dapat dilihat daripada pemerintahan PAS di Kelantan untuk lebih 20 tahun.

“Tiada rakyat yang tersisih dalam arus perancangan dan pembangunan. Kita tidak isytihar atau tukar Kelantan ke Darul Islam, ia kekal Darul Naim.

Kita bawa dasar membangun bersama Islam. Islam yg membawa rahmah, bukan menyusahkan rakyat, bukan merosakkan akhlak rakyat, atau menggalakkan budaya negatif,” tambah Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, usaha Umno dalam menghadapi isu negara Islam hanyalah bertujuan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam dan mengalihkan pandangan rakyat daripada menilai tawaran 100-hari yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.




Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sudahpun membuat deklarasi bersama untuk menerima prinsip-prinsip yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

“Isu negara Islam segaja dilontar bagi mengalih perhatian rakyat dari menilai tawaran 100-hari Pakatan Rakyat. Umno BN bukan sahaja gagal menyahut cabaran debat, sebaliknya menimbulkan isu remeh temeh soal bersalam, soal sarung tangan yang dipakai calon.

"Ini bukti UMNO BN ketandusan modal bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat,” bidas Tuan Ibrahim.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Belanjawan 2011 : Luahan Rasa Rakyat


( ini sebahagian dari ucapan Perdana Menteri belanjawan 2011 ):
4. Bagi penjawat awam:

a) Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

b) Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan.

c) Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.

d) Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.

e) Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.

f) Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

g) Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000
Di atas ini adalah sebahagian dari petikan teks ucapan perbentangan bajet 2011 yang diucapkan sendiri oleh Najib sewaktu perbentangan bajet 2011 yang lalu. Saya adalah salah seorang individu dari beribu lagi individu yang lain yang terangkum dalam perkara “d) Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.” Dengan kata lain pekerja Pegawai Khimat Singkat kerajaan.

Dalam perbentangan bajet 2011 yang lalu kami telah diberi jaminan oleh Najib yang kontrak kami akan disambung lagi setahun. Khabar itu cukup menggembirakan kami kakitangan kontrak kerajaan ini, kerana kita semua sendiri sedar yang dalam Malaysia sekarang ini begitu susah untuk mendapatkan pekerjaan.

Tapi malangnya hinggalah 31 Desembar 2010 kami langsung tidak diberi khabar tentang penyambungan kontrak dan langsung tidak menerima apa – apa notis tentang penyambungan kontrak hinggalah kami terpaksa akur kepada kontrak asal yang ditandatangani sewaktu mula berkhidmat dahulu. Janji – janji Dato Seri Najib untuk menyambung kontrak perkhidmatan kami selama setahun lagi hanya janji – janji kosong dan kami terpaksa melangkah pergi dari jawatan kami pada 31 Desember 2010 begitu sahaja.

Natijahnya hari ini rata – rata dari kami telah menjadi penganggur. Kami menyambut tahun baru 2011 dengan bergelar penganggur pada 1 Januari 2011. Lebih malang lagi majoriti dari kami adalah golongan muda yang berumur bawah 30 tahun. Ramai antara kami yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, perlu membayar ansuran kereta, ansuran rumah, kad kredit, ptptn dan lain – lain tanggungan lagi.

Saya percaya dalam kurang dari dua atau tiga bulan lagi ramai antara kami akan diisytiharkan muflis oleh pihak bank kerana gagal menjelaskan pinjaman kereta, perumahan dan kad kredit. Itu belum dikira jumlah yang disenarai hitamkan oleh PTPTN akibat kegagalan menjelaskan pinjaman.

Untuk mendapatkan perkerjaan baru yang mampu menampung kos tanggungan sedia ada pada waktu ini sememangnya sukar. Memang kami boleh bekerja di mana – mana pasaraya tetapi dengan gaji rm650 sebulan apa yang kami boleh buat dengan jumlah yang sebanyak itu. Kami bukannya budak yang sedang menunggu keputusan SPM untuk bekerja hanya untuk mencari duit poket. Ansuran kereta 500 sebulan, susu anak rm50 setin, sewa rumah rm450 sebulan, itu belum masuk kos makan minum, minyak kereta dan sebagainya lagi.

Untuk mendapat pekerjaan disektor awam yang sesuai dengan kami perlu ada “kabel”, perlu ada “orang dalam”. Jadi bagaimana untuk kami menanggung semua ini.

Adakah ucapan Najib sewaktu perbentangan bajet 2011 berkenaan penyambungan kontrak itu sebagai satu populis atau juga sebagai satu pembohongan. Jika ini satu pembohongan bermakna Dato Seri Najib telah berbohong di dewan rakyat, dan jika berbohong di dewan rakyat ini bermakna Dato Seri Najib telah berbohong kepada rakyat. Lebih parah lagi pembohongan itu pula didalam ucapan perbentangan bajet 2011, dan menjadi kesalahan dalam peraturan parlimen jika seseorang itu berbohong dalam dewan rakyat.

“Peraturan Mesyuarat 36(12), iaitu berkaitan hukuman-hukuman yang wajar ke atas Ahli Parlimen atau Menteri kerana berbohong di Dewan Rakyat.”
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PAS letak calon wanita bertanding di Tenang


PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadiPengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.


Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.

Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong
berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila tenang by election pas announce candidate 160111 crowdpemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.

"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.

Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.

Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".

tenang by election pas announce candidate 160111 wan azizahsementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis
pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.

Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya.

Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.
Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.

azlanSeramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.

Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pas Umum Calon DUN Tenang Hari Ini


SENAI- “Calon yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal beri kejutan,” kata Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed , ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau bagaimanapun meminta semua pihak bersabar dan menantikan calon yang digembar-gemburkan untuk bertanding di kerusi itu.

Ketika ditanya mengenai calon yang terpilih itu, beliau berkata calon berkenaan merupakan seseorang yang dikenali di media massa.

Beliau berkata, pengumuman yang akan dibuat di pekan Labis turut akan dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dr Mahfodz juga enggan mengulas lanjut sama ada calon tersebut adalah wanita atau Ketua Penerangan Pas, Mazlan Aliman yang dikaitkan bagi bertanding di Tenang.

Difahamkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan hadir pada hari penamaan calon itu nanti.

Sementara itu, seramai 2,500 jentera petugas Pas telah mula berkampung di Tenang dan mereka juga akan diletakkan di kawasan pembuangan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Sejak 8 Januari lepas, petugas-petugas Pas telah berkampung di Tenang dan membantu menggerakkan jentera parti bagi meraih undi,” katanya.

Menurutnya, setiap cawangan daerah dan negeri akan menghantar wakil bagi membantu melaksanakan tugasan seperti mengedar risalah, mengadakan ceramah dan bertemu pengundi dari rumah ke rumah.

“Selain petugas dari negeri Johor, negeri-negeri lain turut membantu seperti Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya.

Sebanyak 12 Unit Peti Undi (UPU) terdapat di DUN Tenang dengan 200 orang akan di letakkan untuk menjaga setiap kawasan dari segi pengiraan dan keselamatan.

“Jumlah berkenaan kemungkinan besar akan meningkat pada penamaan calon dan tempoh meraih undi selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, dengan bilangan petugas yang ramai, jentera parti dapat digerakkan lebih cepat dan setiap kawasan seperti Felda dapat ditembusi.

“Banyak kerja yang perlu dibuat dan bukannya asyik sibuk berceramah sahaja. Justeru lebih ramai petugas diperlukan bagi mendekati pengundi dengan cara ukhuwah,” katanya.

Beliau turut yakin monopoli Barisan Nasional atau UMNO di Felda dapat dipecahkan memandangkan pengundi terutamanya generasi kedua di situ lebih cenderung kepada Pas.

“Berdasarkan kepada pemerhatian dan setiap kali turun ke kawasan Felda seperti di Felda Cemplak, pengundi terutamanya generasi kedua Felda, memberikan respons baik kepada Pas,” katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Cantas Mencantas : Layakkan Tun Mahathir Untuk Menasihat?


Sebenarnya isu budaya cantas-mencantas ini telah lama diungkit dalam UMNO. Najib selaku Presiden UMNO sendiri,pernah mengeluarkan satu garis panduan agar semua pemimpin BN menjauhi perbuatan cantas-mencantas bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. Kini Tun Mahathir pula menyuarakan perkara yang sama berhubung tabiat buruk itu dikalangan pemimpin UMNO Kedah.

Apapun, dari segi pandangan rakyat marhaen/pengundi kepada UMNO dan BN khususnya, fenomena ini sudah boleh menjelaskan dan menginterpretasi bagaimana politik BN itu berjalan; kebanyakan pemimpinnya rata riti mempunyai sikap yang sama. Tidak kira siapa, bila, dan apa suasananya. Yang ketaranya pula adalah; apabila melibatkan pemilihan pucuk pimpinan (dari serendah-rendah cawangan hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi). cakap belakang, tikam belakang, tuduh-menuduh antara satu sama lain, mereka-reka cerita dan banyak lagi.

Kes Khairy Jamaluddin vs Mukhriz Mahathir? Kes PakLah vs Mahathir? Siapa yang lupa? Pi mai Pi mai, tang tu juga. Orang itu juga. Semua sama sahaja.

Sementelaah pula, tokoh yang terkenal dengan budaya cantas-mencantas ini yang cuba menasihat pemimpin lain. Siapa tidak kenal Tun Dr Mahathir? Seorang yang ingin menguasai UMNO secara mutlak dengan mencantas sesiapa sahaja yang dikira boleh mengganggu gugat cita-citanya. Sebarang penentangnya di dalam UMNO dicantas dan disingkir. Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semuanya dicantas, disingkir, malah dipenjarakan. Dan betapa ramai pemimpin UMNO persalahkan Mahathir;

"Tun (Dr. Mahathir) tidak sepatutnya membuat kritikan terhadap soal pencalonan Presiden, kuota, undi bonus, dan kritikan terhadap Majlis Tertinggi. Sistem kuota misalnya adalah bermula sejak zaman Tun sebagai Presiden Umno lagi."
-Datuk Ismail Sabri Yaakob, 5 April 2008

"Pada saya, saya setuju dengan Zam (bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin) kata...sebenarnya Umno ni kuat tapi yang menyebabkan Umno ni jadi cedera sekarang ni (ialah) Tun Mahathir."
-Datuk Seri Nazri Aziz, 4 April 2008

"Saya rasa elok juga Tun (Dr. Mahathir) lebih berhati-hati dalam kenyataan kerana kita tidak mahu kalau dulu di bawah kepimpinannya Umno mati, Umno musnah, dibatalkan pendaftaran dan mati dalam bentuk yang lain selepas ini. Saya bimbang Umno semakin lemas dan kelemasan itu bermula pada zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir yang mana Umno diharamkan."
-Datuk Ahmad Shabery Cheek, 4 April 2008

"Maka itu sumbangannya (Dr. Mahathir) terhadap menghakis keyakinan rakyat berbilang kaum (terhadap BN) adalah mengatasi pengaruh blog dan laman web... kata-katanya berbisa dan beracun."
-Datuk Seri Zainuddin Maidin, 31 Mac 2008

Rasanya, baik Tun Mahathir lupakan sahaja. Penyakit ini bukan ditanggung oleh seorang dua, bukan menjangkiti ketua cawangan sahaja, malah dari sekecik-kecik hinggalah sebesar-besar pemimpin termasuk Tun Mahathir sendiri.Ia telah menjadi kudis membengkak hingga ke usus.

Mahu UMNO berubah, bukan hanya terletak di "budaya cantas mencantas" sahaja. Tetapi perubahan secara total termasuk dasar,prinsip UMNO itu sendiri. Itupun jika keredhaan Allah swt yang dicari, dan "Fastabiqul Khairat" (berlumba-lumba buat kebaikan) yang dikejari.

Namun mampukah UMNO meninggalkan nama, kedudukan, pangkat dan jawatan untuk survival politik?

Rasanya tidak. Lupakan..


Hapuskan tabiat mencantas

KUBANG PASU 12 Jan. - Tabiat cantas mencantas yang berlaku dalam UMNO Kedah perlu dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tabiat itu memang berlaku dan ia boleh menjadi penghalang kepada cita-cita BN untuk merampas semula Kedah yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau berkeyakinan perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah seperti yang diumumkan baru-baru ini boleh membawa kemenangan kepada BN dengan syarat sesetengah pemimpin UMNO menghentikan kelakuan yang tidak baik itu.

"Insya-Allah boleh (menang) kalau tidak ada cantas mencantas, memang boleh menang (pilihan raya).

"Yang jadi masalah ialah bila orang lain naik, yang tidak naik dia cantas. Bila yang tak naik ini naik, orang lain pula cantas, jadi tidak boleh menang sampai bila-bila pun," katanya selepas merasmikan prapelancaran sambutan Jubli Perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abdul Majid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang diumumkan baru-baru ini mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Melalui rombakan tersebut, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Menjawab satu soalan Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam menentukan kedudukan anaknya, Mukhriz dalam politik negara.

Malah katanya, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya daripada terlibat dalam politik kerana bimbang ia akan disalah tafsir oleh rakyat.

"Saya tak campur tangan sama sekali berkenaan dengan nasib baik buruk anak saya, daripada dulu pun saya tidak pernah campur tangan. Semasa jadi perdana menteri, saya larang anak saya daripada terlibat dalam politik, takut orang kata kerana bapa dia perdana menteri.

"Sekarang ini bapa dia tak jadi perdana menteri, masih lagi bapa tak ada kacau. Ini urusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang menentukan," ujarnya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mungkinkah PERKASA dan GAPS mengamuk??


Jika sebelum ini pelbagai isu melibatkan orang Melayu Islam, PERKASA dan GAPS dilihat berlagak menjadi Hero Pembela Melayu, adakah isu ini juga mereka akan lantang menentang atau menimbulkan pertikaian??

Apakah pula reaksi pemimpin UMNO berhubung tindakan yang dibuat MPSJ ini?

===========

Apapun syabas diucapkan kepada MPSJ yang melaksanakan amanah Amar Makruf Nahi Mungkar dibawah kerajaan PR Selangor. Laksanakan apa yang termampu. Soal penutupan terus kilang arak Carlsberg atau Guinness Stout atau Tiger Beer yang rata-rata orang Muslim yg bekerja di sana, adalah lebih kepada soal kerajaan Pusat/Federal.

Biarpun kilang arak tersebut berada di dalam peta dan kawasan Negeri Selangor, dan berkebetulan Kerajaan PR Selangor baru memerintah,maka pelaksanaan step by step ini dilihat satu cara yang wajar dipuji. Perlu diingatkan, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat penutupan secara terus kepada kilang besar Casberg kerana lesen besarnya rata-rata terdiri daripada investor yang mendapat kelulusan dari kerajaan Pusat sendiri, bahkan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya juga ada orang yg berkepentingan dgn Kerajaan Pusat.

Jadi pelaksanaan berperingkat dengan mengambil tindakan kepada pusat hiburan yang menggaji org Muslim bekerja dgn melibatkan arak/ada menjual arak sebagai satu langkah permulaan. Dan diharapkan selepas ini, pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang menjadi tokey besar pula terlibat dengan pengharaman ini.


Kepada pekerja-pekerja Muslim, ingatlah. Rezeki Allah ada di mana mana jua.Bumi Allah luas terbentang.

Seperti mana maksud ayat ayat 2 & 3 Surah At Talaq,

" Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah( yakni mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)nescaya dijadikan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya.

Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat bulat kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya(untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.Allah telah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu.

MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.
Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Terengganu edar jarum percuma untuk penagih?

Dr. Syed Azman Syed Ahmad

Pelbagai persoalan yang kini timbul di kalangan masyarakat dan warga Kuala Terenganu. Apakah benar dengan pengedaran pemberian Jarum dan Alat suntikan secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu, ia akan dapat mengurangkan jumlah kes HIV/ Aids di negeri Darul Iman ini? Bagaimana pula dengan nasib penagih-penagih dadah yang di bekalkan dengan Jarum dan Alat suntikan secara percuma? Apakah mereka ini akan dibiarkan menagih sampai mati dengan begitu sahaja tanpa suatu polisi penyelesaian yang mantap serta berkesan? Ini semua antara persoalan yang mendapat pelbagai reaksi negatif di kalangan masyarakat dan warga

Ya, mungkin polisi pemberian jarum dan alat suntukan secara percuma ini berkaitan rapat dengan negeri Darul Iman yang telah mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009. Malahan seperti yang di dedahkan oleh Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan bahawa kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri Darul Iman kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan dengan peningkatan sebanyak 14 peratus sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Lebih menakutkan lagi, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

Namun seperti yang didedahkan oleh Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, Pengarah Institut Kesihatan Global Antarabangsa, sebuah agensi di bawah Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa trend peningkatan kes HIV/Aids di Malaysia ketika ini bukan lagi disebabkan masalah penagihan dadah dan penggunaan jarum suntikan, sebaliknya hubungan seks yang tidak selamat lelaki dengan perempuan serta aktiviti homoseksual antara lelaki sesama lelaki. Jadi, dimanakah rasional dan kewajaran pengedaran pemberian Jarum dan Alat suntikan secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu?

Persoalan besar yag timbul kini, apakah jalan terbaik baik bagi mencegah penularan HIV/AIDS? Apakah dengan mensasarkan penagih-penagih dadah dengan pemberian jarum percuma semata-mata ataupun dikalangan remaja yang kini terdedah dengan seks bebas tanpa menggunakan ‘alat keselamatan’? Rasionalnya kalau pemberian jarum secara percuma kepada penagih dadah dianggap boleh mencegah penularan HIV/AIDS maka apa salahnya kalau kerajaan turut mengedar kondom secara percuma kepada para remaja kerana ini merupakan amalan ‘seks selamat’ (safe sex) yang juga mampu mencegah penularan HIV/AIDS di negeri Terengganu.

Ya ini semua rasional lojik akal yang tidak berpaksikan agama. Nagara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mengamalkan polisi pemberian jarum serta kondom secara percuma! Namum sehingga kini mereka gagal menyelesaikan masalah HIV/AIDS di negara mereka sendiri. Tiada pilihan, jalan terbaik mengekang penularan HIV/Aids ialah dengan kembali kepada ajaran agama…selamatkan Gganukite.


Terengganu edar jarum percuma untuk penagih?


Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia Datuk Zaman Khan ketika berucap pada majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu beberapa bulan lepas mendedahkan bahawa lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada kalangan umat Islam. Beliau berkata lebih membimbangkan laporan sesi khas perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) Deklarasi Komitmen mengenai AIDS menyatakan sembilan rakyat negara ini dijangkiti penyakit tersebut setiap hari.

Lebih membimbangkan lagi adalah sebanyak 35.9 peratus kes jangkitan berlaku di kalangan golongan muda antara umur 13 hingga 29 tahun dan sehingga kini telah berlaku 13,394 kes kematian yang dilaporkan berkaitan AIDS. Kaum lelaki merupakan jumlah paling ramai dijangkiti HIV dengan 92 peratus kes manakala wanita dan gadis kurang daripada 10 peratus kes. Manakala punca utama jangkitan HIV/AIDS adalah penagihan dadah dengan menggunakan jarum dan bertukar jarum yang kotor. Namun peningkatan kes baru pula, kebanyakannya membabitkan hubungan seksual yang tidak selamat secara heteroseksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki menerusi hubungan seks homoseksual yang kini meningkat kepada hampir 30 peratus.

Mengulas mengenai jangkitan di Terengganu, beliau berkata sebanyak 315 kes baru dilaporkan pada tahun lepas. Angka itu meletakkan Terengganu di tempat keempat tertinggi selepas Kelantan (596), Pahang (431) dan Selangor (378), beliau.

Pada majlis yag sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abd. Rahman Mokhtar menyatakan bahawa kerajaan negeri kini sedang giat memperkenalkan program pemberian dan pengedaran ‘Jarum dan Alat suntikan’ secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu. Beliau mendedahkan bahawa dalam tempoh dua minggu sahaja seramai 216 penagih dadah di sekitar bandar Kuala Terengganu telah menyertai Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Beliau menambah lagi bahawa sambutan tersebut membuktikan tahap kesedaran pengguna dadah tentang jangkitan HIV/ Aids melalui pertukaran jarum suntikan di negeri ini semakin meningkat. Rasional pemberian jarum suntikan secara percuma kepada penagih dadah di Terengganu adalah kerana polisi ini dapat mengurangkan jumlah kes HIV/ Aids di negeri ini sekali gus mengurangkan kos rawatan setiap pesakit yang telah dijangkiti. Melalui program sedemikian, pihak kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM500 setahun untuk memberikan alat suntikan secara percuma kepada setiap penagih dadah berbanding dengan RM600 sebulan untuk merawat setiap pesakit yang dijangkiti HIV/Aids.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan


SHAH ALAM 11 JAN : Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.
Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.

"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.

Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.

Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Akur Kontraktor Melayu



Akhirnya akur juga Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dengan kejayaan sistem tender terbuka kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mana terbukti kontraktor-kontraktor Melayu mampu berdaya saing tanpa kabel politik Umno.

Kecekapan, ketelusan dan keikhlasan urus tadbir kerajaan negeri telah diakui oleh Pengerusi PKMM cawangan Pulau Pinang Datuk Mohamed Fadzill Hassan yang telah memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu pertemuan di Komtar, Georgetown pada Jumaat lalu.

Beliau meminta maaf berikutan beberapa kenyataannya yang telah menghentam Guan Eng tanpa asas yang kukuh.

Sebelum ini, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan lebih 70 peratus kontraktor Melayu berjaya memenangi tender terbuka di negeri itu, Mohamed Fadzill mendakwa ia tidak menggambarkan agihan sebenar secara adil.

Beliau membuat dakwaan bahawa nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Melayu jauh lebih rendah berbanding dengan nilai kontrak yang diterima oleh kontraktor bukan Melayu.

Guan Eng kemudiannya mendedahkan fakta bahawa kontraktor Melayu mendapat 100 peratus tender projek Jabatan Pengairan dan Saliran, dan 98 peratus projek Jabatan Kerja Raya - kesemua 18 tender JPS bernilai RM40.94 juta manakala 16 daripada 17 tender JKR bernilai RM20.4 juta.

Daripada jumlah nilai RM20.4 juta bagi tender JKR, satu-satunya kontraktor bukan Melayu yang berjaya hanya mendapat kontrak bernilai RM407,000, atau dua peratus sahaja.

Sama ada semua kontraktor Melayu yang berjaya itu adalah ahli Umno, PAS, PKR, DAP, Gerakan atau tidak berparti, ia bukan penentu untuk memenangi tender. Sistem tender terbuka Pulau Pinang hanya memilih mereka yang cekap, berpengalaman, berkemampuan, berdaya saing dan bertanggungjawab.

Selain Fadzill, beberapa pemimpin Umno juga telah menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganaktirikan kontraktor Melayu, walau pun tidak ada sebarang bukti dikemukakan untuk melapik dakwaan berkenaan.

Guan Eng sendiri telah pun membalas tuduhan itu: "Urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor Umno yang lembik dan dayus sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik Umno dan hidup sebagai kontraktor kroni".

Kini sepi sudah tuduhan-tuduhan dari PKMMPP. Semoga golongan kontraktor Melayu ini tegas dengan pendirian mereka tanpa perlu takut dengan gertakan dari mana-mana kelompok tertentu.

Setelah meminta maaf kepada Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Mohamed Fadzill menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Difahamkan PKMMPP mahu kerajaan negeri menarik balik keputusan senarai hitam lebih 40 kontraktor Melayu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Umno tetapi ia dinafikan oleh Guan Eng yang menjelaskan bahawa ia hanya mahu memastikan semua kontraktor memang cukup kelayakan, dan bukan menjadi kroni kepada mana-mana pihak.

Hampir sebulan yang lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menjelaskan bahawa apabila projek-projek diserahkan kepada kontraktor-kontraktor Umno berdasarkan kabel politik dan kronisme sewaktu Barisan Nasional memerintah negeri, banyak masalah melanda projek-projek kerajaan.

"Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni Umno, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor Umno ini membida projek," katanya, sambil menjelaskan arahan itu bukan bermaksud menyenaraihitamkan mana-mana kontraktor.

Guan Eng turut menjelaskan bahawa beliau dengan hati terbuka menerima permohonan maaf daripada Mohamed Fadzill walau pun beberapa kenyataan dari pemimpin PKMMPP itu yang sebahagian besarnya disiarkan dalam akhbar-akhbar bahasa Melayu kerap menyerangnya dan kerajaan negeri pimpinannya.

Namun, sebagaimana yang dijangkakan, media berbahasa Melayu tidak menyiarkan sama sekali berita peristiwa bersejarah pada Jumaat lalu.

Apakah kerana ia melambangkan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah kontraktor Melayu atau lebih dari itu, adakah kerana ia petanda bahawa semua kaum boleh mendapat faedah bersama jika mereka bekerjasama?

Apa yang Guan Eng harapkan adalah usaha menyelesaikan masalah dengan memulakan lembaran baru bagi memastikan hanya kontraktor-kontraktor yang cekap, berpengalaman dan layak diberikan projek-projek pembangunan rakyat.

Strategi pentadbiran dan politik sedemikian bukan sahaja memberi habuan sah kepada kontraktor yang layak tetapi juga memastikan tidak ada sesiapa bakal menjadi mangsa kerja tidak sempurna yang boleh mengakibatkan kecelakaan atau maut.

Tetapi masih ada beberapa media dan pemimpin politik tertentu yang tidak mahu rakyat Malaysia hidup bersahabat tanpa mengira kaum dan agama kerana beranggapan ia akan membinasakan ideologi perkauman mereka.

Kelompok-kelompok ini percaya mereka akan hanya kekal relevan jika pengasingan kaum, ketuanan satu bangsa serta tuntutan perkauman yang melampau diteruskan demi survival politik mereka.

Oleh itu tidak mengejutkan jika mereka terus mencari kuman di seberang laut untuk menggagalkan sebarang usaha DAP dan Pakatan Rakyat merapatkan hubungan antara kaum dan agama berasaskan gagasan Ketuanan Rakyat.

Jika para pemimpin Umno dan BN boleh turut akur dengan kejayaan usaha yang dibawakan oleh Pakatan, tidak ada apa yang perlu dimalukan jika mereka juga memulakan langkah-langkah yang sama di peringkat Pusat dan negeri-negeri di bawah tadbiran BN.

Saranan yang sama juga perlu disampaikan kepada Pakatan untuk mengambil yang jernih dari BN tetapi sayangnya, walau pun ada, tidak banyak yang telus dan mulus dapat dipelajari dari BN.

Tidak ada sesiapa yang akan rugi, sebaliknya rakyat pelbagai kaum, malah dari pelbagai parti politik serta tanpa berparti, dapat meraih faedah jika Pusat menghentikan permusuhan dan sekatan-sekatan hak terhadap negeri-negeri Pakatan.

Akur kontraktor Melayu di Pulau Pinang yang kebanyakannya dari kalangan Umno dengan usaha Guan Eng dan kepimpinan negeri telah membuktikan sekurang-kurangnya apa yang Pakatan lakukan sudah membuahkan hasil.

Segala yang besar biasanya bermula dengan satu langkah yang kecil.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Apakah niat Umno?

Oleh : Nurul Izzah Anwar


Setiap perbuatan akan dinilai dengan niat atau nawaitu di sebalik perbuatan itu. Oleh demikian, rakyat harus menilai apakah niat sebenar Umno didalam beberapa peristiwa dan tindakan yang berlaku kebelakangan ini. Adakah niat Umno untuk memartabatkan kedaulatan Raja-raja Melayu khususnya dalam isu pelantikan SUK Negeri Selangor yang dikatakan diperkenankan oleh Sultan sendiri atau sekadar menggunakan Institusi Raja-raja Melayu (sila rujuk pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-raja Melayu yang diperkenalkan Presiden Umno pada 1993) untuk kepentingan kelangsungan hayat Umno?

Adakah niat Umno untuk berbincang dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan diambang hari Natal di Istana Terengganu demi kepentingan kaum Melayu atau untuk kepentingan sempit Umno sahaja?

Adakah niat Umno melaungkan 1Malaysia untuk perpaduan rakyat atau untuk perpecahan rakyat demi kepentingan Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mendahulukan rakyat didalam memberhentikan subsidi rakyat atau mendahulukan kepentingan ekonomi Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk membangunkan hartanah penduduk Kampung Baru atau untuk membangunkan hartanah menguntungkan Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mencanangkan peningkatan pendapatan rakyat dengan Model Eknomi Baru atau sekadar mencari peluang mengkayakan kroni dengan projek-projek mewah lagi mahal?

Adakah niat Umno untuk menjamin demokrasi rakyat dengan membiarkan proses pilihanraya yang berat sebelah sehinggakan perkara mudah dan dasar seperti menggunakan dakwat untuk jari mereka yang sudah mengundi dilarang demi untuk menjamin kemenangan ‘curi ayam’ Umno sahaja?

Adakah niat Umno untuk mempertahankan hak rakyat dengan terus memanjangkan pengisytiharaan darurat serta undang-undang anti-demokratik seperti ISA atau untuk sebenarnya mempertahankan ‘hak’ Umno terus memerintah?

Adalah tidak salah kalau tindakan Umno berniat untuk kepentingan Umno sahaja tetapi ia harus berlaku jujur dan berterus terang kepada rakyat bahawa segala yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan Umno secara ekslusif dan bukan inklusif untuk semua rakyat sehinggakan Raja-Raja melayu, kakitangan kerajaan dan institusi kerajaan dijadikan sekutu bersubahat didalam agenda Umno sahaja.

Seandainya Umno benar-benar berniat memperjuangkan hak rakyat, Umno seharusnya menyambut tawaran membentangkan satu rang undang-undang dwi-partisan bersama Pakatan Rakyat didalam satu sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Presiden Umno pada bila-bila masa sahaja, bernama AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang bertujuan untuk membatalkan pengisytiharan darurat, memansuhkan undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian Sabah dan Sarawak, menjamin pilihanraya yang telus lagi bersih, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan menjaminkan kebebasan media dengan kadar segera.

Biarlah AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI ini menjadi ujian kejujuran niat Umno serta niat Pakatan Rakyat dengan memberikan peluang sebenar untuk rakyat menentukan siapa yang dipilih memerintah Negara dan memperjuangkan hak rakyat secara adil.

Memang benar, niat menjadi penilai segala perbuatan dan rakyat mesti membuat penilaian serta pilihan jika Umno berniat ikhlas dan suci untuk rakyat atau sebaliknya?

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pindaan Perlembagaan Selangor-Sindiran kepada UMNO



Apabila pada tahun 1993 Madey al-Kutty meminda perlembagaan Malaysia bertujuan melucutkan kuasa raja-raja Melayu, UMNO bersetuju melakukannya. Sekarang mereka nak berlakon mengelirukan rakyat dengan berdiri di belakang raja apabila timbul konflik dengan PR. Di sini dapat dilihat betapa hipokritnya UMNO. Raja Melayu pun satu hal, patutnya ambillah tindakan yang proaktif dengan menyebelahi PR yang ingin mengembalikan kuasa raja yang telah hilang itu. Malangnya raja-raja melayu telah dicucuk hidung oleh UMNO dengan projek dan lain-lain kenikmatan dunia. Oleh itu mata raja-raja Melayu jadi kabur bila bertembung antara nasib rakayat marhaen dengn imbuhan dan umpanan UMNO yang sangat lumayan.

Sekiaranya MB Selangor berjaya meminda perlembagaan Selangor maka kita boleh buat kesimpulan bahawa semua ADUN PR dan UMNO bersetuju memindanya. Sekiranya gagal dipinda dek kerana tidak disokong oleh ADUN UMNO, maka dapat diandaikan memang UMNO ingin mengekalkan raja tinggal dalam keadaan tanpa kuasa dan dicucuk hidung oleh UMNO.

Ironinya akan diketahui bahawa dalam apa juga tindakan ahli UMNO hanya menjaga survival parti lebih daripada survival rakyat yang kononnya mereka dahulukan. Sebenarnya rakyat ditinggalkan, kroni UMNO didahulukan.

Bukan dalam kes pindaan perlembagaan ini sahaja UMNO menentang PR malah dalam hal-hal yang bersabit dengan keperluan rakyat yang diperjuangkan oleh PR juga ditentang oleh UMNO. Apabila MP Pr mencadangkan agar harga barangan harian dan perolium diturunkan ia ditentang oleh UMNO/BN, PR cadangkan hapuskan tol dan saman ekor demi kepentingan rakyat UMNO/BN tentang. PR melalui DSAI bantah perjanjian kerajaan dengan APCO/Yahudi/Zionis UMNO/BN tentang. Apabila PR pertahankan subsidi kepada rakyat dan hapuskan subsidi kepda pengusaha IPP UMNO/BN tentang. Apabila PR cadang elaun Khas RM 500 kepada guru-guru UMNO/BN tentang. Apabila Pr cadang pendapatan minimum isi rumah RM 4000 sebulan UMNO/BN tentang.

Kesimpulannya, berdasarkan fakta-fakta tersebut (masih ada fakt-fakta lain lagi) dapatlah dikatakan bahawa UMNO/BN bukanlah parti yang membela rakyat malah parti yang menjahanamkan rakyat. Ubah Sekarang. Selamatkan Malaysia.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Fitnah LGE : UMNO mengaku akhirnya



Tuduhan dilemparkan kepada Lim Guan Eng kononnya beliau telah menindas Melayu di Pulau Pinang berhubung peruntukan yang tidak diberi untuk program yang berunsurkan keIslaman dan meminggirkan kontraktor Melayu Pulau Pinang.

LGE dalam kenyataann belanjawan 2011 telah menjelaskan bahawa :

  • peruntukan Majlis Hal Ehwal Islam Penang dinaikkan hingga lebih 30 juta.
  • 94 peratus tender di JKR dimenangi Melayu.
  • 90 peratus tender di Jabatan Perairan dan Saliran dimenangi Melayu.

LGE membentangkan fakta berserta dengan nilai kontrak iaitu masing-masing lebih RM 40 juta. Sekarang ini si Fadzil Presiden kontraktor Pulau Pinang meminta maaf kerana memfitnah LGE dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah.

Inilah bukti bahawa semua tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO/BN kepada PR selama ini adalah bohong belaka termasuk tuduhan kes fitnah liwat 2 yang melibatkan DSAI. Sebab itulah mengapa UMNO/BN menghalang pihak pembelaan DSAI akses kepada maklumat dan exhibit perbicaraan kes fitnah Liwat 2 itu. Berhati-hatilah dengan UMNO pemfinah dulu kini dan selamanya. Mereka mengaku juga akhirnya.


Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

NONELim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hukum bunuh pengkritik sultan : GAPS dan PERKASA Sesat, Terseleweng Akidah!!

"Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja Melayu dengan para nabi as sedang para al-khulafa al-rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih." - Dr Mohd Asri


Sekali lagi pendakwah bebas yang juga bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terpaksa menyuarakan teguran walaupun mungkin pahit bagi sesetengah pihak.

Kali ini ialah tegurannya terhadap beberapa pihak yang mencadangkan supaya pengkritik sultan, dibunuh.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, pada 3 Januari lalu, dua NGO ada membuat cadangan itu.

Shuhaimi Shafiei


Ia ialah Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mahu Adun Seri Muda Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Shuhaimi dikatakan antara lain, dalam blognya menulis – jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Sehubungan itu, dalam entri terbaharu drmaza.com, tanpa merujuk secara khusus isu berkenaan dan tidak menyebut langsung nama Sultan Selangor, Dr Mohd Asri mencatatkan bahawa mana-mana sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja Melayu dengan para nabi as sedang para al-khulafa al-rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,”
catat Dr Mohd Asri.

Katanya, walaupun isu itu ada kaitan dengan politik kepartian tertentu, beliau mengulas cadangan menjatuhkan hukuman bunuh berkenaan dari sudut hukum Islam.

Catat beliau, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Justeru, pada beliau, cadangan itu bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul sedangkan dosa membunuh dalam Islam lebih besar berbanding dosa zina, arak dan judi.

Beliau menyifatkan cadangan itu lebih hina dan besar dosanya berbanding menggalakkan pemerintah berzina, berjudi, minum arak atau kesemua maksiat yang lain.

Tanpa merujuk kepada raja atau sultan di Malaysia, sebaliknya semua mana-mana raja atau sultan di seluruh dunia, Dr Mohd Asri mencatatkan:

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat Nabi saw yang berjuang bersama Nabi saw lebih mulia daripada kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini.

“Pada saya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’.

“Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak”.

Justeru, Dr Mohd Asri menegaskan bahawa adalah wajib bagi pihak yang mencadangkan hukuman bunuh itu bertaubat serta menarik balik cadangan berkenaan.

Sementara itu, Suhaimi sendiri dalam kenyataan terbaharu menerusi Pembantu Khasnya, Azmizam Zaman Huri sebagaimana disiarkan malaysiakini.com menjelaskan bahawa, kenyataannya berhubung isu itu telah dimanipulasikan akhbar tertentu sedangkan kenyataan bertarikh 30 Disember itu tidak ditujukan kepada Sultan Selangor.

Justeru, kita berpendapat, adalah tepat jika semua pihak kembali kepada syariat dalam menangani apa juga isu serta mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengannya.

Bukan kerana pencadang agar pengkritik sultan dihukum bunuh adalah penyokong Umno manakala individu yang didakwa mengkiritik sultan adalah penyokong Pakatan Rakyat, tetapi demi pemurniaan akidah serta mengelak salah faham di kalangan rakyat, semua pihak perlu kembali kepada hukum Islam sebenar, bukan meletakkan hukum di tangan dan emosi sendiri.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kempen Untuk UMNO : Pengarah Pelajaran Johor Tidak Profesional



Kalo Tv1 berkempen untuk UMNO BN memang padan sebab memang RTM "dimilikan" kepada UMNO BN sejak turun temurun. Kalo Tv3Suku berkempen untuk UMNO BN maka memang patut sebab sudah 3 suku sengetnya. Kalo Utusan Meloya berkempen untuk UMNO BN memang juga patut kerana berita-beritanya yang termuat pun amat meloyakan. Kalo Berita Hairan berkempen untuk UMNO BN maka tidaklah menghairankan kerana periuk nasi, laku tidak laku akhbar depa bergantung talian hayat kepada UMNO BN.

Tetapi jika BTN berkempen untuk UMNO, Pengarah Pelajaran berkempen untuk UMNO, ini sudah tentu-tentunya berlebihan. Memanglah tidak menghairankan cuma amat meloyakan. Hanya mereka yang berotak tiga suku sahaja sanggup menjadikan pentas dan jawatan yang disandang untuk menyebar pengaruh UMNO BN. Dari segi etikanya,sudah pastinya mereka yang menjawat jawatan dalam kerajaan dilarang sama sekali daripada membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya.

Dari segi keprofesionalisme pula, tindakan-tindakan begini sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional. Namun apakan daya, demi menjaga kelansungan hidup UMNO BN yang diambang kehancuran kuasa, apa-apa sahaja cara digunakan untuk berkempen UMNO BN.

Etika?? Profesional? Tunggulah apa jawapan balas depa. Sudah pastinya depa akan mengatakan bahawa depa masih dalam ruang lingkup menjaga "etika" dan mengekalkan ke"profesionalisma" dalam perkhidmatan. Sebab bagi depa "Beretika dan berprofesional" lah depa buat lagu tu. Bukankah menyeru supaya menyokong Kerajaan yang ada, suruh sokong 1 Malaysia,dan lain-lain juga dikira sebagai menyokong Kerajaan Malaysia yang tercinta?? Jadi apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia (walhal Kerajaan UMNO BN) maka kenalah sokong.

Haha.Lupakan. Depa ini tidak mengerti dan reti apa itu etika apa itu profesional. Bak kata Pendekar Mustar " Buta Kayu".

PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

NONELaporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tenang: Risalah fitnah mula disebar


KUALA LUMPUR, 4 Jan: Risalah tidak bertuan yang mula tersebar di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bertujuan mempengaruhi pengundi Melayu, dakwa Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.Beliau berkata, pihaknya ada melihat risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti-Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' itu namun belum terserempak dengan individu yang melakukan penyebaran itu. "Sekarang ini dah mula banyak risalah tidak bertuan mula disebarkan di Felda dan nampaknya risalah tu lebih kepada nak mempengaruhi pengundi Melayu.

Banyak risalah yang kita jumpa telah diedarkan yang ditinggalkan di kedai-kedai makan, bukan sedang diedarkan. Jadi kita tidak boleh tuduh sesiapa sebab tak ada nama," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, yang merupakan Pengarah Keselamatan Pemuda PAS negeri, pihaknya tidak akan teragak-agak membawa perkara itu kepada pihak polis sekiranya menjumpai individu yang melakukan perbuatan itu.

"Kita minta unit keselamatan pemuda, sekiranya menjumpai risalah yang disebarkan, kita ambil dan buang.

"Kalau kita jumpa mana-mana pihak yang menyebar risalah ini kita tidak akan teragak-agak untuk bawa mereka kepada pihak polis kerana risalah ini lebih kepada menyampaikan fitnah kepada masyarakat," katanya.

Ujarnya, kemunculan risalah-risalah fitnah ini lebih wajar diberi perhatian berbanding menuduh PAS mula turun berkempen.

"Dalam media Umno BN tuduh PAS mula berkempen. Memang kita turun tapi atas nama parti ataupun organisasi seperti melancarkan jentera pilihan raya dan sebagainya. Itu perkara biasa.

"Tapi ada pihak yang turun tanpa menamakan diri mereka siapa dan mengedarkan risalah. Ini satu kempen yang tidak sihat," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan penyebaran risalah fitnah ini di sekitar Dun Tenang.

Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Serah kepada polis

Sementara itu, ketua pemuda sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke tidak menolak kemungkinan penyebaran risalah fitnah itu dilakukan Umno BN yang mula bimbang dengan kemaraan Pakatan rakyat di negeri itu.

"Ini tindakan terdesak Umno, taktik kotor, taktik biasa mereka sebab mereka tak ada isu untuk menentang Pakatan Rakyat kecuali fitnah dan mengelirukan rakyat dan membuat rakyat marah dengan menyebar fitnah bahawa DAP anti-Islam," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli Parlimen Rasah yakin rakyat khususnya di Dun Tenang tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dijangkakan akan lebih meluas sepanjang tempoh kempen nanti.

"Kita jangkakan lebih banyak risalah yang akan keluar menjelang kempen pilihan nanti.

"Tapi saya percaya rakyat tak mudah terpedaya dengan fitnah ini," katanya.

Menurut beliau juga, pakatan Rakyat tidak bimbang dengan fitnah itu sebaliknya telah bersedia untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Kita tak perlu risau sebab kalau kita memberikan penerangan yang cukup, kita boleh mengenepikan segala fitnah itu," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni antara kaum ketika ini.

"Ini tugas polis untuk menahan sesiapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini kerana ia bersifat fitnah dan melanggar dua undang-undang iaitu akta hasutan dan akta percetakan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada bidang kuasa menahan orang awam tetapi hanya bveoleh bertindak ke atas parti politik dan calon yang bertanding sahaja. Jadi kita serah kepada polis," katanya.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Fitnah: Blogger Umno Minta Maaf


Media baru: PAS harap polis adil

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Dis: PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat.

“Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

“Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi.

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN.

“Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina,” katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]