Subscribe

Dun Merlimau : Lu Tak Tolong Gua Lu Boleh Blah


"Lu tolong gua, gua tolong lu.. " ATAU "Lu tak tolong gua, lu boleh blahhh~!!"

KM Melaka: 'Bantuan datang hanya jika BN menang'

Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Beliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.


Seorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kaji Minyak Supaya Tak Naik Tapi Naik


Ini berita buruk yang paling panas sehinggakan memanaskan tellinga kita mendengarnya. Apa tidaknya, KERAjaan kabarnya sedang mencari opsyen untuk elak petrol RON 95 naik lagi.

Inilah berita yang paling tak masuk akal yang dibuat oleh pihak KERAjaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob. Depa kaji la macamana pun, minyak ni tetap akan dinaikkan.

KERAjaan sudah kehabisan wang, menaikkan harga petrol negara merupakan income besar bagi BN untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal menjelang. Jangan la sesapa pun dok percaya kenyataan terbalik dari menteri ni. Ingat lagi kata katanya yang mengatakan minyak takkan naik sehingga akhir tahun 2010? Akhirnya minyak naik juga menipiskan poket poket rakyat miskin dan mengkayakan kroni dan kantung BN.

Kesimpulan, "bengong".

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bob Lokman Berjuang Di Dalam PAS Kerana Allah


Bob Lokman telah disahkan menyertai PAS pada hari Sabtu lepas melalui/menyerahkan borang ahli kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut. Sebelum ini, sebuah video berkenaan kenyataan Bob Lokman yang mahu berhenti daripada menjadi juri Raja Lawak 5 telah berlegar di internet. Mungkin penonton nampak ia adalah satu perancangan "Raja Lawak 5" yang diatur, rupanya ada makna tersirat daripada penarikan Bob Lokman ini. Boleh tengok video tersebut di bawah.



Video di bawah ialah video Bob Lokman memberikan ceramah di satu perhimpunan PAS.



jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu.

secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH.

Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat.

Bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM

Dipetik daripada : Facebook Bob Lokman:

Mohd Hakim bin Lokman

Fanpage Bob Lokman


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Soalan Rakyat untuk Kes Liwat Anwar


Ramai yang pening dan keliru dengan kes liwat ke2 DSAI ni. Rakyat masih keliru untuk mempercayai atau tidak. Ada yang logik dan ada juga yang tidak logik. Isu Saiful tidak mandi dan buang air selama 2 hari dan mungkin juga tidak makan dan minum selama 2 hari untuk menyimpan bukti DNA, banyak yang mentertawakannya.

Mengapa begitu complicated sgt kes DSAI ini. Byk yg dipersoalkan.

Bukankah kalau Saiful tidak tergesa-gesa membuat laporan dan pemeriksaan di hospital dulu tetapi berbincang untuk memerangkap DSAI, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang,bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada rakyat amnya.

PERANGKAP LA DSAI. Saya ulang. PERANGKAP LA DSAI. Saiful dah selalu kena dgn DSAI (8 kali). Saiful juga sudah jumpa Pegawai Khas PM, Ezam dan hubungi polis. Pasang la perangkap untuk kali ke 9. Time tu, bawa Nik Aziz, Hadi Awang, Kit Siang, Khalid Brahim, TV 3, RTM, CNN, BBC tangkap DSAI tengah projek kat atas katil.

Kita ada ramai Special Branch yg terror2, komando yg terror2, think tank yg geliga2. Kita boleh gunakan segala kepakaran ini.

DSAI dah selalu projek dengan Saiful (8 kali), confirm DSAI percaya dgn Saiful bulat2. Masa nak projek untuk kali ke 9, pandai2la pintu jgn bg kunci. Masa nak buka seluar and mulakan adegan, pandai2 la missed call ke untuk bg hint kat Nik Aziz, Hadi Awang, Kit Siang, Khalid Brahim, TV 3, RTM, CNN, BBC dan segala komando untuk ambil gambar dan tangkap terang2. Kita di zaman canggih dgn teknologi, macam2 alat ada untuk berkomunikasi. Butang atau punat rahsia pun boleh buat.

Tak la statement saksi2, doktor2, pakar2 dan Saiful sendiri dipersoalkan oleh rakyat selepas membacanya. PR pun 100% akan lingkup. Tak payah buat PRU ke 13 pun tak apa. Rakyat tak akan marah. UMNO akan terus menerajui Msia selama2nya.

Silap2, rakyat sendiri yang volunteer untuk merejam DSAI di Dataran Merdeka. UMNO dah tak payah kempen pun tak apa.

Mengapa perangkap ini tak berlaku.....?????

Kes liwat 1 dijadikan bahan ejekan oleh pihak PR sehingga rakyat percaya ianya adalah sandiwara. Jadi, untuk kes liwat 2 ni, perangkap secara terang2 adalah jalan terbaik. Tetapi ianya sudah terlambat.

Saya ada terbaca di Harian Metro minggu lepas, di muka hadapan, ada seorang suami menangkap isterinya bersama lelaki lain di dalam bilik di Puchong. Suami tu siap bawa anak dara dia lagi untuk melihat bagai mana kelakuan ibunya. Siap Harian Metro tunjuk gambar isteri tu dgn lelaki lain di muka hadapan tetapi muka diblurkan.

Mengapa kalau suami di Puchong boleh tangkap secara terang2, Saiful yang sudah 8 kali tidak boleh melakukannya untuk memerangkap pada kali ke 9. Inilah logik akal namanya dan inilah yang difikirkan oleh mereka yang berfikir.

Ada komen dari rakan saya, untuk memerangkap harimau, kita janganlah menggunakan umpan cacing.

Harap ada komen yg bernas.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bongkar Agenda "Tersembunyi" Pakatan Rakyat


Setelah 13 tahun Umi Hafilda mendiamkan diri, dia tiba-tiba muncul semula. Bezanya, dulu dipandang sebagai pesalah, kini sebagai seorang hero!! Syabass betty~!!

Ceramah yang menampilkan Ummi Hafilda sebagai pemidato utama ini telah menarik hampir 100,000 orang pendengar yang menantikan pendedahan atau peluru berpandu yang akan dilancarkan oleh Ummi Hafilda terhadap Anwar dan juga Abang kandungnya Azmin. Sila tengok gambar-gambar di bawah.


Ceramah yang bertajuk Jom Bongkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda tidak mendapat sambutan.. Ceramah itu hanya dihadiri oleh kira 200 orang sahaja walaupun ceramah ini telah di war- warkan di seluruh Perak



Ceramah itu sepatutnya bermula jam 8.00 malam, namun atas sebab tidak ada orang, mereka menunggu kehadiran orang dan ceramah bermula jam 9.30 malam. Kesian Hafilda menunggu. Pada mulanya, mereka telah menyiarkan video berbaur perkauman yang melaga- lagakan DAP dan PAS.

Ummi Hafilda hanya berceramah menghentam dan memfitnah Anwar Ibrahim walaupun tiada bukti. Dia tu memang tak sedar diri. Ayahnya suatu ketika dahulu telah tidak mengakunya anak. Dia sudah dibuang keluarga. Apa motif dia kembali selepas 13 tahun menghilang. Kahwin pun belum. mungkin kocek sudah kosong.





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Soalan bodoh dari MP Kulim untuk Nik Aziz, biar aku jawab



YB ZUL Kulim atau sinonim dengan `firaun besar' menasihatkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz agar merujuk suatu surah, berhubung kait dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa kerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada parti berkenaan. Sebelum itu, baca di sini.

MP Kulim Bandar Baru yang menang atas tiket PKR, tetapi masih menebalkan muka menjadi MP Bebas itu meminta agar Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada Surah Abasa, katanya, "Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum. "Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.

Zul Kulim terus menyambung, "Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tidak perlu Tuan Guru Nik Aziz yang menjawab hujah Zul Kulim yang sebelum ini tidak berani menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh MP Shah Alam Yb Khalid Samad berkaitan isu Kalimah Allah. Kisah beliau sebut di atas, jelas bahawa Orang Muslim bernama Abdullah itu menemui Rasullullah untuk bertanyakan soalan. Dan Allah perintahkan Nabi untuk menjawab soalan Muslim itu terlebih dahulu.

Di dalam hal ini jika mahu dikaitkan dengan Umno jauh bezanya. Usahkan pemimpin Umno mahu berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, malahan Tuan Guru Nik Aziz mengajak dan menghantar surat untuk berjumpa pemimpin Umno untuk bincang tentang Islam, ada pernah Umno layan? Yang ada, Umno mahu jumpa PAS untuk bincang pasal Perpaduan Melayu...Melayu...dan Melayu...Tentang Islam bagaimana? Justeru itu, wajar PAS ketepikan Umno kerana banyak membuang masa dan lebih baik berbincang dengan DAP kerana sekurang-kurangnya DAP mahu mendengar Islam walaupun PAS tidak mengharapkan DAP terima Islam. Kerja hidayah untuk DAP terima Islam itu bukan kerja PAS, itu kerja Allah SWT. Umno mahu mendengar Islam, mahu terima Islam? Mempersendakan lagi adalah.

Jadi, usahlah Zul Kulim mahu tunjuk pandai putar belit kisah tersebut untuk menunjukkan kununnya PAS tidak melayan Umno yang kununnya mahu bertanya seperti di dalam kisah tersebut. Apa yang Umno mahu tanya? Tentang Perpaduan Melayu? Tentang Kerajaan Perpaduan?

Tentang 5 soalan dari Zul Kulim itu, itu soalan paling bodoh yang pernah saya dengar dari orang yang dikatakan berkelulusan peguam. Hampir kesemua soalan itu berhubung dengan cita-cita PAS menegakkan negara Islam dan Hukum hudud ditujukan kepada DAP, sedangkan yang wajib untuk menyokong dan melaksanakan hukum tersebut adalah ke atas semua pemimpin dan umat Islam. Mengapa perlu tanya DAP? Umno mahu terimakah negara Islam? Jika mahu, sokong lah PAS yang inginkan Negara Islam. Kes Liwat DS Anwar, mengapa Zul Kulim sanggup jadi salah seorang peguam kepada DS Anwar dalam kes liwat 1 dahulu dan dalam kes qazaf sebelum ini sebelum beliau di`sepak' dari PKR? Sekarang, mengapa ingin bertanya kenapa Karpal jadi Peguam DS Anwar? Busuk sungguh hati MP Kulim ini terhadap DS Anwar.

Lebih baik Zul Kulim terima cabaran debat yang dilontarkan oleh YB Khalid Samad terlebih dahulu sebelum mahu mengajar Tuan Guru Nik Aziz. Beliau boleh aturkan siaran langsung di TY debat beliau dengan YB Khalid nanti. Jika takut untuk berdebat dengan YB Khalid Samad yang tidak berkopiah macam Zul Kulim itu, lebih baik Zul Kulim duduk diam-diam kumpul duit banyak-banyak kerana selepas PRU ke 13 nanti, beliau pasti akan dipencenkan sebagai MP di Kulim Bandar Baru. /wfauzdin_ns

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Nik Amar : Penjelasan Mengenai Bazar Tok Guru



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Terjah Video : F.L.O.M - (First Lady of Malaysia) Division di Jab Perdana Menteri - Jabatan khas untuk Rosmah Mansor?



FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?

Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mampukah Kerajaan BN : Hapus Kemiskinan Secara TOTAL


Jika mengatakan kadar dan statistik kemiskinan di Malaysia semakin berkurangan, maka ia tidaklah menjadi satu pertikaian yang besar. Tidak mustahil setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, taraf hidup rakyat "berjaya" ditingkatkan.

Menetapkan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan secara total, tidaklah menjadi satu kesalahan. Ia adalah satu matlamat yang murni dan seiring dengan syara' agar kemiskinan tegar yang masih ada dapat dihapuskan. Malah jika kita mengimbau kembali sejarah kerajaan yang dipimpin oleh Rasullah dan para sahabat, dan juga kalangan pemimpin yang soleh seperti Kerajaan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, kadar kemiskinan dapat dikurangkan malah boleh dikatakan dihapuskan.

Mengapa hal ini berlaku?

Pertama: Kerajaan Islam pada waktu itu menjalankan konsep bernegara mengikut landasan syariat Islam. Segala proses muamalat dan perundangan yang berlaku adalah mengikut ketetapan syara' tanpa dipersoal. Zakat yang dikutip saban tahun dapat mengimbangi ekonomi dan taraf hidup masyarakat/ rakyat. Jika didapati ada warga rakyat yang miskin, peranan Baitulmal yang menguruskan zakat akan membahagikan bantuan kepada golongan rakyat dalam katagori 8 asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Dalam erti kata lain, umat Islam dikala itu membayar zakat, dan mereka yang tidak berkemampuan pula menerima zakat. Malah ada disatu saat, hinggakan tidak ada rakyat yang layak terima zakat kerana kekayaan melimpah ruah.

Kedua :  Penyatuan umat Islam pada saat itu amat ketara berlandaskan ikatan aqidah Islamiyyah bukan dengan perbezaan ras dan warna kulit. Contohnya pada zaman Rasullah S.A.W, penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang. Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Rasullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. Antara lain, bantuan yang disalurkan oleh pemerintah kepada rakyat dapat mengurangkan kadar kemiskinan yang berlaku.

Bandingan Dengan Kerajaan Malaysia.

Namun jika ingin membandingkan dengan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini, penetapan matlamat sedemikian hanyalah dilihat sebagai satu retorik. Dari segi pelaksanaannya ianya dilihat sebagai sesuatu yang sangat mustahil. Biarpun diwar-warkan purata gaji rakyat Malaysia pada tahun 2010 adalah RM1900 sebulan, ia sebenarnya satu jumlah yang belum cukup. Ramai lagi yang berpendapatan bawah daripada itu. Bahkan ada juga yang dibawah paras RM1000. Puratanya itu menjadi tinggi kerana mengambilkira pendapatan orang kaya yang dapat beratus ribu sebulan. Memanglah ia menjadi jumlah itu.

Yang pasti masih ramai yang merempat, masih ramai yang menganggur. Ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan harga petrol, sedangkan pendapatan tetap berada ditakuk lama.

Lebih memburukkan suasana, duit zakat yang diuruskan oleh Institusi zakat amatlah teruk sedangkan jumlah terkumpul duit zakat adalah beratus juta. Kemana hilangnya semua itu?


Sepatutnya institusi Zakat menjadi perantara antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya adalah amat besar iaitu memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan mengagihkan zakat kepada asnaf dengan efisien dan berkesan. Sekiranya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sistem zakat tidak akan berjaya dilaksanakan. Institusi zakat perlu menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi seperti amanah dan adil dalam pengurusan zakat dan di masa yang sama perlu bersifat profesionalisme. Dan jauh sekali daripada mengikut telunjuk dan desakan pemimpin yang menjadikan duit zakat yang dikutip sebagai modal rolling dalam kegunaan politik sempit mereka.

Jadi,bagaimana mungkin kemiskinan dihapuskan secara total? Taraf kehidupan yang baik untok rakyat atau untuk politikus usang? /jilfityan.blogspot.com

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tema Maulidur Rasul bertentangan dengan Islam ?


3 Rabiul Awal 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.

Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?

Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

DEBAT - Nik Aziz Pilih Jumpa Harimau Daripada Berjumpa Kucing


"HAJAT untuk menyaksikan perdebatan di antara Ulamak Veteren Umno Kelantan iaitu Mohd Noor Deris dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya tidak kesampaian. Ini adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz mahu agar tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai peranan penting di dalam kerajaan atau Umno untuk berdebat dengannya.

Sebelum ini akhbar Sinar melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdebat dengan Ulamak Umno yang mencabarnya itu. Tetapi laporan akhbar itu disangkal oleh Pejabat MB Kelantan, di antara lain sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

" Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan." "Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti." (Kenyataan Media Pej MB Kelantan)

Tuan Guru Nik Aziz berani menyahut cabaran Mohd Noor yang mahu agar dirinya disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau bersedia untuk berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tentunya lebih berwibawa daripada Mohd Noor Deris. Sekaligus, Mursyidul Am PAS tersebut memberikan tamparan memalukan kepada Mohd Noor Deris. Ulamak Veteren Umno Kelantan tersebut boleh mengukur baju di badannya sendiri kerana kesangupan Tuan guru Nik Aziz berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bukan seorang atau dua ahli, tentunya meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang berani kerana benar.

Namun demikian, Mohd Noor boleh berusaha untuk berdebat dengan anak murid Tuan guru Nik Aziz yang setaraf dengannya. Beliau perlu akur bahawa beliau tidak layak menggantikan PM, TPM atau Menteri seperti Jamil Khir untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka semua itu lah sepatutnya yang bersesuaian untuk berdebat dengan MB Kelantan, bukan Mohd Noor Ulamak yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan.

Sekali lagi, tahniah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah memilih berhadapan dengan `dua tiga ekor harimau' daripada berhadapan dengan seekor kucing. /

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Harta Rakyat Di Kronikan : Kekayaan Taib Mahmud Tersebar di Alam Siber




KUALA LUMPUR: Sebuah video dokumentari bertajuk ‘Bloody Wealth’ atau ‘Harta Berdarah’ Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman youtube, hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.

Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Islam makin terpinggir di N.Sembilan, maksiat makin berleluasa

Terlalu banyak bukti Islam semakin terpinggir di Negeri Sembilan. Dari kisah masjid yang nak runtuh, nak roboh. Surau yang terlalu daif, masjid yang menjadi sarang kelawar, masjid yang bocor, masjid yang guna kanvas. Elaun guru KAFA yang tidak naik-naik, Orang Asli yang dahagakan agama Islam dipinggirkan. Apakah Jabatan Agama tiada Pengarah yang berkaliber? Majlis Agama tiada Pengerusi yang prihatin akan nasib umat Islam? Penguatkuasa agama tidak cukup, kelengkapan tidak cukup, WANG ZAKAT TIDAK CUKUP?


Maksiat di lebuh raya

BERITA HARIAN 7 Feb 2011

Maksiat di lebuh raya
BERITA HARIAN 7 Feb 2011
 
PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
 
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.
 
Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
 
"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya.
 
BEBERAPA BUKTI ISLAM SEMAKIN TERPINGGIR DI NEGERI SEMBILAN DI BAWAH INI :
MASJID BERSEJARAH N.SEMBILAN NAK RUNTUH, UMNO TAK KISAH di http://amkns.blogspot.com/2011/01/masjid-bersejarah-nsembilan-nak-runtuh.html
 
GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html
 
TIADA YANG SUDI AJAR ORANG ASLI AGAMA ISLAM, TUNGGU PILIHANRAYA AGAKNYA di http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html
   
LIHATLAH KEDAIFAN SURAU DI N.SEMBILAN, JOM BANTU di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html
           
MASJID DI N.SEMBILAN BANYAK DAIF, ATAP BOCOR, KARPET BASAH di http://pasns.blogspot.com/2010/12/masjid-di-nsembilan-banyak-daif-atap.html



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]