Subscribe

Timbalan Ketua Polis Negara Membuka Pekung Di Dada


Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas. Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik. KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar. Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar.

Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?

Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai “Saman Ekor” dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status “Saman Ekor” yang dikeluarkan dahulu? Apakah status “Saman-saman Ekor” yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa “Saman-saman Ekor” yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira. Ini kerana “Saman-saman Ekor” tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.

KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011. Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?

Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui “Saman Ekor” malah penguatkuasaan “Saman Ekor” pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti. Perlu diambil perhatian bahawa “Saman Ekor” di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis. Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.

Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.

YB DATO’ MAHFUZ BIN OMAR
Pengerusi
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Manifesto Pakatan Rakyat di sarawak


Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'
  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

MUSTAHIL SARBANI BOLEH BUNUH DIRI KATA RAKAN- RAKANNYA - minsidetr



Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

NOTA:

cetak dan simpan berita ini
ingatkan nama kawan kawan
arwah ahmad sabarni ini

kenapa ini perlu dilakukan?

kalau seseorng bercakap
ucapan yang diluahkan pertama kalinya
datang dari hati sanubari yang jujur

macam akuan bersumpah bala
surat akuan pertama itu datang
dari hati sanubari bala
yang kedua adalah muncul hasil tekanan

dalam kes ini pekara yang sama
mungkin berlaku

kawan kawan si arwah semua nya
bermati matian mempertahankan bahawa
ahmad sabarni tidak mungkin membunuh diri
arwah seorang yang warak
arwah seorang yang beriman

tunggu dan lihat
kenyataan ini dibuat kelmarin
semuanya jujur tanpa tekanan

esok lusa perhatikan lagi
semuanya akan berubah

tak percaya tunggu dan lihat!!!

nota:
lebih baik bersedia dari awal
agar kita semua tidak kecewa
macam kes teoh beng hock
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KESATUAN KASTAM SANGSI SARBANI PERGI KE SPRM TANPA DIPANGGIL – minsider


KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.
Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

SURAT DARI KAKI TANGAN GOMEN


bro, aku petik dr milosuam. Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot..

point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak.

kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa.

ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios. =aku kakitangan gomen=

Oleh Tanpa Nama pada AWAS BERJAGA JAGA pada 11/04/07
April 07, 2011

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KLIP VIDEO LINGGAM


dalam laporan sisat,panel lima anggota RCI itu mendapati klip video yang menun jukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai perlantikan hakim, adalah benar..suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, ahmad fairuz, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Seri Adnan Mansor dan TUN DR MAHATHIR kerana salah laku
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mengapa Anwar?


UMNO, TV Liwat 1, TV Liwat 2, TV Liwat 3, Utusan Meloya, Berita Hairan mengaitkan pelakon seks dalam video bikinan Jembalang T (tak layak bergelar Datuk, buat malu saja) dengan pemimpin utama pembangkang. Secara rasmi mereka tidak berani mendakwa bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah DSAI.

Apabila IGP mengesahkan bahawa video itu tulen, mereka juga meneruskan agenda jahat dengan mendakwa pemimpin utama pembangkanglah itu. Mengapa tidak disebut sahaja DSAI? Adakah mereka takut disaman atau tidak yakin bahawa pelakonnya ialah DSAI?

Kalaulah pelakon itu dikaitkan dengan DSAI atas dasar wajahnya seiras DSAI, mengapa UMNO dan konco-konconya ini tidak kaitkan dengan SK? Bukankah wajah pelakon itu juga seiras dengan SK? Dengan latar hitam putih ( tidak warna) bukankah SK juga boleh berdandan bersolek sehingga kulitnya nampak lebih cerah daripada DSAI? Panggil saja pakar soleh untuk mencipta uban-uban ala-Anwar.

Apa motif pelakon seks itu dikaitkan dengan DSAI? Dendam, benci, khianat, takut terlepas kuasa? Kalau tiada elemen ini, baik UMNO dan konco-konco mendakwa pelakonnya ialah tukang urut kelengkang Mahathir atau kawan karib seorang menteri yang pernah didakwa merogol gadis sunti. Habis cerita. Tidaklah rakyat nampak sangat jahatnya UMNO dan konco-konconya.

Tidak habis-habis UMNO dan pro-nya ingin mengkhianati DSAI yang sudah setengah jumbli perak menanggung seksa ditumbuk, sakit tulang belakang, dipenjara, dipisahkan dari anak dan isteri, dipecat dari kerusi TPM, dimalukan dengan fitnah liwat 1 diikuti dengan fitnah liwat 2, dibogelkan lagi, dikaitkan tilam busuk dengan Anwar , dikaitkan air mani dengan Anwar, dikaitkan bulu dengan Anwar, dikaitkan DNA dengan Anwar. Jahat sangatkah rakyat Malaysia ini sehingga sudah lupa jasa Anwar sebagai seorang yang pernah menjadi pemimpin nombor dua Negara. Betahun-tahun juga Anwar jadi menteri sehingga menjadi TPM, tiadakah suatu yang baik ditinggalkannya untuk rakyat Malaysia? Apakah rakyat Malaysia baik generasi tua dan generasi muda tidak merasai buah tangan Anwar hingga sekarang ini? Jahat sangatkah sosok Anwar ini sehingga dihinakan begitu sekali?

Asal Anwar hendak mula masuk gelanggang di Pematang Pauh, mula selak kain Anwar. Asal Anwar hendak beri pilihan kepada rakyat Sarawak, mula lelong alat kelamin Anwar. Apa cerita ni? Ini tak masuk lagi gerbang PRU13. Nampak sangat agenda mereka ingin membunuh imej pemimpin Pakatan Rakyat ini. Nampak sangat mereka hendak mengurung Anwar sebelum PRU13.

Kesimpulannya, kalau ya pun wajah pelakon video lucah itu seiras dengan Anwar, buat apa Jembalang T kaitkan dengan Anwar, pemimpin utama pembangkang. Kalau ya pun video tu tulen , buat apa para pemimpin UMNO dan ketua-ketua jabatan kaitkan dengan Anwar? Kaitkanlah juga dengan SK yang seiras pelakon dalam video itu. Kaitkanlah juga dengan yang sesiapa sahaja yang seiras dengan SK tetapi lebih buncit daripada Anwar. Kaitkanlah juga dengan sesiapa yang seiras dengan SK tetapi lebih cerah kulitnya daripada Anwar. Apalah keparat sangat pemimpin UMNO dan ketua –ketua jabatan yang digajikan dengan duit rakyat ini? Kalian makan kedarah dengan duit rakyat tu, ingat!

Plot yang dilakarkan oleh manusia yang takut jatuh daripada kuasa ini belum berakhir. Ia baru masuk babak kedua iaitu mengesahkan video itu tulen. Tontonilah babak seterusnya. Apakah Anwar dapat diperkenakan? Atau pihak mereka yang terkena lalu mereka pun ansur-ansur mengalih isu dengan liwat 2 yang belum tamat. Atau mungkinkah makcik sundal yang sibuk berjaja air liur sekarang membawa di dalam bakulnya 10 keping video baru yang lebih eksklusif untuk mengiyakan bahawa sahlah media di Malaysia ini adalah media sundal, lebih sundal daripada si sundal harum malam. Di Barat ada majalah porno , di negara kita ada media porno berbahasa Melayu. Buat malu Melayu.

Bukan salah ibu mengandung,

Hanya Melayu tak kenal diuntung.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Siapa Idola Ketua Polis Negara ?



HARI ini media melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Maka jelas, itu ada video lucah yang tulen. Ertinya apa? Ertinya, Rahim Thamby Chik beserta orang-orangnya terbukti menjadi `master mind' penayangan video lucah di khalayak ramai di sebuah hotel samada `berniat baik atau tidak'.

Persoalannya, adakah tayangan video lucah itu halal atau haram samada di sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam? Di sisi perundangan negara, mungkin Peguam Negara atau Ketua Polis Negara mampu menjawabnya dengan lidah yang fasih. Manakala, di sisi hukum Islam pula, ada beberapa Ulamak telah memberi hukum yang jelas termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri, bekas Mufti Wilayah Hashim Yahya dan juga Mufti Perak sendiri.

Memadaikah Ketua Polis Negara hanya mengumumkan bahawa video lucah itu asli, tanpa menahan atau mendakwa Rahim Thamby Chik dan sekutunya itu? Soal pelakunnya, kita biarkan siasatan terus berjalan untuk mengenalpasti siapakah yang dikatakan pelakun porno berperut buncit itu. Yang penting, buktinya jelas iaitu video lucah itu asli dan mereka yang menayangkannya telah membuat pengakuan. Tunggu apa lagi? Adakah mahu ditunggu ujian DNA kepada pita rakaman tersebut?

Kepada Ketua Polis Negara, ini satu ujian buat kredibiliti beliau. Rakyat akan menilai samada beliau setaraf atau lebih rendah mahupun lebih tinggi darjatnya dengan bekas KPN terdahulu iaitu Haniff Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan. Bila sebut Haniff Omar, kita teringat kisah beliau berkata di dalam mahkamah sewaktu menjadi saksi kes liwat I DS Anwar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Sebut Rahim Noor pula, teringat kisah mata lebam DS Anwar juga sewaktu fitnah liwat I. Musa Hassan, popular dengan kisah usung tilam keluar masuk mahkamah juga berkaitan dengan fitnah liwat I DS Anwar.

Kesemua bekas KPN tersebut ada rekod tersendiri terhadap kredibiliti PDRM dan kita harap KPN y

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]