Subscribe

Najib Razak Sebenarnya Gentar dan Bacul Untuk Berdebat


1) Sikap Najib yang berdolak dalik dan tidak mengambil endah dengan tawaran debat Anwar-Najib hanya memperlihatkan Malaysia memiliki seorang Perdana Menteri yang bacul serta gentar untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Alasan yang direka PM Najib sebenarnya satu helah bagi mengelak pertembungan yang dikira boleh menjatuhkan kredibiliti beliau.

2) Soal Tidak Padan.

Blogger UMNO berhujah mengatakan Anwar tidak layak dan bukan regu terbaik untuk Najib. Sikap para blogger UMNO yang kebudak-budakan "back-up" PM Najib dilihat sebagai hipokrit, dan tidak membantu dalam merealisasikan aspirasi rakyat yang mahukan kebenaran daripada debat berhubung isu-isu yang dibawa, yang sudah pasti dijelaskan oleh kedua-dua pihak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Saifuddin Abdullah membidas sikap Najib dengan menggariskan sebab dan juga helah PM Najib.

Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Kesimpulan, Najib - Anwar adalah regu terbaik selain PM Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah Presiden Umno, manakala DS Anwar Ibrahim pula adalah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR. Sudah tentu kedua-duanya layak untuk digandingkan bersama di atas satu pentas. Jika tidak, Datuk Seri Najib juga boleh memilih Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai teman perdebatan kerana Presiden PAS juga hebat dan setara dengan DS Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.