Subscribe

UMNO Perintah: Maruah dan Agama Tergadai


Tercemarnya maruah Islam kerana wujudnya parti yang mengagungkan nasionalis dan berfahaman sekular


Mengaku atau tidak, hakikatnya UMNO telah gagal dalam mempertahan maruah bangsa dan agama Islam dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah. Kita menyaksikan Islam terhina dan Rasullah dicela gara-gara dari kegagalan pemerintahan UMNO dalam memperundangkan Islam sebagai "dustur" dan kegagalan UMNO dalam memartabatkan Islam.


Orang agama dalam UMNO pula telah lama menjadi syaitan bisu, berdiam seribu bahasa dan rela Islam diperkotak-katik, Islam dihentam dan dimalukan, Hudud dipermainkan, gara-gara kerana mahu poket sentiasa berisi. Hanya ini tabaqat tertinggi yang boleh dimainkan oleh 'orang agama' dalam parti nasionalis sekular itu.Apa yang terzahir kini, golongan yang kita kenali sebagai 'orang agama' Umno yang sering diberi tanggungjawab menerajui institusi-institusi agama dan menjawat portfolio berkaitan Islam dalam kerajaan TELAH GAGAL menjalankan peranan sebagai da'ie (pendakwah) atau sekurang-kurangnya memberi 'nafas Islam' kepada masyarakat dan .

Lebih mendukacitakan apabila 'orang agama' Umno ini turut hanyut dalam kebejatan politik dan terikut-ikut dengan amalan politik Machiavelli majoriti pemimpin Umno!!



Natijahnya, kita telah melihat kehancuran umat Islam sejak lebih sekurun UMNO memerintah di Malaysia.

Tiga penari tiang didenda RM25


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.