Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.
Antaranya adalah berita seperti di bawah.. KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan. Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.
Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas. Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.
Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..
Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…
[[ Klik Pada Gambar Utk Besarkan ]]








2 comments:
Apa jaminan kalu bkn umno yg memerintah kitaboleh hidup lbh baik dr skg. Manusia bila dpt kuasa sama saja, baik parti manapun jd kerajaan memerintah kerana stil yg untung kroni mereka tp pengikut? Setakat jadi kuli pencacai buat kerja utk diorang.
Belum lagi memerintah sudahpun membuat pelbagai andaian dan spekulasi. Inilah kesannya kepada rakyat Malaysia hari ini kerana terlalu lama berada dalam perut pemerintahan UMNO yang kejam.
Hinggakan PR yg belum pernah memerintah Malaysia pun sudah dibuat andaian dan spekulasi bakal memerintah sepertimana kekejaman UMNO hari ini.
Nasihat saya, janganlah terlalu hidup dalam fantasi. Janganlah terlalu membuat justifikasi membuta tuli. Perkara belum berlaku, justifikasikan ia secara adil.
Kita telah menyaksikan betapa korupnya pemerintahan UMNO. Sekarang kita memberi ruang kepada PR.
Post a Comment
Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua
Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.