Subscribe

Komentar Karut Dr M : MCA tentang hudud agar Cina tak sokong DAP??

Pelaksanaan Hudud antara lain adalah simbolik sejauh mana pemimpin Islam itu mengikat dirinya dengan agama. Apakah mereka mahu dengan Islam, ataupun tidak. Inilah garis ukurnya.

 Yang pasti, kita telah menyaksikan Najib dengan terang-terangan berdiam membisu bila Mursyidul Am baru BN,Chua Soi Lek bersuara menentang Hudud. Disini jelaslah Najib lebih suka menjaga hati MCA demi undi daripada menjaga sensetiviti dan hati umat Islam di Malaysia. Saya yakin, Najib akan berterusan berdiam diri soal Hudud ini, kerana Najib percaya kepada Teori R.A.H.M.A.N, Iaitu N diakhir itu adalah dirinya. Jadi jaga hati MCA demi undi adalah penting sebagai parti kedua dominan dalam BN selepas UMNO.

Akhirnya mahu tak mahu, nak tak nak, mengekalkan kekuasaan daripada rebah adalah matlamat utama Najib biarpun Islam dihina,dicerca. Dan ketahuilah, siri-siri penghinaan yang bertali arus ini tidak akan terhenti hinggalah UMNO terkubur.

Mahathir pula, tidak perlu backup Soi Lek dalam hal ini. Berusahalah untuk Back up diri sendiri selaku bekas PM Malaysia, selaku orang Islam jika merasa diri masih beriman. Semakin banyak suara mempertahankan Soi Lek, semakin benci majoriti Melayu Muslim di Malaysia terhadap UMNO, dan semakin hampir jugalah UMNO menghadap rebah.

PERKASA, Mahathir, antara mereka yang tersilap dan beda'ah menganggap zaman ini seakan zaman di era 80an - 90an dulu, zaman yang mana diwaktu itu rakyat mudah dipesongkan akal dan jiwa. Ini era baru. Semua fakta dan kebenaran hanya dihujung jari tanpa perlu "kebenaran" yang kononnya didakwa daripada Utusan Melayu, Berita Harian,TV1 dan TV3.

Saya mengharapkan agar isu Hudud ini membuka mata masyarakat Melayu yang beragama Islam di Malaysia moga kita selalu beringat,bahawa baik buruk masa depan Islam di Malaysia, baik buruk struktur pentadbiran Malaysia adalah terletak di bahu kita.

"Marilah bersama berjuanglah dalam satu saf. Mara dan terus mara tanpa berundur. Kita Undi untuk Islam. Kita undi untuk keADILan. Allahuakbar ~!!"

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.