Fathul Bari mengaku tidak ada saham dalam Utusan. Malah bukan Utusan sahaja, malah di semua akhbar & media siaran di kacaTV, Fathul Bari memang tiada saham dalam menjelaskan apa jua berkenaan dengan Hudud.
Sememangnya UMNO telah mengharamkan Hudud daripada diperbincangkan dan diwacanakan secara umum kepada rakyat. Hudud tidak mendapat tempat bukan disebabkan kejahilan Chua Soi Lek dan Karpal Singh, tetapi sememangnya ia telah diagendakan oleh UMNO agar Hudud dimindset secara songsang oleh UMNO.
Kita dok bangga negara yg sentiasa meletakkan hala tuju menjadi negara berprestasi tinggi. Tetapi kita tidak sebak dengan peningkatan jenayah yang semakin hari meningkat, dengan beralasan " Jenayah negara kita masih rendah berbanding negara lain".
UMNO x pernah mahu memahamkan rakyat Malaysia mengenai Hudud. Tiada wacana di forum perdana, al kuliyyah, bicara mufti, tanyalah Ustaz dll siaran di TV yang dibenarkan bicara soal Hudud. Jadi apakah kita mahu menyalah Non Muslim dalam soal ini?
Jka realiti ini kita sedar, kita akan faham. Bahawa Anti Islam yg sebenar adalah UMNO bukan Non Muslim. Kita berdepan dengan jiwa-jiwa yg tidak mahu Islam tertegak di Muka Bumi Malaysia. Jadi ayuhlah, tinggallah perjuangan UMNO yg menyimpang, dan berjuanglah dalam Saf jemaah Islam.
Akhir kata, saya mengulangi ayat Fathul Bari sendiri diakhir kalam ucapannya di dalam video diatas :
"Dan Non Muslim jangan bimbang, kalau betul2 kita mempraktikkan Islam, hak hak Non Muslim pasti terjaga dan terbela.Tapi kalau dia praktik Islam sikit, tak praktik,praktik tak praktik, maka hak-hak takkan terjaga.
Sebab tu nak pastikan Hak Non Muslim terjaga,Islam perlu dipraktikkan secara menyeluruh."

No comments:
Post a Comment
Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua
Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.