Subscribe

Hudud : Mengapa Ramai Yang Menentang?

Kita tak boleh salahkan orang bukan Islam sekiranya mereka tidak fahami Hudud kerana sejak 50 tahun tampok pemerintahan dipegang UMNO, mereka langsung tidak pernah tahu mengenai Hudud melainkan kenal Hudud melalui manifesto PAS, dan itupun secara penerapan menyimpang dari UMNO.Kita juga tak boleh salahkan rakyat Malaysia Muslim yang sangat jahil mengenai Hudud, kerana mereka dikerah terima dgn segala suapan dan juadah yang sengaja dijadikan keutamaan oleh UMNO, seperti membudayakan hedonistik yg berkiblat Barat berbanding melebihkan urusan agama terutama perihal Hudud.

 Tidak pernah sesekali pun Hudud diberi keutamaan seperti diwacanakan di media arus perdana, dalam siri-siri program keagamaan seperti Al Kuliyyah, Bicara Mufti, Forum Perdana Ehwal Islam, Tanyalah Ustaz dan lain-lain. Begitu juga tidak pernah dikedepankan di dada-dada akhbar.Seolah media-media ini telah digazekkan oleh UMNO agar sebarang bentuk perbincangan Hudud, adalah diHARAMKAN sama sekali.

 Semua ini tidak lain tidak bukan,agenda UMNO untuk menanam fikrah agar minda rakyat terjajah dengan pemikiran sekular,mengagungkan Barat, meninggalkan syiar Islam, dan yang lebih utama, adalah agar rakyat yang telah diajar dan diselesakan dengan JIWA SEKULAR ini, menerima UMNO yang sudah lama sebati dengan Sekular, sebagaimana UMNO mencanangkan api perkauman dengan mengucap kata-kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang di Dunia" untuk menyemarakkan kecintaan kepada bangsa melebihi kepada agama. Walhal Hang Tuah itu sendiri telah hilang entah ke mana.

Dan kerana itu,Hudud hanya untuk disentimenkan,dipolemikkan oleh UMNO sebagai satu gimik sahaja oleh PAS, dan dihala kan 100% pandangan rakyat supaya melihat Hudud dari perspektif politik persepsi, bukan Hudud itu sebagai suruhan dan ketaatan kepada agama. Inilah mainan UMNO yang dibawa.

Kesan lansung daripada itu, kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak kira Muslim atau Non Muslim menolak Hudud kerana kedaifan dan kejahilan mereka yang berpunca daripada UMNO. Sehinggalah penghinaan yang tertinggi oleh UMNO adalah menjenamakan Hudud, seperti mendakwa PAS bukan membawa Hudud sebenar dan melabelkan ia sebagai "Hudud PAS", agar rakyat berterus-terusan dipesongkan akal dan minda. Mereka melaungkan "Hudud PAS" adalah sesat, tetapi yang peliknya, apabila dipersoal dimana Hudud yang sebenar jika wujud Hudud PAS, tidak pula mereka dapat memberikan tafsiran yang benar dan pandai pula berdolak dalik.

Ayuhlah Melayu Islam semua.. Marilah sama-sama kita menolak UMNO dan Barisan Nasional pada Pru13 nanti. Kita telah menyaksikan betapa banyak siri penghinaan terhadap Islam dilakarkan sepanjang UMNO memerintah. Sejak dari zaman Mahathir, hinggalah zaman Najib. Apakah kita sanggup melihat Islam berterus-terusan dihina?

Jika kini Chua Soi Lek lantang menentang Hudud seolah dia Mursyidul Am Barisan Nasional, Najib yang mengaku Muslim hanyalah berdiam diri seribu bahasa. Begitu juga juak juak UMNO yang mengaku ulamak ILMU seperti Fathul Bari, yang mengaku geng penyelamat Melayu,Agama dan Kesultanan iaitu Berahim Ali PERKASA, serta geng-geng seangkatan NGO upahan yang kononnya membela bangsa dan agama.

Marilah bersama berjuanglah dalam satu saf. Mara dan terus mara tanpa berundur. Bersama menentang rejim UMNO Barisan Nasional. Kita Undi untuk Islam. Kita undi untuk keADILan.

Allahuakbar~!

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.