Subscribe

Isu Hudud : Mengapa Negara Berkebajikan Menjadi Kepentingan Bukan Hudud?

Artikel diatas adalah berdasarkan respon saya di Malaysiakini yang bertajuk : HUDUD OH HUDUD

Dan kerana itu, awlawiyyat PAS di kala ini adalah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Berkebajikan. Segala kepentingan, hak rakyat perlu dipenuhi terlebih dahulu. Pastikan wang zakat sampai kepada asnaf, rakyat miskin diberi bantuan, kepentingan rakyat dijaga dan lain-lain hal diselesaikan. Tidak timbul soal dimana Hudud yang PAS perjuangkan, kerana manifesto mewujudkan Negara Berkebajikan adalah keutamaan, dan jadi wasilah dalam mempergerakkan fasa-fasa dan tahap-tahap penerangan Hudud secara menyeluruh kepada rakyat.

Mana mungkin bila PAS bersama PR, maka Hudud menjadi keutamaan sedangkan disaat pemerintah UMNO BN tidak pernah menjelaskan hudud kepada rakyat, tidak pernah dibincangkan di media, tdak pernah dikupas dalam Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Forum Perdana, Bicara Mufti dan lain-lain. Hatta di peringkat sekolah tiada dalam sukatan Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Tasawwur Islam. Takkan PAS memerintah maka terus dilaksanakan Hudud dalam keadaan ramai rakyat yang jahil tentangnya? Sudah pastinya ia menjadi kejutan jika hudud menjadi keutamaan kerana semasa zaman UMNO rakyat ditakutkan dengan Hudud. 

 Yang kena jelas, kita kena betul-betul faham. Hudud hanya tidak menjadi awlawiyyat yg pertama, tetapi masih menjadi keutamaan. Apa yg past, setelah hak rakyat diberikan, kepentingan rakyat dijaga, hidup rakyat dibela, DAN penerangan berkenaan hudud disebarluas di media, maka barulah hudud boleh dilaksanakan . Itupun step by step. Tidak rigid. 

 Pedulikan UMNO BN. Mereka hanya pandai mempersoal perjuangan Hudud yg dibawa PAS dengan memutarbelit kononnya PAS kini perjuangkan Negara Berkebajikan dan melupakan Hudud. Walhal mereka langsung tiada usaha dalam memperkenalkan Hudud kepada rakyat. Langsung tiada, sama ada di media mahukan wacana kepada rakyat. Mereka hidup kerana takut dengan bayang bayang sendiri. Lantas kerana itu membantah Hudud. Kerana jika hudud dilaksanakan, puak depa yg paling ramai kena HUDUD. Juga tersiar di sini : KamiMenyampahDenganNajib

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.