Subscribe

Dato Seri Najib Tun Razak Dayus?




Inilah sebabnya mengapa Dato Seri Najib Tun Razak tak layak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" (Faidhul Qadir, 3/327 )

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

‘Mungkinkah Hang Tuah ahli Umno’?


PROFESOR Emeritus Khoo Kay Kim kembali menjadi tumpuan apabila membuat kenyataan bahawa pahlawan terbilang orang Melayu, Hang Tuah adalah mitos sahaja. Bagi saya ini tidak benar sama sekali sebab hang Tuah memang wujud. Tidak lain dan tidak bukan, Hang Tuah adalah ‘ahli Umno’ yang amat terkenal sebab beliau telah mewujudkan konsep Ketuanan Melayu. Tak percaya, tak mengapa; hal ini sama seperti tidak mempercayai kewujudan Hang Tuah!

Hang Tuahlah yang dikatakan membuat kenyataan terkenal itu: “Takkan Melayu hilang d idunia.” Ungkapan inilah sebahagiannya membolehkan Umno meraih sokongan dan dukungan kaum Melayu supaya dapat mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Pusat sejak zaman merdeka hingga ke hari ini.

Konsep Ketuanan Melayu inilah yang memperkasakan Umno sebagai juara orang Melayu seolah-olah PAS tidak mampu memperjuangkan nasib orang Melayu.

Hang Tuahlah yang bijak melahirkan konsep ini dan dengan bantuan media arus perdana yang dikawal oleh Kerajaan Umno-BN, konsep ini telah diperluaskan dan diheboh-hebohkan di kampung-kampung untuk meraih undi Melayu.

Memang Hang Tuah wujud, malah Hang Tuah ialah OKU lagi. Di sini, OKU bukan Orang Kurang Upaya ataupun Orang Kelainan Upaya tetapi Orang Kuat Umno! Bertuahlah nasib Hang Tuah ini yang telah diberi sokongan sepenuhnya oleh orang Melayu yang telah jatuh cinta 100 peratus dengan konsep yang diwujudkan oleh beliau.

Berlainan pula dengan nasib Hang Jebat yang telah dihina dan dilabel sebagai pengkhianat dan penderhaka. Inilah perbuatan ‘spin’ media arus perdana yang memburukburukkan imej Hang Jebat padahal Hang Jebat ialah seorang yang berjiwa rakyat.

Malangnya konsep Ketuanan Rakyat yang diwujudkan oleh Hang Jebat itu telah ditenggelamkan oleh media arus perdana.

Inilah ungkapan Hang Jebat yang memperjuangkan konsep Ketuanan Rakyat demi kebaikan rakyat biasa, rakyat marhaen dan rakyat yang tertindas: “Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat.

Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat dan aku rela mati untuk rakyat kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!”

Jebat boleh diumpamakan sebagai ahli KeADILan dan nasibnya seperti juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebab beliau juga telah dilemparkan tohmahan yang bukan-bukan oleh puakpuak tidak berprinsip, tidak beretika dan tidak bermoral melalui media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Kasihan Jebat!

Diharap dalam zaman celik IT ini, rakyat akan dapat menilai siapakah wira rakyat yang sebenar dan akan mengundi mengikut nilai-nilai murni Islam yang mengagungkan keadilan dan perjuangan demi keadilan untuk rakyat.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]