Subscribe

Bersih 3.0 : Koleksi Video Polis Belasah Orang Awam/ Pelancong/ Pendemo Bersih



[[ Klik Gambar Utk Besarkan ]]
"polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur pun dia. Tapi bila tenggok kat lengan dia ada getah warna kuning... Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ni..." (tulisan dari facebook Zaharin Mohd Yasin)

 Kata Zaharin Mohd Yasin lagi "tak kurang 2ribu adalah polis dalam kumpulan bersih. Yang menafikan mereka pun puak polis pakai t shirt bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demontrasi kat polis depoh. Hehehe puak2 Pas bodoh ni ikut nyer.."

Polis pukul Pendemo Bersih 3.0


polis pukul Pelancong


Kekejaman Polis yang Melampau


Polis Pukul Rakyat


Para Demonstran Dipukul POlis


Polis Lauk Para Demonstran


Polis Ong Bak dan Terajang Demonstran Ramai ramai

'Police violence' at Malaysia reform rally Bersih 3.0


Police Attack Bersih 3.0 Supporters At Leboh Pasar Besar

Video Video lain akan menyusul...
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kantoi Rahsia Polis Bocor.Sapa Yang Bocorkan??Tengok!!

Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka. Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

 Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.


Antaranya adalah berita seperti di bawah.. KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan. Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera. 


 Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas. Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah. 


 Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..


 Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…

[[ Klik Pada Gambar Utk Besarkan ]]

Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

 Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya..ASD Dari Siasahkini.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BERS✔H 3.0 :: Pendemo Dibelasah Lebih 5 Anggota Polis

Kereta polis dibaling dengan objek? Diterbalikkan oleh pendemo? Mengapa? Kerana salah satunya sebab mengapa, adalah kerana kekejaman polis sendiri terhadap pendemo aman Bersih 3.0. Anda saksikan video diatas, anda tahu kebenarannya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Polis Terbabas Dan Langgar Peserta Bersih 3.0


 Apakah perkara sebenar ini termuat di TV3?

 No... Ditonjolkan hanya, para peserta Bersih 3.0 menterbalikkan kereta polis dengan sengaja. Walhal perkara sebenar berpunca daripada polis.. Polis yang terbabas dan melanggar peserta Bersih 3.0 ... Hingga dikhabarkan bahawa ada yang tersepit dibawah kereta polis akibat kereta tersebut berada diluar kawalan dan kerana itu kereta polis DITERBALIKKAN..!!.

 Semua menghentam para peserta Bersih 3.0 tanpa mengetahui hal sebenar... Anda sendiri menyaksikan dgn paparan ekslusif ini..., dan anda tahu kebenarannya.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)



"
Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!


1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. 


PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawahhampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanyafizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?



2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR


PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!




Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!


Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!


Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!


Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah!


EDYES REDUAN


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pendedahan awal di buat oleh blog 
Semut dan Kekunci , dan entry awal hari ini berkaitan di sini - Lagi IC Bertarikh Luput Dikesan!! Aziz SPR Harus Letak Jawatan!! #BERSIH3"
 





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bagaimana PTPTN Dihapuskan?


Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN - rafiziramli.com

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.

Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.

PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.

Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.


Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.

Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.

Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.

Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.

Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.

Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.

Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?

Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.

Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.

Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.

Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.

Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:

Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.

Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.

Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.

Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.

Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.

Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.

Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).

Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.

Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.

Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?

Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.

PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.

Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.

Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.

Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.

Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.

Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.

Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.

KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.

Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.

Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:

Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:

RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun

Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:

RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun

Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):

RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun

Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.

Dalam tahun 2010, PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.

Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.

Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.

Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Debat Bicara Rakyat : Pengurusan Persepsi



Disiarkan di RTM 1 secara langsung pada 30/3/2012. Ahli panel : Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan Zaid Mat Arep

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO : UMNO Menyesatkan Number One

Tulis Jawi pun sudah "sesat".. Inikan pula nak menyesatkan orang lain?

PAS menyeru rakyat agar beriman kepada Allah, meninggalkan amalan taghut dan tenggelam dalam dunia hedonistik hasil tarbiah UMNO... UMNO kata "ini ajaran Sesat".

PAS berusaha dalam menegakkan hukum-hukum Allah seperti Hudud, mengadakan seminar Hudud, mengajak rakyat menyokong agar Hudud dilaksanakan, sementara Mahathir kata "hudud ciptaan Ahli Fiqah", Najib kata "Hudud tidak sesuai", Masyitah kata "Hudud tidak relevan" ... UMNO kata kepada PAS "Ini ajaran Sesat"

PAS menentang politik kroni, rasuah, politik kapitalis, politik penindasan .... UMNO kata kepada PAS "Ini ajaran Sesat".

PAS mengajak rakyat menjauhi Arak / Judi / maksiat tetapi.... UMNO kata kepada PAS "Ini ajaran Sesat"

UMNO yang mengamal rasuah, menipu rakyat, menindas rakyat, menggunakan duit rakyat kepada perkara yang batil, dan para pemimpin yang terdiri daripada lelaki-lelaki dayus, ini semua tidak Sesat..

Memang dunia akhir zaman, ciri ciri ke"iblis"an dan "Dajjal" yang terpancar sudah dianggap mulia. Menentang Allah pula itu dianggap sebagai kebenaran.

p/s : Diajak berdebat "takut".
Kekuatan hanya bergantung kepada gangster-gangster upahan sahaja.
Itulah UMNO.




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Penyokong UMNO buat kacau di Ceramah DAP



"Bodoh, celaka dan tidak bermoralnya penyokong UMNO.", hanya itu ungkapan yang layak diberikan kepada pencacai-pencacai upahan yang membuat kekacauan sebelum berlangsungnya ceramah DAP di Klebang,Melaka baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama sicelaka-celaka upahan melakukan masalah di ceramah-ceramah PR. Sudah berkali-kali sebenarnya. Kekacauan yang berlaku ini menunjukkan betapa ramainya yang menyokong UMNO terdiri dari manusia yang tidak bertamadun, bodoh, dan berperangai seperti "celaka" hasil tarbiah sesat UMNO sejak lebih setengah kurun memerintah di Malaysia.


[Gambar salah seorang penyokong Sial yang dimaksudkan]

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Melampau!!Kurang Ajar Betul Lim Guan Eng


LAGI KERJA GILA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG YANG MEMALUKAN MELAYU UMNO DAN PERKASA PULAU PINANG.. SATU LAGI ANCAMAN KEPADA ISLAM DI PULAU PINANG

KETUA PEMUDA UMNO "MELAYU" DAN GEROMBOLANNYA WAJIB MENENTANG SATU LAGI KERJA GILA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH LIM GUAN ENG. JIKALAU PERLU PERKASA DAN KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG INI PERLU MENGGERAKKAN KESELURUHAN MELAYU UMNO ISLAM PULAU PINANG MENGADAKAN DEMONSTRASI BAGI MEMBANTAH TINDAKAN TERBARU KETUA MENTERI YANG TERNYATA "ANTI ISLAM" INI

TERGAMAK SUNGGUH GUAN ENG MENGGANTIKAN BANGUNAN 2 TINGKAT YANG SELAMA PEMERINTAHAN BN/GERAKAN DIGUNAKAN SEBAGAI MAHKAMAH SYARIAH, MAHKAMAH RAYUAN.. SEBALIKNYA LIM GUAN ENG TELAH MENGGUNAKAN KAPASITINYA SEBAGAI KETUA MENTERI UNTUK MEMBERIKAN SEBIDANG TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI YANG BERNILAI RM73 JUTA RINGGIT UNTUK DIBINA SEBUAH KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH SETINGGI 7 TINGKAT BERNILAI RM36 JUTA DI JALAN SCOTLAND

DAN YANG LEBIH MENYEDIHKAN LAGI, TENDER PEMBINAAN KOMPLEKS MAHKAMAH INI DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT BUMIPUTER MELAYU TULEN (BUKAN MAMAK) IAITU IHSARA SDN BHD.. YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN UMNO...

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]