Subscribe

Kegagalan Kerajaan Dalam Menangani Isu Syiah

Ketidakberjayaan Kerajaan dalam menangani isu Syiah adalah kerana menganggap penangkapan itu sebagai jalan keluar membendung penularan ajaran Syiah di Malaysia. Cara ini totally tidak betul, kerana penentangan begini bukanlah satu penyelesaian.

 Suatu pemikiran yang sudah terbentuk di minda manusia, harus dihapuskan dengan pemikiran juga. Hujah perlu dilawan dengan hujah. Jika Syiah berhujah bahawa ajarannya adalah benar, maka di pihak Kerajaan yang mengiktiraf Sunni perlu menyatakan di mana sesatnya Syiah. Sesi bersama wakil schoolars dari Syiah seperti dalam sesi dialog terbuka, debat, wacana dan seumpamanya perlu dipergiat..Dan ia ditayangkan di Media Arus Perdana secara langsung, agar rakyat tahu dimana sesatnya dan tidak betulnya Syiah. Kedua dua tokoh berdepan dari Sunni dan Syiah.

 Perkara ini bukan sahaja dapat membendung penularan Syiah, malah rakyat juga boleh paham dimana sesatnya Syiah dengan penerangan yang jelas.Penganut Syiah yang sudah tersesat pun boleh dipandu pulang ke pangkal jalan. Tapi soalnya sekarang, 

Malaysia mengambil pendekatan undang2 rimba, iaitu dengan menangkap, yang sedikit sebanyak menyebabkan ramai tidak jelas, terkeliru, dan memberikan merit kepada Syiah paling tidak adalah simpati.

 Media kita lebih suka mempergiat perkara bersabit hiburan, dan bila bersabit isu agama, yang tidak sealiran dibuat penangkapan. Inilah cara rigid kerajaan dalam menangani apa sahaja isu, yang bagi saya totally fail, dan menemui jalan buntu dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.